Friday, December 31, 2010

aNtaRa CiNTA dan SahaBat....chapter 13...


tuk kenal c penulis muda..


Adira membuka kelopak matanya perlahan-lahan sambil mengerang kesakitan. Terasa perit di seluruh tubuhnya. Berkerut dahinya memandang sekeliling. Tempat yang begitu asing baginya. Di mana aku? Getus hati Adira. Dia menggagahkan dirinya untuk bangun tetapi tidak berdaya. Berkali-kali dia mencuba tetapi usahanya itu sia-sia sahaja. Akhirnya, dia mengalah dan terus mengeluh berat.
     Beberapa saat kemudian, pintu di sebelah kanannya terbuka perlahan. Adira serta-merta menoleh dan terlihat sebuah keluarga datang menghampirinya sambil mengukir sebuah senyuman. Hati Adira berbisik, macam pernah tengok je dorang ni tapi kat mana yer?
     “Alhamdulillah..adira dah sedar..risau makcik tadi.” Seorang wanita separuh abad menyapanya. Terlintas di fikirannya, macam mana dia boleh tau nama aku?
     Keluarga itu berpandangan sesama sendiri apabila mereka melihat Adira memandang mereka dengan dahi yang berkerut. Wanita itu memandang Adira dan menjelaskan seolah-olah ingin meleraikan kekusutan yang bersarang di dalam fikiran anak gadis ini.
     “Adira dah lupa kami ke? Kami ni mak dengan ayah nad..dah lupa?” Maksu Saodah memperkenalkan keluarganya bagi mengembalikan semula ingatan Adira terhadap mereka. Adira yang mendengar terkejut mendengar penjelasan itu.
     “Haa? Makcik..pakcik..Ya Allah..hampir-hampir dira tak kenal.” Akhirnya Adira mengukirkan senyuman apabila dia sudah dapat mengingati keluarga kawan baiknya ini.
     “Pakcik ingat kamu dah tak kenal kami..” Paksu Kamarul pula yang bersuara. Lega rasa hatinya melihat keadaan Adira yang semakin pulih. Bimbang sekiranya terjadi sesuatu yang boleh mengancam keselamatan Adira, mereka sekeluarga juga yang akan dipersalahkan.
     “Takkanlah dira senang-senang nak lupa makcik dengan pakcik pulak..hehe..makcik pakcik sihat?” Adira memandang mereka bersilih ganti. Kedua-duanya serentak menjawab, “Alhamdulillah..sihat-sihat jer.” Pandangan Adira teralih kepada seorang gadis di sisi Paksu Kamarul. Dia mengecilkan matanya untuk mengecam gadis itu.
     “Ni..errr..taaa..tasya kan? Natasya?” Hampir sahaja dia terlupa akan nama adik perempuan Nad yang seorang itu. Terlayar di ingatannya saat dia, Nad dan Natasya meluangkan masa bermain bersama-sama. Natasya hanya mengangguk mengiakan kebenaran kata-kata Adira itu sambil tersenyum.
     “Dah besar rupanya..cantik!” Adira memuji ikhlas. Natasya hanya tersipu-sipu malu mendengar pujian dari mulut Adira itu.
     Sejurus itu, dia bagaikan tersedar sesuatu. Lantas dia memeriksa keadaan dirinya dan terus bertanya kepada Maksu Saodah dan Pakcik Kamarul.
     “Makcik..pakcik..macam mana dira boleh berada kat sini?” Setelah dia mengamati keadaan sekeliling sebentar tadi, dia mula menyedari bahawa dia sekarang terlantar di atas katil dalam sebuah hospital. Sebab-musababnya masih belum diketahui Adira. Mungkin keluarga ini mempunyai jawapannya.
     Mendengar pertanyaan Adira itu, raut wajah ketiga-tiganya ini terus berubah. Terpancar riak kekesalan yang amat sangat. Maksu Saodah mengumpulkan kekuatannya untuk menjelaskan satu-persatu kejadian yang menimpa Adira. Adira memasang telinga dan mendengar dengan begitu khusyuk sekali. Sejurus selesai menjelaskan hal sebenar, Adira menatap siling. Kosong pandangannya itu.
     Melihatkan raut wajah Adira yang berubah, Maksu Saodah lekas memohon maaf, “Adira, kami sekeluarga minta maaf sangat-sangat..disebabkan kamilah, keadaan Adira jadi begini..kalau adira nak hukum kami pon, hukumlah..memang ini salah kami.” Maksu Saodah mengharapkan pengampunan dari Adira.
     Adira menoleh kembali sambil tersenyum. “Takpelah makcik..sebenarnya ni bukan salah makcik pon..semua berpunca daripada dira..kalau dira tak berhati-hati tadi, takkan jadi macamni..dahlah..lagipon, dira takde kecederaan serius kan? Jadi makcik tak payahlah risau..yang lepas tu biarkan ia..” Adira tidak mahu mengguris hati keluarga ini. Memang semuanya berpunca daripadanya. Dia seharusnya lebih berhati-hati.
     Maksu Saodah hanya tersenyum kelat. Terbayang di tubir matanya kecelakaan yang berlaku sebentar tadi. Tidak menduga bahawa semua ini terjadi di hadapan matanya. Mujur Adira tidak mengalami sebarang komplikasi yang serius.
     Sesaat kemudian, terdengar bunyi deringan telefon. Mengalunkan lagu nasyid yang begitu indah di pendengaran. Lantas Paksu Kamarul mencapai telefon bimbit dari poket seluarnya dan menjawab,
     “Assalamualaikum..” Semua yang berada di ruangan itu terdiam memandang Paksu Kamarul yang sedang menjawab panggilan dari seseorang.
     “Jadi, kamu ada kat sana la sekarang ni? Paksu ada dekat hospital ni..a’ah..kamu datanglah kat sini..paksu nak mintak tolong sikit.” Sesekali Paksu Kamarul terangguk-angguk dan sesekali dia terdiam sebentar memberi laluan kepada pemanggil untuk bersuara. “OK..assalamualaikum..” Perbualan di antara mereka akhirnya tamat.
     “Sape bang?” Maksu Saodah bertanya kepada suaminya. Paksu Kamarul menjawab sepatah, “Shahir!” Sambil itu dia menyimpan kembali telefon bimbitnya ke tempat asal.
     “Kenapa dengan abang shahir, ayah?” Natasya pantas sahaja mengajukan soalan saat nama itu disebut. Beria-ia dia menunggu jawapan daripada ayahnya.
     “Dia ada kat rumah kita sekarang..saja-saja singgah..dia telefon la bila tengok kita takde kat rumah..ayah dah suruh dia datang sini.” Paksu Kamarul membalas acuh tak acuh. Mereka berdua terangguk-angguk faham.
     Adira yang tekun mendengar perbualan 3 beranak itu terdiam. Fikirannya menerawang memikirkan seseorang. Shahir? Nama itu terlintas di dalam fikirannya sekaligus dia mencuba mengingati sesuatu. Macam pernah dengar pulak nama tu. Macam ada seseorang yang pernah bagitau. Berkerut-kerut dahinya kerana tidak putus asa mencuba teringatkan peristiwa atau pertemuan yang berlaku.
     “Adira, kamu dah telefon mak ayah kamu? Bagitau pasal benda ni?” Adira yang sedari tadi membatu dan membisu kerana mengelamun tersentak dan kembali ke alam realiti.
     “Aaa..apa makcik?” Adira meminta Maksu Saodah mengulangi sekali lagi soalannya itu kerana begitu leka dia sebentar tadi sehingga tidak menyedari soalan yang diajukan itu.
     “Mak ayah dira dah tau ke belum pasal adira ni?” Riak wajah Adira langsung berubah mendengar perkataan ‘mak ayah’ yang disebutkan Maksu Saodah. Hatinya gelisah dah jiwanya menjadi tidak tenteram. Patutkah dia menceritakan hal sebenar yang terjadi di antaranya dan ibu bapanya? Dan insiden dia sebenarnya melarikan diri dari rumah. Patutkah?
     “Err..dorang outstation sekarang..taknaklah ganggu dorang kat sana..tak pasal-pasal dorang terkejut, nahas pulak.” Adira hanya mampu untuk berbohong. Tidak sanggup dia menceritakan kejadian yang berlaku kerana ia masalah peribadi. Bimbang dianggap yang bukan-bukan oleh Maksu Saodah dan Pakcik Kamarul.
     “Takpe ke? Bukan apa, sekurang-kurangnya, dorang tau jugak keadaan adira ni..taklah dorang risau.”
     “Takpe makcik..nanti dira bagitau la dorang..tunggu masa yang sesuai jer.” Adira membalas sambil memasamkan mukanya. Tak payah susah-susah nak beritahu dorang. Buang masa jer. Bukan dorang ingatkan kita pun. Adira membebel di dalam hati sekaligus terngiang-ngiang sekali lagi bait-bait kata yang diucapkan oleh Encik Suhairi. Sakit hatinya apabila terkenangkan peristiwa itu.
     “Eh! Mak..abah..tasya dah lambat ni!” Natasya menegur memecah kesunyian. Dia mengerling jam di tangannya. Lagi 20 minit kelas tuisyennya akan bermula. Malam itu dia harus menghadiri tuisyen di sekolahnya. Sepanjang hari, pihak sekolah mereka mengadakan tuisyen dan bermacam-macam program untuk calon-calon yang akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini.
     “Kejap yer Tasya..kita tunggu abang shahir datang dulu..” Maksu Saodah memujuk.
     “Kenapa? Mak nak suruh abang shahir hantar tasya ye?” Ajunya dengan wajah yang ceria. Dia memang gembira sekiranya abang sepupunya itu yang menghantar dan mengambilnya. Memang itu sesuatu yang nyata kerana Shahir begitu disenangi oleh semua orang yang mengenalinya. Bahkan Shahir juga sudah mempunyai ramai peminat di kalangan pelajar-pelajar sekolah.
     Maksu Saodah hanya tersenyum mendengarkan soalan Natasya itu. Adira pula kembali mengelamun apabila nama itu disebut lagi. Hatinya tertanya-tanya sendiri siapakah gerangan Shahir yang dimaksudkan mereka. Ini kerana Adira begitu yakin bahawa dia pernah mendengar nama itu di mana-mana atau seseorang yang memberitahunya. Ingin sahaja dia bertanya kepada mereka tetapi perasaan malu menyelubungi hati. Akhirnya Adira membiarkan sahaja soalannya itu tanpa berjawab.
     “Odah..abang tunggu dekat luar lah ye..mana tau kalau shahir dah sampai, tak tau pulak kita ada kat bilik mana..adira, pakcik mintak diri sekejap ye..nanti pakcik datang balik.” Paksu Kamarul meminta izin untuk mengundur diri sebentar. Adira mengangguk memahami sambil senyuman manis terhias di bibirnya.

                                                                                *********


     Beberapa minit kemudian, pintu wad itu ditolak perlahan sekaligus mematikan perbualan rancak di antara Adira, Maksu Saodah dan Natasya. Serentak mereka menoleh ke arah pintu dan terlihat Paksu Kamarul datang kembali menghampiri mereka. Dia berbisik sesuatu ke telinga Maksu Saodah. Adira dan Natasya hanya memandang hairan. Maksu Saodah mengangguk faham.
     “Adira, dira tak kisah kan kalau kami tinggalkan dira sekejap..kami nak hantar tasya pergi tuisyen kat sekolah dia..” Maksu Saodah meminta lembut. Adira hanya tersenyum dan menggeleng. Dia tidak kisah seandainya dirinya ditinggalkan berseorangan.
     “Dira jangan risau..pakcik dah suruh shahir temankan dira sekejap..dia ada kat luar sekarang ni..” Paksu Kamarul pula mencelah. Sekali lagi, nama itu berlegar-legar di ruang fikiran Adira. Tetapi kali ini hatinya menendang-nendang kuat dadanya. Jantungnya berdegup kencang. Adira hanya berlagak selamba dan tenang. Dia tidak mahu menimbulkan kerisauan Maksu Saodah sekeluarga.
     “Adira tak kisah kan?” Tanya Maksu Saodah meminta kepastian. Bimbang sekiranya Adira tidak menyetujui cadangan mereka. Maklumlah yang bakal menemaninya itu lelaki. Manalah tahu Adira tidak mempercayai langsung anak saudaranya itu.
     “Kak dira janganlah risau..abang shahir tu baik sangat..percayalah!” Natasya pula meyakinkan Adira. Dia pasti Shahir tidak akan melakukan sesuatu di luar jangkaan. Lelaki seperti abang sepupunya itu tidak akan mudah tewas dengan ‘gelanggang’ nafsu.
     Adira tertawa kecil dan berkata, “Takdelah..kak dira tak pernah fikir macamtu..kak dira tak kisah pon sape yang nak temankan kak dira..baguslah kan..sekurang-kurangnya ada teman nak berbual.” Adira menidakkan apa yang sedang dibimbangkan mereka.
     “Baguslah kalau macamtu..OKlah..kami pergi dulu yer..dah lambat ni..kami janji kami datang balik..kejap lagi shahir masuklah tu..assalamualaikum.” Paksu Kamarul meminta diri. Sejurus Adira menjawab salam, mereka terus menapak meninggalkan ruangan itu. Adira memerhatikan langkah mereka dari ekor matanya sehingga mereka hilang di balik pintu. Kemudian, dia kembali menatap siling bilik itu.
     Fikiran Adira menerawang sehingga tidak menyedari sesusuk tubuh memasuki ruangan bilik itu. Langkahnya kelihatan teragak-agak untuk menghampiri Adira. Sungguh! Dia berasa tidak selesa dan janggal dibiarkan bersama seorang gadis. Jikalau tidak kerana pujukan ayah saudaranya, dia pasti akan menolak untuk menemani gadis itu malam itu. Gadis yang tidak dikenalinya sama sekali. Tetapi menurut ayah saudaranya, gadis itu adalah kenalan lama sepupunya, Nad. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia menerima.
     Adira tersentak tatkala mendengar bunyi sesuatu yang bergeser di lantai. Dia menoleh ke kanannya dan terpandang seorang lelaki sedang duduk di atas kerusi sambil menundukkan kepalanya. Mungkin malu untuk bertentang dengan seorang gadis. Mungkin dia lah Shahir, fikir hatinya.
     “Errr..shahir???” Adira takut-takut untuk menegur lelaki di hadapannya itu. Lelaki itu segera mengangkat kepala apabila mendengar namanya dipanggil. Alangkah tersentaknya Adira apabila melihat wajah lelaki itu. Terasa mahu tercabut sahaja jantungnya. Sekiranya dia sedang berdiri, pasti dirinya sudah terjelepok pengsan. Anak matanya hampir tersembul keluar dan nafasnya seakan tersekat-sekat. Sukar untuk dia mengawal pernafasannya tika ini. Perasaannya juga sukar ditafsirkan apabila melihat sang pujaan hati betul-betul berada di hadapannya sekarang. Tetapi benarkah dia yang sering mengisi ruang hati dan fikirannya serta dianggap sebagai sebahagian dari jiwanya? Benarkah lelaki yang berhadapan dengannya sekarang itu yang telah sekian lama bertakhta di puncak hatinya? Benarkah???


Wednesday, December 29, 2010

ILLUSION aka ILUSI

 copy kate2 omputih jap....An illusion is a distortion of the senses, revealing how the brain normally organizes and interprets sensory stimulation. While illusions distort reality, they are generally shared by most people.[1]Illusions may occur with more of the human senses than vision...huhuhu.....ak rase ilusi nie lebey kurang cam ganguan pandangan mata la n then atas org tue nak interpret camner..... kat bwah nie ak letak 2-3 keping gmbar yg bleh mengilusikan kite...

Realistic Dice Illusion


bile tgok dice nie...tak sure kan camner diorg susun...


tgok lori nie cam pelik...smua kotak cam tergantung..huhuhu..padahal diorg lukis je nie...


nie pun ilusi....pdahal kat gmbar first laki tue dok jauh sket je dri pompuan tue...n si pompuan buat tgan dia mcam tue...jdi nmpak la laki tue cam kerdil je...yg scnd picture nie same la konsepnyer..jauh dan dekat...


kat bwah nie plak bntuk2 yg bleh memeningkan...

illusion Spinning






moving ship???


fokuskan kat titik hitam tue...n tetiba semua kat sekeliling titik tue akan hilang...

last...tgok je kat centre tue..n semua dot pink akan brtukar jadik dot green,,try la....nie bkan pukau tau..ini hanyalah ilusi...

huhuhuhu......

sbelum nak goodnite...dgar dulu lagu ilusi nie..hehehe




Rasa suasana riang berdua

Saatku kau lupakan saja
Menari di minda hingga terleka
Beralih ke alam yang nyata


Tersentuh bagai dejavu

Beribu batu lebar sayapku

Chorus
Pabila bercinta dan dicinta
Cari cinta
Cinta mega
Biar cinta jadi fenomena
Tertusuk sudah aku panahanmu
Panahanku hak milikmu
Biar panahku terus di situ


Inilah petanda telah bermula

Ilusi baru dalam sketsa
Memenuhi masa dengan ceria
Bagai ledakan supernova


Tersentuh bagai dejavu

Beribu batu lebar sayapku

Ulang Chorus

Ilusi

Biar ia dijadikan realiti
Aku menyanyi
Biar diriku mencapai rentak infiniti
Nan tinggi


Tersentuh bagai dejavu

Beribu batu lebar sayapku


Ulang Chorus

Tuesday, December 28, 2010

50 THINGS YOU LEARN FROM WATCHING K-DRAMAS

1.Men who are hawt and rich fall in love with vulgar, outspoken women.
2.If you are a girl and have a best guy friend, he’s definitely in love with you.

