Sunday, July 10, 2011

i am a dreamer...

assalamualaikum...



hari nie rasa cam nak membebel la pulak... dah lama dah..cukup lama ak tak update blog nie... sori la incik blog... hari nie baru terbukak hati nak menulis apa yg selama nie terbuku di kala ini..chewaaah..

kbelakangan ini ada2 je org tanya bila la ak nak update novel khayalan ak semata2 itu...'ayat-ayat cinta'... chewahh.. tajuk pon bleh buat org muntah balik je..hehe.. hurm..jwapan ak..depends on my mood..even dari bulan 4 aritu ak masih lagi tak terbuka hati tuk mengarang balik... jalan cerita ak dah rangka.. tp entahlah... until one fine day ak akn smbung balik...

 -sekadar gambar hiasan-

lepas tu ak nak citer psal degree ak pula...unfortunately..ak xbleh smbung law...ak taktau la nak describe camner perasaan ak.. sejak dari ak kecik lagi abah ak berharap sgat anak2 pompuan dia jadi cekgu... n then bila ak dpat buat asasi law dulu..ak tau abah xhepi sgat... umi pula... kompen2 hepi sbb dia nak tgok smua anak dia berjaya..... harapan kedua ibu bapa nie sgatlah besar... sejak dari kita duk dalam perut ibu smpai la kita nak kawen in da future....bkan sibuk nak amik tau psal anak2.. tp diorg syg anak2... mereka mgharapkan yg terbaik sampai kekadang kita rasa lemas dgan cara diorg... smpai kekadang ak mengaku..ak antara anak yg kuat memberontak dan manja dalam erti kata laen suka merajuk..huhu... bertabahlah umi ngan abah.. susah tau nak dapat anak comel cam adik nie..hehehe.. :p.. opsss dah offtopic plak...

ok2...ak citer balik..mase kecik2 ak bnyak cita2.... hingga tak tercapai akalku la... tp cita2 pling common zaman ak ialah nak jadik 


doctor!!!

tapi ak nie malas sket...cekgu BM ak time ak UPSR penah bgtau umi ak.. 
'aimie nie pandai...tapi kalau dia rajin kompen boleh punyer'..
ye la agak2 la..masa ak darjah enam dulu kjap2 ak dpat 5A kjap2 dpat 3A pastu bile exam balik dpat pulak 5A... sape x risau..result ak x konsisten gitu... n ayat tue la umi ak dok ulang2 stiap kali ak nak exam smpai skrang....mcam pembakar smgat pula teguran cekgu itu..thanks Cekgu Junaidah...

bila pikir lama2...ahh.. xbest la jadi doctor...wlopon gaji masyuk tapi mesti penat punyer ah... so ak pon psang angan2 baru... nak jadik lawyer la cam Abe Apis..kompen best.. sah2 masa tu dia bru je lepas grad jadi smgat ak nak jadi lawyer time tu terus berkobar2...



-yeah!! super lawyer tuu-

tapi bila meningkat usia ak makin konpius...

DOCTOR ke LAWYER?

Namun begitu....sebaik2 perancangan ak memilih law sebgai memenuhi cita2 ak... kemas lagi perancangan ALLAH diAtas sana... selepas hampir stahun ak bergelumang dgan Federal Constitution... tak kira lagi brmacam acts yg ak belajar..nmpaknya rezki ak untuk menjadi seorang lawyer tak tercapai..ak ditawarkan kursus Sarjana Muda Pentadbiran Korporat...gudbye BLS....mase ak tau result nie.. ak diam je.... n then ak p bgtau umi n abah..abah rilex je...tp umi plak suruh ak buat rayuan... bila ak fikirkan balik.. wlopon ak blajar asasi law..tp ak dpat rasakan jiwa ak bkan untuk jadi law..wlopon ak nie keras kepala sket n suka menegakkan kbnaran..tp law is not my field... ak suka belajar law..tp jiwa ak x seiring dgan minat ak... ak taktau la apa yg ak minat.. xpenah nak serius dlam sesuatu perkara... prnah... tapi jarang...nya 

jadi ak harap dgan berubahnya kursus pengajian ak nie...ak jadi lebih fokus n tahu apa yg ak nak capai dalam hidup nie..insyaALLAH....



ok...

semalam..p la beli kasut... dialog antara umi dgan ak..

Umi: nie amikla duit nie beli kasut pegi cameron.. beli kasut tu sekali tuk raya..
ak: ok umi..beress..no hal..

slepas 2-3 jam...ak balik...bawak balik kasut nie..


- lebey kurang mcam nie la-

umi: adik.. nanti baju kurung raya pakai kasut nie la?
ak: umi..adik dah pusing satu KBMALL dah...takde kasut yg adik berkenan..nie je yg pling comel.. 
umi: umi ingatkan anak umi takder tomboy..tapi rupenya2 ade sorang..

gucci-ss2010-high-top-sneaker

- ish3x...ade ke patut umi ingat ak tomboy...kalu ak beli kasut mcam nie logik la jgak beliau nak panggil ak tomboy..hehe..umi..i'm straight owkeyh! -

ak: umi..kasut nie suka2 jah..kasut untuk raya nanti adik pakai kasut adik yg lama2 je la..
umi: takpela..nanti raya beli kasut lain la..
ak: hehehe....terima kasih umi... bkan ape umi..nanti pegi kelas tak la sakit sgat kaki nak daki2 bukit kat shah alam tu...

umi...don't worry...sekali sekala adik nak merasa pakai kasut camtu..anak umi nie still normal la... i'm just trying to find myself... nak tahu yg mana  selesa... kalu bleh smua bnda yg ak buat adalah demi kepuasan sendiri dan juga orang lain dan selagi ianya tidak bertentangan dengan ISLAM ak akn cuba...



yes..i am great dreamer n also in process creating myself..that's all.. insyaALLAH ader masa dan tahap kerajinan yg tinggi ak akan menjenguk lagi incik blog nie.. adioss...

Friday, April 15, 2011

AYAT-AYAT CINTA CHAPTER 1

Jam sudah menunjukkan hampir 15 minit sebelum menganjak ke pukul 5 petang, Asyira Adira lekas mengambil tas tanganVincci nye lalu meninggalkan pesanan kepada setiusahanya, ANA RAFEE sebelum bergegas untuk mengambil si kecil AMRAN. Demi janji pada anak kecil berumur 5 tahun itu, Adira tidak mengeluh. Padahal bahunya sudah lenguh memutar stereng Honda Jazz kuningnya mencari tempat parking kereta yang kosong maklumlah, waktu pejabat baru sahaja habis dan semua orang berpusu-pusu pula ke shopping complex. Hampir 10 minit menunggu, barulah sebuah Viva berundur dari tempatnya. Selesai memakirkan kereta, Adira memimpin tangan kecil Amran ke pusat pakaian lelaki di tingkat 2. Anak kecil itu comel bertshirt BUM berwarna coklat berbelang oren sedikit di lengan juga memakai jeans berwarna biru gelap. Langkahnya laju dan adakalanya menarik-narik tangan Adira supaya cepat sampai ke tempat yang hendak dituju.

Mereka masih berpegangan tangan ketika menghampiri beberapa rak yang mempamerkan aneka coraktie. Adira leka membelek beberapa helai yang menarik perhatiannya. Amran yang petah bercakap itu terus mengeleng-gelengkan kepalanya. “Papa tak suka macam nie, warna tak cantiklah….”, omel Amran tanpa henti. “jom…jom pergi sana pulak!”. Amran tampak begitu ghairah mencari hadiah buat menyambut hari lahir papanya malam nanti manakala Adira pula memperlahankan langkahnya terpesona dengan pakaian berkot yang tersarung pada boneka kaku, kacak tapi sayang tidak bernyawa.

