to suha lukman...you're very talented girl..
Masa itu memang cepat berlalu. Tanpa sesiapa yang sedari, setelah hampir 5 bulan Ira sudah bertunang dengan Wan, akhirnya tibalah masanya majlis pernikahan mereka. Majlis pernikahan itu diadakan di rumah Ira pada waktu pagi. Majlis akad nikah bermula jam 11 pagi. Ira risau apabila Wan masih belum menelefonnya. Ira mundar mandir di dalam biliknya. Eza yang risau melihat adiknya itu cuba menenangkan hati Ira. Entah kenapa pada pagi itu Ira rasa seperti tidak sedap hati. Dari malam tadi dia tidak dapat melelapkan matanya kerana perasaan risau menyinggah di hatinya. Dari semalam juga, Ira cuba menghubungi Wan , namun Wan mematikan telefonnya. Kemudian, tiba2 pintu biliknya diketuk oleh seseorang. Ira menoleh ke arah pintu biliknya.
Ira: Mama?? Ada apa mama..?? (ternampak mamanya bersama seorang wakil daripada pihak Wan iaitu mak cik Wan)
Wajah Mama Ira tampak risau. Ira semakin berdebar. Hatinya sudah semakin tidak tentu arah. Mamanya mendekati Ira.
Lalu mak cik Wan yang bernama Mak cik Kiah bersuara perlahan..
Mak Cik Kiah: Iraaa.. Mak cik mahu minta maaf..
Ira mula melakarkan wajah yang pelik..
Mak Cik Kiah: Ira.. Mak cik mewakili Wan dan keluarga, kami ... (terketar2 suaranya untuk memberitahu Ira) Sebenarnya, Wan sudah bernikah!
Tertelan air liur Ira dibuatnya mendengar berita yang tidak disangka2nya itu.
Ira: (suara mula berbaur marah, terkejut dan seperti tidak percaya) Apa??? Wan sudah bernikah??? Dengan siapa??
Mak Cik Kiah: Ya Ira. Mak cik datang ni mahu mengatakan bahawa Wan memutuskan pertunangan dengan kamu. Jadi, pada hari ini, kamu tidak akan bernikah dengan Wan.
Mama Ira memeluk Ira dengan erat. Ira terduduk di atas katil sambil menerkup mukanya dengan tapak tangannya. Ira menangis teresak2. Pilu hatinya kerana Wan buat sedemikian.
Ira: Wan!! Sampai hati Wan buat Ira macam ni. Aqso dah buang Ira, sekarang Wan pula buang Ira. Apa salah Ira, Wan?? Wan kata Wan setia mencintai Ira.. Sekarang?? (Ira tidak mengekang air matanya daripada terus mengalir menyembah bumi. ) Mak cik, boleh saya tahu dengan siapa Wan berkahwin..?? (tanya Ira dalam sedu-sedan.)
Mak Cik Kiah: Ira, semalam Wan kena tangkap basah dengan seorang kawan perempuannya. Keluarga perempuan itu memaksa Wan untuk menikahi anak gadis mereka untuk menutup malu. Wan terpaksa akur. Dia tidak mahu memalukan keluarga Ira jadi sebab itu Wan membatalkan majlis akad nikah pada hari ni. Wan minta maaf sangat kepada kamu.
Ira: Apa?? Kena tangkap basah?? Ya Allah!! Tak sangka Wan curang dengan Ira dalam diam.
Mama Ira meminta supaya Mak Cik Kiah keluar segera daripada bilik Ira sebelum keadaan lebih teruk. Jadi mak cik Kiah keluar berlalu pergi dari bilik Ira yang sedang diselubungi dengan titisan air mata Ira. Semakin lama semakin lebat dan deras air mata Ira menuruni pipinya. Walaupun Ira masih belum mencintai Wan sepenuh hatinya, namun membatalkan majlis akad nikah di saat2 genting seperti itu sememangnya melukakan hati Ira.
Mama Ira: Ira. Sabar ya. Dah bukan rezeki Ira.
