Sunday, February 13, 2011

antara cinta dan sahabat chapter 17

kredit buat adikku yg kretip, husna nana...pndai2 la cari kat facebook....

Di sebalik dinding luar hospital, Aiman asyik memerhatikan sasarannya yang baru sahaja keluar dari bangunan itu. Matanya tajam memerhatikan langkah lelaki itu. Dengan perlahan-lahan dia mengeluarkan sepucuk pistol yang disisipkan di pinggangnya. Pistol yang lengkap dengan penyerap bunyi itu dihalakan ke arah lelaki itu. Tanpa membuang masa, dia memetik picu. Dengan sekali tembakan, sebutir peluru telah menembusi dada lelaki itu. Tepat ke bahagian jantung!
     Shahir yang ketika itu sedang menapak menuju ke keretanya, tidak semena-mena nafasnya terangkat secara mendadak. Dia melihat dadanya. Darah menyeruak membasahi baju. Pandangannya mulai berbayang-bayang. Shahir merasakan dirinya terlalu lemah. Dia terduduk dan menyebut nama Allah berulang-ulang. Akhirnya dia tersungkur ke lantai dengan mata yang terpejam rapat. Darahnya deras mengalir, pekat mengotori lantai pejalan kaki. Beberapa orang pelawat melihatnya terkejut dan terus berkejaran mendapatkan Shahir. Seorang anggota paramedik memeriksa nadi Shahir. Ternyata, lelaki itu sudah tidak bernyawa lagi.
     Aiman yang melihat keriuhan di hadapan hospital itu, tersenyum puas. Dia sudah melaksanakan tugas yang diperintah Encik Suhairi. Dia keluar dari tempat persembunyiannya dan terus ke kediaman Encik Suhairi bagi mendapatkan habuan atas misinya yang telah berjaya.

                                                                        **********

     “Shahirrrrrrrrr!!!!” Jeritan Adira bergema di seluruh bilik itu sehingga mengejutkan seorang jururawat yang bertugas menjaganya. Dengan pantas, dia meluru masuk dan terlihat Adira sedang memeluk lutut sambil menangis. Badannya menggigil ketakutan. Dia menghampiri Adira dan berusaha menenangkan gadis itu.
     “Adira, kenapa ni?” Dengan tangisan yang semakin melebat, Adira tidak mampu untuk membuka mulutnya. Dia diserang ketakutan yang dahsyat sehingga membuatkan mulutnya terkunci rapat. Pandangannya dihalakan ke hadapan seperti tidak mempedulikan jururawat itu. Ayu memahami keadaan gadis itu. Dia duduk di hadapan Adira. Ketika itu, barulah pandangan Adira beralih ke arah Ayu. Ayu mengusap-usap lembut kepala Adira bagi mengurangkan rasa gementarnya.
     “Adira mimpi buruk eh?” Soalan itu dibalas Adira dengan anggukan kepalanya. Selepas itu, air matanya terus mengalir.
     “D..dd..dia.. di..dibunuh. O..oorang y..yyang..dd..ira c..inta dd..ahh mm..aatii.” Kedengaran sungguh menyeksakan bagi Adira untuk meluahkan satu-satu perkataan akibat tekanan emosi yang tiba-tiba akibat mimpi buruk yang dialaminya itu. Ayu yang masih memahami butir-butir bicara Adira, tergeleng-geleng perlahan.
     “Itukan cuma mimpi. Mimpi tu mainan tidur. Adira jangan fikirkan sangat pasal mimpi tu ok. Nanti takut akan membuatkan Adira tertekan. Boleh menjejaskan kesihatan Adira.” Keprihatinan Ayu sangat tinggi terhadap Adira. Dia bertindak sebagai seorang kakak yang penyayang untuk memastikan Adira sihat sepenuhnya.
     “Dahlah Adira. Pergi sambung tidur yer. Dah pukul 3 pagi ni. Adira jangan fikirkan sangat yer mimpi tu. Itu cuma sebuah mimpi yang takkan menjadi kenyataan.” Sekali lagi Ayu memesan. Sebelum keluar meninggalkan Adira, dia membantu gadis itu untuk kembali berbaring.
     Setelah Ayu hilang dari pandangan, Adira masih tidak boleh melelapkan mata. Mimpi dahsyat itu kembali terlayar di fikiran. Air matanya sudah berhenti mengalir tetapi sedu-sedannya masih kedengaran. Hatinya dilanda kebimbangan akibat mimpi itu. Bayangan darah yang mengalir laju menggetarkan seluruh perasaan Adira. Dirinya terlalu risau akan keselamatan Shahir. ‘Itu cuma sebuah mimpi yang takkan menjadi kenyataan’ , kata-kata Ayu sebentar tadi menerjah gegendangnya. Kenapa hatinya berkata sebaliknya? Di dalam hati dan fikirannya, hanya Shahir yang terbayang. Doa dipohonnya bersungguh-sungguh supaya Shahir dilindungi dari sebarang kecelakaan. Dirinya terlalu mencintai Shahir sehingga tidak sanggup untuk melepaskannya. Dan dia juga tidak sanggup Shahir meninggalkannya. SHAHIR! Berulang-ulang nama itu melegari di dalam fikiran.

                                                                      **********

     Ema menapak lambat-lambat menuruni anak-anak tangga. Dia kelihatan tidak bersemangat untuk memulakan hari pada pagi itu. Pertengkaran malam semalam bagai meragut keceriaannya. Apabila sampai di ruangan makan, Ema melihat hidangan pagi sudah tersedia di atas meja. Dia duduk di atas sebuah kerusi dan hanya memandang kosong hidangan itu.
     “Ema!” Sapaan lembut Mak Mah mengejutkan Ema. Lantas dia menoleh ke arah Mak Mah yang berjalan mendapatkannya.
     “Mama dengan papa dah pergi kerja ker, mak mah?” Mak Mah hanya mengangguk sambil menuangkan air untuk anak majikannya itu dan menghidangkan Ema sepinggan mee goreng.
     “Adira?”
     “Mak Mah ingat dia tengah tidur lagi jadi mak mah taknak ganggulah.” Ema pantas melihat jam di tangannya. Jarum jam itu tepat menunjukkan pukul 8.30 pagi.  Hatinya berdetik hairan. Selalunya Adira lah orang yang bangun lebih awal darinya kira-kira pukul 8.00 pagi. Seleranya tiba-tiba terbantut. Hatinya diserang kebimbangan. Nalurinya merasakan sesuatu yang buruk telah berlaku.
     “Mak Mah, ema nak pegi tengok dira kejap eh?” Lantas dia bangun dan berjalan pantas menuju ke kamar Adira. Sesampainya Ema di sana, dia terus mengetuk-ngetuk perlahan pintu bilik Adira sambil memanggil-manggil namanya. Kerisauannya naik mendadak akibat panggilannya tidak bersahut. Lalu dengan teragak-agak, Ema memulas tombol pintu itu. Selepas ia terkuak, hati Ema direntap kasar apabila melihat bilik itu tidak berpenghuni. Dia kelam-kabut mencari Adira di seluruh tempat dalam bilik itu tetapi tidak juga dijumpai. Dia terduduk di atas katil dengan perasaan yang bercampur-baur. Pelbagai andaian buruk berlegar-legar di dalam fikirannya. Namun dibuang andaian-andaian buruk itu. Ketika Ema tergesa-gesa keluar untuk memberitahu kehilangan misteri Adira kepada Mak Mah, langkahnya serta-merta terhenti. Dipandangnya sebuah tingkap yang tidak tertutup. Mukanya berkerut. Dia lekas menapak ke arah jendela itu dan memandang ke bawah. Seiring dengan itu, dia teringat akan kata-kata Adira sewaktu pertengkaran mereka anak-beranak semalam (Baik! Papa nak dira pergi kan..papa tak suka ada anak macam dira kan..kalau ini yang papa nak selama ni..baik! dira akan pergi sekarang dan tak akan kembali lagi ke sini..lagi satu papa patut tau, dira kecewa dengan sikap papa!). Ema menekup mulutnya . Ya Allah, Adira!