3.Brothers/best friends/schoolmates/enemies always love the same girl.

4.You’re allowed to make U-turns anywhere in Korea. And there’s never traffic (or a single vehicle) on the side you want to turn to.

5.You get to run out of a restaurant without paying the bill. All you have to do is slap someone and storm out in tears.

6.Everyone has cancer.

7.You’ll get a flu/cold/fever after getting caught in the rain for 5 minutes.

8.When you’re sick, your boyfriend carries you on his back and races to the hospital. He hasn’t even heard of taxi/buses/hitching a ride.

9.Somebody gets into the pool/ocean with their clothes on.

10.If you’re rich, you’re an bubble gum.

11.If you’re poor, you’re an angel.

12.Your brother is a retard. If said brother is a real (blood-related) one, he is a lazy, stupid, irresponsible bum who exists by leeching off you. He’s not even handsome.

13.You’re not studying hard enough unless you get a nosebleed.

14.If you have a nosebleed, it’s most definitely cancer. And you have no money to pay for the surgery that’ll save your life. And your liver is missing. The doctors are not sure where it went, but it’s making your cancer progress faster.

15.You always order orange juice or coffee at a cafe. And you never drink it. EVER.

16.If two people are talking confidentally, they will leave the door of the room ajar so that a third party will eavesdrop on the conversation.

17.You go to America and you come back miraculously successful. You go to England and you come back amazingly fashionable. You stay in Korea and the only thing that’s changed is your hairstyle.

18.And you come back to Korea because you have cancer.

19.Everyone goes to the same hospital no matter where they are.

20.Even if you’re poor and can’t eat, you never wear the same clothes twice.

21.If you play a poor kid, you always have dirt on your face and your hair is always messy.

22.If you’re saving someone from being hit by a speeding car, you’ll push them out of the way and wait for the car to hit you instead.

23.Everyone has a long lost sister/brother/twin.

24.If you don’t want to answer your lover’s call, you can’t turn it off. You’ve got to take out the battery.

25.All Korean men can drink hard, smoke long, sing well and play the piano. Usually all at the same time, at the same restaurant that has a piano. The girlfriend doesn’t know this until she sees him playing the piano at night.

26.If you’re in a relationship, you must, at one point, leave the country and have your lover tearfully come RIGHT before you board the plane (vice versa applies as well. You can be the chaser.) 60% of the time you meet each other, and 40% you’re roaming around in circles in pass each other about 6 times. But you don’t see each other.

27.If you’re getting off a plane, you’re always wearing sunglasses.

28.All guys wear hideous tracksuits zipped up to their neck. Even if they’re only doing jump-roping.

29.Girls will always storm off because they’re mad. The guy will stoically grab them by them arm and swing them back – by magic, not dislocate their shoulders.

30.If you hit your head in a traffic accident, you might lose your memory. But don’t worry, you will get it back when you hit your head a second time.

31.Surprises ALWAYS backfire.

32.There will be situations in an elevator and in a toilet. In the elevator, you gotta get stuck with the bastard you’re trying to avoid. In the toilet scene, there’s a high probability you get caught by that bastard you’re trying to avoid.

33.Or most likely because you’re in the men’s toilet.

34.Unless you’re fabulously rich, your in-laws will always hate you.

35.So will your sister-in-law.

36.Your brother-in-law might have a crush on you.

37.There are only 2 ways to kiss. You either press your lips against theirs with your mouth completely shut in a long and comfortable kiss, OR you devour the other person and suck their soul out. In both instances, the world spins.

38.If a car ever breaks down or runs out of gas, it will happen on a small rural road with no other traffic, late at night. The area will also have no cellphone coverage, and you gotta walk the whole 10 miles back to civilisation in your 5-inch heels.

39.If you want 2 rooms in a hotel, only one will be available, and that one room will only have one bed.

40.You’ll get pregnant the first time you have sex.

41.You’ll get pregnant if he kisses you on the forehead.

42.Hell – you’ll get pregnant if you hold hands.

43.If you overcome great obstacles to be together, one of you must die. Probably due to cancer.

44.A guy and a girl on a bus must sit in the rear next to the right-hand window. A lone girl/guy sitting at that spot will reminisce about the time when he/she did have someone sitting beside him/her.

45.One man can kick the butts of 6 gangsters, especially when they all stand in a circle and attack the guy 1 by 1. When each of them get their butts PWNED, they wise up and attack the guy at the same time. Then the guy will get pulverized and bleed out onto the dusty concrete floor of the empty warehouse they found to fight in. And the girl will have watched this the entire time, screaming in horror. Instead of calling 119, she’ll just watch and cry. But it’s okay. Because the next day the guy will be fine with a few random bandages and a few scars on the face. But never a black eye.

46.Good girls don’t drive cars. Bad girls do. Well, a good girl just might drive, but she will do it so badly it’s a wonder she was ever given a license.

47.Rich people live in mansions surrounded by brick walls. The others live in shacks atop high buildings in downtown Seoul, or in hillside slums on the outskirts of the city.

48.Korean schools and universities suck. To study anything serious, you must go abroad.

49.If you study in the States (preferably Harvard), you are one of the top students and you can speak perfect English (as assumed by the reactions of those around you). Why the rest of the world OUTSIDE the TV can’t understand a single word uttered in your melodramatic voice is beyond me.

50.For one reason or another, a guy comes out of the bathroom naked/chest bared. Utterly shocked, you cover your eyes while screaming and pointing at him, while the guy screams along and covers his… nipples?

LOL!
_____________________________________
Thanks to: kara_elayne @ SKKSoompi n facebook

aNtaRa CiNTA dan SahaBat....

CERITA INI BKAN AK YG BUAT TP DIKREDITKAN KEPADA NURUL HUSNA MD NAFIAH UNTUK NOVEL YG SANGAT BEST BG PANDANGAN AK...ENJOICE....stiap bab akan diupdate dri semasa ke semasa oleh tuan punyer badan...pegi la usha fb dia...tekan saje name dia kat atas nie...sekian...


Bab 1 
 "Woi!" suara itu memecahkan lamunan Adira. Dia membebel di dalam hati akibat daripada perbuatan rakannya itu. Dia menjeling tajam ke arah Iwan. Tanpa berkata sepatah perkataan, dia menoleh kembali ke arah taman permainan itu. Memerhati sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain riang di situ.
     "Releks ar beb, itu pon nak marah ker?" Iwan hanya tersengih melihat reaksi sahabatnya itu. Hai dira..dira..kau nampak comel pulak bila marah, omel Iwan di dalam hati. Dia mengambil tempat di sebelah Adira seraya menoleh ke arah sahabatnya itu.
     "Eh beb, ko ni pehal..tetibe masam jer ni..nak kata ko marah aku, takde pulak aku buat benda-benda yang menyakitkan hati kau." Iwan hanya memandang hairan melihat tingkah Adira. Soalan Iwan diibaratkan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Langsung tidak berjawab.
     Hai, ni tak boleh jadi ni..pehal dengan kawan aku nih? Ada masalah ker dia? Tadi bukan main lagi beria-ia ajak aku keluar..pastu bila dah sampai ni, dia buat aku ni macam tunggul pulak. Iwan merungut di dalam hati. Tadi, sewaktu dia sedang menonton televisyen, telefon bimbitnya berbunyi. Mengalunkan sebuah lagu iaitu V.I.P. Dia melihat nama Adira tertera di skrin telefonnya. Sejurus dia mengangkat, suara manja Adira menerjah gegendangnya. Mengajak dia keluar mengambil angin di taman. Iwan bersetuju sementelah sudah lama dia tidak bertemu sahabatnya yang seorang itu. Berasa rindu pula untuk menatap wajah kesayangannya.
     "Wan, Iwan!" Dia tersentak tatkala namanya dipanggil. Serta-merta dia menoleh ke arah Adira dan melihat wajah lembut gadis itu.
     "Hehe..sorilah tadi..Aku mengelamun kejap.." Adira hanya tersenyum. "Ko dah tak marah aku lagi ker?" Iwan menyoal apabila Adira mengukir senyuman manis untuknya.
     "Kenapa pulak aku nak marah kau? Kau lah satu-satunya sahabat aku. Kalau kau merajuk, sapelah yang nak temankan aku lagi," balas Adira sambil ketawa kecil. Comel!
     "Habis tu, kenapa kau masam jer tadi? Macam ada masalah jer," Serius sahaja mukanya tatkala mengajukan soalan itu. Itu menggambarkan keprihatinannya terhadap Adira. Apa saja masalah yang dihadapi, Iwan menjadi seorang pendengar yang setia. Dan sentiasa membantu dalam menyelesaikan masalah yang dialami Adira. Baginya, Adira ibarat nyawanya. Sekiranya sahabatnya itu sedang bersedih, dia pasti akan tumpang bersedih. Sekiranya sahabatnya itu sedang gembira, dia juga pasti akan tumpang gembira. Suka duka dikongsi bersama.
     "Wan, aku teringin la nak mempunyai seorang adik," luah Adira tanpa memandang Iwan. Matanya asyik memerhatikan sekumpulan kanak-kanak tersebut. Dirinya berasa terhibur melihat telatah mereka. Iwan tidak membalas. Dia hanya memandang Adira dengan dahi yang berkerut. "Kenapa?" Iwan bertanya lembut.
     "Aku bosan duduk kat rumah.  Kau tau kan, kakak aku tu jarang balik. Asyik dengan kawan-kawan dia jer. Bila aku nak bersembang dengan dia, macam-macam lah alasan dia, banyak keje la, itu la ini la. Tapi bila kawan-kawan dia ajak keluar, cepat jer dia." Adira seakan-akan kesal dengan sikap kakaknya. "Mak dengan abah aku pulak sibuk dengan keje dorang. Nak luangkan masa dengan aku sekejap jer pon susah," Adira mengeluh. Sesekali dia merasa dirinya dipinggirkan oleh keluarga sendiri. Dia berusaha menahan sebak di dada. Air matanya mula bergenang di kelopak.
     Iwan yang menyedari akan perubahan sahabatnya itu, terus mengusap-usap lembut bahu Adira. Mententeramkan perasaan gadis itu. Adira berasa sedikit tenang dengan usapan Iwan. Sejurus itu, dia menyambung luahan hatinya. "Sekurang-kurangnya aku ada la jugak kawan kat rumah yang boleh hiburkan aku, kan? Dia menoleh ke arah Iwan. Mencari-cari anak mata sahabatnya. Wajah Adira yang tenang dan damai itu mengundang simpati di hatinya. Kasihan Adira. Sepatutnya, dia mendapat kasih sayang yang secukupnya dari keluarganya. Dia berhak mendapat perhatian dan belaian yang lebih.
     "Dira, aku faham perasaan kau. Aku tak nak tengok kau sedih macam ni. Kau kena kuat. Kau jangan risau, aku akan sentiasa berada di sisi kau. Di saat kau memerlukan aku, aku bersedia untuk menjadi penawar kepada kedukaan kau. Aku janji," lafaz Iwan dengan bersungguh-sungguh. Niatnya ikhlas dan jujur. Tidak akan sekali-kali dia membiarkan air mata wanita kesayangannya itu tumpah. Walau setitik! Dia sanggup berkorban untuk Adira. Dia hanya memikirkan kebahagiaan Adira. Cuma Adira!
     "Wan, betapa bertuahnya aku mempunyai seorang sahabat seperti kau. Aku..aku.." Adira tidak dapat menahan sebaknya lagi. Akhirnya, dia menghamburkan kesedihannya yang dipendamnya. Dia menyembamkan mukanya ke dada Iwan. Iwan juga tidak dapat menahan sebaknya apabila mendengar esak tangis Adira. Dia turut sama berkongsi air mata dengan Adira. Setitik dua jatuh mengalir di pipinya.
     Dengarlah sini wahai puteriku, betapa aku sangat menyayangimu..Aku bersedia menjadi penyelamatmu di kala kau memerlukan bantuan. Aku ingin kau bahagia selalu. Senyumanmu dan tawamu penyeri hidupku. Sungguh! Tanpa kau, duniaku gelap dan sunyi-sepi. Dengarlah wahai puteriku, hanya namamu seorang yang terpahat di dalam hati ini. Hanya kau sorang, ADIRA!

