“Hello…saya Asyira Adira dari Asyira Trading, ade apa-apa yang boleh saya bantu? ,”tanya Adira pada si pemanggil di hujung talian. Kehidupannya sangat sibuk sementelahan dia baru sahaja membuka syarikatnya sendiri. Pada umur 28 tahun, dia sudah boleh dikategorikan antara businesswoman yang berjaya. Condominium di Mont Kiara dan juga memiliki sebuah kereta Honda Jazz pada usia sebegitu menjadi bukti kejayaannya apatah lagi semuanya dilakukan sendiri tanpa bantuan keluarganya. Bukan dia menolak tawaran untuk bernaung di bawah syarikat mega millionaire ayahnya tapi dia lebih selesa mengusahakan sendiri dan membuktikan bahawa dia bukan calang-calang orang yang boleh dibuat main. Ketika Adira sibuk menjawab telefon di hujung talian, tiba-tiba Iphonenya bergetar menandakan ada panggilan masuk, tersenyum seketika apabila melihat nama dan juga gambar si pemanggil…..
ASYIRA ADIRA BINTI TAN SRI SUHAILI
“Selamat Datang”, sapa seorang pelayan lelaki yang kemas dan segak berkostum biru gelap dan ber’bow tie’ hitam melayan pelanggan yang baru sahaja melabuhkan punggung lantas dia memberikan envelope hidangan makanan di restoran yang berkonsepkan ala resort tue. Air terjun yang mengalir tenang dan rimbunan pepohon buluh mampu menarik sesiapa sahaja untuk berkunjung ke restoran mewah lagi elegan itu. “Di Restoran Luar Biasa nie kami ada menyediakan pelbagai hidangan dari barat hinggalah timur dan yang paling istimewa ialah hidangan pencuci mulut kami, PUDING LAICI KARAK”, tambah lagi si pelayan yang sama. “Afnas! Afnas!...ader masalah sket kat dapur”, bisik seorang rakan sekerjanya lantas mengambil alih tugas yang sebelum itu dikendalikan oleh Afnas.
AFNAS SYAHIR BIN ZAKAWI
Suasana senja dari balkoni di sebuah penthouse mewah di Cinta Heights berdekatan lereng bukit itu sangat menenangkan si pemiliknya yang sedang melepaskan lelah setelah seharian penat bekerja di pejabat dan juga melakukan kerja pengubah suaian di rumah clientnya di Damansara Utama. Pada usia awal 30-an, Hafizi tidak pernah jemu melaksanakan tugasnya sebagai Interior Designer di syarikat Nano Illusion Sdn Bhd milik bersama dengan adiknya, Aril Syazmer. Setelah waktu hampir menjejaki waktu Maghrib, dia menelefon cinta hatinya, membuat temu janji makan bersama setelah sekian lama tidak bertemu…
TAQRISH HAFIZI BIN DATO SALI
PS: KORANG ADE CADANGAN TAK NAK BUAT TAJUK APE AND KORANG NAK CERITA NI CAMNER? CADANGAN WATAK KE? AK TUNGGU FEEDBACKS DARI KORANG..KALU OKEY AK SAMBUNG KALU X AK OFF..HEHE...
No comments:
Post a Comment