                                                                            *********

     “Mak Mah!!!” Mak Mah yang sedang berada di halaman belakang terperanjat mendengar laungan cemas Ema. Dia terkocoh-kocoh masuk ke dalam mendapatkan Ema yang terduduk di atas sofa di ruang tamu.
     “Mak Mah!! Dira lari dari rumah!” Teresak-esak Ema memaklumkan berita yang tidak dijangka itu. Mak Mah terkejut bukan kepalang.

Saturday, February 12, 2011

BAB 30 mAta coklatku memanahmu

kredit tosuha lukman
Apa yang berlaku sehingga Aqso merubah sikapnya yang sebelum ini dingin terhadap Ira, namun dalam sekelip mata saja Aqso terus mula menyayangi Ira kembali ialah apabila selepas peristiwa di mana Aqso menfitnah isterinya yang mungkin sudah terlanjur dengan Wan. Selepas peristiwa itu, Ira lebih banyak termenung. Ira begitu kecewa dengan sikap Aqso yang sanggup mempersoalkan kesuciannya. Kalau iya pun Aqso rasa marah dengan perkahwinan yang dipaksa itu, tapi perlukah sehingga mempersoalkan dan meragui maruah isterinya yang sememangnya masih suci. Pada malam itu, Aqso dengan rasa tidak bersalah memfitnah Ira sudah tidak suci, dan pada waktu pagi keesokkan harinya, Ira demam panas. Pagi itu, Aqso bangun dari tidur dan terlihat Ira masih terbaring berselubung dengan selimut.

Aqso: (cuba mengejut isterinya untuk menunaikan solat subuh)..Ira..Hoi..Bangun la. Dah subuh ni. Sembahyang subuh jom. (tubuh Ira masih tidak menunjukkan respon. )

Lalu Aqso masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Setelah itu, dia menunaikan solat Subuh secara sendirian. Aqso beranggapan mungkin Ira tidak boleh sembahyang. Selesai solat subuh, Aqso bersiap2 untuk bekerja. Dia menyalinkan pakaiannya. Aqso terlihat Ira masih tidak bangun. Aqso mula pelik kerana selalunya Ira yang akan bangun lebih awal daripadanya. Hari itu juga, Ira tidak menyiapkan pakaian Aqso. Aqso menghampiri Ira. Dia duduk di sisi Ira.

Aqso: Ira..Bangun la. Dah pagi ni. Kau tak pergi kerja ke??

Ira masih diam terpaku. Tiada sepatah kata yang diungkapkan oleh Ira. Aqso menggerakkan tubuh isterinya yang masih berselubung dengan selimut itu. Lalu Aqso menarik selimut pada bahagian muka Ira bagi melihat keadaan Ira. Ira masih terpejam. Aqso memegang muka Ira untuk mengejutkannya.

“Panas!” jerit hati Aqso. Aqso menyentuh dahi Ira. Badan Ira sangat panas. Aqso mula risau. Dia cuba mengejutkan Ira namun masih tiada sebarang respon. Lantas Aqso mencepung tubuh Ira yang sudah tidak bermaya itu lalu mencapai kunci keretanya. Aqso mendukung Ira turun ke bawah. Ibu bapa Aqso yang ada di kawasan ruang makan, ternampak menantu mereka didukung oleh Aqso.

Ummi: Aqso. Kenapa ni?? (menghampiri Aqso. Aqso berhentikan langkahnya.)

Aqso: Ira demam panas ummi. (kata Aqso dengan nada risau). Aqso pergi hantar Ira ke klinik sekejap ya.

Aqso bergegas menuju ke keretanya. Dia membuka pintu kereta pada bahagian penumpang yang bersebelahan dengan tempat pemandu. Aqso meletakkan Ira dengan hati2. Ira masih memejamkan matanya. Sebak juga hati Aqso melihat isterinya yang tidak bermaya itu. Kemudian Aqso masuk ke dalam perut keretanya lalu memandu laju menuju ke klinik berdekatan. Mereka bernasib baik kerana ada klinik swasta yang dibuka 24jam. Setibanya di klinik tersebut, Aqso lantas keluar dari kereta kemudian mendukung Ira masuk ke dalam klinik. Ira masih lemah.

Di kaunter pertanyaan,

Aqso: Nurse, doktor mana?? Saya perlukan doktor sekarang! (jerit Aqso dengan kelam-kabut)

Jururawat itu boleh pula menyuruh Aqso tenang. Aqso semakin tertekan.

Aqso: Nurse! Cepatlah. Isteri saya demam panas ni. ( Lalu Aqso terus berlalu menuju ke dalam bilik doktor. Nasiblah tiada pesakit pagi2 itu)..

Aqso membuka pintu bilik doktor itu lalu

Aqso: Doktor! Tolong isteri saya! Badan dia panas sangat..

Doktor menyuruh Aqso meletakkan Ira pada katil yang ada di hujung sudut bilik itu. Kemudian, doktor mengarahkan Aqso untuk duduk dahulu. Aqso turuti. Doktor itu memeriksa tubuh Ira. Aqso mula tidak tentu arah. Setelah itu,

Doktor: Encik Aqso. Isteri encik demam panas ni. Dia perlukan ditahan ke dalam wad untuk beberapa hari.

Aqso memandang wajah doktor itu dengan risau.

Aqso: Teruk sangat kah doktor??

Doktor: Isteri encik perlukan rehat. Biarlah dia rehat di sini selama beberapa hari. Encik jangan risau. Isteri encik hanya perlukan rehat dan penjagaan yang rapi. Encik boleh la ambilkan kelengkapan isteri encik untuk dia tinggalkan di sini untuk beberapa hari.

Aqso hanya pasrah pada arahan doktor itu. Aqso bersalaman dengan doktor itu lalu mengucapkan terima kasih. Aqso pulang ke rumahnya. Semasa dalam perjalanan ke rumah, Aqso sempat juga menghubungi Tuan Norman bagi memohon cuti untuk beberapa hari. Setelah menceritakan apa yang berlaku, cuti Aqso diluluskan. Aqso juga menelefon kawan Ira yang dia kenal lalu memberitahu bahawa Ira tidak dapat kerja untuk beberapa hari kerana demam panas. Setiba di perkarangan rumah, Aqso lantas keluar dari keretanya lalu memasuki rumahnya. Puan Mahani yang sedang mengemas rumah tiba2 nampak kelibat anaknya itu melangkah masuk ke dalam rumah, lalu bersuara setelah menghampiri Aqso.

Ummi: Aqso, Ira macam mana??