Ira: Habis itu. Sekarang macam mana?? Orang semua dah datang nak tengok Ira berkahwin. Sekarang tak jadi pula. (air mata masih membasahi pipinya)
Mama Ira juga bingung untuk berbuat apa. Sememangnya kejadian ini tidak disangka dek akal fikirannya. Beliau masih memikirkan cara untuk memberitahu orang ramai tentang pembatalan majlis akad nikah itu. Lebih kurang dua jam lagi majlis itu akan berlangsung. Pintu bilik Ira diketuk. Ira, Eza dan Mama mereka memandang ke arah pintu yang sedang ditolak buka itu.
Mama Ira: Ani? (terlihat Puan Mahani, mak Aqso memasuki ke kamar Ira)
Puan Mahani: Apa yang sedang berlaku.?? (cuba minta kepastian apabila ternampak kelihat mak cik Wan semasa di bawah tadi. Dia merasakan ada sesuatu yang sedang berlaku)
Puan Zainon membawa Puan Mahani ke suatu sudut di dalam bilik Ira itu di mana jauh sedikit daripada Ira yang masih terduduk di atas katil.Puan Zainon menceritakan keadaan sebenar. Puan Mahani terkejut mendengar berita itu. Tidak disangka Wan sanggup memperlakukan Ira sebegitu. Puan Mahani memandang Ira yang masih lagi mengalirkan air matanya. Begitu sebak hatinya melihat Ira sebegitu. Dia sudah menyayangi Ira seperti anaknya juga. Puan Mahani cuba menenangkan hati Ira yang serba tak kena itu. Kemudian, Puan Mahani turun ke bawah mencari kelibat Aqso lalu berkata kepada Aqso..
Puan Mahani: Aqso, Ummi nak kau kahwin dengan Ira!
Aqso: (masi tidak tahu apa2 terkejut apabila Ummi nya berkata sedemikian rupa) Apa?? Kahwin dengan Ira?? Dia kan nak kahwin sangat dengan Wan tu! Ummi, Aqso dah datang majlis ni pun dah kira cukup baik tau!
Puan Mahani menarik tangan anak terunanya itu ke suatu sudut yang tiada orang agar perbualan mereka tidak didengari. Aqso semakin pelik dengan tindakan dan permintaan ummi nya itu.
Puan Mahani: Aqso! Dengar cakap ummi. Wan dah putuskan pertunangan dengan Ira. Jadi, pagi ni Ira tak jadi kahwin dengan Wan. Wan dah bernikah malam tadi. Ummi nak kau gantikan tempat Wan dan bernikah dengan Ira pagi ni.
Aqso: Apa?? Aqso gantikan tempat Wan?? Wan dah kahwin malam tadi???Apa ni Ummi??
Puan Mahani: Ya. Malam tadi Wan kena tangkap basah dengan seorang perempuan. Wan bernikah dengan perempuan itu bila keluarga perempuan itu tidak mahu malu. Sekarang majlis nikah Wan dan Ira dah dibatalkan, jadi ummi nak kau nikah dengan Ira hari ni..Tolong la Aqso..Kesian keluarga Ira. Wan yang buat masalah, keluarga Ira kena tanggung malu.
Aqso: Kenapa pula Aqso yang kena tutup malu keluarga Ira?? Kenapa Aqso kena jadi mangsa??
Puan Mahani: Tolong la ummi, Aqso. Ummi kesian tengok Ira dan Mak Zainon tu. Mereka sudah buntu tu nak beritahu semua orang yang majlis nikah dengan Wan dah dibatalkan. Semua orang dah datang ni. Tolong Aqso!! Ummi merayu!! Nikah lah dengan Ira. Kalau kau sayang dengan Ummi, Ummi nak kau bernikah dengan Ira pagi ni juga. Kalau kau tolak, kau memang kecewakan hati Ummi sangat2..!
Serba salah Aqso dibuatnya. Gila jika mengatakan dia tidak sayang dengan ummi nya itu yang selama ini sudah menjaganya dia dengan baik dan penuh kasih sayang.Namun mengahwini Ira pada perkahwinan Ira dan Wan adalah satu perkara yang agak mengejutkan. Tambahan pula, hatinya masih marah serta benci dengan Ira. Ira lah yang sudah kecewakan dia, kenapa dia perlu tutup malu Ira apabila perkahwinannya dengan Wan dibatalkan pada saat2 akhir.
Puan Mahani: Ummi tak kira! Ummi nak kau nikah dengan Ira! Muktamad! Kau tolak, kau memang tak sayang Ummi! Sekarang pergi siap2..