Bab 2
 Kelihatan seorang pemuda sedang duduk berteleku di hadapan kubur. Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk dihadiahkan kepada penghuni kubur itu. Dalam hatinya dia berdoa supaya rohnya terhindar dari azab api neraka. Dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihi-Nya. Selepas itu, dia mengaminkan doa sambil menyapu ke mukanya. Dia tidak berganjak dari tempatnya dan mengusap-usap batu nesan itu. Seperti dia sedang mengusap kepala arwah ibunya.
     Seketika pemuda itu mendongak ke langit. Awan hitam berarak menutupi matahari. Hujan renyai-renyai sudah pun turun menerjah bumi. Suasana petang amat dingin sekali. Sejuknya hingga menembusi lapisan kulit, meramas-ramas tulang belulang. Pemuda itu menjangka hujan lebat akan turun sekejap lagi. Segumpal keluhan terhembus keluar, melonggarkan nafas sempit di dadanya. Terasa ngilu pedih di hulu hati.
     Pemuda itu menyapu wajah yang dibasahi rintik-rintik hujan. Pandangannya tertumpu pada kuburan arwah ibunya. Walaupun hatinya tersayat pilu, dia tetap akur bahawa semua makhluk bernyawa pasti akan mati kecuali Allah. Dia tidak mempedulikan sekujur tubuhnya yang dibasahi hujan. Perlahan-lahan dia melangkah meninggalkan tanah perkuburan.
     Pemuda itu berhenti melangkah dan mengangkat wajah apabila dia didatangi seorang gadis yang memegang payung lantas memayungi dirinya. Supaya tubuhnya tidak lagi ditimpa tempias hujan yang semakin lebat, diiringi dentuman guruh yang berdentum di langit. Wajah gadis itu jelas terpancar kebimbangan, bukan bimbang akan bunyi guruh itu, tetapi akan pemuda di hadapannya ini.
     "Nad? Kau buat apa kat sini?" pemuda itu bertanya tanpa menghiraukan kilat yang sabung-menyabung.
     "Dah lewat ni. Jom kita balik." Gadis itu tidak menjawab soalan pemuda itu. Pemuda itu mengangguk lalu mereka beriringan menuju jalan pulang.
     Sebuah kereta terletak di luar pagar kawasan tanah perkuburan itu. Mereka menaiki kereta itu lalu gadis itu meenghidupkan enjin keretanya dan menekan minyak. Pemuda itu menoleh ke tanah perkuburan itu. Kuburan arwah ibunya semakin kabur dalam pandangannya. Dia memandang semula ke hadapan. Gadis di sebelahnya itu sesekali menjeling ke arahnya.
     "Shahir, kenapa tak bagitau aku yang kau nak datang sini..kalau tak, bolehlah aku hantar kau," gadis itu memulakan perbualan. Dia menumpukan sepenuh perhatian terhadap pemanduannya walaupun matanya tidak boleh lari dari menjeling paras pemuda itu.
     "Aku taknak menyusahkan kau. Kau dah banyak tolong aku. Sesekali biarlah aku berdikari," Pemuda yang bernama Shahir itu mengukir senyuman tanpa memandang ke arahnya. Pantas Nad melarikan pandangan matanya. Dia terkedu sebentar apabila melihat seulas senyuman menghiasi bibir Shahir. Walaupun tampak kelat, hatinya berdegup kencang.
     "Kau nih, kita kan dah macam adik-beradik..masalah kau, masalah aku jugak..kau janganlah nak pendam sorang-sorang..lagipun aku dah anggap kau macam abang kandung aku sendiri," Entah kenapa, perkataan 'abang kandung' yang dituturkannya sebentar tadi seperti tidak rela dan tidak ikhlas. Jauh di sudut hati, dia tidak pernah menganggap Shahir sebagai abang kandungnya, tetapi lebih dari itu. Sudah lama dia menyimpan perasaan istimewa ini, tetapi tidak pernah dia meluahkan secara nyata. Dia tidak pasti samada Shahir juga mempunyai perasaan yang sama.
     "Terima kasih nad, aku hargai sangat..kau dengan keluarga kau aku dah anggap macam keluarga sendiri..walaupun kita sepupu, tapi aku sayangkan kau," Shahir menoleh sekilas ke arah Nad lantas dia tersenyum. Lidah Nad bagaikan dirantai. Kelu untuk membalas kata-kata sepupunya itu. Suaranya bagaikan tersekat di kerongkong. Hey Nad, kenapa ko ni, ko jangan nak perasan la yang dia sukakan kau..mungkin dia sayang kau sebagai saudara jer,tak lebih dari tu..kau jangan nak mengada-ngada..hatinya menyedarkan Nad daripada terus berprasangka.
     "Errr Shahir..aku..aku..nak tanya satu soalan boleh tak?" Tergagap-gagap dia meminta izin. Seperti ada sesuatu yang menghalangnya daripada meneruskan hasratnya.
     Shahir memandang hairan Nad di sebelahnya. Apehal pulak dia ni? Nak tanya satu soalan pon sampai tergagap-gagap. Macamlah aku ni jenis yang makan orang. Shahir berkata-kata di dalam hati. "Apa?"
     Setelah mendapat green light dari Shahir, dia berdehem untuk menghilangkan perasaan gugupnya ketika dia hendak melontarkan soalannya nanti. Pandangannya dihalakan tepat ke hadapan. Tidak berani untuk menatap wajah Shahir di sebelahnya. Sudah beberapa kali dia menelan air liurnya.
     Sudah...apa yang tak kenanya dengan sepupu aku ni. Tadi cakap nak tanya soalan, entah ke mana hilangnya pulak suara dia ni..Shahir mengomel di dalam hati. Dia memandang paras sepupunya itu. Lama. Kerutan jelas terbentang di dahinya. Eh..dia ni tengah mengelamun ke apa? Ish..bahaya ni..dahlah hujan lebat, jalan licin pulak ni..nanti tak pasal-pasal...Tidak terluah kata-katanya yang tergantung sebentar tadi.
     Perlahan-lahan dia menyentuh lembut bahu sepupunya itu. Tiada respon..sah dia tengah mengelamun..hey, kena sedarkan dia cepat nih,kang tak pasal 'keok' jugak kat sini..ujarnya di dalam hati. Sebenarnya Nad sedang berkira-kira samada mahu meneruskan hasratnya setelah mendapat kebenaran dari Shahir. Dia bimbang jikalau soalannya ini mengundang syak wasangka pemuda itu. Dia memikirkan sehabisnya baik buruk kesan pertanyaannya itu.
     Segala kesedihannya sebentar tadi lenyap begitu sahaja. Risaunya makin menjadi-jadi terhadap sepupunya itu. Shahir berhati-hati menyentuh tangan Nad sambil matanya mengerling wajah sepupunya itu. Sebaik sahaja tangan Shahir dan tangan Nad bersentuhan......
     Tiba-tiba, kaki Nad memijak pedal brek. Matanya terbeliak tatkala memandang tangan Shahir menyentuh tangannya..degupan jantungnya semakin laju..telinga dan mukanya merah merona. Dia memandang Shahir yang juga sedang menatapnya. Entah kenapa Shahir juga berasa kelu untuk berkata-kata. Dia tersentak disebabkan perubahan mendadak sepupunya itu. Di saat tangan Nad semakin menghampiri wajah bersih lelaki itu, tiba-tiba.................
     PONNNNNNNNNNNNN !!!!!
Bab 3
GEDEGUMMMM !!!!!
Adira bingkas bangun dari tidurnya lantas mengurut-urut dadanya.  Terkejut dia mendengar bunyi  guruh dan kilat yang saling sabung-menyabung. Dia menyelak selimutnya dan melangkah ke arah jendela dan mendongak ke langit . Titis-titis hujan turun membasahi bumi. Dia memeluk tubuhnya yang kesejukan.  Dia tidak berniat untuk menyambung tidurnya yang terganggu sebentar tadi.
     Sewaktu dia sedang nyenyak tidur, dirinya diulit mimpi yang begitu indah. Di dalam mimpinya, Adira didatangi seorang jejaka yang sungguh tampan. Sekilas dia memandang, wajah pemuda itu memberikan ketenangan kepada dirinya ditambah dengan suasana sekeliling yang hening dan damai. Di manakah aku? Siapa pemuda di hadapanku ini?
     Tiada perbualan di antara mereka. Masing-masing diam dan mata mereka saling bertatapan.  Renungan mata pemuda itu menikam kalbunya. Senyuman pemuda itu membuatkan Adira seperti di awang-awangan. Riak wajahnya tampak ikhlas dan jujur. Subhanallah, betapa indahnya ciptaanMu ini, Ya Allah. Adira memuji di dalam hati. Dia benar-benar asyik melihat pemuda itu. Jelas terpancar nur di wajahnya. Pemuda itu seakan-akan terpelihara dari segala dosa.
     Kaki Adira amat berat sekali untuk meninggalkan tempat ini dan pemuda itu. Dirinya tidak puas menatap wajah suci pemuda di hadapannya itu. Hatinya tergerak mahu menyentuh dan membelai wajah itu. Pemuda itu tidak berganjak dari tempatnya dan hanya memandang Adira sambil tidak jemu-jemu mengukir senyuman manis untuk gadis itu. Senyuman pemuda yang tampak ikhlas itu telah menjentik hati wanitanya. Dia benar-benar telah jatuh cinta terhadap pemuda itu walaupun masih belum mengenali gerangan pemuda itu.
     Ketika kakinya perlahan-lahan menuju ke arah pemuda itu, ingin sekali dia menyentuh wajah itu. Sayangnya, mimpi indahnya itu berkecai disebabkan bunyi guruh yang tidak henti-henti berdentum. Adira menghela nafas dan mengeluh. Alangkah bermaknanya hidup aku sekiranya pemuda itu benar-benar berada di hadapanku sekarang. Alangkah indahnya jikalau pemuda itu benar-benar wujud di alam realiti.
     Mengapa terlalu cepat kami berpisah? Aku tidak puas berada bersama dengannya. Wajah pemuda itu beserta senyumannya terbayang di tubir mata Adira. Dia tersenyum sendirian. Inilah mimpi yang paling indah yang pernah aku alami. Hati kecilnya berdoa supaya dia dipertemukan sekali lagi dengan pemuda itu. Bukan sahaja di alam mimpi, tetapi juga di dunia realiti yang sebenar-benarnya. Perkenankanlah doa hambaMu ini, Ya Allah. Adira terus mendongak ke langit.

                                                                              ***********

     “Nad, bangun sayang..dah pagi ni.” Nad terdengar suara orang mengejutnya. Lantas dia bangun sambil menenyeh-nenyeh matanya dan terus menguap. Kelopak matanya terbuka perlahan. Sejurus dia melihat ibunya di sisi, dia tersenyum nipis.
     “Dah pukul berapa ni, mak?” soalnya yang masih tidak henti-henti menguap. “Dah pukul 8 pagi dah ni..lekas  bangun..pegi mandi ..mak dah siapkan sarapan dah tu..cepat!” ibunya menampar lembut peha anaknya. Selepas ibunya menghilang dari pandangan, dia melangkah malas menuju ke bilik air.
     Di dapur, kelihatan seorang gadis yang berusia 15 tahun sedang membantu ibunya menghidangkan makanan untuk sarapan.  Beberapa minit kemudian, Nad keluar dari biliknya setelah selesai membersihkan diri. Tubuhnya berasa segar sekali.
     “Wahh..sedapnye nasi lemak yang mak buat ni..ni yang tak sabar-sabar nak makan ni,” Dia mengambil aroma masakan ibunya. Lantas dia duduk di kerusi dan terus mencedok nasi tanpa menunggu ayah, adik dan ibunya. “Nad!” Ibunya menegur dengan menjeling tajam ke arah anak daranya itu. “Cubalah bersabar sikit, ayah tu tak balik lagi dari surau..tunggulah kita makan sama-sama,”  Nad diam apabila mendengar teguran ibunya. Dia sudah tidak tahan lagi menahan perut yang berkeroncong sedari tadi. Dia hanya menelan air liur melihat hidangan di depannya itu.
     Adiknya yang hanya menggeleng melihat tingkah kakaknya, tiba-tiba tersenyum sinis. “Alah, mak ni..takkan tak tau perangai kak long tu camne kalau depan makanan..dia tak peduli dah kiri kanan dia..tapiiii..” Nad menjeling pantas ke arah adiknya. Memberi isyarat supaya menutup mulutnya. Dia dapat mengagak apa yang bakal diluahkan adiknya itu. Tetapi Natasya tidak mengendahkan amaran itu. Ibu mereka hanya memandang hairan. “Tapi apa, Sya?”
     “Tapi kalau depan Abang Shahir kesayangannya tu, amboih..macam gadis melayu terakhir..sopan jer,” Natasya mengerling kakaknya yang sudah merah wajahnya menahan malu. Nad menundukkan mukanya. Di dalam hati, dia mengutuk-ngutuk perbuatan adiknya itu. Siap kau, Tasya!
      Natasya ketawa berdekah-dekah melihat reaksi kakaknya itu. Ibu mereka tertawa kecil mendengar usikan anak bongsunya itu. “Alah, apa salahnya..Shahir tu kan budak baik..mak berkenan sangat dengan dia..jiwa mak rasa tenang jer bila pandang wajah dia..mak tengok dia pon ambil berat pasal Nad..takde salahnya kan?” Nad berasa kembang sebentar apabila sepupu kesayangannya dipuji. Dia tersengih-sengih. Dia dapat menangkap maksud di sebalik kata-kata ibunya itu. Tetapi sudikah Shahir terhadapnya?
     “Eleh..sukelah tu mak puji Abang Shahir kesayangannya tu..” Natasya mencebikkan bibir.  Nad membalas dengan menjelirkan lidahnya ke Natasya. Dengki la tuh Tasya ni..mentang-mentang mak tak puji dia, buat muka seposen pulak..Nad ketawa mengekek di dalam hati. Tidak ditunjukkan di depan adiknya.
     “Assalamualaikum,” Kedengaran suara orang memberi salam kesejahteraan. Kami bertiga serentak menjawab salam itu. Yes! Abah dah balik..Tak sabar nak melantak dah ni. Tetapi niatnya terbantut apabila mendengar suara adiknya. “Eh! Abang Shahir pon datang..baguslah tu, lagi ramai lagi seronok..hehe,”  Sesekali dia menjeling kakaknya. Huh! Mula lah tu buat malu-malu itik dia. Menyampah! Tadi bukan main lagi kakaknya itu gelojoh untuk makan.
     “Shahir, jomlah makan sekali,” pelawa ibu saudaranya. Shahir melemparkan senyuman ke arah Makcik Saodah. Dia mendapatkan wanita itu lantas dikucup tangannya. “Maksu sihat?” “Alhamdulillah..kuat lagi ni.” Maksu Saodah melemparkan senyuman. Nad yang sedari tadi menunduk ke bawah mengangkat wajahnya dan tersentak apabila Shahir mengambil tempat di hadapannya. Dia mengukir senyuman manis untuk Nad lantas Nad membalasnya. Aduh! Apasal kau datang Shahir..aku nak makan pon tak senang..asyik nak TERtengok muka macho kau jer..Nad mengeluh di dalam hati.
     “Dah..jom makan..Shahir, baca doa,” Paksu Kamarul meminta anak saudaranya itu untuk mengepalai bacaan doa makan. Shahir mengangguk. Sudah menjadi kebiasaan setiap kali Shahir mengunjungi rumah paksu dan maksunya itu, dia akan diminta untuk mengetuai membacakan doa. Paksu Kamarul percaya akan kebolehan anak muda itu. Kadangkala, Shahir dengan rela hati akan menjadi muazzin dalam melaungkan azan. Ramai para jemaah yang datang ke masjid untuk bersolat memuji-muji suara anak muda itu. Sungguh lunak dan merdu sekali. Dialah contoh generasi remaja zaman sekarang. Mereka sekeluarga bersyukur mempunyai anak saudara seperti Shahir. Inilah hasil didikan arwah abangnya, Shamsul dan isterinya, Fathimah. Mereka sememangnya bertuah mempunyai anak yang taat dalam melaksanakan perintah Allah.  Alhamdulillah.......
Bab 4
Ema sedang mencari-cari seseorang di dalam rumah itu. Seluruh kawasan rumah bagai diselongkarnya. Ke hulu ke hilir sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mak Mah yang sedang berada di dapur membasuh pinggan, hairan melihat tingkah laku anak majikannya itu. Lalu dia pergi mendapatkan gadis itu yang terduduk di atas sofa. Dia kelihatan buntu dan mati akal untuk mencari di mana lagi.
     Ema yang menyedari akan kehadiran Mak Mah itu tersenyum kepadanya. Lantas Mak Mah mengambil tempat di sebelahnya. “Ema cari apa ni, sayang? Ke hulu ke hilir macam kucing hilang anak,” Mah Mah menyuarakan kehairanannya.
     Ema menghela nafas. “Ema cari Dira, Mak Mah. Ema ingat nak ajak dia keluar temankan Ema pegi pasaraya kejap.” Mak Mah kehairanan lagi. Selalunya jikalau Ema mahu pergi ke mana-mana, tidak pernah langsung dia mengajak adiknya itu. Dia akan mengajak rakan-rakannya sahaja.
     “Kenapa ni Mak Mah?” Ema memandang hairan Mah Mah yang sedang berkerut melihatnya. Mak Mah menggeleng-gelengkan kepalanya. “Ema dah cari dekat bilik dia? Mak Mah tak nampak pulak dia keluar pegi mana-mana.” Mak Mah memberi cadangan. Sejurus itu, Ema terlopong sambil menepuk dahinya. Kuat!
     “Ya Allah! Macam mana Ema tak terfikir nak cari kat bilik dia?! Aduyaiii!” Ema menepuk-nepuk dahinya lagi. Lantas dia tersengih-sengih memandang Mak Mah. Bodohnya aku ni! Mak Mah hanya mendengus geram. “Ema pegi atas dulu yer Mak Mah..hehe..jangan marah.” Ema sempat lagi mencuit dagu Mak Mah lantas berlari-lari anak ke ruang atas. Mak Mah mengekori langkah Ema dengan ekor matanya. Hai, Ema..Ema..tulah tak pernah nak luangkan masa dengan adik sendiri, sampai tak teringat nak cari kat bilik. Entah tau entah tidak bilik adik dia tu. Mak Mah membebel di dalam hati. Dia bingkas bangun untuk menyambung kerjanya yang terbengkalai di dapur.

                                                          *************

     Ketika ini, Adira sedang membaca sebuah novel dengan khusyuknya di atas katil. Sebuah novel percintaan yang berkisarkan kehidupan bahagia sepasang kekasih hingga mendirikan rumahtangga. Adira membayangkan bahawa heroinnya adalah dirinya sendiri. Heronya? Adira pantas mengingati seorang pemuda di dalam mimpinya. Dialah heroku! Adira sering tersenyum-senyum malu apabila sampai di adegan-adegan romantis. Mungkin dia membayangkan bahawa dirinya dan pemuda itu yang sedang melalui saat-saat indah tersebut. Rindunya aku kepada kau, wahai pemuda misteri!
      Bayangannya hancur dan kekhusyukannya terganggu apabila terdengar bunyi ketukan pintu. Adira membentuk-bentuk bibir menandakan dia geram. Ish! Potong stim betul lah! Dia bingkas bangun dan berjalan lambat-lambat untuk membuka pintu. Dia mencemikkan mukanya. Sejurus dia membuka pintu, dia tersentak apabila melihat Ema di depan kamarnya. Apa mimpi dia datang sini? Tak pernah-pernah langsung. Ema hanya tersenyum-senyum memandangnya. Dia mencapai tangan adiknya.
     “Adik, temankan kakak pegi pasaraya kejap. Akak nak beli barang sikit ni. Boleh yer?” Lembut sahaja suaranya dan mukanya seolah-seolah meminta simpati. Adira mengerutkan mukanya. Demam ke kakak aku ni? Selalunya dia ajak kawan-kawan dia. Adira menyoal-nyoal sendiri. Ema yang bagaikan mengetahui apa yang sedang bermain di dalam fikiran adiknya, berkata “Akak tau, akak tak pernah luangkan masa untuk adik kan? So, inilah masanya. Boleh yer?” Ema menjelaskan. Dia sedar akan hal itu. Kerana itu, dia merancang semua ini. Supaya adiknya tidak akan berasa kesunyian lagi.
     Adira menguntum senyum. “OK!” Nadanya kelihatan ceria. “Akak tunggu kat dalam kereta tau..jangan lama-lama.” Ema mengingatkan dan berlalu meninggalkan adiknya. Adira menutup pintu dan pantas menukar pakaiannya. Novelnya dibiarkan di atas katil. Dia akan menyambung kembali pembacaannya selepas pulang dari pasaraya. Ketika dia ingin menutup pintu biliknya, dia menoleh ke arah novel itu dan berbisik di dalam hati, tunggu aku wahai sayangku! Seolah-olah novel itu adalah pemuda tersebut.
     “Pegi dulu yer Mak Mah.” Adira menyarung sepatunya dan mencium tangan Mak Mah. Mak Mah hanya mengangguk dan tersenyum. Matanya menoleh kepada Ema yang sedang menunggu di dalam kereta. “Ema! Hati-hati yer!” Ema mengangkat tangan menandakan jangan bimbang. Ema? Hati-hati? Apa kaitannya?
     Adira pantas membuka pintu kereta dan duduk di sebelah tempat pemandu. Ema mengundurkan keretanya melepasi perkarangan rumah.  Adira menurunkan tingkap kereta dan melambai-lambaikan tangan ke arah Mak Mah yang memerhati mereka di depan pintu. Mak Mah membalas lambaian itu. Sejurus mereka hilang dari pandangan, Mak Mah menutup pintu dan memulakan tugas hariannya.