Aqso: Ira kena tahan wad. Doktor kata dia kena demam panas. Kena berehat dekat sana dulu buat dua tiga hari. Ni Aqso nak kemaskan baju Ira, then pergi balik teman Ira dekat sana.

Ummi: Aqso kerja tak?

Aqso: Tak. Aqso dah minta cuti 2 hari untuk tengok2 Ira. Ok la Ummi, Aqso naik atas dulu.

Puan Mahani mengangguk lembut lalu menyuruh Aqso sampaikan salamnya buat Ira. Aqso bergegas ke kamarnya. Dia membuka pintu lalu terus ke arah almari baju Ira. Aqso membuka dan mencapai sebuah beg baju yang ada. Aqso mencapai beberapa2  keperluan dira untuk bermalam di wad itu. Dalam Aqso khusyuk2 Aqso mengemas beg baju untuk Ira, tiba2 ada sesuatu jatuh dari almari Ira. Aqso membongkokkan tubuhnya untuk mencapai. Aqso terkejut melihat apa yang berada di dalam genggaman tangannya itu. Sesuatu yang berwarna PINK.

Aqso: Diari yang aku bagi??? (muka Aqso sangat terkejut)..

Aqso membelek diari itu. Aqso masih ingat diari itulah yang dia beri kepada Ira sebelum dia pergi ke UK. Aqso membuka diari itu. Alangkah tergamamnya Aqso apabila terlihat 2 keping gambar iaitu gambarnya bersama Ira semasa di Pulau Perhentian pada bebertapa tahun lepas beserta sekuntum bunga ros merah yang sudah terlalu layu. Aqso terasa pipinya hangat secara mengejut. Aqso tidak menyangka diari itu dengan gambar2 dan bunga ros masih disimpan oleh Ira sehingga kini. Aqso menghampiri kamarnya lalu terduduk pada bahagian hujung katilnya itu. Aqso membaca setiap helaian diari itu yang sudah ditulis oleh Ira. Sebak hati Aqso membacanya. Air mata Aqso mula melakar tidak tentu arah ke pipinya dan juga tertitis pada diari itu.

“Ira...Kenapa kau tidak terangkan keadaan kau yang sebenarnya?? Ya allah!!! Adakah ini semua salah aku?? Salah aku kah ya Allah?? Memfitnah Ira tanpa usul selidik keadaan Ira sebenarnya.. Ya Allah. Kenapa kau benarkan aku melayan cemburuku melihat Ira bersama Wan semasa aku di sana?? Kenapa kau tidak kuatkan hatiku tentang janji Ira. ?? Ira setia menanti aku. Aku pula menyepi tanpa berkata apa2. Kenapa Kau uji hubungan kami sebegini ya Allah?? Aku sudah buat Ira merana. Aku abaikan Ira. Aku terlalu pentingkan diri sendir” ujar Aqso sambil tersedu-sedan menangis apabila mengetahui keadaan yang sebenarnya tentang dirinya di dalam hati Ira selama ni. Ira setia menyanyangi Aqso, namun Aqso yang terlalu mengutamakan cemburunya dulu.

Hampir setengah jam juga Aqso menangis membaca membelek2 diari itu. Sedih hatinya memfitnah Ira yang curang pada janji yang dibuat, sedangkan bukan itu hakikatnya. Aqso bangkit lalu dengan segera mengemas barang2 Ira. Kemudian dia turun menuju ke keretanya. Dengan segeranya, Aqso memandu menuju ke klinik di mana Ira dirawat. Setiba di sana, Aqso diberitahu bilik Ira lalu Aqso melangkah ke situ. Dia menolak daun pintu bilik Ira dengan perlahan dan terlihat isterinya sedang berehat.

Aqso menghampiri Ira lalu duduk di sisi Ira. Dia mengusap lembut umbun-umbun isterinya. Rasa menyesal menyerang hatinya apabila terlihat wajah isterinya yang sungguh lemah itu. Aqso tahu dia yang bersalah kerana mempersoalkan kesucian Ira dan memfitnah Ira selama ini. Ira sudah banyak kali menderita disebabkan dirinya. Aqso semakin sebak melihat keadaan isterinya itu.

Ira yang tersedar lalu membuka kelopak matanya perlahan2. Aqso yang tadi sedang tidur namun turut tersedar apabila terasa pergerakan daripada Ira.

Aqso: Ira, kau ok?? (sambil meletakkan tangannya pada dahi Ira).

Ira: (masih lemah) Uhmm. Saya di mana ni? (soal Ira dengan perlahan)

Aqso: Kau dekat wad ni. Badan kau panas sangat tadi. Itu yang aku bawa kau ke sini.

Ira: Saya haus la. (sambil memegang pergelangan Aqso).

Hati Aqso agak tersentuh juga apabila terasa tangannya disentuh lembut oleh Ira. Lalu Aqso menuangkan air ke dalam gelas. Dia membantu Ira untuk minum.

Aqso: Kau berehat la. Doktor kata badan kau lemah sangat.

Lalu Ira memejamkan matanya kerana terasa sangat letih dan pening. Aqso duduk pada kerusi yang ada di sebelah katil itu. Dia merenung wajah isterinya yang sedang terpejam matanya. Matanya mula berkaca.

“ Maafkan aku Ira. Sebab cemburu aku, kau yang merana. Keadaan yang memaksa kita. Aku janji akan jaga kau dengan baik.” sebak hati Aqso berkata2 sambil melihat Ira. Aqso menggengam tangan Ira dengan erat. Ira yang terasa tangannya dipegang erat dan kuat oleh suaminya itu, hanya membiarkan kerana dia sendiri sudah tidak bermaya untuk berkata2.

Sepanjang Ira di wad, dia sentiasa ditemani oleh Aqso. Setelah hampir 3 hari bermalam di wad, akhirnya dia kembali pulih dan demamnya mula kebah. Doktor juga sudah membenarkan Ira untuk pulang ke rumah. Riak Aqso pula sangat ceria apabila isterinya dibenarkan balik ke rumah ditambah pula lagi beberapa hari saja majlis perkahwinan mereka di Taman Tasik Titiwangsa itu.

Hari terakhir Ira di wad.

Aqso: (baru lepas berjumpa doktor kemudian memasuki bilik Ira. Dia terlihat Ira masih berbaring)..Doktor kata kau dah boleh balik. Jom balik.

Ira: (menoleh ke wajah suaminya) Boleh balik?? (Aqso menggangguk lembut. Dengan lantas Ira terus terjun dari katil. Macam budak2 saja Ira ni. Aqso tersenyum melihat perangai isterinya itu) Yeah! Jom balik ! Saya bosan duduk sini.

Aqso: Waduh kau ni. Macam budak2 ja terjun2 katil. Nasib tak jatuh. Kalau jatuh, siapa susah?? Aku juga tau. Dah, kemas beg kau. Lepas itu, kita balik rumah ya.

Ira: Biarlah. Saya happy. Aqso..(Aqso memandang isterinya apabila dipanggil) Boleh tak kita singgah beli aiskrim sekejap. Saya teringin nak makan aiskrim strawberi la. (mukanya menanti jawapan daripada suaminya itu.)

Aqso: Hei kau ni. Tadi terjun katil, sekarang nak makan aiskrim pula. Yalah. Nanti aku singgah beli aiskrim strawberi untuk kau.