Lalu Puan Mahani pergi meninggalkan Aqso. Dausi menghampiri Aqso. Dausi yang sudah tahu cerita sebenar cuba menenangkan hati Aqso yang kelihatan masih terkejut dengan permintaan Ummi nya itu. Dausi mencadangkan Aqso supaya turuti saja permintaan Puan Mahani itu. Dausi tahu Aqso masih menyayangi Ira cuma dia ego untuk meluahkan rasa itu. Aqso yang ketika itu semegangnya sudah lengkap berbaju melayu berwarna putih berserta samping berwarna merah jambu lembut, kelihatan seperti sesuai untuk majlis akad nikah. Eza menunjukkan sebuah bilik kepada Aqso dan Dausi untuk mereka bersiap2. Aqso jadi semakin tidak tentu arah. Dia sendiri tidak tahu sama ada marah atau apa dengan keputusan Ummi nya itu. Namun dia masih terkejut dengan perkara yang sedang berlaku itu.
“Tukkk.. Tukkk..”pintu bilik diketuk. Aqso dan Dausi saling berpandangan. Tombol pintu dipulas lalu pintu itu dibuka dengan perlahan. Aqso memandang siapakah yang memasuki bilik itu.
“Eza..” hati Aqso berbisik..
Eza: Aqso, mari turun. Lagi 10 minit Tok Imam datang.
Tertelah air liur Aqso dibuatnya. Nafasnya tersekat. Rasa nak ja pergi beli beberapa tong oksigen daripada hospital kerana sekarang dia sememangnya sudah tidak cukup oksigen untuk bernafas. Jantungnya lagi la tak payah cakap. Memang dari tadi asyik main kejar2. Kalau darah ni boleh keluar dari kulitnya, memang dah memancut2 darahnya kerana gemuruh teramat sangat dengan suasana pernikahan yang tidak dijangka olehnya itu. Dausi menghampiri Aqso.
Dausi: Aqso. Tenang. Ni semua takdir. Kau mahu ke tengok mak kau kecewa?? Anggap sajalah jodoh kau dah sampai walaupun bukan ini perancangan kau. Aku tahu kau masih sayangkan Ira bukan?? Dia hak kau sekarang.
Aqso: (menepis badan sahabat baiknya itu apabila Dausi mahu merapati dirinya) Sudah la Dausi! Sayang aku pada Ira semua dah hancur!! Aku benci dia! Dia selalu menyusahkan aku! Sudah! Aku buat ni hanya untuk Ummi aku!
Lalu Aqso beredar dari bilik itu dan menuju ke bahagian bawah di mana semua orang sedang menunggu dirinya untuk majlis akad nikahnya dengan Ira. Aqso duduk di atas sebuah kusyen yang sudah tersedia untuk dirinya duduk. 5 minit kemudian, Tok Imam datang bagi menyempurnakan majlis akad nikah itu.
Tok Imam: (duduk ) Mana pengantin lelakinya?
Aqso: (entah ikhlas entah tidak) Saya Tok Imam.
Tok Imam: (memandang dengan pelik juga la) Aqso kan??
Aqso: Ya saya. (mula perasan, itulah Tok Imam yang menikahi Dausi pada bulan lepas di mana dia diusik dengan Tok Imam itu)..Tok Imam..
Tok Imam: Kau dah nak kahwin dah? Alhamdulillah ..Ok la, mari kita teruskan majlis ini ya..
Orang yang duduk berdekatan dengan Tok Imam dan Aqso itu, mengangguk tanda setuju untuk meneruskan majlis akad nikah itu. Setelah menguruskan beberapa borang, Tok Imam meminta pengantin perempuan untuk turun bagi menandatangani borang serta untuk menanyakan tentang kebenaran majlis akad nikah. Ira diiringi oleh akaknya, Eza menuruni tangga rumahnya. Ira kelihatan sangat ayu apabila mengenakan sepasang busana pengantin berwarna putih berserta bertudung litup yang ringkas dan memang sesuai dengan majlis akad nikah itu. Baju itu bersulaman dengan corak2 bunga2 berwarna merah jambu lembut. Walaupun majlis akad nikah antara Aqso dan Ira tidak dirancang dengan rapi, namun segala2nya tampak sempurna seperti sudah merancang majlis itu dengan rapi, bak kata orang, kalau dah jodoh tak kemana. Ira tunduk setuju apabila Tok Imam menanyakan sama ada dia benar2 mahu mengahwini lelaki itu.