Leka Adira melihat pakaian-pakaian lain hingga tidak terdengar lagi suara si kecil Amran, pantas matanya melilau mencari dan tangkas pula melihat Amran yang berada di hujung rak lalu dia mempercepatkan langkahnya ke arahnya lalu segera mendapatkan si anak comel itu yang berdiri di sebelah lelaki muda. Lelaki itu kelihatan sedang memegang sehelai tali leher lalu Adira lantas memegang tangan Amran, isyarat untuk bergerak ke tempat lain. “Am nak yang tu! Cantik! Mesti papa suka!”, tangannya yang halus itu menuding jarinya kearah tali leher yang dipegang oleh lelaki muda tadi mematikan langkah Adira.

Adira lega Amran sudah menemui apa yang dicarinya dan dia melihat-lihat sekeliling mencari tali leher yang sama seperti dipegang lelaki di sebelah mereka itu. Lelaki itu berganjak sedikit ke belakang bagi memberi laluan kepada Adira dan juga Amran namun pandangan matanya masih tertumpu pada tali leher biru gelap bercorak bintik-bintik halus warna perak keluaran Paul Smith yang dipegangnya itu. Puas Adira mencari dan apabila ditanya pada jurujual, katanya tali leher itu adalah edisi terhad.

“Macam mana yang nie, Am? Yang ni pun cantik kan? Adira menunjukkan sehelai tali leher berwarna merah berbaldu dan bercorak bintang-bintang halus. “Tak mahu, tak mahu Am nak yang tu jugak!”, suara Amran kuat hampir memgejutkan semua orang yang juga sibuk membeli-belah disitu. Kakinya mula menghentak-hentak lantai. “Yang tu tak boleh la Am….uncle punye tue…kita cari buat papa yang lain okey?”, pujuk Adira lembut sambil menyentuh bahu Amran yang sudah mula terhenjut-henjut menahan tangis.

Kadangkala perangai anak manja itu sukar diduga. Yang jelas papanya sering mengalah dan menurut apa saja kehendaknya tambah-tambah lagi Amran adalah anak tunggal dan ini mendatangkan masalah buat Adira pada ketika ini. “Kita ambil yang ni, merah kan cantik and nampak hensem la bila Papa pakai”, pujuk Adira lagi. “Papa tak suka merah! Dia suka biru! Am nak yang tu jugak!”, jarinya terus menerus menunjukkan kearah tali leher pada lelaki tersebut.
Tanpa diduga, rupa-rupanya lelaki itu turut mencuri dengar perbualan ibu muda dengan anak lelakinya itu. Dia memandang pada tali leher buat seketika, kemudian beralih pula pada anak kecil yang merajuk dengan ibunya itu. Dia merasakan wanita berkulit putih kemerahan itu agak comel orangnya walaupun kelihatan menggelabah dengan perlakuan anaknya. Rambut hitam keperangan berfringe menutup dahi dan jika dilihat dari sisi, hidungnya mancung dan alis matanya cantik.

Afnas Syahir leka memerhatikan kecantikan yang dimiliki oleh wanita tersebut yang kelihatan begitu sempurna di matanya. Dari paras rupanya itu, disertai perawakan yang sopan memang ada gaya isteri orang berada! Perawakan isteri-isteri orang berada memang mengingatkanya pada drama-drama korea. Nampak cantik dan menawan namun perangai mereka juga biasanya sukar diduga…ada yang terlalu lembut dan ada juga terlalu kejam. Jauh fikiran Syahir menerawang ke negara Korea dan lalu kembali ke dunia nyata apabila melihat budak lelaki itu menarik-narik blouse berwarna merah jambu yang dihiasi tompokan-tompokan halus berwarna hijau lumut yang dipakai oleh ibunya. Bibir bergincu merah pudar itu tidak henti-henti memujuk anaknya.

“Nah! Ambillah…”, lelaki itu menghulurkan tali leher yang dipegangnya pada Adira. “eh, takpelah, bukan ke encik nak beli dulu? Kita cari yang laen ye Am?”, ujar Adira.
“Am taknak! Am nak yang tu jugak”, mukanya sudah merah menahan air matanya dari mengalir. Nampaknya kesabaran Adira sudah mula menipis untuk menghadapi situasi yang memalukan itu.Adira merendahkan badannya setara dengan ketinggian Amran lalu berjanji untuk membawanya makan di McDonalds sekiranya dia memilih tie yang lain.

“Aik? Kecik-kecik dah ajar terima rasuah?”, perli lelaki tadi. “eh! Sibuk pulak dia ni nak campur hal keluarga aku”, gumam Adira dalam hati dan berpura-pura tidak mendengarnya. Akhirnya lelaki itu menyuakan tali leher biru gelap tue kepada Amran. Anak kecil itu terus mengambil tali leher itu dan menarik tangan Adira untuk beredar ke kaunter. “Am! Tak cakapthank you kat uncle ke?”, arah Adira dengan suara memerintah sedikit. Mata Amran terkebil-kebil memandang lelaki yang bertshirt hitam kelabu dan memakai topi hitam bertulis UNITED. Kemudian dia menghadiahkan senyuman manis sebelum mengucapkan terima kasih dengan perlahan. Sekelip mata, dia sudah berlari-lari menarik tangan Adira untuk ke kaunter pembayaran.

Adira sempat memandang lelaki itu membalas senyuman Amran. Bibirnya kemerahan tanda tidak merokok dan giginya yang juga tersusun rapi menambah lagi manis senyuman lelaki itu. “Terima kasih”, ucap Adira setelah lelaki itu memandangnya kembali. “Sepatutnya awak tak payah bagi tie tue… menyusahkan awak je”, tambah Adira lagi setelah melihat lelaki itu masih melihatnya dengan mata coklat yang menusuk hati sesiapa sahaja yang memandangnya.
“Tak apa! Budak kecik biasalah susah nak pujuk sket. Elok pergi tengok budak tue…nanti hilang pula”, pesan Syahir mengejutkan wanita itu yang kelihatan leka memerhatikanya.
“Erm…terima kasih sekali lagi!”, ucap Adira sekali lagi sebelum mencari Amran di kaunter.

“Hurm..terlepas aku..untung suami dia dapat isteri semanis dan secomel itu. Tentu keluarga mereka bahagia! Aku la yang rugi! Sibuk mengejar duniawi ,menambah ilmu agama sampai isteri sorang pun takder”, panjang omel Syahir sambil tangannya mencapai topi berwarna pink di atas rak.

Tiada siapa sangka lelaki yang kelihatan segak penampilannya itu masih belum berpunya. Mungkinkah dia terlalu memilih atau tiada siapa yang mahukan dia? Tapi bukankah jodoh itu ketentuan Tuhan?

Hasrat Syahir untuk membeli tali leher terkubur begitu sahaja dan langkahnya diatur ke tempat letak kereta namun telinganya cepat menangkap perbualan telefon ibu muda tadi yang ditemui tadi. “Abang, sori la yayang lambat sket.Amran nie mintak yayang beli Choki-choki, sekejap ya..dalam 15 minit lagi yayang sampai la”, gemersik suara wanita itu membalas panggilan di hujung talian. Adira terperasan lelaki itu memandangnya kebetulan kereta mereka  terletak bersebelahan dan Syahir sempat mengangkat sebelah tangannya. Satu kebetulan yang sangat mendebarkan Adira.

