Thursday, February 3, 2011

BAB 2 mAta coklatku memanahmu

Aifa Akira, seorang remaja perempuan yang baru berumur 18 tahun iaitu budak lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Anak kelahiran Sabah ini sememangnya menyerikan hidup Puan Zura Ahmad. Puan Zura merupakan ibu tunggal kepada tiga orang anaknya iaitu Muhammad Irfan, Eza Emilda, serta Aifa Akira selaku anak bongsu. Perwatakannya yang ceria dan memiliki wajah comel serta ‘natural beauty’ sememangnya mampu mencuit hati jejaka yang memandangnya.Dia juga seorang yang manja. Memang sesuai dengan perwatakan sebagai anak bongsu. Memiliki tubuh badan yang kecil molek tidak melambangkan bahawa dia adalah seorang wanita yang lemah ataupun mudah digoda serta tergoda. Ira,itulah nama timangannya di kampung halamannya. Ira memang rapat dengan kakaknya, Eza. Mereka diibaratkan seperti belangkas, bagai isi dengan kuku. Di mana ada Eza, di situ jugalah ada Ira menyelit.

Pada suatu pagi di rumah Ira,

Mama: Eza,,,Ira. Mari turun sini cepat. Kita sarapan sama-sama.

Eza: Ya mama,.sekejap lagi kitaorang turun. Jap ye mama.

Ira: Kak, mana beg yang kau pinjam hari tu?? Tak ada bha kat aku.

Eza: Ooo, cuba tengok dekat dalam almari baju aku. Sorry la , terlupa pula nak pulangkan kat kau…hehehe (tersenyum Eza supaya adik bongsunya tak memarahinya)..

Ira: Ok. Aku dah jumpa bha ni. Kau janji dengan budak-budak ni pukul berapa bha?

Eza: (sedang memakai makeup)..aku janji pukul 9 la. Lepas siap ni kita turun makan dulu.

Ira: Oitt, pinjam sikit kau punya lipstick ea? Aku punya dah habis pula bha..

Eza: Ambik la tu..

Setelah selesai bersiap-siap, mereka berdua pun menuruni tangga turun ke bawah untuk menikmati sarapan bersama mama tersayang.

Ira: Mama,,,Ira dengan kak Eza nak pergi jumpa kawan lepas ni ya..(sambil menarik kerusi untuk duduk di meja makan)…

Mama: Ooo,,ok.. Baik-baik ya.. Mahu pergi mana?

Ira: Ira ingat nak try cari kerja .. tapi lihat la dulu mama..belum pasti lagi.. Lagipun nanti Ira dengan kak Eza nak tanya pasal lesen memandu kereta dan motor.

Mama: Hah, yelah. Eza,kau jaga Ira baik-baik. Tanyakan orang yang buat lesen tu, berapa kena bayar..Eza, kau tak kerja la ni?

Eza: Cuti mama,. Dah Ira hari itu minta Eza teman. Tu yang mintak cuti bha sehari.

Setelah selesai sarapan bersama, Eza dan Ira menunggu kawan mereka datang untuk menjemput di ruang tamu sambil menonton televisyen.  Pendingin hawa di ruang tamu itu mendinginkan lagi suasana dua adik beradik itu. Masing-masing pula sudah kenyang, kemudian duduk pula di ruang tamu yang ada pendingin hawa,,memang la senyap. Tiba-tiba,

Ponnnnn,,pooonnnnnn,,pooonnnnn…(bunyi hon kereta di luar)..

Eza: Opocott mak kau!! (sambil mengusap-usap dadanya tanda terkejut..)

Ira: Kak,dah sampai la.. Jom..(sambil menarik lengan Eza)..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setelah hampir 3 bulan lebih Ira bergelar  Remaja Lepasan Sekolah,akhirnya keputusan peperiksaan SPM akan diumumkan pada esok hari. Hari yang dinanti-nantikan oleh Ira serta keluarganya akhirnya tiba dalam sekelip mata. Pada malam esoknya keputusan SPM keluar,suasana rumah Ira tampak sunyi melambangkan ketakutan serta kecuakan yang dialami oleh penghuninya terutamanya Aifa Akira.

Di bilik Ira…

Mama: Ira, esok ambil result pukul berapa??

Ira: Member2 kata pukul 10 pagi mama..

Eza : (sedang menyikatkan rambut adik tersayangnya itu)..Dik! Takut tak??

Ira: Takut bha.. SPM tu..uhmmm..(mengetap bibirnya yang merah itu tanda kegusaran yang melanda dalam dirinya)..

