Sunday, February 13, 2011

antara cinta dan sahabat chapter 17

kredit buat adikku yg kretip, husna nana...pndai2 la cari kat facebook....

Di sebalik dinding luar hospital, Aiman asyik memerhatikan sasarannya yang baru sahaja keluar dari bangunan itu. Matanya tajam memerhatikan langkah lelaki itu. Dengan perlahan-lahan dia mengeluarkan sepucuk pistol yang disisipkan di pinggangnya. Pistol yang lengkap dengan penyerap bunyi itu dihalakan ke arah lelaki itu. Tanpa membuang masa, dia memetik picu. Dengan sekali tembakan, sebutir peluru telah menembusi dada lelaki itu. Tepat ke bahagian jantung!
     Shahir yang ketika itu sedang menapak menuju ke keretanya, tidak semena-mena nafasnya terangkat secara mendadak. Dia melihat dadanya. Darah menyeruak membasahi baju. Pandangannya mulai berbayang-bayang. Shahir merasakan dirinya terlalu lemah. Dia terduduk dan menyebut nama Allah berulang-ulang. Akhirnya dia tersungkur ke lantai dengan mata yang terpejam rapat. Darahnya deras mengalir, pekat mengotori lantai pejalan kaki. Beberapa orang pelawat melihatnya terkejut dan terus berkejaran mendapatkan Shahir. Seorang anggota paramedik memeriksa nadi Shahir. Ternyata, lelaki itu sudah tidak bernyawa lagi.
     Aiman yang melihat keriuhan di hadapan hospital itu, tersenyum puas. Dia sudah melaksanakan tugas yang diperintah Encik Suhairi. Dia keluar dari tempat persembunyiannya dan terus ke kediaman Encik Suhairi bagi mendapatkan habuan atas misinya yang telah berjaya.

                                                                        **********

     “Shahirrrrrrrrr!!!!” Jeritan Adira bergema di seluruh bilik itu sehingga mengejutkan seorang jururawat yang bertugas menjaganya. Dengan pantas, dia meluru masuk dan terlihat Adira sedang memeluk lutut sambil menangis. Badannya menggigil ketakutan. Dia menghampiri Adira dan berusaha menenangkan gadis itu.
     “Adira, kenapa ni?” Dengan tangisan yang semakin melebat, Adira tidak mampu untuk membuka mulutnya. Dia diserang ketakutan yang dahsyat sehingga membuatkan mulutnya terkunci rapat. Pandangannya dihalakan ke hadapan seperti tidak mempedulikan jururawat itu. Ayu memahami keadaan gadis itu. Dia duduk di hadapan Adira. Ketika itu, barulah pandangan Adira beralih ke arah Ayu. Ayu mengusap-usap lembut kepala Adira bagi mengurangkan rasa gementarnya.
     “Adira mimpi buruk eh?” Soalan itu dibalas Adira dengan anggukan kepalanya. Selepas itu, air matanya terus mengalir.
     “D..dd..dia.. di..dibunuh. O..oorang y..yyang..dd..ira c..inta dd..ahh mm..aatii.” Kedengaran sungguh menyeksakan bagi Adira untuk meluahkan satu-satu perkataan akibat tekanan emosi yang tiba-tiba akibat mimpi buruk yang dialaminya itu. Ayu yang masih memahami butir-butir bicara Adira, tergeleng-geleng perlahan.
     “Itukan cuma mimpi. Mimpi tu mainan tidur. Adira jangan fikirkan sangat pasal mimpi tu ok. Nanti takut akan membuatkan Adira tertekan. Boleh menjejaskan kesihatan Adira.” Keprihatinan Ayu sangat tinggi terhadap Adira. Dia bertindak sebagai seorang kakak yang penyayang untuk memastikan Adira sihat sepenuhnya.
     “Dahlah Adira. Pergi sambung tidur yer. Dah pukul 3 pagi ni. Adira jangan fikirkan sangat yer mimpi tu. Itu cuma sebuah mimpi yang takkan menjadi kenyataan.” Sekali lagi Ayu memesan. Sebelum keluar meninggalkan Adira, dia membantu gadis itu untuk kembali berbaring.
     Setelah Ayu hilang dari pandangan, Adira masih tidak boleh melelapkan mata. Mimpi dahsyat itu kembali terlayar di fikiran. Air matanya sudah berhenti mengalir tetapi sedu-sedannya masih kedengaran. Hatinya dilanda kebimbangan akibat mimpi itu. Bayangan darah yang mengalir laju menggetarkan seluruh perasaan Adira. Dirinya terlalu risau akan keselamatan Shahir. ‘Itu cuma sebuah mimpi yang takkan menjadi kenyataan’ , kata-kata Ayu sebentar tadi menerjah gegendangnya. Kenapa hatinya berkata sebaliknya? Di dalam hati dan fikirannya, hanya Shahir yang terbayang. Doa dipohonnya bersungguh-sungguh supaya Shahir dilindungi dari sebarang kecelakaan. Dirinya terlalu mencintai Shahir sehingga tidak sanggup untuk melepaskannya. Dan dia juga tidak sanggup Shahir meninggalkannya. SHAHIR! Berulang-ulang nama itu melegari di dalam fikiran.