“Eh, uncle tadi la”, jerit Amran didalam kereta. Jari-jemari kecil itu pantas melambai-lambai riang. Adira merasakan degupan jantungnya semakin pantas dan dia hanya tersenyum sebelum memakai kaca mata hitamnya lalu mengundurkan kereta dan meninggalkan lelaki itu yang juga mengundurkan Volkswagen kuningnya. Ah! Satu lagi kebetulan, kedua-dua mereka berkereta kuning. Namun Adira terus menghapuskan bayangan lelaki itu dan pantas keluar untuk ke lorong pembayaran tiket kereta.

Nantikan sambungannya....
tapi mungkin lewat sedikit skarang bz sket....komen na....!


SEKADAR GMBAR HIASAN...

AYAT-AYAT CINTA INTRO

“Hello…saya Asyira Adira dari  Asyira Trading, ade apa-apa yang boleh saya bantu? ,”tanya Adira pada si pemanggil di hujung talian. Kehidupannya sangat sibuk sementelahan dia baru sahaja membuka syarikatnya sendiri. Pada umur 28 tahun, dia sudah boleh dikategorikan antara  businesswoman yang berjaya. Condominium di Mont Kiara dan juga memiliki sebuah kereta Honda Jazz pada usia sebegitu menjadi bukti kejayaannya apatah lagi semuanya dilakukan sendiri tanpa bantuan keluarganya. Bukan dia menolak tawaran untuk bernaung di bawah syarikat mega millionaire ayahnya tapi dia lebih selesa mengusahakan sendiri dan membuktikan bahawa dia bukan calang-calang orang yang boleh dibuat main. Ketika Adira sibuk menjawab telefon di hujung talian, tiba-tiba Iphonenya bergetar menandakan ada panggilan masuk, tersenyum seketika apabila melihat nama dan juga gambar si pemanggil…..

ASYIRA ADIRA BINTI TAN SRI SUHAILI


“Selamat Datang”, sapa seorang pelayan lelaki yang kemas dan segak berkostum biru gelap dan ber’bow tie’ hitam melayan pelanggan yang baru sahaja melabuhkan punggung lantas dia memberikan envelope hidangan makanan di restoran yang berkonsepkan ala resort tue. Air terjun yang mengalir tenang dan rimbunan pepohon buluh mampu menarik sesiapa sahaja untuk berkunjung ke restoran mewah lagi elegan itu. “Di Restoran Luar Biasa nie kami ada menyediakan pelbagai hidangan dari barat hinggalah timur dan yang paling istimewa ialah hidangan pencuci mulut kami, PUDING LAICI KARAK”, tambah lagi si pelayan yang sama. “Afnas! Afnas!...ader masalah sket kat dapur”, bisik seorang rakan sekerjanya lantas mengambil alih tugas yang sebelum itu dikendalikan oleh Afnas.

AFNAS SYAHIR BIN ZAKAWI


Suasana senja dari balkoni di sebuah penthouse mewah di Cinta Heights berdekatan lereng bukit itu sangat menenangkan si pemiliknya yang sedang melepaskan lelah setelah seharian penat bekerja di pejabat dan juga melakukan kerja pengubah suaian di rumah clientnya di Damansara Utama. Pada usia awal 30-an, Hafizi tidak pernah jemu melaksanakan tugasnya sebagai Interior Designer di syarikat Nano Illusion Sdn Bhd milik bersama dengan adiknya, Aril Syazmer. Setelah waktu hampir menjejaki waktu Maghrib, dia menelefon cinta hatinya, membuat temu janji makan bersama setelah sekian lama tidak bertemu…

TAQRISH HAFIZI BIN DATO SALI

PS: KORANG ADE CADANGAN TAK NAK BUAT TAJUK APE AND KORANG NAK CERITA NI CAMNER?  CADANGAN WATAK KE? AK TUNGGU FEEDBACKS DARI KORANG..KALU OKEY AK SAMBUNG KALU X AK OFF..HEHE...

Sunday, February 13, 2011

antara cinta dan sahabat chapter 17

kredit buat adikku yg kretip, husna nana...pndai2 la cari kat facebook....

Di sebalik dinding luar hospital, Aiman asyik memerhatikan sasarannya yang baru sahaja keluar dari bangunan itu. Matanya tajam memerhatikan langkah lelaki itu. Dengan perlahan-lahan dia mengeluarkan sepucuk pistol yang disisipkan di pinggangnya. Pistol yang lengkap dengan penyerap bunyi itu dihalakan ke arah lelaki itu. Tanpa membuang masa, dia memetik picu. Dengan sekali tembakan, sebutir peluru telah menembusi dada lelaki itu. Tepat ke bahagian jantung!
     Shahir yang ketika itu sedang menapak menuju ke keretanya, tidak semena-mena nafasnya terangkat secara mendadak. Dia melihat dadanya. Darah menyeruak membasahi baju. Pandangannya mulai berbayang-bayang. Shahir merasakan dirinya terlalu lemah. Dia terduduk dan menyebut nama Allah berulang-ulang. Akhirnya dia tersungkur ke lantai dengan mata yang terpejam rapat. Darahnya deras mengalir, pekat mengotori lantai pejalan kaki. Beberapa orang pelawat melihatnya terkejut dan terus berkejaran mendapatkan Shahir. Seorang anggota paramedik memeriksa nadi Shahir. Ternyata, lelaki itu sudah tidak bernyawa lagi.
     Aiman yang melihat keriuhan di hadapan hospital itu, tersenyum puas. Dia sudah melaksanakan tugas yang diperintah Encik Suhairi. Dia keluar dari tempat persembunyiannya dan terus ke kediaman Encik Suhairi bagi mendapatkan habuan atas misinya yang telah berjaya.

                                                                        **********

     “Shahirrrrrrrrr!!!!” Jeritan Adira bergema di seluruh bilik itu sehingga mengejutkan seorang jururawat yang bertugas menjaganya. Dengan pantas, dia meluru masuk dan terlihat Adira sedang memeluk lutut sambil menangis. Badannya menggigil ketakutan. Dia menghampiri Adira dan berusaha menenangkan gadis itu.
     “Adira, kenapa ni?” Dengan tangisan yang semakin melebat, Adira tidak mampu untuk membuka mulutnya. Dia diserang ketakutan yang dahsyat sehingga membuatkan mulutnya terkunci rapat. Pandangannya dihalakan ke hadapan seperti tidak mempedulikan jururawat itu. Ayu memahami keadaan gadis itu. Dia duduk di hadapan Adira. Ketika itu, barulah pandangan Adira beralih ke arah Ayu. Ayu mengusap-usap lembut kepala Adira bagi mengurangkan rasa gementarnya.
     “Adira mimpi buruk eh?” Soalan itu dibalas Adira dengan anggukan kepalanya. Selepas itu, air matanya terus mengalir.
     “D..dd..dia.. di..dibunuh. O..oorang y..yyang..dd..ira c..inta dd..ahh mm..aatii.” Kedengaran sungguh menyeksakan bagi Adira untuk meluahkan satu-satu perkataan akibat tekanan emosi yang tiba-tiba akibat mimpi buruk yang dialaminya itu. Ayu yang masih memahami butir-butir bicara Adira, tergeleng-geleng perlahan.
     “Itukan cuma mimpi. Mimpi tu mainan tidur. Adira jangan fikirkan sangat pasal mimpi tu ok. Nanti takut akan membuatkan Adira tertekan. Boleh menjejaskan kesihatan Adira.” Keprihatinan Ayu sangat tinggi terhadap Adira. Dia bertindak sebagai seorang kakak yang penyayang untuk memastikan Adira sihat sepenuhnya.
     “Dahlah Adira. Pergi sambung tidur yer. Dah pukul 3 pagi ni. Adira jangan fikirkan sangat yer mimpi tu. Itu cuma sebuah mimpi yang takkan menjadi kenyataan.” Sekali lagi Ayu memesan. Sebelum keluar meninggalkan Adira, dia membantu gadis itu untuk kembali berbaring.
     Setelah Ayu hilang dari pandangan, Adira masih tidak boleh melelapkan mata. Mimpi dahsyat itu kembali terlayar di fikiran. Air matanya sudah berhenti mengalir tetapi sedu-sedannya masih kedengaran. Hatinya dilanda kebimbangan akibat mimpi itu. Bayangan darah yang mengalir laju menggetarkan seluruh perasaan Adira. Dirinya terlalu risau akan keselamatan Shahir. ‘Itu cuma sebuah mimpi yang takkan menjadi kenyataan’ , kata-kata Ayu sebentar tadi menerjah gegendangnya. Kenapa hatinya berkata sebaliknya? Di dalam hati dan fikirannya, hanya Shahir yang terbayang. Doa dipohonnya bersungguh-sungguh supaya Shahir dilindungi dari sebarang kecelakaan. Dirinya terlalu mencintai Shahir sehingga tidak sanggup untuk melepaskannya. Dan dia juga tidak sanggup Shahir meninggalkannya. SHAHIR! Berulang-ulang nama itu melegari di dalam fikiran.