                                                                        *************

     Shahir hanya membisu sepanjang perjalanan. Tidak berkata sepatah perkataan langsung. Dia hanya menikmati pemandangan di luar kereta. Nad yang duduk di sebelahnya memahami situasi tersebut. Dia juga fobia untuk berbicara. Peristiwa kelmarin sering menghantui mereka. Mujur nyawa mereka tidak melayang di situ juga.
*FLASHBACK*
     PONNNNNNNNNN !!!!!!
     Hon kereta yang membingit anak telinga itu menyedarkan mereka dari khayalan. Serentak mereka pantas menoleh ke belakang dan terlihat sebuah lori berhenti di belakang kenderaan mereka. Setelah menyedari bahawa kereta Nad menghalang laluan lori tersebut, Nad cepat-cepat menekan minyak dan meneruskan pemanduannya. Nasib baik pemandu lori tersebut sempat berhenti. Shahir menjeling ke arah Nad. Hatinya sedikit geram di atas tindakan Nad.
     Nad menyedari akan jelingan tajam Shahir lantas dia memohon maaf. “Aku mintak maaf..pasal tadi pon aku nak mintak maaf sangat-sangat. Aku tak berniat.” Dia juga meminta maaf atas perbuatannya yang ingin menyentuh wajah Shahir. Dia sememangnya tidak dapat menahan perasaannya menatap wajah pemuda itu. Shahir tidak membalas. Pandangannya ditumpukan ke hadapan. Dia kurang senang akan perbuatan Nad itu. Mereka tidak berbual sehinggalah Nad menghantar Shahir pulang ke rumahnya.
     Sejurus sampai di halaman rumah, dia melangkah pantas memasuki biliknya dan termenung di situ. Hatinya berasa resah mengenangkan reaksi Shahir. Semoga dia tidak membenci aku, Nad berharap di dalam hati.

                                                                              ***********

     Nad menggeleng-gelengkan kepalanya untuk menghilangkan lamunannya. Hari itu, Nad bercadang untuk membeli sedikit barang untuknya kerana dia akan berlepas ke US malam ini. Dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajiannya di sana. Walaupun hatinya amat berat untuk meninggalkan keluarganya, tetapi atas nasihat dan dorongan mereka, dia akur dengan keputusan mereka. Ini juga untuk kebaikan dan masa depan Nad.
     Nad menghela nafasnya sejurus sampai di perkarangan pasaraya itu. Sesudah dia memakirkan keretanya, Nad dan Shahir berjalan beriringan memasuki pasaraya itu. Dia mengajak Shahir untuk menemaninya kerana inilah kali terakhir dia dapat meluangkan masa bersama lelaki itu. Selepas ini, dia tidak akan berpeluang lagi menatap wajah tenangnya dan berbual mesra dengan Shahir.
     Pada waktu yang sama, Ema sedang khusyuk membelek-belek sepasang kasut berjenama. Dari sepasang ke sepasang kasut, dia belum menemui yang betul-betul menarik perhatiannya untuk membeli. Adira pula kelihatan bosan berada di ruangan kedai kasut tersebut. Dia mendapatkan kakaknya . “Kak, bosan la..” Adira merungut. Matanya meliar memerhatikan keseluruhan ruangan kedai tersebut.
     “Ala, dik..akak tak habis lagi ni..emm, apa kata adik pegi jalan-jalan dulu..nanti kita jumpa kat Marrybrown..kita lunch kat sana, yer?” Ema pantas memujuk. “OK lah..nanti kita jumpa kat sana tau!” Ema hanya mengangguk lantas Adira melangkah perlahan keluar dari kedai kasut tersebut. Dia memandang kiri dan kanannya. Tiba-tiba, dia terpandang seseorang di sebelah kanannya. Eh! Macam kenal! Bisik hati kecilnya. Dia mengecilkan pandangannya dan mengamat-amati untuk memastikan bahawa dia tidak tersilap orang.
     Konfem! Memang dia! Setelah yakin bahawa matanya tidak menipu, Adira mengatur langkahnya laju menuju ke arahnya. Kemudian, Adira menepuk kuat bahu Nad. Nad tersentak lalu pantas menoleh pantas ke belakangnya. Kelihatan Adira sedang tersengih-sengih memandangnya. Mata Nad terbeliak seperti sedang melihat hantu.
     “Ya Allah! Adira!” Lantas Nad memeluk sahabat lamanya itu. Kuat! Beberapa orang yang melintasi tempat mereka menoleh untuk melihat ‘drama’ itu. Adira tidak membalas pelukan Nad sebaliknya dia menolak Nad sekuat tenaganya. Dia hampir-hampir lemas dalam pelukan Nad. Nad yang menyedari akan usaha Adira pantas meleraikannya. “Woi Dira, kau OK ke?” Nad panik melihat keadaan sahabatnya yang tercungap-cungap.
     Adira menghela nafas lega. “Kau ni, agak-agak ar..kalau nak tengok aku mati pon, bukan kat sini..ramai orang tau tak,” Adira membuat muka serius walhal dia hanya bergurau. “Hehe..sori ar..aku terkejut giler tau tak..dah lama kita tak jumpa, tiba-tiba kau muncul kat sini..”
   “Hehe..kau nak terkejut pon janganlah sampai jadi giler..nanti aku jugak yang susah..ahaha.”
    “Kau nih tak habis-habis dengan loyar buruk kau tu..orang tengah serius dia main-main pulak.” Nad mencemikkan mukanya.
     “Alah, jangan marah kawan..kau macam tak kenal aku pulak..Eh! Kau camne? Sihat? Buat apa sekarang? Keluarga kau sihat?” Bertubi-tubi soalan yang dilontarkan Adira tanpa memberi peluang kepada sahabatnya itu untuk mencelah. Almaklumlah sudah lama mereka tidak bertemu.
     “Ya Allah kau ni..gelojohnya..satu-satu boleh tak?” Nad geram dengan soalan-soalan yang bertubi-tubi tersebut. “Meh kita duduk sana dulu,” Dia menunjukkan sebuah bangku yang terletak berhadapan dengan sebuah kedai menjual pakaian. Adira membuntuti langkah Nad. Lantas mereka melabuhkan punggung di situ.
     “OK..aku dengan keluarga aku Alhamdulillah sihat.. aku datang sini sebab nak beli barang sikit..malam ni aku..bertolak ke US..aku dapat tawaran belajar kat sana,” Nad mengeluh. Hatinya masih berat lagi untuk meninggalkan Malaysia.
     Adira yang khusyuk mendengar, terlopong. “US? Wahh! Hebatnya! Bangga giler aku dengan kau..tak sia-sia usaha kau selama ni kan.” Adira ikhlas menyatakan pujiannya kepada Nad. Jujur dia mengakui, sewaktu di zaman persekolahan mereka, Nad antara pelajar yang menjadi harapan sekolah. Ini terbukti apabila setiap kali musim peperiksaan, Nad tidak menghampakan para guru dan keluarganya. Dia sentiasa memperolehi keputusan yang cemerlang. Adira juga tidak kurang pintarnya tetapi kejayaan lebih menyebelahi Nad. Adira tidak pernah mencemburui sahabatnya itu malah dia berbangga dengan kejayaan Nad.
     “Dahlah..lupakanlah pasal tu..kau datang dengan sape nih? Kakak kau ke?” Giliran Nad yang bertanya kepada Adira. Tetapi kali ini, dia tidak segelojoh Adira.
     “Yelah..dengan sape lagi..parents aku pegi kursus dekat Perlis,” Adira menjawab. “Kau? Sorang je ke?”
     “Eh! Taklah! Aku datang dengan sepupu aku..dia pegi kedai buku jap..nanti aku kenalkan dia pada kau..nak tak?” Nad mencadangkan kepada Adira.
     “Ish..tak payahlah..” Entah kenapa tiba-tiba Adira berasa seram sejuk. Dadanya berdebar kuat. Dia menelan air liurnya berkali-kali. Aduh! Apehal aku ni, tak sihat ke? Spontan dia memegang dahinya dan meraba-raba tengkuknya. Nad memandang hairan kelakuan Adira.
    “Kenapa Dira? Kau tak sihat ke?” Nadanya kelihatan bimbang. Tetapi tidak pula kelihatan pucat mukanya.
     Adira memandang Nad lantas menggeleng. “Ntahlah..tiba-tiba aku rasa berdebar pulak.” Nad turut meletakkan tangannya ke dahi Adira. “Tak panas pon..OK jer..kau penat sangat kot,”
     Adira mengetap bibirnya. Dia memerhati sekelilingnya. Kenapa aku dapat merasakan kehadirannya di sini? Apakah benar kata hatiku ini yang memberitahu bahawa lelaki idamanku berada di sini? Tetapi, sekiranya benar, di manakah dia? Ya Allah, kalau benar kata hatiku ini, pertemukanlah aku dengan dia, Ya Allah. Aku kepingin sekali mahu bertemunya. Aku merinduinya, Ya Allah. Adira berdoa di dalam hati sambil matanya tidak lepas-lepas dari memerhati setiap orang yang melintasinya. Berharap bahawa lelaki itu memunculkan dirinya dalam kalangan mereka.
Bab 5
“Helo! Cari sape?” Adira yang sedari tadi kelihatan serba tidak kena, menoleh ke arah suara yang menegur. Wajah Nad yang berkerut itu bagaikan meminta penjelasan atas kelakuannya yang aneh. Adira menundukkan mukanya, dia sedang berfikir, apakah jawapan terbaik yang harus diberikan kepada sahabatnya. Mahu berterus-terang, dia berasa segan.
     Belum sempat Adira membuka mulutnya, dia terdengar suara kakaknya memanggilnya. Dia menoleh ke arah kakaknya yang sedang mendapatkannya sambil membimbit beg plastik. Dia terkejut melihat kehadiran Nad di situ.
     “Eh! Nad, lama tak jumpa,” Ema melemparkan senyuman dan Nad membalasnya. Sejurus mereka bersalaman, Ema bertanya khabarnya. “Alhamdulillah..Nad sihat-sihat jer, kak.” Ema tersenyum lagi dan memalingkan mukanya ke Adira. “Jom.” Sepatah sahaja bicaranya.
     “Sorilah Nad, tak boleh sembang lama..akak pon ada banyak lagi barang nak beli ni.” Nad tersenyum, memahami akan keadaan itu walaupun sebenarnya rindunya pada Adira masih belum terlerai. Adira memandang sayu sahabatnya. Dia perasan akan riak wajahnya. Dia menyentuh lembut bahu Nad dan berkata, “InsyaAllah Nad, suatu hari nanti, kita pasti akan berjumpa lagi. Aku pon akan rindukan kau.” Dia cuba mengukir senyuman buat sahabatnya itu. Nad membalasnya. Kelat.
     Ema yang hanya memerhati, mencelah. Dari tutur bicara Adira, seolah-olah mereka akan berpisah jauh dalam jangka masa yang panjang. “Maaf, akak nak tanya, Nad nak pegi mana?” Nad memandang tepat ke arah Ema. Dia menghela nafas. “Nad kena bertolak ke US malam ni..dapat tawaran belajar kat sana.” Dia mengeluh berat. Sepertinya tidak suka untuk berbicara soal itu.
    “Wahh! Baguslah..tercapai jugak cita-cita Nad kan..memandangkan ini pertemuan terakhir kita, akak nak ucapkan good luck yer..” Nad tersenyum hambar. “Terima kasih kak.”
     “Adik, akak tunggu kat tempat yang akak cakap tu yer?” Adira mengangguk faham. Sejurus, dia berlalu meninggalkan 2 sahabat itu. Nad memandang Adira buat kali yang terakhir.
     “Dira, sekali-sekala datanglah rumah aku eh walaupun aku dah takde nanti..aku yakin keluarga aku masih ingat lagi pada kau..dorang pon penah tanya aku pasal kau..kalau boleh ajaklah kak Ema dengan parents kau sekali,” Bersungguh-sungguh Nad mempelawanya.
    “InsyaAllah Nad, kalau aku takde apa-apa halangan nanti..aku pasti datang..aku pon dah lama tak jumpa dorang kan..rindu pulak.” Adira mengukirkan senyuman. Nad melihat jam tangannya. Sudah hampir masuk waktu makan tengahari.
     “Lamanya dia ni,” Adira terdengar bisikan keluhan Nad. Terus sahaja dia bertanya, “Kenapa Nad? Kau tunggu sape?”
     “Sepupu aku la..dia suruh aku tunggu kat sini..apalah yang dibuatnya tu..” Nad kelihatan resah.
     “Sape nama sepupu kau tu?” Nad sedikit tersentak dengan soalan yang diajukan Adira. Adira menekup mulutnya. Entah kenapa mulutnya lancar sahaja bertanya. Nad ketawa kecil melihat reaksi Adira. “Hey, kau ni..Shahir namanya.”
     Dengan perlahan-lahan, Adira menurunkan tangannya. “Oww..Shahir..” Lambat-lambat Adira menyebut nama itu. Nad hairan mendengar nada suara Adira yang berlainan.
     “Kenapa? Kau kenal dia ke?”
     “Err..ehh..takdelah..mana ada..sedap nama sepupu kau..oww..lelaki rupanya.” Adira seakan-akan ingin mengusik. Dia ketawa mengekek.
     “Hey..hey..lain macam jer nada kau ni..aku taulah apa yang kau fikirkan..hey, aku dah anggap dia macam abang aku sendiri la.” Nad kelihatan menggelabah apabila diusik sebegitu oleh Adira.
     “Haa..haa..macam tak yakin jer.” Adira semakin galak mengusik sahabatnya itu. Dia ketawa. Nad geram melihat Adira ketawa mengusiknya. Lantas, dia menampar kuat peha Adira.
     “Aduhh..aku main-main jelah..janganlah ambik serius..hishhh,” Ketawa Adira terhenti. Tangannya ligat menggosok-gosok pehanya akibat penangan daripada Nad. Adira mencebik.
     “Haa..ketawa lagi..kan dah kena..” Giliran Nad pula yang mentertawakan Adira.
     “Yelah..yelah..aku tak buat dah..tak sporting la kau ni..OK lah..kesian pulak kakak aku tengah tunggu tu..aku pegi dulu eh..” “Emm.yelah.” Nad membalas pendek. Lantas, mereka saling berdakapan sebelum mereka berpisah.
     Adira memberikan kata-kata terakhir kepada Nad. “Kau dekat negara orang, jaga diri elok-elok tau..study rajin-rajin..jangan ponteng, jangan lupakan aku kat sini dan yang paling penting sekali..solat jangan tinggal..wajib tu.” Adira sedikit tegas dalam menitipkan nasihat buat sahabatnya. Dia tidak mahu sahabatnya itu hanyut dalam arus kemewahan di sana. Dia juga tidak mahu sahabatnya itu rosak akhlaknya akibat terikut-ikut dengan budaya negara barat yang tidak tentu hala.
      Nad tersengih-tersengih mendengar nasihat Adira. “InsyaAllah ustazah Dira..saya takkan lupa nasihat ustazah Dira tu.”
     “Ishh..betul-betul ni..jangan main-main pulak!” Adira bengang kerana Nad seolah-olah mengambil sikap sambil lewa atas nasihatnya.
     “Huihh..garangnya kawan aku ni..ye..ye..aku betul-betul-betul ni..aku takkan lupa nasihat kau.” Nad mempamirkan wajah serius untuk meyakinkan Adira bahawa dia tidak main-main.
     “Hehe..tau pon takut..OK..aku pegi dulu yer..insyaAllah, kalau umur panjang kita jumpa lagi..good luck….”
     “Ehhhh ….jap..jap..” Belum sempat Adira ingin mengucapkan salam, Nad tiba-tiba mencelah. Dia mengangkat tangannya tanda menyuruh Adira berhenti.
     “Haa..apasal pulak?” Adira mengerutkan mukanya meminta penjelasan.
     “Hehe..kau lupa sesuatu ke?” Nad tersenyum sumbing sambil mengangkat-angkat keningnya.
     “Haaa??..Apa yang aku lupa?” Kerutan di dahinya semakin jelas. Terpinga-pinga Adira dibuatnya.
     “Taknak kirim salam dekat Shahir ke??..ahaha.” Nad sengaja ingin mengusiknya. Kata orang, balas dendam! Apatah lagi dia masih teringat akan Adira yang seperti terdesak untuk mengetahui nama sepupunya sebentar tadi.
      Mulut Adira ternganga mendengar usikan Nad itu. Tidak menyangka sejauh itu Nad mengusiknya. Lantas dia mencubit-cubit pinggang Nad. Geram sungguh dia.
     “Haa..ambik ni..ambik ni.” Ligat tangan Adira mencubit-cubit pinggang dan perut Nad. Tidak mempedulikan banyak mata-mata yang memandang mereka. Biar dia rasakan!
     “Aduhh..aduhh..adoiii..apa kau ni, auchh..ihikk.” Nad mengaduh kesakitan. Sesekali dia terasa geli dengan cubitan Adira yang dianggap manja itu. Tidak tahan dengan keadaan itu lebih-lebih lagi di tempat awam ini, Nad berkata perlahan. “OK..OK..dah..dah..stoppp!” Pantas Adira berhenti dari terus mencubit-cubit Nad.
      “Haaa..’sedap’ kan cubitan aku ni..lain kali buat lagi yer kalau nak rasa lagi..free of charge!”
      “Hehe..aku nak bergurau sikit pon tak boleh..gurau-gurau manja kan?hihi.”
      “Banyaklah kau punya gurau-gurau manja..” Walaupun nada Adira seperti marah, tetapi sebenarnya dia senang dengan gurauan dan usikan itu. Dia mengerling jam tangannya.
      “Ish..aku dah lambat ni..kesian kakak aku dah tunggu lama tu..kau punya pasal la ni,” Lancang sahaja mulut Adira menuduh Nad. Tetapi sebenarnya dia hanya ingin berseloroh.
     “Hmm..yelah..yelah..eh! baik kau pegi cepat..nanti kakak kau mengamuk kang, tak pasal-pasal..” Nad terpaksa mengalah. Dia tidak mahu pertemuan itu berlanjutan terlalu lama.
     “OK lah ek..aku pegi dulu..kirim salam dekat family kau eh..assalamualaikum..”
     “Waalaikumussalam.” Nad memerhatikan langkah Adira. Dia tersenyum. Selamat tinggal Adira, sahabatku..Aku akan merinduimu..Nad berkata-kata di dalam hati.
     Langkah Adira tiba-tiba terhenti. Dia menoleh ke belakang dan terlihat Nad masih membuntutinya dengan ekor matanya. Pantas, dia melaung memanggil Nad. Nad melambaikan-lambaikan tangannya tanda dia mendengar laungan Adira.
     “Nad! Jangan lupa kirim salam dekat Shahir jugak yer,” Adira mengorak senyum dan terus berpaling meninggalkan sahabatnya yang terkedu di tempatnya.
     Sesaat dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum.. Dira..dira..ada hati jugak kau yer..hihi..aku pasti akan sampaikan salammu itu padanya Adira!
Bab 6