Ira: (tersenyum manja)..Terima kasih!

Aqso: (mengeleng2 kepalanya melihat isterinya yang seperti kebudak2an itu.) Ya, sama-sama kasih.

Ira mengemas beg bajunya. Aqso membantunya. Kemudian, mereka menuju ke kereta Aqso. Di kereta, Aqso membuka pintu buat Ira. Hati Ira mula pelik dengan sikap suaminya akhir2 ini yang begitu berlembut dan baik. Aqso ukirkan senyuman mesra buat Ira.

Ira: Terima kasih! (Walaupun pelik, Ira tetap ukirkan senyuman yang amat comel buat suaminya itu sambil melentokkan sedikit kepalanya ke kiri.)

Aqso menutup pintu kereta setelah Ira masuk. Kemudian dia pula memasuki perut keretanya. Dia meghidupkan enjin kereta lalu meluncur laju mencari kedai untuk membelikan aiskrim buat Ira. Setelah membeli aiskrim Cornetto perisa Strawberi buat Ira, mereka pulang ke rumah. Semasa perjalanan pulang ke rumah, kelihatan Ira begitu teruja aiskrim yang dibeli oleh suaminya itu. Aqso hanya tersenyum sambil memandu.

“ Waduh bini aku ni. Macam tak pernah makan aiskrim ja. Tengok tu, gelojoh gila dia makan.Ishh. Ya Allah. Bini aku ke ni. Hahaha” ujar hati Aqso apabila terlihat Ira yang begitu gelojoh memakan aiskrim Cornetto itu.

Kemudian, mereka selamat tiba di rumah. Ibu bapa Aqso serta Safa sedang menunggu kepulangan mereka berdua di ruang tamu rumah itu. Semua kelihatan gembira melihat Ira sudah kembali sihat.

Friday, February 11, 2011

BAB 29 MAta coklatku memanahmu

Setelah berbincang antara kedua2 belah pihak, akhirnya mereka dapat kata putus untuk  membuat majlis perkahwinan di Tasik Titiwangsa yang bertemakan Inggeris ataupun lebih dikenali perkahwinan dalam taman. Ira terasa gembira juga kerana tema itulah yang menjadi impiannya. Kalau ikutkan perancangan perkahwinan Ira dan Wan sebenarnya bertemakan ala2 cina kerana Wan memang ada darah cina. Namun apabila perkahwinan Ira dan Wan dibatalkan, keluarga Aqso ada juga menanyakan tentang idaman Ira dalam majlis perkahwinan. Ira memberitahu dia lebih memilih ala2 Inggeris. Keluarga Aqso pula hanya mengikuti kehendak pengantin perempuan lalu memilih tema Inggeris (perkahwinan dalam taman) bagi majlis perkahwinan Ira dan Aqso. Kedua2 belah pihak bertungkus lumus untuk menyiapkan persiapan dalam majlis perkahwinan itu namun tidak bagi Aqso yang masih bersikap dingin terhadap Ira. Walaupun sudah hampir seminggu Ira sudah halal bagi Aqso namun Aqso masih belum menyentuh Ira. Aqso masih tidak dapat menerima keadaan dia dipaksa kahwin bagi menutup malu keluarga Ira yang mana di saat2 akhir, Wan tidak dapat menikahi Ira. Kenapa Wan punya kerja, dia pula yang kena.

Semasa malam pertama setelah mereka dinikahkan, Ira memasuki bilik Aqso lebih awal. 20 minit kemudian, Aqso memasuki kamarnya dan terlihat Ira sedang menyikat rambut di hadapan meja solek. Aqso mendekati Ira. Ira yang perasan kelibat suaminya mula menghampiri dirinya, Ira mula gelabah. Aqso berdiri di belakang Ira yang sedang duduk itu.

Aqso: (mulakan bicara dalam keadaan yang amat tegang antara mereka). Uhmm, kalau ikut hati aku, aku tak nak sebilik pun dengan kau. Tapi nanti Ummi kata apa pula. Kalau aku suruh kau tidur bawah, aku rasa macam kejam sangat pula. Sekejap, aku nak bahagikan antara bahagian aku dan bahagian kau dalam bilik ni. (sambil menunjukkan plaster yang besar bagi membahagikan ruang biliknya)

Ira terkesima juga sehingga begitu tindakan Aqso. Setelah Aqso selesai memasang plaster di dalam kamarnya lalu dia bersuara..

Aqso: Yang plaster warna merah tu bahagian kau. Yang putih tu kawasan aku. Jangan sesekali masuk kawasan aku tanpa ada kebenaran. Almari yang sana tu, almari kau. Aku dah kosongkan. Pandai2 kau la. Situ almari aku (sambil menuunjukkan almari itu kepada Ira.) Kau Cuma boleh masuk kawasan aku hanya untuk ke bilik air. Faham??

Ira hanya mengangguk. Aqso menuju ke almari bajunya untuk mengambil pakaiannya itu. Ira pula masuk ke dalam bilik air. Setelah daun pintu bilik air itu ditutup rapat, tiba2 pipi Ira terasa hangat. Ira melihat wajahnya di cermin. Ira nampak titisan air jernih membasahi pipinya. Dia sedih melihat sikap Aqso yang begitu mendingin. Bukan dia yang memaksa Aqso untuk menikahinya. Ira turut terkejut apabila Mak Mahani mengatakan bahawa Aqso akan mengahwininya bagi menggantikan Wan. Ira mengesat air matanya, lalu membasuh mukanya. Kemudian, Ira menghampiri pintu bilik air untuk membukanya. Ira yang menunduk semasa keluar itu, tiba2

Pang !!!!! (bunyi pintu yang terhempas kuat ke dinding bilik air).. Ira terjatuh! Ira membuka matanya, alangkah terperanjatnya Ira apabila terlihat Aqso berada di atas tubuhnya. Badan Aqso menindihnya. Aqso turut tergamam apabila dia sedang jatuh di atas tubuh Ira yang genit itu. Mereka masing2 terpaku. Sudah la mereka jatuh di dalam bilik air. Waduh! Aqso memandang Ira, Ira memandang Aqso. Nafas mereka semakin laju. Ira terasa kehangatan nafas Aqso itu. Aqso pula masih tidak bergerak kerana masih terkejut. Aqso mendekatkan mukanya kepada muka Ira. Ira yang takut lalu memejamkan matanya. Aqso terpesona dengan wajah kecantikan isterinya itu secara tiba2. Kenangannya bersama Ira sewaktu dulu mula membuat ulang tayang. Aqso tidak menyangka Ira sudah menjadi isterinya. Wanita itu lah yang pernah dia cintai dan kini wanita itu miliknya secara sah. Aqso mula bingung kenapa dia melayan Ira begitu buruk sekali sebelum ini. Namun dengan pantas, wajah Wan yang amat dia benci mula menyinggah. Dengan serta merta Aqso kembali marah dengan Ira. Dengan lantasnya, Aqso bangun.