Tok Imam: Ok la, kita teruskan jika pihak perempuan sudah tunduk setuju.
Aqso menjeling2 juga memandang Ira yang masih tertunduk.
“ Cantik juga kau.. Ya Allah, apa benar keputusan aku ini untuk menikahi Ira?? Argghhh.. Aku masih kecewa dengan dia, ya Allah. Dia mempermainkan janji dia pada aku! Aku buat semua ini untuk Ummi saja! Aku tidak sanggup kecewakan Ummi! Kenapa jadi begini??”ujar hati Aqso sambil mengesat mukanya dengan tapak tangannya. Gemuruh juga hatinya untuk bernikah dengan Ira ni walaupun terpaksa.Setelah Aqso disoal tentang perihal agama seperti rukun islam, rukun iman, rukun nikah, membaca doa, lalu Tok Imam menadah tangannya untuk bersalaman dengan Aqso menandakan majlis itu sudah tiba di saat puncaknya. Aqso menyambut salaman tangan Tok Imam itu dengan redha.
Tok Imam: Aqso Aiman Bin Zawanil..
Aqso: Saya.
Tok Imam: Aku nikahkan dikau dengan Aifa Akira Binti Sulaiman dengan mas kahwin 100 ringgit tunai
Aqso: Aku terima nikahnya dengan Aifa Akira Binti Sulaiman dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai.
Saksi: Sah.. Sah..
Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Ira menjadi hak Aqso secara halal. Pipi Ira terasa beberapa butir air mata yang hangat. Ira pun tidak pasti sama ada dia menangis kegembiraan atau kesedihan. Namun jauh di sudut hatinya, Ira berasa gembira apabila dia selamat bernikah dan sudah menjadi isteri orang. Mama Ira dan mak Aqso yang duduk bersebelahan tersenyum bahagia sambil berpeluk kerana mereka sudah menjadi sebuah keluarga kini. Setelah selesai Aqso menunaikan solat sujud syukur, dia menghampiri Ira. Kini Aqso betul2 melututkan kedua2 kakinya di hadapan Ira. Nafas Ira semakin kencang apabila suaminya itu menghampiri dirinya untuk menyarungkan cincin. Aqso membuka kotak cincin lalu mengeluarkan cincin itu. Aqso mencapai tangan Ira yang diletakkan di pangkuan riba kemudian dia menyarungkan cincin itu ke jari manis tangan sebelah kanan Ira. Ira bersalam dan mencium tangan Aqso dengan lembut. Terharu juga hati Aqso.
Dausi: Aqso! Cium la dahi Ira..(semua pula bersorak meminta Aqso mencium dahi Ira)..
Aqso dan Ira saling berpandangan apabila diarahkan sebegitu. Mata mereka seolah2 berkata2, hanya mereka yang faham. Semua yang berada di situ turut terpegun dengan cara merenung2 mata antara satu sama lain. Aqso pun meletakkan kedua2 tangannya di bahagian kepala Ira. Ira membiarkan. Aqso mendekatkan mulutnya dengan dahi Ira. Lalu dia mengucup lembut dahi isterinya itu. Ramai juga yang sempat mengambil gambar aksi itu. Kemudian, Aqso membisik di telinga Ira dengan begitu perlahan..
“ Aku buat ini semua untuk Ummi aku.” Begitulah bisikan Aqso ke telinga Ira. Ira terkesima mendengar bisikan itu. Hatinya pilu serta merta. Aqso menikahinya hanya untuk Umminya dan untuk menutup malu keluarganya di mana majlis pernikahannya dengan Wan dibatalkan secara mengejut.
Akhirnya, Aqso dan Ira sudah menjadi suami isteri. Aqso hanya tersenyum kelat apabila ucapan tahniah di atas pernikahannya dengan Ira dilemparkan kepadanya itu. Setelah majlis akad nikah itu selesai, diadakan majlis makan2 sedikit bagi mereka yang hadir. Majlis persandingan akan dibuat pada 2 minggu lagi. Dapat jugalah keluarga Aqso untuk menyediakan persiapan daripada pihak lelaki.
No comments:
Post a Comment