                                                                      **********

     Ema menapak lambat-lambat menuruni anak-anak tangga. Dia kelihatan tidak bersemangat untuk memulakan hari pada pagi itu. Pertengkaran malam semalam bagai meragut keceriaannya. Apabila sampai di ruangan makan, Ema melihat hidangan pagi sudah tersedia di atas meja. Dia duduk di atas sebuah kerusi dan hanya memandang kosong hidangan itu.
     “Ema!” Sapaan lembut Mak Mah mengejutkan Ema. Lantas dia menoleh ke arah Mak Mah yang berjalan mendapatkannya.
     “Mama dengan papa dah pergi kerja ker, mak mah?” Mak Mah hanya mengangguk sambil menuangkan air untuk anak majikannya itu dan menghidangkan Ema sepinggan mee goreng.
     “Adira?”
     “Mak Mah ingat dia tengah tidur lagi jadi mak mah taknak ganggulah.” Ema pantas melihat jam di tangannya. Jarum jam itu tepat menunjukkan pukul 8.30 pagi.  Hatinya berdetik hairan. Selalunya Adira lah orang yang bangun lebih awal darinya kira-kira pukul 8.00 pagi. Seleranya tiba-tiba terbantut. Hatinya diserang kebimbangan. Nalurinya merasakan sesuatu yang buruk telah berlaku.
     “Mak Mah, ema nak pegi tengok dira kejap eh?” Lantas dia bangun dan berjalan pantas menuju ke kamar Adira. Sesampainya Ema di sana, dia terus mengetuk-ngetuk perlahan pintu bilik Adira sambil memanggil-manggil namanya. Kerisauannya naik mendadak akibat panggilannya tidak bersahut. Lalu dengan teragak-agak, Ema memulas tombol pintu itu. Selepas ia terkuak, hati Ema direntap kasar apabila melihat bilik itu tidak berpenghuni. Dia kelam-kabut mencari Adira di seluruh tempat dalam bilik itu tetapi tidak juga dijumpai. Dia terduduk di atas katil dengan perasaan yang bercampur-baur. Pelbagai andaian buruk berlegar-legar di dalam fikirannya. Namun dibuang andaian-andaian buruk itu. Ketika Ema tergesa-gesa keluar untuk memberitahu kehilangan misteri Adira kepada Mak Mah, langkahnya serta-merta terhenti. Dipandangnya sebuah tingkap yang tidak tertutup. Mukanya berkerut. Dia lekas menapak ke arah jendela itu dan memandang ke bawah. Seiring dengan itu, dia teringat akan kata-kata Adira sewaktu pertengkaran mereka anak-beranak semalam (Baik! Papa nak dira pergi kan..papa tak suka ada anak macam dira kan..kalau ini yang papa nak selama ni..baik! dira akan pergi sekarang dan tak akan kembali lagi ke sini..lagi satu papa patut tau, dira kecewa dengan sikap papa!). Ema menekup mulutnya . Ya Allah, Adira!

                                                                            *********

     “Mak Mah!!!” Mak Mah yang sedang berada di halaman belakang terperanjat mendengar laungan cemas Ema. Dia terkocoh-kocoh masuk ke dalam mendapatkan Ema yang terduduk di atas sofa di ruang tamu.
     “Mak Mah!! Dira lari dari rumah!” Teresak-esak Ema memaklumkan berita yang tidak dijangka itu. Mak Mah terkejut bukan kepalang.

Saturday, February 12, 2011

BAB 30 mAta coklatku memanahmu

kredit tosuha lukman
Apa yang berlaku sehingga Aqso merubah sikapnya yang sebelum ini dingin terhadap Ira, namun dalam sekelip mata saja Aqso terus mula menyayangi Ira kembali ialah apabila selepas peristiwa di mana Aqso menfitnah isterinya yang mungkin sudah terlanjur dengan Wan. Selepas peristiwa itu, Ira lebih banyak termenung. Ira begitu kecewa dengan sikap Aqso yang sanggup mempersoalkan kesuciannya. Kalau iya pun Aqso rasa marah dengan perkahwinan yang dipaksa itu, tapi perlukah sehingga mempersoalkan dan meragui maruah isterinya yang sememangnya masih suci. Pada malam itu, Aqso dengan rasa tidak bersalah memfitnah Ira sudah tidak suci, dan pada waktu pagi keesokkan harinya, Ira demam panas. Pagi itu, Aqso bangun dari tidur dan terlihat Ira masih terbaring berselubung dengan selimut.

Aqso: (cuba mengejut isterinya untuk menunaikan solat subuh)..Ira..Hoi..Bangun la. Dah subuh ni. Sembahyang subuh jom. (tubuh Ira masih tidak menunjukkan respon. )

Lalu Aqso masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Setelah itu, dia menunaikan solat Subuh secara sendirian. Aqso beranggapan mungkin Ira tidak boleh sembahyang. Selesai solat subuh, Aqso bersiap2 untuk bekerja. Dia menyalinkan pakaiannya. Aqso terlihat Ira masih tidak bangun. Aqso mula pelik kerana selalunya Ira yang akan bangun lebih awal daripadanya. Hari itu juga, Ira tidak menyiapkan pakaian Aqso. Aqso menghampiri Ira. Dia duduk di sisi Ira.

Aqso: Ira..Bangun la. Dah pagi ni. Kau tak pergi kerja ke??

Ira masih diam terpaku. Tiada sepatah kata yang diungkapkan oleh Ira. Aqso menggerakkan tubuh isterinya yang masih berselubung dengan selimut itu. Lalu Aqso menarik selimut pada bahagian muka Ira bagi melihat keadaan Ira. Ira masih terpejam. Aqso memegang muka Ira untuk mengejutkannya.

“Panas!” jerit hati Aqso. Aqso menyentuh dahi Ira. Badan Ira sangat panas. Aqso mula risau. Dia cuba mengejutkan Ira namun masih tiada sebarang respon. Lantas Aqso mencepung tubuh Ira yang sudah tidak bermaya itu lalu mencapai kunci keretanya. Aqso mendukung Ira turun ke bawah. Ibu bapa Aqso yang ada di kawasan ruang makan, ternampak menantu mereka didukung oleh Aqso.