Aqso: Arggghhh!! (berdengus dengan marah)

Namun entah macam mana pula, Aqso tersalah pijak seluarnya lalu dia kembali terjatuh menghempap Ira. Ira yang tadi mula membuka matanya apabila terasa Aqso mula bangun, tetapi semasa Aqso menghempap tubuhnya kembali, Ira membeliakkan matanya. Terkejut! Sekali lagi, mereka saling merasai kehangatan nafas serta kelajuan nadi mereka bergerak. Mereka terpaku dalam keadaan sebegitu buat kali keduanya. Aqso semakin tidak tentu arah lalu cepat2 dia bangun. Kemudian dia keluar dari bilik air lalu terus merebahkan tubuhnya di atas katil. Ira mengikuti langkah suaminya itu. Suasana jadi tegang. Aqso baring menghadapkan ke kanan, Ira pula menghadap ke kiri. Akhirnya mereka terlelap dengan rasa yang tentu arah dengan kejadian pada malam itu.

Suatu malam setelah sudah seminggu usia perkahwinan Aqso dan Ira.

Ira: (kuatkan semangat untuk berbicara dengan Aqso yang ketika itu Aqso sedang membuat kerja di suatu sudut bilik mereka) Aqso. Kenapa awak benci saya??

Aqso yang terus terhenti untuk membuat kerjanya apabila Ira mengajukan soalan itu

Aqso: Sebab kau menyusahkan aku.(jawabnya dengan selamba)

Ira terkedu mendengar jawapan suaminya itu.

Ira: Kenapa awak kahwin dengan saya? (terus bersabar bagi mendapatkan jawapan suaminya)

Aqso: Kan aku pernah beritahu, aku buat semua ni untuk Ummi. Ummi paksa aku kahwin dengan kau sebab nak tutup malu keluarga kau! Kau dengan Wan yang buat, aku pula jadi mangsa! Kau tahu kan tunang kau tu kena tangkap basah?

Ira: (tersentap juga dengan soalan Aqso itu. Ira masih marah dengan Wan yang sanggup curang kepadanya) Ya.

Aqso: Uhmm. Entah2 kau dengan dia pun dah pernah terlanjur! (dengan selamba saja Aqso menabur fitnah kepada Ira)..

Ira: (bangun dari katilnya) Aqso! Awak jangan nak melampau ya! Saya masih suci ya! Awak jangan nak samakan saya dengan Wan. (Ira mula marah)

Aqso: Sudah la! Malas aku bertekak dengan kau. Aku ada kerja ni. (lalu meneruskan kerjanya dan mengabaikan Ira)

Ira yang sedih terus terduduk di atas katil. Air matanya mengalir secara tiba2 kerana sebak dengan fitnah yang dilemparkan oleh Aqso. Ira tidak sangka suaminya sanggup menuduhnya tidak suci. Lalu Ira terus baring dan menarik selimut menutupi tubuhnya serta mukanya. Ira cuba menahan air matanya daripada terus mengalir agar suaminya tidak tahu. 2 jam kemudian, Aqso mula masuk tidur. Ira pula sudah lama lena dan dibuai mimpi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Akhirnya seminggu kemudian, segala persiapan untuk majlis perkahwinan Ira dan Aqso di Tasik Titiwangsa dapat diselesaikan. Harinya pun menjelang tiba. Majlis perkahwinan itu diadakan pada jam 2.30 petang hinggalah 5.30 petang. Pada hari tersebut, Aqso mengenakan sepasang sut berwarna putih daripada baju hinggalah ke kasutnya yang ditempah khas daripada RIZMAN RUZAINI. Kemudian, terdapat sekuntum bunga ros merah diselitkan pada kocek sutnya itu. Sutnya turut dihiasi dengan batu permata2 pada bahagian lengan.Memang segak Aqso ketika itu. Seolah2 putera kayangan. Ira pula memakai gaun labuh serta sopan berwarna putih hasil tangan RIZMAN RUZAINI  yang dihiasi dengan lace putih bersulamkan bunga2 merah dan veil putih serta memakai kasut tumit tinggi berwarna putih yang ditempah khas daripada JIMMY CHOO. Ira juga menggenggam sejambak bunga ros berwarna merah. Ira turut diserikan dengan barang kemas daripada HABIB iaitu seutas rantai berlian, gelang dan anting2 yang amat berkilau pada hari itu. Rambut Ira yang disanggulkan dan diselitkan dengan mawar putih pada sanggulnya menampakkan Ira sangat jelita. Aqso dan Ira kelihatan sepadan serta secocok.

Mereka menaiki kereta Peugeot berwarna merah untuk ke kawasan majlis perkahwinan mereka. Kereta Peugeot di mana bumbungnya boleh dibuka, menampakkan pasangan bahagia itu asyik tersenyum yang duduk di belakang.Setibanya di kawasan majlis perkahwinan itu, Aqso turun lalu Aqso menyambut tangan Ira lalu mendukungnya untuk keluar dari kereta itu.Aqso meletakkan Ira untuk berdiri. Aqso mengenggam erat tangan Ira apabila berjalan di karpet menuju ke pelamin mereka yang bertemakan warna putih serta merah. Sepanjang perjalanan mereka ke pelamin itu, terdapat hiasan bunga2 berwarna putih, merah dan merah jambu melambangkan konsep perkahwinan dalam taman. Mereka memilih tema warna itu kerana Aqso amat suka warna putih manakala warna merah merupakan warna kegemaran Ira. Setelah bersanding, pasangan mempelai menuju ke meja yang disediakan untuk makan beradab. Sebelum menjamu selera, Aqso dan Ira sempat juga saling menyuapkan makanan mereka antara satu sama lain. Aqso yang begitu terpesona dengan keayuan dan kejelitaan isterinya pada hari itu, membuatkan rasa sayang dan cintai kembali menyinggah pada hati jantannya itu. Kemudian, mereka bangun dan menuju ke arah kek perkahwinan mereka yang berbentuk epal merah yang agak besar. Ira yang agak terkejut jugalah dengan bentuk kek epal mereka itu, hanya tersenyum riang kerana kek itu Aqso yang uruskan pada saat2 akhir. Epal merupakan buah yang pernah menjadi kenangan dalam perhubungan mereka dahulu. Mereka memotong kek itu bersama2. Kemudian, Aqso menyuapkan secubit kek itu kepada Ira dan juga sebaliknya. Ira turut bahagia pada saat itu.

Kemudian, sesi bergambar antara pengantin serta keluarga turut berlangsung. Semasa sesi bergambar antara pengantin saja, Aqso mencuba aksi bergaya dengan bermacam2 sehingga Ira turut tergelak kecil dengan karenah suaminya itu apabila bergambar. Pada mulanya malu2 juga Aqso, namun tiga minit kemudian, semua cara dia buat. Setelah bergaya sana bergaya sini, tiba2 Aqso membongkokkan dirinya sedikit untuk mendukung Ira.

Ira terkedu apabila dia tersedar dia sudah dalam dukungan Aqso.

Ira: Aqso! Apa awak buat ni?? Eee..Turunkan saya la..

Aqso tersenyum nakal..

Aqso: Aku kan suami kau. Apa salahnya kalau aku dukung kau..(lalu tersenyum ke arah kamera yang tersedia untuk menangkap gambar mereka berdua)..Wahai cik Ira, senyum la. Tu tengok kamera sana. Pandang aku nak buat apa. (ujar Aqso apabila terlihat Ira yang sudah didukungnya itu sedang memandang wajahnya.Ira serta merta menoleh ke jurukamera lalu tersenyum)

Setelah bergambar, Aqso membawa Ira berjalan2 dengan menggunakan basikal. Ira yang tidak tahu menahu pasal itu apa lagi, tergamam la. Naik basikal segala pula. Aqso memimpin tangan Ira lalu membawa ke arah basikal itu.