Sedari tadi, Shahir hanya memerhatikan keletah 2 sahabat tersebut di sebalik tembok. Niatnya untuk mendapatkan Nad terbatal apabila terlihat seorang gadis terlebih dulu menyainginya. Mereka kelihatan mesra walaupun sudah lama tidak bertemu. Sepanjang mereka berbual, pandangan mata Shahir hanya tertumpu pada gadis di sebelah sepupunya itu. Hatinya tertanya-tanya, siapakah gadis itu?
      Dia tertarik pada senyuman dan tawa gadis tersebut. Wajahnya yang putih mulus itu penuh dengan kelembutan. Biarpun ketika gadis itu dalam keadaan marah atau serius, wajahnya tetap tampak cukup manis. Dia mengeluh ketika gadis itu mahu melangkah pergi, tetapi dia juga terkedu saat gadis itu menyebut namanya. Sukar hendak ditafsirkan perasaannya tika itu.

                                                                          ***********

     Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, Nad berasa sungguh hairan melihat perubahan sikap Shahir. Entah apalah yang menggembirakannya ketika itu kerana dia terlihat sesekali Shahir tersenyum-senyum sendirian. Nad tidak berani mahu menegur. Biarlah Shahir dengan dunianya sendiri. Dia tidak mahu menghancurkannya.
     Pada waktu yang sama, keadaan Adira juga lebih kurang seperti Shahir. Dia juga kerap tersenyum-senyum sendiri. Ema menjadi gerun melihatnya. Seperti tersampuk hantu pula. Sewaktu mereka makan tengahari sebentar tadi, puas Ema bertanyakan adiknya itu kenapa dia berkelakuan aneh tetapi Adira hanya tersengih-sengih tanpa menjawab soalan kakaknya.
     “Akak, cepatlah sikit bawak kereta ni..Adik tak sabar-sabar dah ni nak jumpa ‘sayang’ adik.”
     “Haaa??! Sape ‘sayang’ yang adik maksudkan ni?” Ema pantas bertanya siapakah gerangan yang dimaksudkan Adira. Hairan sungguh Ema dibuatnya.
     “Hehe..ada la..biarlah rahsia..ehehe.” Senyuman Adira tidak lekang-lekang dari bibirnya. Dia kelihatan seperti orang yang gila bayang. Ema yang menyangkakan adiknya itu disampuk hantu, bersungguh-sungguh dia berdoa supaya adiknya itu lekas sedar.

                                                                              *********

          Sesudah sampai di perkarangan rumahnya, Adira tergesa-gesa keluar dari kereta dan terus mengetuk pintu. Mak Mah yang terdengar ketukan pintu itu terkocoh-kocoh mahu membukanya. Sejurus itu, Adira membuka sepatunya dan tergesa-gesa masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan panggilan kakaknya. Dia hampir-hampir melanggar Mak Mah yang berada di muka pintu. Adira meminta maaf dan terus menaiki anak tangga.
     Mak Mah yang terkejut melihat sikap Adira, keluar dan membantu Ema membawa barang-barang yang dibelanjanya sambil bertanya, “Ema, kenapa dengan adik kamu tu? Kelam-kabut jer..”
     Ema mengeluh sebelum menjawab, “Entahlah Mak Mah, Ema pon pelik tengok perangai dia tu, tadi Mak Mah tau tak, masa kitorang pegi lunch, dia tak habis-habis tersenyum-senyum sampailah dalam kereta tadi..puas dah ema tanya, tapi dia tersengih-sengih jer..dah macam orang hilang akal.” Ema menceritakan kepada Mak Mah. Nadanya berbaur kebimbangan.
     “Ishh..biar betul ema..mak mah pon risau ni..apa kena lah dengan budak tu..haaa, entah-entah dia terkena buatan orang tak?” Tekaan Mak Mah itu mengejutkan Ema. Sepertinya Mak Mah kelihatan yakin dengan andaiannya yang tidak masuk akal itu.
     “Hishh..mak mah ni..sampai ke situ pulak..ema yakin dira tu takde apa-apa lah..mungkin dia happy sebab dia dah jumpa kawan lama dekat mall tadi kot.” Ema cuba menyedapkan hatinya walaupun dia sendiri tidak begitu yakin dengan kenyataan yang dikeluarkannya. Mak Mah hanya mengiakannya. Tika ini, mereka sudah berada di ruang makan. Pandangan mereka sama-sama dihalakan ke arah bilik Adira. Apalah yang dibuatnya sekarang?

                                                                                  *********

     Adira berasa lega apabila novelnya masih di tempatnya sejurus dia masuk ke dalam bilik. Lantas dia mendapatkan novelnya yang berada di atas katil. Dia memandang novel itu seketika sambil menyandar di kepala katil. Tiba-tiba, bayangan wajah lelaki idamannya muncul di situ. Adira tersenyum. Dia sudah lama menantikan kehadirannya walaupun hanya dalam bentuk ilusi.
     Bayangan lelaki itu seperti membalas senyuman Adira. Dengan perlahan-lahan, tangan Adira menyentuh bayangan wajah tersebut. Dia mengusap-usapnya dengan lembut. Kalaulah kau berada di sampingku sekarang, aku berjanji takkan melepaskan kau dari sisiku. Aku takkan membiarkan kau ‘pergi’ dari ingatan dan hatiku..selama-lamanya kau akan tetap hidup dalam diri aku. Kau adalah sebahagian daripada diriku. Hatiku dan hatimu telah bersatu semenjak kali pertama aku melihatmu.
     Semoga kita akan dipertemukan..aku akan menanti saat itu..aku akan menunggu dirimu..Adira bermonolog di dalam hati. Lantas Adira memeluk erat novel itu sambil memejamkan mata. Membayangkan bahawa dia sedang memeluk lelaki idamannya itu. Lelaki yang telah mengetuk pintu hatinya yang selama ini sukar untuk dicerobohi oleh mana-mana lelaki. Lelaki yang telah mencuri hatinya yang selama-lamanya akan tetap menjadi milik lelaki itu. Hanya dia!
Bab 7
Malam itu, Paksu Kamarul, Maksu Saodah dan Natasya menghantar Nad ke lapangan terbang kerana dia akan berlepas ke US untuk melanjutkan pengajiannya selama 5 tahun. Shahir juga turut meluangkan masanya untuk sepupunya itu. Dia berasa sedih atas pemergian Nad kerana selama ini Nad sahajalah tempat dia mengadu masalah dan bergurau senda setelah dirinya kehilangan ibu dan ayah yang sangat disayanginya.
     Namun, Shahir merelakan pemergian itu demi masa depan sepupunya. Nad juga turut mengalami situasi yang sama seperti Shahir. Berat kakinya untuk melangkah meninggalkan keluarganya. Inilah kali pertama dia terpaksa berjauhan dengan ibu, ayah dan adiknya. Dia cuba menceriakan dirinya walaupun di dalam hati hanya Tuhan yang tahu perasaannya tika itu.
     Sebelum berpisah, buat kali yang terakhir, Nad berdakapan erat dengan setiap seorang ahli keluarganya. Dia cuba menahan sebak tatkala berpelukan dengan ibunya. Maksu Saodah hanya bersikap tenang di hadapan anak sulungnya itu.
     “Nad, jaga diri elok-elok yer..belajar rajin-rajin..mak dengan ayah sentiasa mendoakan keselamatan dan kejayaan Nad kat sana,” pesan ibunya sambil mengusap lembut rambut anaknya. Air mata Nad hampir tumpah apabila mendengar kata-kata ibunya tetapi segera ditahannya.
     “Baik mak..mak pon jaga diri elok-elok yer,” Ibunya hanya mengangguk sambil tersenyum.
     “Nad jangan risaulah keadaan kami kat sini, yer..” Mata Nad beralih kepada sepupunya yang berada di sebelah ayahnya. Tenang sahaja wajah itu. Selepas ini, tidak akan ada lagilah wajah kesayangannya itu di hadapannya. Dia melangkah perlahan menuju ke arah Shahir.
     “Shahir, kau pon jaga diri kau sama..jangan nakal-nakal tau,” Ada nada serius dalam gurauannya. Orang seperti sepupunya itu memang ramai anak-anak gadis yang berusaha untuk memikatnya. Mujur Shahir tidak pernah terperangkap dengan godaan mereka.
     Shahir tertawa kecil, “Aku tau maksud kau..kau jangan risaulah..kau tu pon sama jugak..kalau ‘tersangkut’ dengan mat-mat saleh kat sana tu, jangan lupakan aku terus,” Nad tersenyum kecil. Mana mungkin dia bisa terpaut pada mana-mana lelaki selain sepupunya itu.
     Secara tiba-tiba, dia teringatkan sahabatnya. “Oh yer, Adira kirim salam dekat kau.” Nad tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya. Masih lekat di ingatannya pertemuannya dengan Adira pagi tadi.
     Shahir terdiam. Siapa Adira? Belum sempat dia bertanyakan soalannya dengan lebih lanjut, kedengaran suara Maksu Saodah memanggil Nad.
     “Nad! Lekas..dorang dah buat pengumuman dah tu,” Nad tersentak mendengar panggilan ibunya dan terus melangkah ke arahnya. “Mak, Abah, Nad pegi dulu yer.” Dia mengucup tangan ibu dan ayahnya. Dan mencium dahi adiknya, “Akak pegi dulu, jaga diri tau.” Tanpa berlengah, Nad menolak bagasinya menuju ke tempat pemeriksaan. Dia melambaikan tangannya. Mereka pun membalas lambaian itu.
    Sejurus Nad hilang dari pandangan mata, mereka sekeluarga terus melangkah keluar pulang ke rumah.