Ummi: Aqso. Kenapa ni?? (menghampiri Aqso. Aqso berhentikan langkahnya.)

Aqso: Ira demam panas ummi. (kata Aqso dengan nada risau). Aqso pergi hantar Ira ke klinik sekejap ya.

Aqso bergegas menuju ke keretanya. Dia membuka pintu kereta pada bahagian penumpang yang bersebelahan dengan tempat pemandu. Aqso meletakkan Ira dengan hati2. Ira masih memejamkan matanya. Sebak juga hati Aqso melihat isterinya yang tidak bermaya itu. Kemudian Aqso masuk ke dalam perut keretanya lalu memandu laju menuju ke klinik berdekatan. Mereka bernasib baik kerana ada klinik swasta yang dibuka 24jam. Setibanya di klinik tersebut, Aqso lantas keluar dari kereta kemudian mendukung Ira masuk ke dalam klinik. Ira masih lemah.

Di kaunter pertanyaan,

Aqso: Nurse, doktor mana?? Saya perlukan doktor sekarang! (jerit Aqso dengan kelam-kabut)

Jururawat itu boleh pula menyuruh Aqso tenang. Aqso semakin tertekan.

Aqso: Nurse! Cepatlah. Isteri saya demam panas ni. ( Lalu Aqso terus berlalu menuju ke dalam bilik doktor. Nasiblah tiada pesakit pagi2 itu)..

Aqso membuka pintu bilik doktor itu lalu

Aqso: Doktor! Tolong isteri saya! Badan dia panas sangat..

Doktor menyuruh Aqso meletakkan Ira pada katil yang ada di hujung sudut bilik itu. Kemudian, doktor mengarahkan Aqso untuk duduk dahulu. Aqso turuti. Doktor itu memeriksa tubuh Ira. Aqso mula tidak tentu arah. Setelah itu,

Doktor: Encik Aqso. Isteri encik demam panas ni. Dia perlukan ditahan ke dalam wad untuk beberapa hari.

Aqso memandang wajah doktor itu dengan risau.

Aqso: Teruk sangat kah doktor??

Doktor: Isteri encik perlukan rehat. Biarlah dia rehat di sini selama beberapa hari. Encik jangan risau. Isteri encik hanya perlukan rehat dan penjagaan yang rapi. Encik boleh la ambilkan kelengkapan isteri encik untuk dia tinggalkan di sini untuk beberapa hari.

Aqso hanya pasrah pada arahan doktor itu. Aqso bersalaman dengan doktor itu lalu mengucapkan terima kasih. Aqso pulang ke rumahnya. Semasa dalam perjalanan ke rumah, Aqso sempat juga menghubungi Tuan Norman bagi memohon cuti untuk beberapa hari. Setelah menceritakan apa yang berlaku, cuti Aqso diluluskan. Aqso juga menelefon kawan Ira yang dia kenal lalu memberitahu bahawa Ira tidak dapat kerja untuk beberapa hari kerana demam panas. Setiba di perkarangan rumah, Aqso lantas keluar dari keretanya lalu memasuki rumahnya. Puan Mahani yang sedang mengemas rumah tiba2 nampak kelibat anaknya itu melangkah masuk ke dalam rumah, lalu bersuara setelah menghampiri Aqso.

Ummi: Aqso, Ira macam mana??

Aqso: Ira kena tahan wad. Doktor kata dia kena demam panas. Kena berehat dekat sana dulu buat dua tiga hari. Ni Aqso nak kemaskan baju Ira, then pergi balik teman Ira dekat sana.

Ummi: Aqso kerja tak?

Aqso: Tak. Aqso dah minta cuti 2 hari untuk tengok2 Ira. Ok la Ummi, Aqso naik atas dulu.

Puan Mahani mengangguk lembut lalu menyuruh Aqso sampaikan salamnya buat Ira. Aqso bergegas ke kamarnya. Dia membuka pintu lalu terus ke arah almari baju Ira. Aqso membuka dan mencapai sebuah beg baju yang ada. Aqso mencapai beberapa2  keperluan dira untuk bermalam di wad itu. Dalam Aqso khusyuk2 Aqso mengemas beg baju untuk Ira, tiba2 ada sesuatu jatuh dari almari Ira. Aqso membongkokkan tubuhnya untuk mencapai. Aqso terkejut melihat apa yang berada di dalam genggaman tangannya itu. Sesuatu yang berwarna PINK.

Aqso: Diari yang aku bagi??? (muka Aqso sangat terkejut)..

Aqso membelek diari itu. Aqso masih ingat diari itulah yang dia beri kepada Ira sebelum dia pergi ke UK. Aqso membuka diari itu. Alangkah tergamamnya Aqso apabila terlihat 2 keping gambar iaitu gambarnya bersama Ira semasa di Pulau Perhentian pada bebertapa tahun lepas beserta sekuntum bunga ros merah yang sudah terlalu layu. Aqso terasa pipinya hangat secara mengejut. Aqso tidak menyangka diari itu dengan gambar2 dan bunga ros masih disimpan oleh Ira sehingga kini. Aqso menghampiri kamarnya lalu terduduk pada bahagian hujung katilnya itu. Aqso membaca setiap helaian diari itu yang sudah ditulis oleh Ira. Sebak hati Aqso membacanya. Air mata Aqso mula melakar tidak tentu arah ke pipinya dan juga tertitis pada diari itu.

“Ira...Kenapa kau tidak terangkan keadaan kau yang sebenarnya?? Ya allah!!! Adakah ini semua salah aku?? Salah aku kah ya Allah?? Memfitnah Ira tanpa usul selidik keadaan Ira sebenarnya.. Ya Allah. Kenapa kau benarkan aku melayan cemburuku melihat Ira bersama Wan semasa aku di sana?? Kenapa kau tidak kuatkan hatiku tentang janji Ira. ?? Ira setia menanti aku. Aku pula menyepi tanpa berkata apa2. Kenapa Kau uji hubungan kami sebegini ya Allah?? Aku sudah buat Ira merana. Aku abaikan Ira. Aku terlalu pentingkan diri sendir” ujar Aqso sambil tersedu-sedan menangis apabila mengetahui keadaan yang sebenarnya tentang dirinya di dalam hati Ira selama ni. Ira setia menyanyangi Aqso, namun Aqso yang terlalu mengutamakan cemburunya dulu.

Hampir setengah jam juga Aqso menangis membaca membelek2 diari itu. Sedih hatinya memfitnah Ira yang curang pada janji yang dibuat, sedangkan bukan itu hakikatnya. Aqso bangkit lalu dengan segera mengemas barang2 Ira. Kemudian dia turun menuju ke keretanya. Dengan segeranya, Aqso memandu menuju ke klinik di mana Ira dirawat. Setiba di sana, Aqso diberitahu bilik Ira lalu Aqso melangkah ke situ. Dia menolak daun pintu bilik Ira dengan perlahan dan terlihat isterinya sedang berehat.

Aqso menghampiri Ira lalu duduk di sisi Ira. Dia mengusap lembut umbun-umbun isterinya. Rasa menyesal menyerang hatinya apabila terlihat wajah isterinya yang sungguh lemah itu. Aqso tahu dia yang bersalah kerana mempersoalkan kesucian Ira dan memfitnah Ira selama ini. Ira sudah banyak kali menderita disebabkan dirinya. Aqso semakin sebak melihat keadaan isterinya itu.