Aqso: Jom naik. Aku bawa kau. (sambil tersenyum mesra)..

Ira: (agak terkejut dengan ajakan Aqso itu) Hah?? Naik basikal. Pakai baju pengantin ni..??( dah la dengan veilnya yang agak panjang berjela, kang tersangkut dekat mana2, tak ke gila tu..waduh! Aqso ni tak mengagak juga)

Aqso: Yalah. Jom la. Kau duduk belakang, aku yang bawa la. Jangan risau, aku jaga kau.

Ira memandang Aqso dengan rasa terharu apabila Aqso mengucapkan “aku jaga kau”. Lalu Ira duduk di bahagian belakang. Aqso yang sudah bersedia untuk menunggang basikal itu lalu bersuara..

Aqso: Dah belum?? Peluk la aku. Kang jatuh, aku juga yang susah.

Ira: (lalu memeluk pinggang Aqso) Uhmm dah..

Aqso pun mengayuh lah basikal itu yang berbakul pada bahagian hadapan. Aqso dan Ira tergelak2 juga semasa acara menunggang basikal itu. Mana tidaknya Aqso yang menunggang basikal itu pun main2. Sekejap brek mengejut, sekejap main goyang2 nasib la tak tergolek si Ira yang kecil molek di belakang itu.Dalam mereka berseronok itu, gambar mereka turut diambil sebagai bukti acara mereka semasa majlis perkahwinan itu. Semua gambar tampak ceria, riang dan bahagia.

Ira: Aqso..(sambil memukul manja ke badan Aqso bahagian belakang)..Bawa la betul2. Kang jatuh ni.Waduh! Takut saya naik basikal dengan awak ni la.

Aqso: Hahaha..(tergelak besar juga Aqso apabila terlihat Ira mula cuak).

Ira: Ketawa pula dia ni.

Aqso terus menunggang basikal itu ke kawasan taman tasik Titiwangsa lalu kembali semula ke kawasan majlis perkahwinan mereka. Ira turun dari basikal itu. Aqso pun menongkatkan basikal itu. Lalu mereka berkumpul bersama keluarga mereka yang sedang berborak2 itu. Akhirnya majlis perkahwinan Aqso bersama Ira melabuhkan tirai tepat jam 5.30 petang.

Pada waktu malam pula, setelah selesai bersolat Isyak berjemaah, Aqso membaca doa manakala Ira sebagai makmum mengaminkan. Setelah itu, Ira mencium lembut tangan suaminya itu setelah Aqso selesai membaca doa. Aqso mengusap manja kepala Ira. Kemudian, mereka saling berpandangan. Aqso memagut dagu Ira dan memandang tepat ke arah isterinya yang lengkap memakai telekung itu lalu Aqso mengusap pipi Ira. Ira membiarkan walaupun hatinya mula pelik dengan sikap Aqso yang tiba2 mula melayannya dengan baik.

Aqso: Ira..(Aqso memanggil lembut nama isterinya itu. Aqso masih lagi merapati wajahIra. Sungguh sayang dia kepada wanita itu). Lepas ni panggil saya abang ya.

Tertelan juga air liur Ira dibuatnya tiba2 saja Aqso menyuruh dia memanggil Aqso dengan panggilan abang.

Aqso: Ira. Abang tanya ni. Boleh tak ni panggil abang?

Ira: (masih keliru dengan perubahan secara mendadak sikap suaminya itu.) Boleh..(balas Ira dengan lembut.)

Lalu Aqso mengucup pipi Ira dengan begitu lembut. Ira yang sememangnya sudah terpaku hanya membiarkan saja suaminya itu mengucup pipinya. Ira mahu juga bertanya kenapa tiba2 suaminya berubah sikap, namun akibat rasa letih yang menyerang tubuhnya disebabkan majlis perkahwinan pada petang tadi, Ira hanya berdiam diri.

Aqso: (bangun) Uhmm. Abang masuk tidur dulu ya. Penat la. Selamat malam. (kemudian menuju ke kamar lalu
membaringkan tubuhnya yang terasa amat penat itu. Tidak sampai 5 minit kemudian, Aqso sudah lena.)

Ira melipat telekungnya serta sejadah mereka lalu dia turut berbaring bersebelahan dengan Aqso. Ira memandang wajah Aqso yang sudah lena dibuai mimpi itu. Tiba2 pipi Ira terasa panas. Dia terharu dengan sikap suaminya yang mula melayan dia dengan baik. Ira mengusap rambut Aqso lalu menyentuh lembut pipi Aqso. Rasa sayang serta cinta kepada suaminya itu mula mengalir di dalam hati Ira. Setelah itu, Ira turut melelapkan matanya yang sudah mengantuk.


THANKS TO SUHA LUKMAN

Thursday, February 10, 2011

BAB 28 mAta coklatku memanahmu


to suha lukman...you're very talented girl..


Masa itu memang cepat berlalu. Tanpa sesiapa yang sedari, setelah hampir 5 bulan Ira sudah bertunang dengan Wan, akhirnya tibalah masanya majlis pernikahan mereka. Majlis pernikahan itu diadakan di rumah Ira pada waktu pagi. Majlis akad nikah bermula jam 11 pagi. Ira risau apabila Wan masih belum menelefonnya. Ira mundar mandir di dalam biliknya. Eza yang risau melihat adiknya itu cuba menenangkan hati Ira. Entah kenapa pada pagi itu Ira rasa seperti tidak sedap hati. Dari malam tadi dia tidak dapat melelapkan matanya kerana perasaan risau menyinggah di hatinya. Dari semalam juga, Ira cuba menghubungi Wan , namun Wan mematikan telefonnya. Kemudian, tiba2 pintu biliknya diketuk oleh seseorang. Ira menoleh ke arah pintu biliknya.

Ira: Mama?? Ada apa mama..?? (ternampak mamanya bersama seorang wakil daripada pihak Wan iaitu mak cik Wan)

Wajah Mama Ira tampak risau. Ira semakin berdebar. Hatinya sudah semakin tidak tentu arah. Mamanya mendekati Ira.

Lalu mak cik Wan yang bernama Mak cik Kiah bersuara perlahan..

Mak Cik Kiah: Iraaa.. Mak cik mahu minta maaf..

Ira mula melakarkan wajah yang pelik..

Mak Cik Kiah: Ira.. Mak cik mewakili Wan dan keluarga, kami ... (terketar2 suaranya untuk memberitahu Ira) Sebenarnya, Wan sudah bernikah!

Tertelan air liur Ira dibuatnya mendengar berita yang tidak disangka2nya itu.

Ira: (suara mula berbaur marah, terkejut dan seperti tidak percaya) Apa??? Wan sudah bernikah??? Dengan siapa??

Mak Cik Kiah: Ya Ira. Mak cik datang ni mahu mengatakan bahawa Wan memutuskan pertunangan dengan kamu. Jadi, pada hari ini, kamu tidak akan bernikah dengan Wan.

Mama Ira memeluk Ira dengan erat. Ira terduduk di atas katil sambil menerkup mukanya dengan tapak tangannya. Ira menangis teresak2. Pilu hatinya kerana Wan buat sedemikian.