                                                                       **********

     Ema menguak pintu bilik Adira perlahan-lahan. Dia terlihat Adira sedang nyenyak tidur sambil memeluk sebuah novel. Sejurus itu, dia mendapatkan adiknya itu dan melabuhkan punggungnya di atas katil. Dia mengambil novel yang dipeluk Adira itu secara berhati-hati. Ema meneliti tajuk novel tersebut, ‘DIA CINTAKU’, novel kegemaran Adira. Ema meletakkan novel itu di sisi katil dan menatap wajah adiknya.
     Terpancar sinar kebahagiaan menerusi raut wajahnya. Dan Ema mengamati, seulas senyuman menghiasi bibir merahnya. Selama ini, tidak pernah pula dia melihat Adira tidur dalam keadaan senyum. Mungkin dia sedang bermimpikan sesuatu atau seseorang yang membahagiakannya. Ema berasa lega. Sebelum ini, Adira sering bermasam muka dengannya dan sesekali dia melihat Adira duduk bersendirian sambil termenung jauh. Sukar sekali dia mahu melihat senyuman diukirkan di bibirnya.
     Ema menggerak-gerakkan Adira supaya bangun kerana sudah lama dia terbongkang di atas katil. Sejak pulang dari membeli-belah tengahari tadi sehinggalah malam ini. Adira mengerutkan mukanya dan membuka kelopak mata. Dia terlihat kakaknya sedang merenungnya sambil tersenyum. Adira bingkas bangun dan memandang kakaknya.
     “Akak? Dah berapa jam adik tidur?” Dia bertanya sambil menenyeh-nenyeh matanya dan menguap.
     “Dari tengahari sampai malam, maknanya dah 5 jam lebih,” Ema mencongak-congak sendiri.
     “Apa??? Dah malam ke ni??” Adira terkejut bukan kepalang lagi. Ya Allah, lamanya aku tidur. Dia mencapai jam loceng di laci sisi katilnya dan melihat waktu sekarang, 8.00 malam!
     “Hey, penat sangat ke sampai tertidur ni? Bukan main lama lagi.” Soal Ema.
     Adira meraup mukanya dan meletakkan kembali jam loceng itu di tempat asalnya. “Entahlah kak, nak kata penat, takde pulak..adik sendiri pon tak sedar yang adik terlelap.” jawab Adira. Dia sendiri tidak tahu punca dia tertidur sebegitu lama.
     “Ni, tadi akak tengok, masa adik tidur, senyum memanjang jer..mimpi apa?” Ema menanti jawapan dari adiknya. Dia sudah tidak sabar-sabar untuk mengetahui mimpi indah apa yang dialami Adira.
     Mendengar soalan kakaknya, dia mula tersenyum-senyum sendiri. Senyuman yang penuh tersirat itu mengandungi seribu makna yang sukar dimengertikan. Hanya Adira seorang yang memahami.
     “Cepatlah..bagitau akak..apa?” Perasaan ingin tahu Ema tidak dapat dibendung lagi. Apatah pula, melihat senyuman yang terukir di bibir Adira melonjakkan lagi perasaannya itu. Adira menoleh ke arah kakaknya. Bersungguh-sungguh benar kakaknya itu. Apa salahnya sekiranya dia berkongsi rasa bahagia itu dengan saudara kandungnya itu. Ema bukan orang asing bagi dirinya.
     “Betul akak nak tau ni?” Sengaja Adira bertanya walaupun dia sudah tahu maklum balas yang akan diberikan. Ema hanya mengangguk-angguk pantas. Adira sudah mengagaknya.
     “Sebenarnya, dah lama adik simpan benda ni..rasa yang ada dalam hati ni tak pernah adik luahkan pada sesiapa..” Adira mula membuka ceritanya yang selama ini tersimpan rapi dalam minda dan hatinya. Ema tidak membalas tetapi hanya menanti butir-butir bicara yang seterusnya.
     Melihatkan kakaknya yang begitu khusyuk mendengar, Adira meneruskan ceritanya.
     “Adik dah jatuh cinta.” Kali ini Adira tidak berkias-kias seperti kebanyakan orang. Tanpa berselindung, dia membongkar segalanya kepada Ema. Berterus-terang itu lebih baik. Straight to the point. Dia tidak mahu perjalanan cerita ini meleret-leret sehingga menimbulkan kebosanan.
     Ema terkaku sebentar mendengar luahan hati adiknya. Betulkah apa yang didengar? Setahu dirinya, Adira sukar sekali untuk jatuh cinta kepada mana-mana sang jejaka apatah lagi mahu bercinta. Kerana baginya, love is trouble. Cinta itu menyusahkan. Tidak membawa apa-apa kepentingan mahupun keuntungan kepadanya. Adira sendiri telah berjanji bahawa dia tidak akan sekali-kali jatuh cinta! Tetapi siapakah jejaka yang telah berjaya membuat Adira terpaksa menguburkan janjinya itu?
     “Kak, akak!” Ema tersentak dan memandang Adira yang sedang berkerut melihatnya. “Akak berangan ehh?” Adira meneka apabila dia melihat Ema hanya membisu seribu bahasa dan dia mengagak bahawa fikiran kakaknya itu sedang menerawang. Mungkin dia terkejut mendengar kenyataannya sebentar tadi.
     “Eh..takdelah..emm, akak pelik la, kan adik ni anti-cinta? Tak suka dalam bab-bab cinta ni? Macam mana pulak adik boleh beralih arah pulak ni?” Ema melontarkan soalan yang difikirkannya sebentar tadi.
     Adira merenung jauh. Mungkin sedang tercari-cari jawapan yang sesuai. Kemudian, “Entahlah akak..susah nak jawab soalan tu..raut wajahnya yang tenang, nur yang terpancar..sapelah yang tak terpikat bila tengok. Sekilas pandang pon, dah jatuh cinta.” Adira segera membayangkan wajah lelaki idamannya itu. Sukar mahu membuang bayangan tersebut dari mindanya.
     “Yang paling adik tak tahan, pandangan matanya tu..lepas tu, senyuman dia..Ya Allah kak, kalau adik tak kuat semangat, memang sah-sah pengsan kat situ jugak..adik boleh cair kalau tengok lama-lama.” Ema tergelak mendengarnya. Adui! Memang hebat sungguh penangan dan aura lelaki itu. Kalau betul apa yang dikatakan Adira, mungkin dia juga akan turut mengalami situasi yang sama sepertinya.
     “Hensem sangat ke dia?” Ema masih dengan sisa ketawanya. Hendak tahu juga bagaimana rupa paras lelaki itu sehinggakan adiknya cepat ‘tersangkut’.
     Adira ternganga mendengar soalan kakaknya. “Giler tak hensem..kalau tak, takkanlah sampai adik yang tak suka nak bercintan-cintun ni boleh jadi gila bayang kat dia.” Ema tergelak sekali lagi. Tetapi jauh di sudut hati, ingin sekali dia melihat dengan mata kepalanya sendiri. Melihat kebenaran yang dinyatakan Adira. Adira cukup gembira apabila mereka menceritakan tentang lelaki idamannya itu. Topik itu telah menjadi kegemarannya.
     “Akak tak boleh bayangkan macam mana hensemnya dia tu..hanya adik yang mengetahui, kan?”
     “Yelah kak..tapi adik yakin, kalau akak sendiri pon, mesti jatuh hati jugak..percayalah.” Adira bersungguh-sungguh menyatakannya. Perempuan mana lah yang tidak terpaut dengan lelaki sebegitu. Dia pasti, lelaki idamannya itu sememangnya mempunyai sifat-sifat mahmudah yang menjadi idaman wanita untuk dijadikan teman hidup termasuk dirinya.
     “Akak belum tengok lagi, macam mana nak tau..setiap malam adik selalu mimpikan dia ker?”
     “Sebenarnya, adik baru jer mimpikan tentang dia malam haritu dan sejak itulah, dia kerap datang dalam mimpi adik.” Ema terangguk-angguk faham. Bagi Adira, itulah mimpi yang paling indah yang pernah dialaminya. Walaupun pertemuan itu tidak mengandungi butir-butir bicara yang diingininya, tetapi renungan dan pandangan mata serta senyuman yang tidak pernah lekang dari bibir, sudah cukup untuk menceritakan segalanya.
     “Oww..bestnyer kan? Adik dah jumpa lelaki idaman adik, tapi akak ni tak taulah bila..” Ema meluahkan.
     “Ala akak..suatu hari nanti, adalah tu..jodoh datang bertandang.” Adira memujuk sambil tersenyum.
     “Amin..moga-moga masinlah mulut adik tu..hehe..oh yer..sape nama lelaki pujaan hati adik tu?” Senyuman Adira mati tatkala mendengar soalan yang tidak diduga itu. Malah dia tidak pernah langsung memikirkannya sehinggalah soalan yang baru sahaja menerjah gegendangnya itu. Dia benar-benar tidak mempunyai jawapan untuk soalan itu. Apa jawapan yang terbaik yang patut diberikannya?
Bab 8
“Assalamualaikum!” Kedengaran suara orang memberi salam di tingkat bawah. Ema dan Adira berpandangan sebelum kedua-duanya bingkas bangun dan menjenguk ke bawah ke ruang tamu. Kelihatan Mak Mah berjalan ke ruang tamu dan terus membuka pintu.
     “Waalaikumussalam,” jawab Mak Mah sejurus membuka pintu. “Oh, Iwan..marilah masuk.” pelawa Mak Mah kepada tetamu itu.
     “Terima kasih, Mak Mah.” Sejurus itu, Iwan menanggalkan kasutnya dan terus memasuki rumah Adira itu.
     “Duduklah dulu..mak mah buatkan air, yer?” Iwan hanya mengiakan lantas melabuhkan punggungnya di sofa. Mak Mah tahu kedatangan Iwan ke situ hanyalah untuk bertemu dengan Adira. Oleh itu, tidak usah ditanya tujuannya ke situ. Sementara di tingkat atas, Adira hanya terkaku di situ memandang Iwan.
     Ema lantas menepuk bahunya. “Laa..tercegat apa lagi kat sini..iwan datang tu, pegilah layan dia..”
     “Adik malas la kak..akak ajelah pegi.” Adira mula memasamkan mukanya. Entah kenapa, dia tidak suka akan kedatangan Iwan ke situ. Dia tidak suka diganggu buat masa sekarang. Apa yang ada di dalam fikirannya, hanyalah dirinya dan lelaki idamannya itu.
     “Ape ni dik..tu kan kawan adik..apsal suruh akak pulak..dah-dah..jangan banyak alasan..pegi jer jumpa dia..kesian dia tunggu lama tu.” Ema menegur sikap adiknya. Baru kali ini dia melihat adiknya itu tidak suka kehadiran Iwan di rumahnya. Sebelum ini, Adira lah orang yang paling gembira sekali jikalau sahabatnya itu datang menjenguknya di rumah. Tetapi sekarang? Adakah semua perubahan Adira ini disebabkan lelaki itu?
     “Yelah..yelah.” Adira membalas acuh tak acuh. Terus dia lambat-lambat menuruni anak tangga untuk bertemu Iwan. Dia mengeluh perlahan. Sejurus dia sampai, Adira memaniskan roman wajahnya. Senyuman yang diukirkan kepada Iwan jelas tampak kelat dan berpura-pura. Tidak seperti sebelum ini, berseri-seri seperti pengantin yang baru berkahwin lagaknya.
     “Hai Adira..baru bangun tidur ker?” Sejurus Adira duduk di hadapannya, Mak Mah mendatangi mereka dengan sedulang air jus oren lantas menghidangkannya di atas meja. “Jemputlah minum dulu..mak mah ada banyak kerja ni.” Mak Mah tersenyum sebelum berlalu meninggalkan 2 sahabat itu.
     “A’ah..baru bangun tidur.” Adira menjawab soalan Iwan yang terganggu sebentar tadi. Nadanya jelas kedengaran malas. Iwan yang tidak mengesyaki apa-apa perubahan terhadap Adira tertawa kecil.
     “Apa la kau ni..anak dara tidur je kerjanya..cubalah tolong mak mah tu sama..ni tak, buat air liur basi jer..” Adira pantas menjeling tajam ke arah Iwan yang masih dengan sisa ketawanya. Dia tidak menganggap gurauan Iwan itu sebagai satu jenaka malah dia benci sekali mendengarnya.
     “Sukati hati akulah..bukannya mengganggu hidup kau pon.” Dia sedang menahan amarah yang bila-bila masa sahaja boleh meletup dan ‘membakar’ seluruh isi rumah yang didudukinya tersebut. Entah kenapa, tidak tertanam langsung rasa gembira dan ceria yang selalu dirasainya setiap kali Iwan menjejakkan kaki ke rumahnya. Tetapi rasa yang di dalam hatinya sekarang adalah benci dan marah yang meluap-luap dalam dadanya.
     “Rileks ar dira..apasal macam marah kau ni? Aku ada salah cakap ker?” Iwan mula risau akan perubahan mendadak Adira. Adakah Adira telah ditimpa satu masalah besar sehingga menyebabkan gadis itu bersikap baran terhadapnya?
     “Takdelah..aku cuma takde mood jer.” Adira berbohong. Kebenciannya yang membara sebentar tadi perlahan-lahan menyusut. Dia menarik nafas panjang dan menghembuskannya perlahan-lahan. Mengusir segala perasaan negatif yang boleh merosakkan hati dan jiwanya.
     “Takde mood? Apasal?” Iwan mula risau akan keadaan Adira. Dia sememangnya sentiasa mengambil berat akan sahabatnya itu. Kadangkala, Adira berasa rimas dengan keadaan itu.
     Adira hanya membiarkan soalan itu berlalu tanpa berjawab. “Ada apa datang sini?” Adira mula menanyakan tujuan kedatangan sahabatnya itu. Dilihatnya Iwan mula menggelabah dan tidak senang duduk dibuatnya.
     Iwan berasa serba-salah untuk memberitahu tujuan sebenarnya ke situ. Hatinya berbelah bahagi. Antara rasa gembira dan bimbang. Semuanya bercampur baur dalam hatinya. Dia menarik nafas sebelum memulakan ceritanya.
     “Tadi, mak dengan ayah aku ada bincang sesuatu dengan mak ayah kau. Masa tu, aku ada dekat ruang tamu. Aku dapat dengar dengan jelas apa yang dorang bincangkan. Aku pon terkejut jugak masa tu. Kemudian, aku terus datang rumah kau nak bagitau kau benda ni.” Iwan berhenti seketika di situ untuk melihat reaksi Adira. Ternyata, dia tampak tenang dan khusyuk mendengar ceritanya. Iwan yakin wajahnya pasti serta-merta berubah setelah mengetahui perkhabaran yang mengejutkan ini.
    “Ada kena-mengena dengan aku ker?” Adira mula melontarkan soalan. Riak wajahnya masih kelihatan tenang dan dia tidak mencurigai apa-apa berhubung penceritaan tadi.
     “Lebih tepat lagi, ada kena-mengena dengan kita.” Sejurus itu, riak wajah Adira mula berubah seperti yang disangkakan Iwan sebentar tadi. Mereka diam seketika sebelum Adira menanyakan lagi soalan kepada Iwan.
     “Kita? Maksud kau?” Adira sudah dapat mengagak apa sebenarnya perbincangan yang melibatkan keluarganya dengan keluarga Iwan. Tetapi itu cuma andaiannya sahaja. Dan dia sangat-sangat berharap bahawa andaiannya itu akan meleset sama-sekali.
     “Err..kau pon tau kan, keluarga kita memang rapat sejak dulu lagi..dan dorang memang dah lama rancang semua ni..Cuma tunggu masa jer nak bagitau kita perkara ni.” Iwan memandang sekilas wajah Adira. Dia kelihatan ternanti-nanti butir-butir bicara Iwan yang seterusnya. Iwan pula berasa debaran kencang menendang dadanya.
     “Dorang nak..nak..” Kata-kata Iwan yang mahu diucapkannya itu terasa berat mahu diluahkan. Tersekat di kerongkong. Dia menenangkan diri seketika sebelum menyambung ,
     “Dorang nak jodohkan kita!” Iwan meluahkannya dengan lancar. Tidak tergagap-gagap seperti tadi.
     Sejurus mendengar khabar yang mengejutkan itu, wajah Adira serta-merta berubah. Matanya terbeliak. Lidahnya seakan-akan terkunci untuk berbicara. Ternyata andaiannya itu benar belaka dan tepat sama sekali. Dirinya seperti berada di alam mimpi. Sukar untuk dipercayai. Tetapi, itu adalah kebenaran dan hakikat yang perlu ditelannya. Rasanya pahit seperti hempedu.
Bab 9
   Malam itu, Shahir sedang menunaikan solat Isyak. Dia begitu khusyuk sekali dalam mengerjakan solat itu. Dia menadah tangan dan berdoa supaya Allah mengampunkan dosanya dan dosa kedua ibu bapanya. Semoga Allah memelihara roh kedua ibu bapanya dari azab api neraka. Selepas itu, dia membaca Yassin untuk disedekahkan kepada arwah kedua ibu bapanya. Setelah selesai, dia melipat sejadahnya dan sejenak dia termenung di atas katil mengenangkan arwah ibu dan bapanya.

*FLASHBACK

     “Shahir, mak nak cakap sikit, boleh?” Shahir yang sedang menolong ibunya melipat kain itu menoleh sekilas ke arah ibunya.
     “Nak cakap apa, mak?” Shahir bertanya lembut kepada ibunya. Sememangnya, Shahir sentiasa menjaga tutur katanya di hadapan orang yang lebih tua darinya. Dia berhenti seketika untuk mendengar apa yang ingin diperkatakan ibunya.
     “Shahir, mungkin dah tiba masanya untuk Shahir berkahwin.” Sejurus mendengar perkataan ‘kahwin’ dari mulut ibunya, Shahir terkaku dan diam sebentar. Dia tidak menyangka perkataan itulah yang menjadi topik perbincangan ibunya pada malam itu.
     “Kahwin, mak?” Dia bertanya perlahan kepada ibunya. Ibunya hanya mengangguk sambil tersenyum. Tenang sahaja hatinya apabila menatap wajah anak kesayangannya itu.
     “Kenapa, mak? Shahir kan muda lagi..” Shahir membantah perlahan. Tidak menyetujui kata-kata ibunya. Dia lebih gemar berada di rumah menjaga dan menolong ibu dan ayahnya.
     “Mak tau..tapi mak dengan ayah ni dah tak lama lagi dah di dunia ni.” Shahir tersentak dengan kata-kata ibunya. Dia mengerti maksud di sebaliknya. Dia belum bersedia untuk kehilangan ibu dan ayahnya yang sangat-sangat dikasihinya. Belum bersedia untuk itu!
     Ibunya menyambung lagi, “Sekurang-kurangnya, adalah jugak orang yang boleh menjaga shahir..nanti kalau mak dengan ayah dah takde, takkan shahir nak tinggal sorang-sorang kat rumah ni.”
     “Mak, apa mak cakap ni? Tolonglah mak..tolonglah jangan cakap lagi pasal benda ni.” Shahir merayu dengan tegas tetapi masih lembut nadanya. Shahir menggenggam erat kedua-dua belah tangan ibunya dan mengucup tangan tua itu. Lama Shahir berkeadaan begitu. Tersentuh naluri ibunya melihat anak tunggalnya itu. Bersyukur dia kepada Allah kerana dikurniakan zuriat yang soleh dan taat kepadanya dan suaminya.
     Sejurus Shahir mengangkat kepalanya, ibunya terlihat ada genangan air mata di tubir matanya. Fatimah mengusap-usap lembut kepala anaknya itu. Dia juga turut berasa sebak.
     “Shahir, dengar permintaan mak ni yer, nak?” Ibunya memandang tepat ke dalam anak mata Shahir. Shahir ternanti-nanti bicara ibunya.
     “Mak harap sangat..sebelum mak dengan ayah tutup mata untuk selamanya, mak nak tengok sangat anak mak ni kahwin..mak nak anak mak hidup bahagia..mak taknak anak mak ni hidup sendirian bila mak dengan ayah dah takde..mak harap sangat, nak,” Air mata Fatimah sudah mengalir membasahi pipi.
     Air mata Shahir juga sudah berlinangan apabila melihat wanita kesayangannya itu menangis. Dia mengelap pipi ibunya yang dibasahi oleh air mata. Dia sudah tidak terkata apa-apa lagi.
     “Shahir, tolong yer sayang..ini permintaan terakhir mak dan ayah..mak mohon sangat-sangat..laksanakanlah permintaan terakhir mak dan ayah ni sebelum kami pergi untuk selamanya..tolonglah sayang..” Bersungguh-sungguh Fatimah merayu. Dia lakukan semua ini hanyalah untuk Shahir. Dia hanya memikirkan kebahagiaan anaknya itu. Dia akan berasa sangat-sangat lega apabila melihat anak kesayangannya ini berkahwin dan hidup bahagia selamanya.
     Shahir terkedu mendengar rayuan ibunya. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Lantas dia memeluk ibunya. Kejap.
     “Mak, Shahir sayang mak dan ayah sangat-sangat..mak janganlah cakap pasal benda ni. Shahir tak bersedia lagi mak..janganlah ..” Dalam dan sayu suaranya menyatakan isi hatinya itu. Dirinya tidak sanggup untuk menghadapi kehilangan mereka.
     “Shahir, kalau shahir sayangkan mak dan ayah, tunaikan permintaan terakhir mak ni yer? Mak teringin nak tengok anak mak ni naik pelamin..mak harap permintaan mak ni dapat dilaksanakan sebelum mak dan ayah dah takde.” Fatimah mengusap-usap pula belakang Shahir. Shahir yang masih basah dengan air mata, mengucup kasih dahi ibunya pula.