Eza: Kau agak-agak dapat berapa dik??

Ira: Entah la kak.. Aku pun tak berani nak target-target ni.. kang tak dapat,kecewa pula..Ira dah buat apa yang mampu, yang selebihnya Ira tawakal ja (sambil memberi senyuman kepada Eza serta Mama)..

Mama: Iyalah..Mama tahu Ira dah berusaha.. Mama yakin Ira boleh berjaya. (tersenyum melihat keakraban anak-anaknya itu. Dia tahu Ira seorang yang tekun semasa belajar. Dia yakin Ira boleh mencapai keputusan yang cemerlang.)..Ok la,..mama masuk tidur dulu ye..Ira, Eza jangan tidur lambat sangat. Esok nak bangun awal. Assalamualaikum..(sambil memberi ciuman di dahi Ira serta Eza..)

Eza dan Ira : Oraite mama. Sekejap lagi kitaorang tidur ye..Waalaikumusalam.

Keesokkan harinya, suasana riuh rendah di rumah Puan Zainon sememangnya menambahkan lagi kecuakan hati Ira untuk mengambil keputusan SPM pada hari tersebut. Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Ira dan Eza masih bersiap-siap untuk pergi ke sekolah Ira.

Irfan: Woiiii,anak-anak dara!! Cepat la bersiap. Terhengeh-hengeh..(sambil mengetuk pintu bilik mereka. Sengaja dia berbuat demikian, untuk membuat mereka terkejut..)

Eza dan Ira: Sekejap la bang!!

Ira: Abang turun la dulu. Kejap lagi kitaorang turun la..

Irfan: Emmm,,yelah..cepat sikit.. kang lambat pula..

Ira: Ya bang..

Irfan,abang sulung bagi Eza serta Ira pun turuni tangga untuk bersarapan pagi. Seperti biasa, Mama sedang menghidangkan makanan untuk anak-anak tersayang.

Irfan: Eh,Mama dah siap. Ira dengan Eza masih bersiap itu.

Mama: Mama dah siap dah. Ala, biasa la Irfan. Anak-anak dara,. Mesti la melawa ja memanjang..duduk la Irfan. Kita tunggu adik-adik kamu sekejap. Nanti kita sarap sama-sama ya..

Irfan: Ok..wah! Nampak menyelerakan menu pagi ni mama..heheh..

Selang beberapa minit kemudian, Eza dan Ira pun turun untuk turut serta bersarapan bersama Mama serta abang mereka. Baju kurung berwarna merah jambu di tubuh badan Ira tampak cantik serta menawan apabila digayakan oleh si gadis bernama Ira.

Irfan: Amboi! Ayunya adik bongsu abang ni. Cantiknya..heheh..

Ira: (air mukanya jelas menunjukkan dia berasa sangat cuak,gemuruh,takut)..Hihihi..Thanks bang..

Mama: Dah,dah..duduk Ira,Emma..Kita sarap sama-sama ya.

Pada pagi itu, Ira memang tiada selera untuk makan. Perutnya kecut memanjang kerana takut dengan keputusan SPM yang bakal diperolehnya pada hari itu. Kalau ikutkan hatinya, dia rasa seperti tidak mahu bersarapan tetapi Mama menyuruh juga kerana sarapan itu penting. Selepas bersarapan, mereka berempat terus bergerak ke sekolah Ira. Kereta BMW series berwarna putih yang dipandu oleh abang Ira meluncur laju di leburaya. Ira tidak henti-henti berselawat bagi menghilangkan kegusaran di hatinya itu. Kemudian, mereka tiba di kawasan sekolah Ira.

Irfan: Ira..adik turun la dulu..Adik pergi cari kawan-kawan adik dulu ea..Abang nak parking kereta ni..

Ira: Ok bang..Ira pergi dulu ye..Wish me luck ok..

Eza: Good luck dik! Chaiyok,,chaiyok!!

Mama: Good luck Ira..Hati-hatinya Ira..

Ira pun keluar dari kereta BMW milik abangnya itu. Degupan jantung sememangnya semakin laju. Rasa seperti sedang berlari ataupun jumpa kekasih hati. Cuaknya memang semacam. Ira mencari-cari sahabatnya yang dikatakan sudah tiba di sekolah sejak awal pagi lagi. Dia melihat ramai pelajar tingkatan 5 sedang berkerumun di luar dewan. Ira mendekati sahabat-sahabatnya.

Ira: (bersalaman dengan sahabatnya)..korang! dah keluar ke result??