Ira yang tersedar lalu membuka kelopak matanya perlahan2. Aqso yang tadi sedang tidur namun turut tersedar apabila terasa pergerakan daripada Ira.

Aqso: Ira, kau ok?? (sambil meletakkan tangannya pada dahi Ira).

Ira: (masih lemah) Uhmm. Saya di mana ni? (soal Ira dengan perlahan)

Aqso: Kau dekat wad ni. Badan kau panas sangat tadi. Itu yang aku bawa kau ke sini.

Ira: Saya haus la. (sambil memegang pergelangan Aqso).

Hati Aqso agak tersentuh juga apabila terasa tangannya disentuh lembut oleh Ira. Lalu Aqso menuangkan air ke dalam gelas. Dia membantu Ira untuk minum.

Aqso: Kau berehat la. Doktor kata badan kau lemah sangat.

Lalu Ira memejamkan matanya kerana terasa sangat letih dan pening. Aqso duduk pada kerusi yang ada di sebelah katil itu. Dia merenung wajah isterinya yang sedang terpejam matanya. Matanya mula berkaca.

“ Maafkan aku Ira. Sebab cemburu aku, kau yang merana. Keadaan yang memaksa kita. Aku janji akan jaga kau dengan baik.” sebak hati Aqso berkata2 sambil melihat Ira. Aqso menggengam tangan Ira dengan erat. Ira yang terasa tangannya dipegang erat dan kuat oleh suaminya itu, hanya membiarkan kerana dia sendiri sudah tidak bermaya untuk berkata2.

Sepanjang Ira di wad, dia sentiasa ditemani oleh Aqso. Setelah hampir 3 hari bermalam di wad, akhirnya dia kembali pulih dan demamnya mula kebah. Doktor juga sudah membenarkan Ira untuk pulang ke rumah. Riak Aqso pula sangat ceria apabila isterinya dibenarkan balik ke rumah ditambah pula lagi beberapa hari saja majlis perkahwinan mereka di Taman Tasik Titiwangsa itu.

Hari terakhir Ira di wad.

Aqso: (baru lepas berjumpa doktor kemudian memasuki bilik Ira. Dia terlihat Ira masih berbaring)..Doktor kata kau dah boleh balik. Jom balik.

Ira: (menoleh ke wajah suaminya) Boleh balik?? (Aqso menggangguk lembut. Dengan lantas Ira terus terjun dari katil. Macam budak2 saja Ira ni. Aqso tersenyum melihat perangai isterinya itu) Yeah! Jom balik ! Saya bosan duduk sini.

Aqso: Waduh kau ni. Macam budak2 ja terjun2 katil. Nasib tak jatuh. Kalau jatuh, siapa susah?? Aku juga tau. Dah, kemas beg kau. Lepas itu, kita balik rumah ya.

Ira: Biarlah. Saya happy. Aqso..(Aqso memandang isterinya apabila dipanggil) Boleh tak kita singgah beli aiskrim sekejap. Saya teringin nak makan aiskrim strawberi la. (mukanya menanti jawapan daripada suaminya itu.)

Aqso: Hei kau ni. Tadi terjun katil, sekarang nak makan aiskrim pula. Yalah. Nanti aku singgah beli aiskrim strawberi untuk kau.

Ira: (tersenyum manja)..Terima kasih!

Aqso: (mengeleng2 kepalanya melihat isterinya yang seperti kebudak2an itu.) Ya, sama-sama kasih.

Ira mengemas beg bajunya. Aqso membantunya. Kemudian, mereka menuju ke kereta Aqso. Di kereta, Aqso membuka pintu buat Ira. Hati Ira mula pelik dengan sikap suaminya akhir2 ini yang begitu berlembut dan baik. Aqso ukirkan senyuman mesra buat Ira.

Ira: Terima kasih! (Walaupun pelik, Ira tetap ukirkan senyuman yang amat comel buat suaminya itu sambil melentokkan sedikit kepalanya ke kiri.)

Aqso menutup pintu kereta setelah Ira masuk. Kemudian dia pula memasuki perut keretanya. Dia meghidupkan enjin kereta lalu meluncur laju mencari kedai untuk membelikan aiskrim buat Ira. Setelah membeli aiskrim Cornetto perisa Strawberi buat Ira, mereka pulang ke rumah. Semasa perjalanan pulang ke rumah, kelihatan Ira begitu teruja aiskrim yang dibeli oleh suaminya itu. Aqso hanya tersenyum sambil memandu.

“ Waduh bini aku ni. Macam tak pernah makan aiskrim ja. Tengok tu, gelojoh gila dia makan.Ishh. Ya Allah. Bini aku ke ni. Hahaha” ujar hati Aqso apabila terlihat Ira yang begitu gelojoh memakan aiskrim Cornetto itu.

Kemudian, mereka selamat tiba di rumah. Ibu bapa Aqso serta Safa sedang menunggu kepulangan mereka berdua di ruang tamu rumah itu. Semua kelihatan gembira melihat Ira sudah kembali sihat.

Friday, February 11, 2011

BAB 29 MAta coklatku memanahmu

Setelah berbincang antara kedua2 belah pihak, akhirnya mereka dapat kata putus untuk  membuat majlis perkahwinan di Tasik Titiwangsa yang bertemakan Inggeris ataupun lebih dikenali perkahwinan dalam taman. Ira terasa gembira juga kerana tema itulah yang menjadi impiannya. Kalau ikutkan perancangan perkahwinan Ira dan Wan sebenarnya bertemakan ala2 cina kerana Wan memang ada darah cina. Namun apabila perkahwinan Ira dan Wan dibatalkan, keluarga Aqso ada juga menanyakan tentang idaman Ira dalam majlis perkahwinan. Ira memberitahu dia lebih memilih ala2 Inggeris. Keluarga Aqso pula hanya mengikuti kehendak pengantin perempuan lalu memilih tema Inggeris (perkahwinan dalam taman) bagi majlis perkahwinan Ira dan Aqso. Kedua2 belah pihak bertungkus lumus untuk menyiapkan persiapan dalam majlis perkahwinan itu namun tidak bagi Aqso yang masih bersikap dingin terhadap Ira. Walaupun sudah hampir seminggu Ira sudah halal bagi Aqso namun Aqso masih belum menyentuh Ira. Aqso masih tidak dapat menerima keadaan dia dipaksa kahwin bagi menutup malu keluarga Ira yang mana di saat2 akhir, Wan tidak dapat menikahi Ira. Kenapa Wan punya kerja, dia pula yang kena.

Semasa malam pertama setelah mereka dinikahkan, Ira memasuki bilik Aqso lebih awal. 20 minit kemudian, Aqso memasuki kamarnya dan terlihat Ira sedang menyikat rambut di hadapan meja solek. Aqso mendekati Ira. Ira yang perasan kelibat suaminya mula menghampiri dirinya, Ira mula gelabah. Aqso berdiri di belakang Ira yang sedang duduk itu.

Aqso: (mulakan bicara dalam keadaan yang amat tegang antara mereka). Uhmm, kalau ikut hati aku, aku tak nak sebilik pun dengan kau. Tapi nanti Ummi kata apa pula. Kalau aku suruh kau tidur bawah, aku rasa macam kejam sangat pula. Sekejap, aku nak bahagikan antara bahagian aku dan bahagian kau dalam bilik ni. (sambil menunjukkan plaster yang besar bagi membahagikan ruang biliknya)

Ira terkesima juga sehingga begitu tindakan Aqso. Setelah Aqso selesai memasang plaster di dalam kamarnya lalu dia bersuara..