Ira: Wan!! Sampai hati Wan buat Ira macam ni. Aqso dah buang Ira, sekarang Wan pula buang Ira. Apa salah Ira, Wan?? Wan kata Wan setia mencintai Ira.. Sekarang?? (Ira tidak mengekang air matanya daripada terus mengalir menyembah bumi. ) Mak cik, boleh saya tahu dengan siapa Wan berkahwin..?? (tanya Ira dalam sedu-sedan.)

Mak Cik Kiah: Ira, semalam Wan kena tangkap basah dengan seorang kawan perempuannya. Keluarga perempuan itu memaksa Wan untuk menikahi anak gadis mereka untuk menutup malu. Wan terpaksa akur. Dia tidak mahu memalukan keluarga Ira jadi sebab itu Wan membatalkan majlis akad nikah pada hari ni. Wan minta maaf sangat kepada kamu.

Ira: Apa?? Kena tangkap basah?? Ya Allah!! Tak sangka Wan curang dengan Ira dalam diam.

Mama Ira meminta supaya Mak Cik Kiah keluar segera daripada bilik Ira sebelum keadaan lebih teruk. Jadi mak cik Kiah  keluar berlalu pergi dari bilik Ira yang sedang diselubungi dengan titisan air mata Ira. Semakin lama semakin lebat dan deras air mata Ira menuruni pipinya. Walaupun Ira masih belum mencintai Wan sepenuh hatinya, namun membatalkan majlis akad nikah di saat2 genting seperti itu sememangnya melukakan hati Ira.

Mama Ira: Ira. Sabar ya. Dah bukan rezeki Ira.

Ira: Habis itu. Sekarang macam mana?? Orang semua dah datang nak tengok Ira berkahwin. Sekarang tak jadi pula. (air mata masih membasahi pipinya)

Mama Ira juga bingung untuk berbuat apa. Sememangnya kejadian ini tidak disangka dek akal fikirannya. Beliau masih memikirkan cara untuk memberitahu orang ramai tentang pembatalan majlis akad nikah itu. Lebih kurang dua jam lagi majlis itu akan berlangsung. Pintu bilik Ira diketuk. Ira, Eza dan Mama mereka memandang ke arah pintu yang sedang ditolak buka itu.

Mama Ira: Ani? (terlihat Puan Mahani, mak Aqso memasuki ke kamar Ira)

Puan Mahani: Apa yang sedang berlaku.?? (cuba minta kepastian apabila ternampak kelihat mak cik Wan semasa di bawah tadi. Dia merasakan ada sesuatu yang sedang berlaku)

Puan Zainon membawa Puan Mahani ke suatu sudut di dalam bilik Ira itu di mana jauh sedikit daripada Ira yang masih terduduk di atas katil.Puan Zainon menceritakan keadaan sebenar. Puan Mahani terkejut mendengar berita itu. Tidak disangka Wan sanggup memperlakukan Ira sebegitu. Puan Mahani memandang Ira yang masih lagi mengalirkan air matanya. Begitu sebak hatinya melihat Ira sebegitu. Dia sudah menyayangi Ira seperti anaknya juga. Puan Mahani cuba menenangkan hati Ira yang serba tak kena itu. Kemudian, Puan Mahani turun ke bawah mencari kelibat Aqso lalu berkata kepada Aqso..

Puan Mahani: Aqso, Ummi nak kau kahwin dengan Ira!

Aqso: (masi tidak tahu apa2 terkejut apabila Ummi nya berkata sedemikian rupa) Apa?? Kahwin dengan Ira?? Dia kan nak kahwin sangat dengan Wan tu! Ummi, Aqso dah datang majlis ni pun dah kira cukup baik tau!

Puan Mahani menarik tangan anak terunanya itu ke suatu sudut yang tiada orang agar perbualan mereka tidak didengari. Aqso semakin pelik dengan tindakan dan permintaan ummi nya itu.

Puan Mahani: Aqso! Dengar cakap ummi. Wan dah putuskan pertunangan dengan Ira. Jadi, pagi ni Ira tak jadi kahwin dengan Wan. Wan dah bernikah malam tadi. Ummi nak kau gantikan tempat Wan dan bernikah dengan Ira pagi ni.

Aqso: Apa?? Aqso gantikan tempat Wan?? Wan dah kahwin malam tadi???Apa ni Ummi??

Puan Mahani: Ya. Malam tadi Wan kena tangkap basah dengan seorang perempuan. Wan bernikah dengan perempuan itu bila keluarga perempuan itu tidak mahu malu. Sekarang majlis nikah Wan dan Ira dah dibatalkan, jadi ummi nak kau nikah dengan Ira hari ni..Tolong la Aqso..Kesian keluarga Ira. Wan yang buat masalah, keluarga Ira kena tanggung malu.

Aqso: Kenapa pula Aqso yang kena tutup malu keluarga Ira?? Kenapa Aqso kena jadi mangsa??

Puan Mahani: Tolong la ummi, Aqso. Ummi kesian tengok Ira dan Mak Zainon tu. Mereka sudah buntu tu nak beritahu semua orang yang majlis nikah dengan Wan dah dibatalkan. Semua orang dah datang ni. Tolong Aqso!! Ummi merayu!! Nikah lah dengan Ira. Kalau kau sayang dengan Ummi, Ummi nak kau bernikah dengan Ira pagi ni juga. Kalau kau tolak, kau memang kecewakan hati Ummi sangat2..!

Serba salah Aqso dibuatnya. Gila jika mengatakan dia tidak sayang dengan ummi nya itu yang selama ini sudah menjaganya dia dengan baik dan penuh kasih sayang.Namun mengahwini Ira pada perkahwinan Ira dan Wan adalah satu perkara yang agak mengejutkan. Tambahan pula, hatinya masih marah serta benci dengan Ira. Ira lah yang sudah kecewakan dia, kenapa dia perlu tutup malu Ira apabila perkahwinannya dengan Wan dibatalkan pada saat2 akhir.

Puan Mahani: Ummi tak kira! Ummi nak kau nikah dengan Ira! Muktamad! Kau tolak, kau memang tak sayang Ummi! Sekarang pergi siap2..

Lalu Puan Mahani pergi meninggalkan Aqso. Dausi menghampiri Aqso. Dausi yang sudah tahu cerita sebenar cuba menenangkan hati Aqso yang kelihatan masih terkejut dengan permintaan Ummi nya itu. Dausi mencadangkan Aqso supaya turuti saja permintaan Puan Mahani itu. Dausi tahu Aqso masih menyayangi Ira cuma dia ego untuk meluahkan rasa itu. Aqso yang ketika itu semegangnya sudah lengkap berbaju melayu berwarna putih berserta samping berwarna merah jambu lembut, kelihatan seperti sesuai untuk majlis akad nikah. Eza menunjukkan sebuah bilik kepada Aqso dan Dausi untuk mereka bersiap2. Aqso jadi semakin tidak tentu arah. Dia sendiri tidak tahu sama ada marah atau apa dengan keputusan Ummi nya itu. Namun dia masih terkejut dengan perkara yang sedang berlaku itu.

“Tukkk.. Tukkk..”pintu bilik diketuk. Aqso dan Dausi saling berpandangan. Tombol pintu dipulas lalu pintu itu dibuka dengan perlahan. Aqso memandang siapakah yang memasuki bilik itu.