Siti: Belum la Ira. Cikgu kata pukul 10 lebih kut baru dapat keputusannya. Cikgu suruh berkumpul dalam dewan. Siapa yang dapat straight A, nanti cikgu umumkan kat pentas..

Ira: Oooo..

Ira terus bersembang dengan sahabat-sahabat sejatinya itu sementara menunggu keputusan diumumkan. Kemudian, mereka masuk ke dalam dewan.

Ira menghantar mesej kepada Mama..

“Mama, Ira ada dalam dewan ni. Mama tunggu di luar dewan ye. Keluarga tidak boleh masuk la mama. Ira tengah tunggu cikgu buat pengumuman ni. Nanti dah dapat result, Ira jumpa mama dekat luar dewan ye. Assalamualaikum.”

Cikgu Haidar selaku Guru Penolong Kanan (HEM) mengumumkan nama-nama pelajar yang mendapat keputusan straight A mengikut kesusunan huruf abjad. Ira hanya tundukkan kepala ke bawah kerana terlalu takut. Selawat sentiasa membasahi lidahnya.

Tiba-tiba..

Cikgu:Aifa Akira.. Sila naik ke pentas untuk mengambil keputusan anda.

Ira: (terpinga-pinga apabila namanya dipanggil)..Aku? Alhamdulillah

Dia melangkahkan kakinya ke pentas dengan perasaan yang masih tidak percaya namanya disebut sebagai pelajar yang memperoleh keputusan straight A. Dia bersalaman serta mencium tangan Puan Pengetua, Puan Linda lalu menyambut slip keputusan SPM hak miliknya itu. Dia melihat dengan penuh rasa kesyukuran di ruang hatinya. Mulutnya tidak henti-henti mengucapkan “ Terima kasih ya Allah!”. Selepas sesi bergambar serta bersalaman bersama guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan, Ira keluar dewan untuk berkongsi kegembiraannya itu. Namun Ira sengaja membuat riak muka yang tidak gembira untuk menambahkan lagi kerisauan mereka.

Ira: (muka monyok seperti sedih) Mama,..abang…akak…(sengaja Ira terketar-ketar menyebutnya)

Mama: Ya,Ira. Macam mana keputusan? Mana slip keputusan?

Ira: (terus memeluk mama kesayangan itu lalu menangis)..Mama,,maafkan Ira kecewakan Mama,abang dan akak.

Mama: (menduga Ira mendapat keputusan yang tidak memuaskan)..Tak mengapa lah Ira. Ira dah usaha kan. Mama redha. Mungkin bukan tibanya rezeki Ira. Ira jangan la menangis ye. Mama tak marah pun. Boleh Mama tengok slip keputusan Ira?

Abang dan akak Ira mengusap-usap kepalanya untuk menenangkan hati Ira. Mereka turut tertipu dengan “drama” yang dicipta oleh Ira. Mama pun melihat slip yang dihulurkan oleh Ira itu. Kemudian,,

Mama: (terkejut) Ira! Kat sini tulis Ira dapat straight A..

Ira: Memang la mama..hihi..Saja ja tadi ber “drama” ..kihkihkih..

Abang dan akak Ira mendekati mama untuk melihat sekali keputusan Ira. Straight A..!! Sah!! Abangnya menyekeh kepala adik bongsunya kerana geram melihat Ira yang mencipta “drama” sedih pula tadi. Mereka tergelak riang dan masing-masing memeluk tanda bangga terhadap kejayaan Ira.

Akhirnya , keputusan yang cemerlang serta memberangsangkan dalam SPM melayakkan Ira bergelar sebagai penuntut di sebuah kampus di Semenanjung Malaysia. Ira dapat peluang untuk melanjutkan pelajarannya ke puncak menara gading. Eza meletak jawatan di tempat kerjanya  kerana bertekad untuk menjalani kehidupan di Semenanjung Malaysia bersama adik kesayanganya. Dia mahu menjaga adiknya itu. Pada mulanya cadangannya itu mendapat tentangan daripada Mama. Tetapi setelah berbincang dan Eza sudah menyatakan bahawa dia sudah mendapat tempat tinggal serta kerja di Kuala Lumpur, lalu Mama bersetuju untuk membenarkan Eza menetap di Kuala Lumpur bagi menjaga Ira. Akhirnya, Eza dan Ira berhijrah ke Kuala Lumpur dengan mendapat jaminan daripada mak cik mereka yang juga tinggal di Kuala Lumpur. Kehidupan Ira sebagai penuntut Universiti Malaya pun bermula.

No comments:

Post a Comment