Jam sudah menunjukkan hampir 15 minit sebelum menganjak ke pukul 5 petang, Asyira Adira lekas mengambil tas tanganVincci nye lalu meninggalkan pesanan kepada setiusahanya, ANA RAFEE sebelum bergegas untuk mengambil si kecil AMRAN. Demi janji pada anak kecil berumur 5 tahun itu, Adira tidak mengeluh. Padahal bahunya sudah lenguh memutar stereng Honda Jazz kuningnya mencari tempat parking kereta yang kosong maklumlah, waktu pejabat baru sahaja habis dan semua orang berpusu-pusu pula ke shopping complex. Hampir 10 minit menunggu, barulah sebuah Viva berundur dari tempatnya. Selesai memakirkan kereta, Adira memimpin tangan kecil Amran ke pusat pakaian lelaki di tingkat 2. Anak kecil itu comel bertshirt BUM berwarna coklat berbelang oren sedikit di lengan juga memakai jeans berwarna biru gelap. Langkahnya laju dan adakalanya menarik-narik tangan Adira supaya cepat sampai ke tempat yang hendak dituju.
Mereka masih berpegangan tangan ketika menghampiri beberapa rak yang mempamerkan aneka coraktie. Adira leka membelek beberapa helai yang menarik perhatiannya. Amran yang petah bercakap itu terus mengeleng-gelengkan kepalanya. “Papa tak suka macam nie, warna tak cantiklah….”, omel Amran tanpa henti. “jom…jom pergi sana pulak!”. Amran tampak begitu ghairah mencari hadiah buat menyambut hari lahir papanya malam nanti manakala Adira pula memperlahankan langkahnya terpesona dengan pakaian berkot yang tersarung pada boneka kaku, kacak tapi sayang tidak bernyawa.
Leka Adira melihat pakaian-pakaian lain hingga tidak terdengar lagi suara si kecil Amran, pantas matanya melilau mencari dan tangkas pula melihat Amran yang berada di hujung rak lalu dia mempercepatkan langkahnya ke arahnya lalu segera mendapatkan si anak comel itu yang berdiri di sebelah lelaki muda. Lelaki itu kelihatan sedang memegang sehelai tali leher lalu Adira lantas memegang tangan Amran, isyarat untuk bergerak ke tempat lain. “Am nak yang tu! Cantik! Mesti papa suka!”, tangannya yang halus itu menuding jarinya kearah tali leher yang dipegang oleh lelaki muda tadi mematikan langkah Adira.
Adira lega Amran sudah menemui apa yang dicarinya dan dia melihat-lihat sekeliling mencari tali leher yang sama seperti dipegang lelaki di sebelah mereka itu. Lelaki itu berganjak sedikit ke belakang bagi memberi laluan kepada Adira dan juga Amran namun pandangan matanya masih tertumpu pada tali leher biru gelap bercorak bintik-bintik halus warna perak keluaran Paul Smith yang dipegangnya itu. Puas Adira mencari dan apabila ditanya pada jurujual, katanya tali leher itu adalah edisi terhad.
“Macam mana yang nie, Am? Yang ni pun cantik kan? Adira menunjukkan sehelai tali leher berwarna merah berbaldu dan bercorak bintang-bintang halus. “Tak mahu, tak mahu Am nak yang tu jugak!”, suara Amran kuat hampir memgejutkan semua orang yang juga sibuk membeli-belah disitu. Kakinya mula menghentak-hentak lantai. “Yang tu tak boleh la Am….uncle punye tue…kita cari buat papa yang lain okey?”, pujuk Adira lembut sambil menyentuh bahu Amran yang sudah mula terhenjut-henjut menahan tangis.
Kadangkala perangai anak manja itu sukar diduga. Yang jelas papanya sering mengalah dan menurut apa saja kehendaknya tambah-tambah lagi Amran adalah anak tunggal dan ini mendatangkan masalah buat Adira pada ketika ini. “Kita ambil yang ni, merah kan cantik and nampak hensem la bila Papa pakai”, pujuk Adira lagi. “Papa tak suka merah! Dia suka biru! Am nak yang tu jugak!”, jarinya terus menerus menunjukkan kearah tali leher pada lelaki tersebut.
Tanpa diduga, rupa-rupanya lelaki itu turut mencuri dengar perbualan ibu muda dengan anak lelakinya itu. Dia memandang pada tali leher buat seketika, kemudian beralih pula pada anak kecil yang merajuk dengan ibunya itu. Dia merasakan wanita berkulit putih kemerahan itu agak comel orangnya walaupun kelihatan menggelabah dengan perlakuan anaknya. Rambut hitam keperangan berfringe menutup dahi dan jika dilihat dari sisi, hidungnya mancung dan alis matanya cantik.