Aqso: Yang plaster warna merah tu bahagian kau. Yang putih tu kawasan aku. Jangan sesekali masuk kawasan aku tanpa ada kebenaran. Almari yang sana tu, almari kau. Aku dah kosongkan. Pandai2 kau la. Situ almari aku (sambil menuunjukkan almari itu kepada Ira.) Kau Cuma boleh masuk kawasan aku hanya untuk ke bilik air. Faham??

Ira hanya mengangguk. Aqso menuju ke almari bajunya untuk mengambil pakaiannya itu. Ira pula masuk ke dalam bilik air. Setelah daun pintu bilik air itu ditutup rapat, tiba2 pipi Ira terasa hangat. Ira melihat wajahnya di cermin. Ira nampak titisan air jernih membasahi pipinya. Dia sedih melihat sikap Aqso yang begitu mendingin. Bukan dia yang memaksa Aqso untuk menikahinya. Ira turut terkejut apabila Mak Mahani mengatakan bahawa Aqso akan mengahwininya bagi menggantikan Wan. Ira mengesat air matanya, lalu membasuh mukanya. Kemudian, Ira menghampiri pintu bilik air untuk membukanya. Ira yang menunduk semasa keluar itu, tiba2

Pang !!!!! (bunyi pintu yang terhempas kuat ke dinding bilik air).. Ira terjatuh! Ira membuka matanya, alangkah terperanjatnya Ira apabila terlihat Aqso berada di atas tubuhnya. Badan Aqso menindihnya. Aqso turut tergamam apabila dia sedang jatuh di atas tubuh Ira yang genit itu. Mereka masing2 terpaku. Sudah la mereka jatuh di dalam bilik air. Waduh! Aqso memandang Ira, Ira memandang Aqso. Nafas mereka semakin laju. Ira terasa kehangatan nafas Aqso itu. Aqso pula masih tidak bergerak kerana masih terkejut. Aqso mendekatkan mukanya kepada muka Ira. Ira yang takut lalu memejamkan matanya. Aqso terpesona dengan wajah kecantikan isterinya itu secara tiba2. Kenangannya bersama Ira sewaktu dulu mula membuat ulang tayang. Aqso tidak menyangka Ira sudah menjadi isterinya. Wanita itu lah yang pernah dia cintai dan kini wanita itu miliknya secara sah. Aqso mula bingung kenapa dia melayan Ira begitu buruk sekali sebelum ini. Namun dengan pantas, wajah Wan yang amat dia benci mula menyinggah. Dengan serta merta Aqso kembali marah dengan Ira. Dengan lantasnya, Aqso bangun.

Aqso: Arggghhh!! (berdengus dengan marah)

Namun entah macam mana pula, Aqso tersalah pijak seluarnya lalu dia kembali terjatuh menghempap Ira. Ira yang tadi mula membuka matanya apabila terasa Aqso mula bangun, tetapi semasa Aqso menghempap tubuhnya kembali, Ira membeliakkan matanya. Terkejut! Sekali lagi, mereka saling merasai kehangatan nafas serta kelajuan nadi mereka bergerak. Mereka terpaku dalam keadaan sebegitu buat kali keduanya. Aqso semakin tidak tentu arah lalu cepat2 dia bangun. Kemudian dia keluar dari bilik air lalu terus merebahkan tubuhnya di atas katil. Ira mengikuti langkah suaminya itu. Suasana jadi tegang. Aqso baring menghadapkan ke kanan, Ira pula menghadap ke kiri. Akhirnya mereka terlelap dengan rasa yang tentu arah dengan kejadian pada malam itu.

Suatu malam setelah sudah seminggu usia perkahwinan Aqso dan Ira.

Ira: (kuatkan semangat untuk berbicara dengan Aqso yang ketika itu Aqso sedang membuat kerja di suatu sudut bilik mereka) Aqso. Kenapa awak benci saya??

Aqso yang terus terhenti untuk membuat kerjanya apabila Ira mengajukan soalan itu

Aqso: Sebab kau menyusahkan aku.(jawabnya dengan selamba)

Ira terkedu mendengar jawapan suaminya itu.

Ira: Kenapa awak kahwin dengan saya? (terus bersabar bagi mendapatkan jawapan suaminya)

Aqso: Kan aku pernah beritahu, aku buat semua ni untuk Ummi. Ummi paksa aku kahwin dengan kau sebab nak tutup malu keluarga kau! Kau dengan Wan yang buat, aku pula jadi mangsa! Kau tahu kan tunang kau tu kena tangkap basah?

Ira: (tersentap juga dengan soalan Aqso itu. Ira masih marah dengan Wan yang sanggup curang kepadanya) Ya.

Aqso: Uhmm. Entah2 kau dengan dia pun dah pernah terlanjur! (dengan selamba saja Aqso menabur fitnah kepada Ira)..

Ira: (bangun dari katilnya) Aqso! Awak jangan nak melampau ya! Saya masih suci ya! Awak jangan nak samakan saya dengan Wan. (Ira mula marah)

Aqso: Sudah la! Malas aku bertekak dengan kau. Aku ada kerja ni. (lalu meneruskan kerjanya dan mengabaikan Ira)

Ira yang sedih terus terduduk di atas katil. Air matanya mengalir secara tiba2 kerana sebak dengan fitnah yang dilemparkan oleh Aqso. Ira tidak sangka suaminya sanggup menuduhnya tidak suci. Lalu Ira terus baring dan menarik selimut menutupi tubuhnya serta mukanya. Ira cuba menahan air matanya daripada terus mengalir agar suaminya tidak tahu. 2 jam kemudian, Aqso mula masuk tidur. Ira pula sudah lama lena dan dibuai mimpi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Akhirnya seminggu kemudian, segala persiapan untuk majlis perkahwinan Ira dan Aqso di Tasik Titiwangsa dapat diselesaikan. Harinya pun menjelang tiba. Majlis perkahwinan itu diadakan pada jam 2.30 petang hinggalah 5.30 petang. Pada hari tersebut, Aqso mengenakan sepasang sut berwarna putih daripada baju hinggalah ke kasutnya yang ditempah khas daripada RIZMAN RUZAINI. Kemudian, terdapat sekuntum bunga ros merah diselitkan pada kocek sutnya itu. Sutnya turut dihiasi dengan batu permata2 pada bahagian lengan.Memang segak Aqso ketika itu. Seolah2 putera kayangan. Ira pula memakai gaun labuh serta sopan berwarna putih hasil tangan RIZMAN RUZAINI  yang dihiasi dengan lace putih bersulamkan bunga2 merah dan veil putih serta memakai kasut tumit tinggi berwarna putih yang ditempah khas daripada JIMMY CHOO. Ira juga menggenggam sejambak bunga ros berwarna merah. Ira turut diserikan dengan barang kemas daripada HABIB iaitu seutas rantai berlian, gelang dan anting2 yang amat berkilau pada hari itu. Rambut Ira yang disanggulkan dan diselitkan dengan mawar putih pada sanggulnya menampakkan Ira sangat jelita. Aqso dan Ira kelihatan sepadan serta secocok.