                                                                                       ************

     Secara tiba-tiba, air matanya mengalir menuruni pipi apabila terkenangkan arwah ibunya itu. Dia berasa terkilan kerana permintaan terakhir mak dan ayahnya tidak sempat dilaksanakan. Dia tidak henti-henti menyesali diri. Shahir bingkas bangun dan mengambil foto arwah ibu dan ayahnya yang terletak di laci tepi katil. Dia merenung lama foto itu.
     “Mak, ayah..maafkan shahir..maafkan shahir sebab tak sempat nak tunaikan permintaan mak dan ayah..shahir rasa menyesal sangat..maafkan shahir..shahir sayang mak dan ayah..” Sedu-sedan suaranya menahan sebak di dalam dada. Rintihan hatinya itu tiada siapa yang tahu. Dia mengucup dan memeluk foto itu. Membayangkan dia sedang memeluk arwah ibu dan ayahnya.
     Ibu dan ayah Shahir sudah meninggal dunia sebulan yang lalu. Kini, Shahir telah kehilangan tempatnya menumpang kasih, mencurahkan seluruh rasa sayangnya yang tidak terhitung. Waktu-waktu yang dilalui mereka adalah detik-detik yang sangat berharga dan bernilai. Dia benar-benar rindu akan belaian mesra dan sentuhan lembut ibu dan ayahnya. Tidak mungkin dia akan bertemu dengan insan-insan yang boleh memberi sepenuh kasih sayang terhadap dirinya selain dari ibu dan ayahnya. Sebenarnya, tiada siapa yang tahu bahawa dia sebenarnya sedang mendambakan kasih sayang dari orang-orang yang dia sayangi.
Bab 10
“Adik, kenapa ni?” soal Ema. Dia hairan melihat sikap Adira yang tiba-tiba sahaja berubah menjadi baran. Sejurus sahaja Iwan pulang, Adira terus meluru masuk ke dalam bilik dan menghempaskan pintu dengan kuat. Ema dan Mak Mah yang sedang berbual di dapur terkejut mendengar hempasan pintu tersebut. Lalu Ema terus ke bilik adiknya untuk melihat apa yang berlaku.
     Sejurus dia sampai dan mengetuk pintu, Adira menjengulkan mukanya dan membenarkan kakaknya masuk. Tanpa berlengah, Ema terus bertanyakan masalah adiknya. Adira hanya memasamkan mukanya dan memandang ke luar tingkap. Dia memeluk lututnya tanpa memandang Ema. Ema mengeluh dan melangkah duduk di sebelah Adira.
     “Adik, kenapa diam jer ni? Bagitau la akak apa masalahnya..ada kena-mengena dengan iwan ker?” Ema tidak berputus asa memujuk Adira. Dia tidak mendengar butir bicara mereka kerana ketika itu dia berada di dapur bersama Mak Mah.
     “Adik kecewa, kak..teramat kecewa.” Adira meluahkan isi hatinya. Terngiang-ngiang di telinganya tentang cerita yang diberitahu Iwan sebentar tadi. Pandangannya masih dihalakan ke luar tingkap.
     “Kecewa? Kenapa? Dengan sape?” Ema memerlukan sebuah penjelasan yang lengkap dan terperinci. Dia terpinga-pinga dengan apa yang diluahkan Adira.
     “Adik kecewa dengan mama dan papa!” Ema terkejut dengan pengakuan Adira. Nadanya jelas marah dan geram. Apa yang dilakukan oleh mama dan papanya sehingga mendatangkan kekecewaan kepada Adira?
     Pandangan Adira terus dihalakan ke arah Ema yang dilihatnya memandangnya dengan raut wajah yang terkejut. Adira dapat mengagak dari riak wajah kakaknya, Ema meminta jawapan dari kekecewaannya itu. Seolah-olah memahami apa yang diperlukan Ema, dia meneruskan luahannya.
     “Mama dan papa rancang nak jodohkan adik dengan iwan!” Ema terkejut sekali lagi. Dia boleh terkena serangan jantung kalau berterusan begini. Pandangan mata Adira tepat memandang ke anak mata Ema. Ema menjadi gerun melihatnya. Adira tidak pernah melemparkan pandangan ‘maut’ sebegitu terhadapnya.
      “Akak! Akak dengar tak ni?” Adira menyergah Ema. Geram dia melihat Ema hanya membatu di hadapannya. Ema mengumpulkan semula kekuatannya untuk membalas kata-kata Adira.
     “Yer..yer..akak dengar la ni..tapi betul ke apa yang akak dengar ni?” Ema juga seakan tidak percaya dengan berita itu. Adira dengan Iwan???? Mustahil!
     “Yelah..takkan adik nak bohong kot..iwan datang sebab nak bagitau perkara ni la.” Adira mendengus. Dia benar-benar tidak suka dengan rancangan mama dan papanya itu. Dia sudah menganggap Iwan sebagai abang kandungnya. Mana mungkin dia dijodohkan dengan orang yang telah dianggapnya sebagai saudara sendiri? Dan yang paling mustahil, mana mungkin dia dijodohkan dengan orang dia tidak cintai!
     “Jadi, Adik kata ape?” Sepatutnya Ema tidak patut menanyakan soalan itu. Sudah terang lagi bersuluh Adira tidak menyukai malah membencinya.
     “Akak tanya adik kata ape? Akak tak nampak ke keadaan adik sekarang ni, macam mana? Suka ke tak suka? Akak tak perasan ke muka adik ni macam mana sekarang? Suka ke tak suka?” Adira menganggap soalan kakaknya itu adalah soalan yang paling bodoh yang pernah didengarinya. Dia meninggikan suara ke Ema menunjukkan amarahnya ketika itu.
     Ema tidak memarahi Adira atas perbuatan adiknya itu. Dia hanya mendiamkan diri. Dia dapat merasakan perasaan benci dan marah yang dialami Adira. Dia memahami situasi yang menimpa adiknya itu. Dia tersentak tatkala mendengar esakan Adira. Dia mendekati Adira dan memeluknya.
     “Akak, adik tak mau kahwin dengan iwan..adik tak cintakan dia..” Tersengguk-sengguk bahunya menahan tangisan yang mula keluar mencurah-curah. Habis lencun baju Ema dek tangisan Adira. Ema menenangkannya dengan mengusap-usap belakangnya. Dia turut berasa simpati dengan Adira.
     Adira meleraikan pelukan itu dan memandang tepat ke arah Ema. “Akak, akak tau kan sape yang adik cinta? Sape yang adik sayang? Adik tak sanggup kehilangan dia, kak..” Ema mengerti maksud Adira. Dan dia tahu siapa yang dimaksudkan oleh adiknya. Ema mengelap pipi Adira yang basah dengan airmata.
     “Dan akak tau tak, besok papa dan mama akan balik ke sini. Lepas tu, dorang akan terus bincang pasal majlis tu..apa yang patut adik buat kak? Adik tak sanggup.” Sayu suaranya mengeluarkan kata-kata itu. Setiap patah perkataan yang dikeluarkan Iwan amat sukar untuk ditelan dan diterimanya. Dan yang paling memeranjatkannya adalah reaksi Iwan dan ketidaksabarannya untuk disatukan dengan Adira. Hal itu menyebabkan Adira mula menanam perasaan benci terhadapnya.
     “Takpe, nanti adik pujuk la papa dengan mama..suruh dorang batalkan rancangan dorang..” Ema memujuk. Dia tidak pasti samada cadangannya itu boleh diguna pakai ataupun tidak. Adira menggeleng kepalanya.
     “Tak boleh kak..apa saja cara yang dibuat, takkan menjadi..papa dan mama dah nekad..kita tak boleh buat apa-apa untuk mengubah keputusan dorang.” Adira mula khuatir dan bimbang. Dia tidak dapat membayangkan hari-hari yang bakal dilaluinya sebagai seorang isteri kepada lelaki yang mula dibenci dan tidak dicintai. Dia tidak mahu ‘mimpi ngeri’nya itu berterusan. Dia harus melakukan sesuatu untuk menghalangnya.
     “Adik, akak rasa, adik tak payah buat apa-apa..adik kena terima jugak keputusan papa dan mama..macam yang adik cakap, kita tak boleh melakukan apa-apa jadi adik relakan jer.” Ema berkata dengan berat hati. Dia tahu siapa yang bertakhta di hati Adira sekarang tetapi sudah ditakdirkan jodoh adiknya itu bukan dengan lelaki itu. Jika diteliti sebaik mungkin, memang Iwan sesuai untuk menjadi suami Adira kerana sifat-sifat seorang pelindung sudah ada pada dirinya.
     Adira terlopong mendengar kenyataan kakaknya. Jadi, Ema juga bersetuju dengan rancangan papa dan mamanya. Adira tergeleng-geleng tidak menyangka Ema begitu. Dia fikir, Ema akan menyokongnya dan memahami keadaan dirinya, tetapi lain pula yang terjadi.
     “Adik, jangan fikir yang bukan-bukan..adik cuba fikir, sampai bila adik nak menunggu dia? Entah dia wujud ke tidak pon tak tau..jangan-jangan memang tak wujud langsung dalam dunia ni.” Adira menunduk mendengar kata-kata Ema. Dia mengakui kebenaran dalam kata-kata itu. Tetapi firasatnya kuat mengatakan bahawa lelaki itu memang wujud.
     “Adik..sudahlah..sudah bermimpikan tentang dia..lupakan pasal lelaki tu..ada lelaki yang lebih baik dari dia..yang boleh menjaga adik..iwan..dia memang layak untuk adik..selama ni dia baik dan ambil berat pasal adik kan..jadi, terimalah dia..adik tak rugi apa-apa pon dengan melupakan lelaki tu dan berkahwin dengan iwan..memang iwan dilahirkan untuk adik..dengar ni, lelaki idaman adik tu takkan datang kepada adik..jadi buat apa adik membuang masa dengan memikirkan dia? Sudah-sudahlah, dira..lupakan lelaki idaman adik tu dan terimalah iwan..akak yakin, adik pasti takkan menyesal memilih iwan.” Panjang lebar Ema memujuk Adira. Dia pasti, Iwan adalah pilihan yang tepat untuk adiknya.
Bab 11
    “Dira, kenapa tak makan? Tak sedap ker?” Puan Hasnah bertanya. Dia melihat Adira tidak menjamah hidangan makan malamnya tetapi hanya memain-mainkan tangannya di atas makanan. Mukanya kelihatan masam mencuka dan tidak bermaya. Semua orang yang berada di meja makan itu memandang ke arah Adira. Adira yang menyedari pertanyaan mamanya itu mendongak memandangnya.
     “Dira takde selera la, ma.” Perlahan suaranya menjawab pertanyaan itu. Entah kenapa, tiada perasaan ceria yang menghuni hatinya tatkala papa dan mamanya sudah pulang. Ema yang sedari tadi memerhati tingkah laku adiknya itu bertindak mendiamkan diri. Dia tahu apa yang bersarang di dalam fikiran adiknya.
     “Dira tak happy ke tengok mama dan papa dah balik?” Encik Suhairi pula mencelah. Dia hairan melihat tingkah Adira. Sepanjang hari itu, Adira hanya berkurung di dalam bilik. Tidak mahu langsung berbual-bual dengannya dan Puan Hasnah. Mereka sudah puas bertanyakan Ema dan Mak Mah soal Adira tetapi mereka tidak tahu masalah apa yang membelenggu Adira. Hanya pada malam ini Adira keluar dari ‘kurungan’nya untuk menikmati hidangan makan malam. Itupun setelah dipujuk oleh Mak Mah.
     “Bukan macam tu,” Adira membalas. Bukan dia tidak suka akan kepulangan papa dan mamanya. Seharusnya malam ini adalah malam yang paling gembira untuknya kerana dapat berkumpul bersama-sama seperti yang diharapkannya sekian lama. Tetapi dia tidak berpuas hati akan tindakan dan rancangan mereka untuk menjodohkan dirinya dengan Iwan. Tidakkah mereka sedar bahawa itu bukanlah satu keputusan yang terbaik yang ditentukan dalam hidupnya.
     “Habis tu, kenapa muka tu masam jer?” Puan Hasnah mengerutkan mukanya. Entah masalah apa lah yang menimpa puteri bongsunya itu.
     “Dira cuma penat jer, ma..tak payahlah risau.” Adira berdalih. Dia masih memandang makanannya tanpa menjamah sedikit pun. Puan Hasnah hanya menggeleng-geleng mendengarnya. Encik Suhairi menghentikan suapannya dan memandang Adira.
     “Dira, papa nak bagitau dira sesuatu..ini penting untuk masa depan dira.” Adira dapat mengagak ‘sesuatu’ itu yang ingin dimaklumkan papanya. Dia hanya mendengar tanpa mahu mencelah atau mengeluarkan suara.
     “Papa nak jodohkan dira dengan iwan.” Sangkaan Adira memang tepat. Dia memandang wajah papanya yang tersenyum dengan berita yang baru dikhabarkan. Adira mendengus perlahan sambil menjeling ke tempat lain. Mengapakah itu yang diungkit papanya? Dia sudah muak dan jelik mendengarnya.
     “Dira mesti gembira dengan berita ni, kan?” Puan Hasnah seperti yakin sahaja anaknya itu menyukai rancangan mereka. Melihat kemesraan Adira dan Iwan, dia yakin mereka saling menyayangi dan mencintai antara satu sama lain.
     Pandangan mata Adira terus beralih kepada mamanya. Apa? Gembira? Semakin muak dan benci ada lah. Adira memilih untuk membisu sahaja. Dia sama sekali tidak tertarik dengan hal itu.
     “Papa dan mama dah bincang dengan keluarga iwan..kata putus telah diberikan..dira dan iwan akan terus berkahwin tanpa mengikat tali pertunangan dan majlis itu akan diadakan hujung bulan ini.” Adira yang pura-pura tidak mendengar kata-kata papanya tiba-tiba tersentak yang amat sangat. Majlis akan diadakan hujung bulan ini? Itu bermakna 2 minggu sahaja lagi!
     “Dira tak usah risau..semua persiapan biar papa dan mama yang uruskan..” Encik Suhairi berkata sambil tersenyum. Puan Hasnah hanya mengangguk mengiakan kata-kata suaminya.
     Tiba-tiba Adira bangun dari tempatnya. Puan Hasnah , Encik Suhairi dan Ema tersentak dengan tindakan Adira. Adira menarik nafas panjang dan berkata perlahan tetapi jelas di pendengaran, “Dira tak mau dan takkan kahwin dengan iwan!”
     Puan Hasnah dan Encik Suhairi terkejut bukan kepalang. Tiada sepatah kata yang terluah menerusi bibir. Adira terus mengorak langkah pantas meninggalkan ruang makan tanpa mempedulikan renungan tajam papa dan mamanya. Belum sempat dia mendaki anak-anak tangga, dia terdengar panggilan papanya. Dia menoleh ke belakang dan terlihat papanya.
     “Adira! Apa yang dira cakapkan ni?!” Nadanya jelas marah dan bengang dengan kelakuan Adira sebentar tadi.
     Adira yang sudah bersedia menghadapi kemarahan papanya membalas tenang, “Dira rasa, papa dah dengar dengan jelas kan apa yang dira cakapkan tadi..dira taknak kahwin dengan iwan!” Satu-persatu kata-kata itu diluahkan. Encik Suhairi tergamam melihat sikap anaknya. Puan Hasnah dan Ema yang membuntuti dari belakang juga tergamam.
     “Cuba bagitau papa..kenapa dira taknak kahwin dengan iwan?” Encik Suhairi cuba bersikap tenang walaupun dalam hati menggelegak panas dengan jawapan Adira.
     “Senang je, pa..sebab dira dah anggap iwan tu macam abang sendiri..tak lebih dari tu dan yang penting, dira tak cintakan dia..” Adira cuba meyakinkan papa dan mamanya. Dia meraih simpati mereka supaya membatalkan rancangan itu.
     “Dira ada calon yang lain?” Puan Hasnah bertanyakan soalan itu dengan wajah yang berkerut. Adira terdiam seketika. Spontan, pandangannya teralih ke arah Ema. Ema memahami maksud pandangan itu dan membalasnya dengan mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan-lahan.
     Adira menarik nafas dan kembali memandang papa dan mamanya. Dia membuka mulutnya dan berkata lambat-lambat, “Ya.” Kemudian, dia melarikan pandangan itu. Tidak mahu melihat reaksi papa dan mamanya.
     “Ow..dah ada pilihan sendiri yer..kenapa tak bagitau papa dan mama?” Encik Suhairi pula bertanya. Dilihatnya Adira sedikit gelabah. Dia tercari-cari jawapan yang sepatutnya. Adira menggosok-gosok lehernya bagi mengurangkan rasa gelisah.
     Ya Allah, apa yang patut aku jawab ni? Takkan nak cerita perkara yang sebenar kot. Konfem papa dan mama tak percaya. Tapi, dah terlepas jawab ya, nak buat macam mana. Tapi kalau aku kata tak, mesti dorang akan teruskan jugak rancangan tu. Hisy, taknaklah aku. Aduh..macam mana ni….
     “Siti Adira!” Encik Suhairi memanggil nama penuhnya tatkala melihat Adira hanya mengelamun tanpa menjawab soalannya. Adira sedikit tersentak dengan panggilan papanya.
     “Sebab dira terlupa nak bagitau..memang betul-betul terlupa..tak teringat langsung pasal benda ni.” Adira memilih jalan selamat dengan berbohong. Setiap saat, bayangan lelaki itu muncul dalam mindanya. Tidak pernah sesaat pun lelaki itu hilang dari ingatannya.
     “Owh..macam tu..kalau betul, bawak dia jumpa papa dan mama..papa takkan tanya banyak pasal calon dira tu kat dira..cuma bawak jer dia jumpa papa lepas tu baru papa tanya semuanya dekat dia..” Adira dan Ema terbeliak mendengar perintah yang keluar dari mulut papanya itu. Bawak lelaki itu jumpa papanya? Macam mana? Dia tidak pernah bertemu dengan lelaki itu secara realiti. Adira tidak berani untuk membantah kerana itu adalah satu perintah yang harus dilaksanakan.
     “Kena bawak dia jumpa papa ke? Kalau tak jumpa, tak boleh?” Tergagap Adira melontarkan soalan. Peluh sudah merenik di dahinya.
     “Mestilah kena jumpa dulu..papa kena kenal dia dulu dengan lebih mendalam..kalau papa rasa dia layak untuk jadi suami dira, baru papa izinkan dan batal rancangan papa tu.” Encik Suhairi menetapkan syarat-syarat yang harus dipenuhi Adira sekiranya dia mempunyai pilihan lain.
     “Lagi satu, papa nak dia datang sini jumpa papa besok! Jangan bagi alasan apa-apa lagi..kalau dira nak kahwin dengan dia, buat apa yang papa suruh..kalau dira tak mampu atau tak boleh nak buat, papa mintak maaf..” Encik Suhairi berkata tegas kepada anak gadisnya itu. Adira seperti tidak sanggup lagi mahu mendengar syarat-syarat papanya yang amat mustahil untuk dilaksanakan. Dia tidak mahu berkahwin dengan Iwan tetapi kata-kata papanya tadi seperti memungkinkan hasrat yang tidak diinginya itu berlaku. Apakah keputusan yang Adira akan ambil?
Bab 12
“Dira, macam mana..boleh ke tak?” Encik Suhairi bertanya bagi mendapatkan kepastian. Sebenarnya, dia mengharapkan Adira tidak mampu melakukannya kerana tiada orang yang lebih layak selain Iwan. Hasratnya untuk menyatukan mereka sudah lama dipendam sejak mereka berdua kecil lagi.
     Adira berfikir sejenak sebelum menjawab, “Dira tak boleh buat papa..” Sejurus, dia mengeluh berat. Apakah betul keputusan yang diambilnya? Ema memandang simpati kepada Adira. Entah mengapa dia merasa kasihan melihat raut wajah adiknya itu yang tampak duka.
     Encik Suhairi tersenyum lebar. Memang itu yang diharapkannya. Dia melangkah perlahan ke arah Adira yang sedang menunduk lantas memegang bahu anaknya. “Macam tulah anak papa..jadi setujulah ni papa nak jodohkan dira dengan iwan?” Adira mengangkat kepalanya dan memandang papanya. Dia berusaha untuk menahan sebak di dada. Dengan perlahan dan berat hati, dia mengangguk!
     Senyuman di bibir Encik Suhairi bertambah lebar. Dia menepuk-nepuk bahu Adira dan berkata sepatah, “Bagus!” Kemudian, dia terus berlalu meninggalkan Adira dan melewati Puan Hasnah yang turut tersenyum lega dan terus mengekori langkah suaminya untuk menyambung menikmati makan malam mereka. Manakala Ema hanya berdiri kaku memandang adiknya. Adakah ini yang kau mahukan, Adira? Begitu mudah dan cepat kau mengalah. Lantas dia pun berlalu.
     Adira terus berlari menuju ke kamarnya sambil menekup mulutnya menahan sebak yang teramat sangat. Dia membuka pintu dan meluru ke atas katil. Di situ, dia menangis teresak-esak sambil memeluk lututnya . Suasana di sekelilingnya begitu sunyi dan sepi. Yang kedengaran hanyalah esak tangis seorang gadis. Air mata tidak henti-henti mengalir membasahi pipi montelnya.
     Setelah lama Adira berkeadaan begitu, tiba-tiba Adira merasakan angin malam lalu menyapa dingin mukanya. Seolah-olah mahu menghilangkan kesedihan yang dihadapinya. Adira mengangkat muka dan menoleh ke arah jendela yang terbuka luas. Hatinya berasa terpanggil untuk pergi ke situ. Lantas, dia hanya menurut jua kata hatinya dan mengorak langkah menuju ke jendela kamarnya itu. Dia memejamkan matanya menikmati udara malam yang segar dan tenang itu. Tiba-tiba….
     Adira……..
     Adira membuka kelopak matanya pantas. Terasa ada sesuatu menyinggah di cuping telinganya. Seperti suara halus seseorang melewati pendengarannya sepintas lalu. Dia tercari-cari dari mana datangnya ‘suara’ itu bagi memastikan dia tidak tersalah dengar. Dengan satu helaan nafas, Adira memejamkan matanya sekali lagi.
     Jangan mudah mengalah, Adira…..
     Suara itu lagi. Adakah ini kata hatinya atau hanya khayalan semata-mata yang tidak membawa apa-apa maksud? Tetapi suara itu bagai meniupkan satu semangat baru dalam diri Adira. Menyuruhnya supaya bangkit dari kekecewaan. Seraya, dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Benar! Aku tidak boleh mudah berputus asa. Aku berhak menentukan kebahagiaan aku sendiri. Adira membulatkan tekadnya dan dengan pantas, dia berlari keluar menuju ke ruang makan.
     “Eh..eh..dira..apsal yang kelam-kabut sangat ni?” Adira berhenti berlari dan menoleh ke arah suara yang menegur. Kelihatan Encik Suhairi dan Puan Hasnah sedang duduk bersantai di atas sofa sambil menonton televisyen. Mereka hairan melihat Adira yang tiba-tiba sahaja menjadi kelam-kabut. Adira yang masih berada di anak tangga yang terakhir bertanya,
     “Emm..kakak mana?” Soalan itu sebagai pembuka kata dengan apa yang ingin diberitahunya sebentar nanti. Padahal, dia sudah mengetahui bahawa Ema pasti berada di dapur membantu Mak Mah mengemas ruang makan.
     “Ada kat dapur tu haaa..tengah tolong mak mah..” Puan Hasnah menjawab sambil matanya ditumpukan pada cerita yang ditayangkan di skrin televisyen. Adira berasa serba-salah sebentar untuk memberitahu tentang berita ini. Tetapi dia menguatkan semangatnya demi masa depan hidupnya. Dan yang paling penting sekali, dia tidak mahu kehilangan ‘cinta alam mimpi’nya itu.
     “Haa..nak apa pulak ni dira?” Encik Suhairi pula menyoal apabila melihat Adira mendekati mereka dan duduk di sofa yang bertentangan dengan mereka. Tidak tahu mengapa sekarang ini, Encik Suhairi berasa tak sedap hati dengan kemunculan secara tiba-tiba puterinya itu. Sementelah lagi, raut wajah yang serius jelas terpamer.
     “Papa..mama..dira dah buat keputusan dan ini muktamad..dira taknak kahwin dengan iwan..” Encik Suhairi tersentap mendengarnya manakala Puan Hasnah terkejut dan tidak lagi menumpukan perhatiannya pada televisyen.
     Encik Suhairi bingkas berdiri dan memandang tajam Adira. “What?!” Nadanya meninggi. Adira memang benar-benar menguji kesabarannya tika ini. Adira tergamam mendengar suara ayahnya yang begitu marah. Dia menjadi takut tetapi dia sudah nekad akan keputusannya.
     “Papa, pa kena faham. Dira tak boleh terima dia. Dira tak cintakan dia. Dia bukan untuk dira..tolonglah faham papa..” Adira menjelaskan dan merayu. Mengharapkan pengertian dari papanya tetapi Encik Suhairi seolah-olah tidak peduli dengan kata-kata Adira.
     “Apa yang dira cakapkan ni haa??! Tadi dira angguk tanda setuju kan?! Kenapa tiba-tiba jadi macamni?!” Nadanya masih seperti tadi.
     “Dira dah fikir masak-masak papa..dira memang tak boleh terima dia..”
     “Ahh! Papa tak kira..dira mesti kahwin dengan iwan jugak..samada dira suka tak suka..dira kena setuju!” Keras suara Encik Suhairi. Dia memang tidak boleh bersabar kali ini. Puan Hasnah yang berada di sebelahnya cuba untuk menenangkannya. Tetapi usahanya itu sia-sia sahaja.
     “Papa! Papa tak boleh paksa dira macamni..this is my life..papa tak boleh nak tentukan hidup dira!” Adira juga sudah berdiri menghadap papanya. Nadanya juga meninggi tapi masih dikawal. Sememangnya, dia tidak suka dipaksa untuk melakukan sesuatu.
     “Dira! Sedar sikit dengan sape yang dira bercakap ni..i’’m your father..memang papa berhak nak tentukan masa depan dira!” Naik turun dada Encik Suhairi menahan amarah yang sudah tidak boleh dibendung lagi.
     “Ya! Dira tau papa adalah ayah dira tapi papa tak boleh suka-suka paksa dira buat benda yang dira tak suka..ni akan lebih menyeksa dira, tau tak?!”
     “Dira jangan nak bantah cakap papa..apa yang papa suruh, just do it..jangan cakap banyak lagi!”
     “Dira memang tak pernah bantah cakap papa tapi dalam hal ni, dira ada hak untuk tentang sebab ini untuk kebahagiaan dira jugak!”
     “Dira! Sudah! Jangan nak cabar papa lagi! Papa dah tak peduli apapon yang dira cakap sekarang! Perkahwinan ni akan tetap diteruskan! Fullstop!”
     “No! apapon yang papa cakap, dira sama sekali takkan terima! Fullstop!” Adira membalas.
     “ Siti Adira Miasara! Jangan cabar kesabaran papa! Papa tak suka!” Dengan mata yang dibeliakkan dan raut wajah yang tampak bengis.
     “Dira mintak maaf kalau dira buat papa marah..tapi dira kena buat semua ni! Dira pon tak suka dira kahwin dengan iwan!”
     “Dira! Stop! Papa takkan dengar cakap dira! Pergi naik atas sekarang!” Encik Suhairi sudah penat mahu melayan kerenah Adira ini. Silap-silap, lama-kelamaan rumah ini bisa runtuh dengan pertelagahan antara mereka 2 beranak.
     “Tak! Dira takkan pergi selagi papa tak batalkan rancangan papa tu!” Adira berdegil.
     “Adira! Jangan jadi melampau macamni! Just do what I told you!”
     “Ini kerja gila pa! dira takkan setuju dengan rancangan gila papa ni!”
     “Adira! Better watch your mouth! Jangan sampai tangan ni melekat dekat muka dira!” Encik Suhairi menunjukkan tangannya.
     “Papa nak tampar dira, tamparlah! Papa nak buat apa-apa dekat dira, buatlah! Dira tak kisah! Dira takkan setuju, faham tak?!” Kali ini Adira benar-benar menempah maut.
     “Adira! Jangan jadi kurang ajar macamni! Papa dengan mama tak pernah ajar dira untuk berkelakuan macamni!” Puan Hasnah sudah mengeluarkan suara. Dia kecewa dengan sikap Adira.
     “Mama, dira tak pernah kurang ajar! Papa yang buat dira jadi macamni! Kalau dia tak paksa dira, dira takkan cakap camni!”
     “Adira!” Puan Hasnah melenting. Encik Suhairi pula sudah kehilangan sabar mendengar kata-kata Adira.
     “Papa dan mama tak pernah sayangkan dira! Kalau dira mintak luangkan masa sikit, busy la apa la! Dira sorang-sorang dalam rumah ni! Tak pernah nak ambik tahu hal dira! Asyik dengan kerja je! Papa dan mama lebih sayangkan kerjaya dari anak sendiri kan!” Adira meluahkan semua yang dirasainya. Tidak tahan untuk menyimpan sahaja di dalam hati.
     “Dira benci papa dan mama!” Serentak dengan itu………