Afnas Syahir leka memerhatikan kecantikan yang dimiliki oleh wanita tersebut yang kelihatan begitu sempurna di matanya. Dari paras rupanya itu, disertai perawakan yang sopan memang ada gaya isteri orang berada! Perawakan isteri-isteri orang berada memang mengingatkanya pada drama-drama korea. Nampak cantik dan menawan namun perangai mereka juga biasanya sukar diduga…ada yang terlalu lembut dan ada juga terlalu kejam. Jauh fikiran Syahir menerawang ke negara Korea dan lalu kembali ke dunia nyata apabila melihat budak lelaki itu menarik-narik blouse berwarna merah jambu yang dihiasi tompokan-tompokan halus berwarna hijau lumut yang dipakai oleh ibunya. Bibir bergincu merah pudar itu tidak henti-henti memujuk anaknya.
“Nah! Ambillah…”, lelaki itu menghulurkan tali leher yang dipegangnya pada Adira. “eh, takpelah, bukan ke encik nak beli dulu? Kita cari yang laen ye Am?”, ujar Adira.
“Am taknak! Am nak yang tu jugak”, mukanya sudah merah menahan air matanya dari mengalir. Nampaknya kesabaran Adira sudah mula menipis untuk menghadapi situasi yang memalukan itu.Adira merendahkan badannya setara dengan ketinggian Amran lalu berjanji untuk membawanya makan di McDonalds sekiranya dia memilih tie yang lain.
“Aik? Kecik-kecik dah ajar terima rasuah?”, perli lelaki tadi. “eh! Sibuk pulak dia ni nak campur hal keluarga aku”, gumam Adira dalam hati dan berpura-pura tidak mendengarnya. Akhirnya lelaki itu menyuakan tali leher biru gelap tue kepada Amran. Anak kecil itu terus mengambil tali leher itu dan menarik tangan Adira untuk beredar ke kaunter. “Am! Tak cakapthank you kat uncle ke?”, arah Adira dengan suara memerintah sedikit. Mata Amran terkebil-kebil memandang lelaki yang bertshirt hitam kelabu dan memakai topi hitam bertulis UNITED. Kemudian dia menghadiahkan senyuman manis sebelum mengucapkan terima kasih dengan perlahan. Sekelip mata, dia sudah berlari-lari menarik tangan Adira untuk ke kaunter pembayaran.
Adira sempat memandang lelaki itu membalas senyuman Amran. Bibirnya kemerahan tanda tidak merokok dan giginya yang juga tersusun rapi menambah lagi manis senyuman lelaki itu. “Terima kasih”, ucap Adira setelah lelaki itu memandangnya kembali. “Sepatutnya awak tak payah bagi tie tue… menyusahkan awak je”, tambah Adira lagi setelah melihat lelaki itu masih melihatnya dengan mata coklat yang menusuk hati sesiapa sahaja yang memandangnya.
“Tak apa! Budak kecik biasalah susah nak pujuk sket. Elok pergi tengok budak tue…nanti hilang pula”, pesan Syahir mengejutkan wanita itu yang kelihatan leka memerhatikanya.
“Erm…terima kasih sekali lagi!”, ucap Adira sekali lagi sebelum mencari Amran di kaunter.
“Hurm..terlepas aku..untung suami dia dapat isteri semanis dan secomel itu. Tentu keluarga mereka bahagia! Aku la yang rugi! Sibuk mengejar duniawi ,menambah ilmu agama sampai isteri sorang pun takder”, panjang omel Syahir sambil tangannya mencapai topi berwarna pink di atas rak.
Tiada siapa sangka lelaki yang kelihatan segak penampilannya itu masih belum berpunya. Mungkinkah dia terlalu memilih atau tiada siapa yang mahukan dia? Tapi bukankah jodoh itu ketentuan Tuhan?
Hasrat Syahir untuk membeli tali leher terkubur begitu sahaja dan langkahnya diatur ke tempat letak kereta namun telinganya cepat menangkap perbualan telefon ibu muda tadi yang ditemui tadi. “Abang, sori la yayang lambat sket.Amran nie mintak yayang beli Choki-choki, sekejap ya..dalam 15 minit lagi yayang sampai la”, gemersik suara wanita itu membalas panggilan di hujung talian. Adira terperasan lelaki itu memandangnya kebetulan kereta mereka terletak bersebelahan dan Syahir sempat mengangkat sebelah tangannya. Satu kebetulan yang sangat mendebarkan Adira.
“Eh, uncle tadi la”, jerit Amran didalam kereta. Jari-jemari kecil itu pantas melambai-lambai riang. Adira merasakan degupan jantungnya semakin pantas dan dia hanya tersenyum sebelum memakai kaca mata hitamnya lalu mengundurkan kereta dan meninggalkan lelaki itu yang juga mengundurkan Volkswagen kuningnya. Ah! Satu lagi kebetulan, kedua-dua mereka berkereta kuning. Namun Adira terus menghapuskan bayangan lelaki itu dan pantas keluar untuk ke lorong pembayaran tiket kereta.
Nantikan sambungannya....
tapi mungkin lewat sedikit skarang bz sket....komen na....!
No comments:
Post a Comment