“Eza..” hati Aqso berbisik..

Eza: Aqso, mari turun. Lagi 10 minit Tok Imam datang.

Tertelah air liur Aqso dibuatnya. Nafasnya tersekat. Rasa nak ja pergi beli beberapa tong oksigen daripada hospital kerana sekarang dia sememangnya sudah tidak cukup oksigen untuk bernafas. Jantungnya lagi la tak payah cakap. Memang dari tadi asyik main kejar2. Kalau darah ni boleh keluar dari kulitnya, memang dah memancut2 darahnya kerana gemuruh teramat sangat dengan suasana pernikahan yang tidak dijangka olehnya itu. Dausi menghampiri Aqso.

Dausi: Aqso. Tenang. Ni semua takdir. Kau mahu ke tengok mak kau kecewa?? Anggap sajalah jodoh kau dah sampai walaupun bukan ini perancangan kau. Aku tahu kau masih sayangkan Ira bukan?? Dia hak kau sekarang.

Aqso: (menepis badan sahabat baiknya itu apabila Dausi mahu merapati dirinya) Sudah la Dausi! Sayang aku pada Ira semua dah hancur!! Aku benci dia! Dia selalu menyusahkan aku! Sudah! Aku buat ni hanya untuk Ummi aku!

Lalu Aqso beredar dari bilik itu dan menuju ke bahagian bawah di mana semua orang sedang menunggu dirinya untuk majlis akad nikahnya dengan Ira. Aqso duduk di atas sebuah kusyen yang sudah tersedia untuk dirinya duduk. 5 minit kemudian, Tok Imam datang bagi menyempurnakan majlis akad nikah itu.

Tok Imam: (duduk ) Mana pengantin lelakinya?

Aqso: (entah ikhlas entah tidak) Saya Tok Imam.

Tok Imam: (memandang dengan pelik juga la) Aqso kan??

Aqso: Ya saya. (mula perasan, itulah Tok Imam yang menikahi Dausi pada bulan lepas di mana dia diusik dengan Tok Imam itu)..Tok Imam..

Tok Imam: Kau dah nak kahwin dah? Alhamdulillah ..Ok la, mari kita teruskan majlis ini ya..

Orang yang duduk berdekatan dengan Tok Imam dan Aqso itu, mengangguk tanda setuju untuk meneruskan majlis akad nikah itu. Setelah menguruskan beberapa borang, Tok Imam meminta pengantin perempuan untuk turun bagi menandatangani borang serta untuk menanyakan tentang kebenaran majlis akad nikah. Ira diiringi oleh akaknya, Eza menuruni tangga rumahnya. Ira kelihatan sangat ayu apabila mengenakan sepasang busana pengantin berwarna putih berserta bertudung litup yang ringkas dan memang sesuai dengan majlis akad nikah itu. Baju itu bersulaman dengan corak2 bunga2 berwarna merah jambu lembut. Walaupun majlis akad nikah antara Aqso dan Ira tidak dirancang dengan rapi, namun segala2nya tampak sempurna seperti sudah merancang majlis itu dengan rapi, bak kata orang, kalau dah jodoh tak kemana. Ira tunduk setuju apabila Tok Imam menanyakan sama ada dia benar2 mahu mengahwini lelaki itu.

Tok Imam: Ok la, kita teruskan jika pihak perempuan sudah tunduk setuju.

Aqso menjeling2 juga memandang Ira yang masih tertunduk.

“ Cantik juga kau.. Ya Allah, apa benar keputusan aku ini untuk menikahi Ira??  Argghhh.. Aku masih kecewa dengan dia, ya Allah. Dia mempermainkan janji dia pada aku! Aku buat semua ini untuk Ummi saja! Aku tidak sanggup kecewakan Ummi! Kenapa jadi begini??”ujar hati Aqso sambil mengesat mukanya dengan tapak tangannya. Gemuruh juga hatinya untuk bernikah dengan Ira ni walaupun terpaksa.Setelah Aqso disoal tentang perihal agama seperti rukun islam, rukun iman, rukun nikah, membaca doa, lalu Tok Imam menadah tangannya untuk bersalaman dengan Aqso menandakan majlis itu sudah tiba di saat puncaknya. Aqso menyambut salaman tangan Tok Imam itu dengan redha.

Tok Imam: Aqso Aiman Bin Zawanil..

Aqso: Saya.

Tok Imam: Aku nikahkan dikau dengan Aifa Akira Binti Sulaiman dengan mas kahwin 100 ringgit tunai

Aqso: Aku terima nikahnya dengan Aifa Akira Binti Sulaiman dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai.

Saksi: Sah.. Sah..

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Ira menjadi hak Aqso secara halal. Pipi Ira terasa beberapa butir air mata yang hangat. Ira pun tidak pasti sama ada dia menangis kegembiraan atau kesedihan. Namun jauh di sudut hatinya, Ira berasa gembira apabila dia selamat bernikah dan sudah menjadi isteri orang. Mama Ira dan mak Aqso yang duduk bersebelahan tersenyum bahagia sambil berpeluk kerana mereka sudah menjadi sebuah keluarga kini. Setelah selesai Aqso menunaikan solat sujud syukur, dia menghampiri Ira. Kini Aqso betul2 melututkan kedua2 kakinya di hadapan Ira. Nafas Ira semakin kencang apabila suaminya itu menghampiri dirinya untuk menyarungkan cincin. Aqso membuka kotak cincin lalu mengeluarkan cincin itu. Aqso mencapai tangan Ira yang diletakkan di pangkuan riba kemudian dia menyarungkan cincin itu ke jari manis tangan sebelah kanan Ira. Ira bersalam dan mencium tangan Aqso dengan lembut. Terharu juga hati Aqso.

Dausi: Aqso! Cium la dahi Ira..(semua pula bersorak meminta Aqso mencium dahi Ira)..

Aqso dan Ira saling berpandangan apabila diarahkan sebegitu. Mata mereka seolah2 berkata2, hanya mereka yang faham. Semua yang berada di situ turut terpegun dengan cara merenung2 mata antara satu sama lain. Aqso pun meletakkan kedua2 tangannya di bahagian kepala Ira. Ira membiarkan. Aqso mendekatkan mulutnya dengan dahi Ira. Lalu dia mengucup lembut dahi isterinya itu. Ramai juga yang sempat mengambil gambar aksi itu. Kemudian, Aqso membisik di telinga Ira dengan begitu perlahan..

“ Aku buat ini semua untuk Ummi aku.” Begitulah bisikan Aqso ke telinga Ira. Ira terkesima mendengar bisikan itu. Hatinya pilu serta merta. Aqso menikahinya hanya untuk Umminya dan untuk menutup malu keluarganya di mana majlis pernikahannya dengan Wan dibatalkan secara mengejut.

Akhirnya, Aqso dan Ira sudah menjadi suami isteri. Aqso hanya tersenyum kelat apabila ucapan tahniah di atas pernikahannya dengan Ira dilemparkan kepadanya itu. Setelah majlis akad nikah itu selesai, diadakan majlis makan2 sedikit bagi mereka yang hadir. Majlis persandingan akan dibuat pada 2 minggu lagi. Dapat jugalah keluarga Aqso untuk menyediakan persiapan daripada pihak lelaki.