                                                                      **********

     Ema menapak lambat-lambat menuruni anak-anak tangga. Dia kelihatan tidak bersemangat untuk memulakan hari pada pagi itu. Pertengkaran malam semalam bagai meragut keceriaannya. Apabila sampai di ruangan makan, Ema melihat hidangan pagi sudah tersedia di atas meja. Dia duduk di atas sebuah kerusi dan hanya memandang kosong hidangan itu.
     “Ema!” Sapaan lembut Mak Mah mengejutkan Ema. Lantas dia menoleh ke arah Mak Mah yang berjalan mendapatkannya.
     “Mama dengan papa dah pergi kerja ker, mak mah?” Mak Mah hanya mengangguk sambil menuangkan air untuk anak majikannya itu dan menghidangkan Ema sepinggan mee goreng.
     “Adira?”
     “Mak Mah ingat dia tengah tidur lagi jadi mak mah taknak ganggulah.” Ema pantas melihat jam di tangannya. Jarum jam itu tepat menunjukkan pukul 8.30 pagi.  Hatinya berdetik hairan. Selalunya Adira lah orang yang bangun lebih awal darinya kira-kira pukul 8.00 pagi. Seleranya tiba-tiba terbantut. Hatinya diserang kebimbangan. Nalurinya merasakan sesuatu yang buruk telah berlaku.
     “Mak Mah, ema nak pegi tengok dira kejap eh?” Lantas dia bangun dan berjalan pantas menuju ke kamar Adira. Sesampainya Ema di sana, dia terus mengetuk-ngetuk perlahan pintu bilik Adira sambil memanggil-manggil namanya. Kerisauannya naik mendadak akibat panggilannya tidak bersahut. Lalu dengan teragak-agak, Ema memulas tombol pintu itu. Selepas ia terkuak, hati Ema direntap kasar apabila melihat bilik itu tidak berpenghuni. Dia kelam-kabut mencari Adira di seluruh tempat dalam bilik itu tetapi tidak juga dijumpai. Dia terduduk di atas katil dengan perasaan yang bercampur-baur. Pelbagai andaian buruk berlegar-legar di dalam fikirannya. Namun dibuang andaian-andaian buruk itu. Ketika Ema tergesa-gesa keluar untuk memberitahu kehilangan misteri Adira kepada Mak Mah, langkahnya serta-merta terhenti. Dipandangnya sebuah tingkap yang tidak tertutup. Mukanya berkerut. Dia lekas menapak ke arah jendela itu dan memandang ke bawah. Seiring dengan itu, dia teringat akan kata-kata Adira sewaktu pertengkaran mereka anak-beranak semalam (Baik! Papa nak dira pergi kan..papa tak suka ada anak macam dira kan..kalau ini yang papa nak selama ni..baik! dira akan pergi sekarang dan tak akan kembali lagi ke sini..lagi satu papa patut tau, dira kecewa dengan sikap papa!). Ema menekup mulutnya . Ya Allah, Adira!

                                                                            *********

     “Mak Mah!!!” Mak Mah yang sedang berada di halaman belakang terperanjat mendengar laungan cemas Ema. Dia terkocoh-kocoh masuk ke dalam mendapatkan Ema yang terduduk di atas sofa di ruang tamu.
     “Mak Mah!! Dira lari dari rumah!” Teresak-esak Ema memaklumkan berita yang tidak dijangka itu. Mak Mah terkejut bukan kepalang.

No comments:

Post a Comment