Mereka menaiki kereta Peugeot berwarna merah untuk ke kawasan majlis perkahwinan mereka. Kereta Peugeot di mana bumbungnya boleh dibuka, menampakkan pasangan bahagia itu asyik tersenyum yang duduk di belakang.Setibanya di kawasan majlis perkahwinan itu, Aqso turun lalu Aqso menyambut tangan Ira lalu mendukungnya untuk keluar dari kereta itu.Aqso meletakkan Ira untuk berdiri. Aqso mengenggam erat tangan Ira apabila berjalan di karpet menuju ke pelamin mereka yang bertemakan warna putih serta merah. Sepanjang perjalanan mereka ke pelamin itu, terdapat hiasan bunga2 berwarna putih, merah dan merah jambu melambangkan konsep perkahwinan dalam taman. Mereka memilih tema warna itu kerana Aqso amat suka warna putih manakala warna merah merupakan warna kegemaran Ira. Setelah bersanding, pasangan mempelai menuju ke meja yang disediakan untuk makan beradab. Sebelum menjamu selera, Aqso dan Ira sempat juga saling menyuapkan makanan mereka antara satu sama lain. Aqso yang begitu terpesona dengan keayuan dan kejelitaan isterinya pada hari itu, membuatkan rasa sayang dan cintai kembali menyinggah pada hati jantannya itu. Kemudian, mereka bangun dan menuju ke arah kek perkahwinan mereka yang berbentuk epal merah yang agak besar. Ira yang agak terkejut jugalah dengan bentuk kek epal mereka itu, hanya tersenyum riang kerana kek itu Aqso yang uruskan pada saat2 akhir. Epal merupakan buah yang pernah menjadi kenangan dalam perhubungan mereka dahulu. Mereka memotong kek itu bersama2. Kemudian, Aqso menyuapkan secubit kek itu kepada Ira dan juga sebaliknya. Ira turut bahagia pada saat itu.

Kemudian, sesi bergambar antara pengantin serta keluarga turut berlangsung. Semasa sesi bergambar antara pengantin saja, Aqso mencuba aksi bergaya dengan bermacam2 sehingga Ira turut tergelak kecil dengan karenah suaminya itu apabila bergambar. Pada mulanya malu2 juga Aqso, namun tiga minit kemudian, semua cara dia buat. Setelah bergaya sana bergaya sini, tiba2 Aqso membongkokkan dirinya sedikit untuk mendukung Ira.

Ira terkedu apabila dia tersedar dia sudah dalam dukungan Aqso.

Ira: Aqso! Apa awak buat ni?? Eee..Turunkan saya la..

Aqso tersenyum nakal..

Aqso: Aku kan suami kau. Apa salahnya kalau aku dukung kau..(lalu tersenyum ke arah kamera yang tersedia untuk menangkap gambar mereka berdua)..Wahai cik Ira, senyum la. Tu tengok kamera sana. Pandang aku nak buat apa. (ujar Aqso apabila terlihat Ira yang sudah didukungnya itu sedang memandang wajahnya.Ira serta merta menoleh ke jurukamera lalu tersenyum)

Setelah bergambar, Aqso membawa Ira berjalan2 dengan menggunakan basikal. Ira yang tidak tahu menahu pasal itu apa lagi, tergamam la. Naik basikal segala pula. Aqso memimpin tangan Ira lalu membawa ke arah basikal itu.

Aqso: Jom naik. Aku bawa kau. (sambil tersenyum mesra)..

Ira: (agak terkejut dengan ajakan Aqso itu) Hah?? Naik basikal. Pakai baju pengantin ni..??( dah la dengan veilnya yang agak panjang berjela, kang tersangkut dekat mana2, tak ke gila tu..waduh! Aqso ni tak mengagak juga)

Aqso: Yalah. Jom la. Kau duduk belakang, aku yang bawa la. Jangan risau, aku jaga kau.

Ira memandang Aqso dengan rasa terharu apabila Aqso mengucapkan “aku jaga kau”. Lalu Ira duduk di bahagian belakang. Aqso yang sudah bersedia untuk menunggang basikal itu lalu bersuara..

Aqso: Dah belum?? Peluk la aku. Kang jatuh, aku juga yang susah.

Ira: (lalu memeluk pinggang Aqso) Uhmm dah..

Aqso pun mengayuh lah basikal itu yang berbakul pada bahagian hadapan. Aqso dan Ira tergelak2 juga semasa acara menunggang basikal itu. Mana tidaknya Aqso yang menunggang basikal itu pun main2. Sekejap brek mengejut, sekejap main goyang2 nasib la tak tergolek si Ira yang kecil molek di belakang itu.Dalam mereka berseronok itu, gambar mereka turut diambil sebagai bukti acara mereka semasa majlis perkahwinan itu. Semua gambar tampak ceria, riang dan bahagia.

Ira: Aqso..(sambil memukul manja ke badan Aqso bahagian belakang)..Bawa la betul2. Kang jatuh ni.Waduh! Takut saya naik basikal dengan awak ni la.

Aqso: Hahaha..(tergelak besar juga Aqso apabila terlihat Ira mula cuak).

Ira: Ketawa pula dia ni.

Aqso terus menunggang basikal itu ke kawasan taman tasik Titiwangsa lalu kembali semula ke kawasan majlis perkahwinan mereka. Ira turun dari basikal itu. Aqso pun menongkatkan basikal itu. Lalu mereka berkumpul bersama keluarga mereka yang sedang berborak2 itu. Akhirnya majlis perkahwinan Aqso bersama Ira melabuhkan tirai tepat jam 5.30 petang.

Pada waktu malam pula, setelah selesai bersolat Isyak berjemaah, Aqso membaca doa manakala Ira sebagai makmum mengaminkan. Setelah itu, Ira mencium lembut tangan suaminya itu setelah Aqso selesai membaca doa. Aqso mengusap manja kepala Ira. Kemudian, mereka saling berpandangan. Aqso memagut dagu Ira dan memandang tepat ke arah isterinya yang lengkap memakai telekung itu lalu Aqso mengusap pipi Ira. Ira membiarkan walaupun hatinya mula pelik dengan sikap Aqso yang tiba2 mula melayannya dengan baik.

Aqso: Ira..(Aqso memanggil lembut nama isterinya itu. Aqso masih lagi merapati wajahIra. Sungguh sayang dia kepada wanita itu). Lepas ni panggil saya abang ya.

Tertelan juga air liur Ira dibuatnya tiba2 saja Aqso menyuruh dia memanggil Aqso dengan panggilan abang.

Aqso: Ira. Abang tanya ni. Boleh tak ni panggil abang?

Ira: (masih keliru dengan perubahan secara mendadak sikap suaminya itu.) Boleh..(balas Ira dengan lembut.)

Lalu Aqso mengucup pipi Ira dengan begitu lembut. Ira yang sememangnya sudah terpaku hanya membiarkan saja suaminya itu mengucup pipinya. Ira mahu juga bertanya kenapa tiba2 suaminya berubah sikap, namun akibat rasa letih yang menyerang tubuhnya disebabkan majlis perkahwinan pada petang tadi, Ira hanya berdiam diri.

Aqso: (bangun) Uhmm. Abang masuk tidur dulu ya. Penat la. Selamat malam. (kemudian menuju ke kamar lalu
membaringkan tubuhnya yang terasa amat penat itu. Tidak sampai 5 minit kemudian, Aqso sudah lena.)

Ira melipat telekungnya serta sejadah mereka lalu dia turut berbaring bersebelahan dengan Aqso. Ira memandang wajah Aqso yang sudah lena dibuai mimpi itu. Tiba2 pipi Ira terasa panas. Dia terharu dengan sikap suaminya yang mula melayan dia dengan baik. Ira mengusap rambut Aqso lalu menyentuh lembut pipi Aqso. Rasa sayang serta cinta kepada suaminya itu mula mengalir di dalam hati Ira. Setelah itu, Ira turut melelapkan matanya yang sudah mengantuk.


THANKS TO SUHA LUKMAN