     PANGGGGG!!!!!

                                                                             ***********

         Ema dan Mak Mah beristighfar serentak sebelum berpandangan. Terkejut mereka mendengar bunyi itu. Tidak menunggu lama, mereka bergegas menuju ke ruang tamu. Yakin ada insiden yang tidak diingini berlaku di situ.
     Sejurus sampai….

     “Ya Allah! Adik!” Ema meluru ke arah Adira yang sudah terbaring di atas lantai. Mak Mah lantas membuntuti dari belakang. Ema kaget melihat keadaan adiknya. Bibirnya berdarah dan tompok-tompok kemerahan jelas di pipi mulus Adira. Mak Mah menekup mulutnya sambil beristighfar.
     Ema merenung wajah papanya yang tampak sedikit terkejut dan mamanya yang tergamam melihat insiden itu berlaku di hadapan matanya. Mereka hanya berdiri di situ tanpa melakukan apa-apa. Jauh sekali untuk menolong Adira yang terkulai lemah di atas lantai.
    “Papa..mama! apa yang dah berlaku ni?” Encik Suhairi bagai tersedar dari lamunan lantas terus menengking Ema.
     “Ema! Kau bawak adik kau pergi dari sini sekarang jugak! papa benci tengok dia! papa tak suka ada anak yang kurang ajar macam dia!” Lantang suaranya melontarkan kata-kata. Ema yang tidak mengerti apa-apa sekali lagi terkejut mendengar setiap patah perkataan yang diucapkan papanya.
     Belum sempat Ema bertanya dengan lebih lanjut, Adira yang berada di pangkuannya bergerak-gerak dan mencuba untuk bangun. Kepalanya masih berdenyut tetapi digagahi jua untuk berdiri. Ema pantas menolongnya. Adira berpaut pada bahu Ema dan memandang papanya.
     “Baik! Papa nak dira pergi kan..papa tak suka ada anak macam dira kan..kalau ini yang papa nak selama ni..baik! dira akan pergi sekarang dan tak akan kembali lagi ke sini..lagi satu papa patut tau, dira kecewa dengan sikap papa!” Dengan suara yang lemah, dia terus melangkah pantas meninggalkan mereka. Denyutan di kepalanya semakin berkurangan tetapi dengan segera Ema menghalang.
     “Adik..adik nak buat apa ni?” Ema panik melihat keadaan adiknya. Dia takut sekiranya Adira benar-benar mengambil keputusan drastik untuk pergi dari rumah ini.
     “Akak..kalau ni yang dorang nak, fine! Akak jangan risau!” Adira menarik perlahan tangannya yang digenggam erat oleh Ema dan tidak mempedulikan mata-mata yang memandangnya cemas. Encik Suhairi hanya memandang sinis. Dia yakin Adira tidak akan melakukan tindakan sebegitu.
                                                                                            **********

     Adira merenung keadaan dirinya di hadapan cermin. Dia meraba pipi dan bibirnya yang luka dek penangan Encik Suhairi. Sungguh kejam papaku! Kali ini, tiada setitik air mata yang berlinang di pipi. Dia bukan berasa sedih tetapi kecewa, geram dan sakit hati.
     Kemudian, dia TERlihat bayangan seseorang di belakangnya. Sesaat, dia terkejut dan pantas menoleh ke belakang tetapi tiada sesiapa di situ. Dia merenung kembali di cermin dan bayangan itu muncul sekali lagi. Dia melemparkan senyuman kepada Adira lalu Adira membalasnya. Senyuman lelaki itu menghilangkan terus rasa marah yang tumbuh di dalam hatinya. Ah! Rindu benar dia akan senyuman manis lelaki itu. Kemudian, bayangan itu hilang sekelip mata. Adira mengeluh.
     Terngiang-ngiang di telinganya kata-kata papanya sebentar tadi, (Kau bawak adik kau pergi dari sini sekarang jugak! papa benci tengok dia! papa tak suka ada anak yang kurang ajar macam dia!)
     Adira menggenggam buku limanya. Kesakitan di wajah sudah tidak terasa lagi. Sepantas kilat, dia meluru ke arah jendela kamar yang sedia terbuka. Dia memandang ke bawah dan kedua-dua kakinya menggeletar. Kalau tergelincir dan jatuh, pasti dia akan mati di situ. Kemudian, dia menyedari sesuatu dan TERlihat batang paip yang menegak dari atas bumbung.
     Adira sudah nekad dan memberanikan diri. Tangan kanannya segera dihulurkan untuk mencapai batang paip itu. Dapat! Kemudian, dengan berhati-hati, dia melangkah dan memeluk erat saluran air tersebut. Tanpa memandang ke bawah, Adira menggelongsorkan badannya secara perlahan-lahan sehinggalah dia merasa kedua-dua belah kakinya mencecah lantai simen.
     Sejurus itu, Adira terus melarikan diri ke halaman dan berlari ke arah pintu pagar. Dia menghembus nafas lega setelah melihat pintu pagar itu tidak berkunci. Dia menoleh ke belakang untuk memastikan tiada sesiapa yang mengekorinya. Dengan perlahan-lahan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi, Adira membuka pintu pagar tersebut dan pantas keluar lantas menutup kembali pintu pagar itu.
     Setelah semuanya berjalan lancar dan tidak ada sesiapa yang menyedari tindakannya, terus Adira berlari sekuat hati meninggalkan rumahnya. Mujur tiada satu orang pun yang berada di kawasan perumahan itu.
     Adira terus berlari tanpa mengetahui arah tujunya. Yang penting baginya sekarang ialah, pergi jauh meninggalkan rumahnya itu. Sejurus sampai di jalan raya, tanpa memandang kiri dan kanan, terus sahaja dia berlari untuk menyeberangi jalan itu.
     Belum sempat dia selamat sampai di seberang jalan, tiba-tiba…………………….





     PONNNNNNNNNNNNNN!!!!!!

     GEDEBUKKKKKK!!!!!!