Thursday, February 3, 2011

BAB 7 mAta coklatku memanahmu

Tahun pertama Ira dalam bergelar sebagai mahasiswi dalam jurusan seni lakon akhirnya melabuhkan tirai. Ira dan rakan-rakanya diberi cuti semester selama sebulan lebih untuk merehatkan minda serta badan setelah penat berhempas pulas menuntut ilmu. Sebelum Ira pulang ke Sabah iaitu kampung halamanya, dia serta sahabat2nya bercadang untuk bercuti di Genting Highlands selama tiga hari dua malam. Ira terlalu teruja untuk pergi ke Genting Highlands bersama sahabat2 sejatinya serta akak tersayang kerana itulah pengalaman pertamanya bercuti ke situ. Eza turut mengikuti adiknya bercuti. Eza memang kenal dengan rakan2 Ira. Sebelum ini Ira pernah ke Semenanjung tetapi kerana hanya terlibat dalam pertandingan lakonan peringkat negeri.

Hari-hari terakhir sebelum cuti sem bermula.. Ira bersama rakan2nya iaitu Nurul, Idah, Mauku dan Wan berkumpul di taman kampus setelah tamat kelas..

Mauku: (memulakan perbincangan tentang percutian mereka)..Korang semua pasti ea pergi ni. Hari ini aku nak tempah bilik dekat First World Hotel. Minggu lepas, papa aku kata kalau korang semua setuju nak pergi Genting masa cuti ni, nanti dia tolongkan dapatkan diskaun dari First World Hotel dan tiket untuk permainan kat sana tu. Papa aku ada ramai kenalan dekat sana.

Wan: (menyampuk) Wah! Untungnya. Sporting la papa kau Mauku. Aku on je..

Ira,Idah, Nurul: (saing)..Aku ikut..

Mauku: Ira, akak kau itu ikut sekali kan?

Ira: Aah..boleh kan?

Mauku: Boleh ja. Tak ada hal la. Ok nanti aku tempahkan bilik dan tiket untuk theme park. Korang nak masuk Snow World tak masa kat sana?

Wan: Ooo. Boleh juga.

Mauku: Ira, Idah dan Nurul macam mana? Nak?

Ira: Uhmm..Boleh la..

Nurul dan Idah: (mengangguk tanda setuju)..

Mauku: Ok. Pasal penginapan, tiket untuk cable car, game dan Snow World tu, aku uruskan semuanya. Sekarang pasal transport. Siapa nak support kereta?

Wan: Aku la, Mauku..

Mauku: Cantekkkk… Girls, korang pula support makanan ea?? Makanan masa on de way or kalau2 masa tengah2 malam nanti lapar tiba2 pula. Nak beli mahal dowh kat Genting tu.

Ira: Mahu bawa makanan apa Mauku?

Mauku: Bawa la roti, maggie, biskut, air gas, dan apa2 yang korang rasa boleh hilangkan kelaparan. Korang bertiga bincanglah siapa yang kena bawa itu, bawa ini..

Nurul: Ok2..

Beberapa hari berlalu dengan pantasnya tanpa mereka sedari. Hari untuk bercuti di Genting Highlands akhirnya menjelang tiba. Segala urusan di sana seperti penginapan dan tiket2  telah diuruskan oleh Mauku. Disebabkan papa Mauku ada kenalan di Genting Highlands, mereka dapat diskaun 50% secara keseluruhan dari segi penginapan hingga tiket cable car, game dan Show House. Bagi Ira, keadaan itu seolah2 seperti durian runtuh kerana baru kali pertama pergi ke Genting Highlands sudah mendapat tanjaan daripada papa Mauku. Wan yang memandu van kepunyaan pak ciknya menjemput Mauku dahulu sebelum menjemput rakan2 perempuannya yang lain yang sedang menunggu di rumah sewa akak Ira, Eza.

Dalam perjalanan ke rumah sewa Ira..

Mauku: Van sapa kau tibai ni weyh??

Wan: Van pak cik aku la. Nak bawa kereta aku, tak muat la. Kan ada akak Ira sekali. Tu yang bawa van.

Mauku: Ooo..Itu yang aku tanya. Tak pernah pula aku tengok bawa van ni sebelum ni..Emm,yelah. Weyh, pecutlah sikit. Kang si Ira tu mengamuk kang.

Wan: Dah laju la niy ek. Kereta banyak pula ni. Wadowh, kereta2 ni, buat menyemak jalan ja.

Wan cuba memecut van itu namun kenderaan di jalan raya begitu banyak membuatkan niat Wan tergendala. Wan dan Mauku hanya mampu bersabar dengan keadaan itu. Akhirnya mereka tiba di hadapan rumah Ira. Ira, Nurul, Idah dan Eza kelihatan sudah terpacak menunggu kedatangan mereka berdua. Mereka berdiri sebaris memanjang. Dah macam mahu berperang saja mereka berempat itu.

Mauku: Kau tengok tu Wan. Kan aku dah kata Ira marah. Dah berdiri ja semua itu. Sebaris pula tu. Masak la kita Wan..Ish kau ni..(lalu turun dari van untuk memujuk hati2 si bunga2 tahi ayamnya itu)..

Ira: Woi, Mauku. Kau ni kan. Harapkan maruku lagi bagus tahu. Asal lambat? (soal Ira dengan nada bengang atas kelewatan Mauku dan Wan menjemput mereka)..

Mauku: Ala2..Sorry la korang. Wan yang lambat. Dia jemput aku pun lambat. Then tadi banyak kereta pula kat jalan raya. Nak pecut pun tak boleh. Korang marah la si Wan tu.

Nurul: Dah..Jom la..(nada marah)..

Mauku: Meh la Ira, aku tolong angkatkan beg kau..

Ira: Tak payah la. Kau tolong angkatkan beg Nurul tu. kesian dia.

Mauku dan Nurul saling berpandang. Pelik apabila Ira mengarahkan Mauku supaya mengangkatkan beg Nurul. Sebenarnya Ira tahu bahawa Nurul ada hati kepada Mauku. Ira turut tahu yang Mauku suka padanya sebab dia pernah terdengar Wan bercerita kepada orang lain.Namun Ira masih tidak tertawan dengan Mauku. Dia hanya menganggap Mauku sebagai sahabat. Nampaknya Mauku yang segak orangnya pun tidak dapat tawan hati Ira. Agaknya ciri-ciri lelaki yang macam mana yang menjadi idaman si gadis molek ini?? Jodoh di tangan Allah.

Keadaan dalam van…

Mauku: korang semua, aku dengan Wan minta maaf banyak2 ya. Salah kami lambat jemput korang. Tapi ketua pesalah adalah Wan ye..(sambil menunjukkan ke arah Wan yang sedang memandu ke Genting Highlands)

Wan: Eh..Aku pula..Uhmm..Yalah salah aku..Sorry la girls. Aku bangun lambat pagi tadi. Lepas tu, kunci van aku pula hilang tiba2. Lama juga la aku cari. Rupa2nya mak aku simpankan. Then, masa on de way ke rumah Ira tadi, kereta tiba2 pula melambak. Agaknya hujan kereta kot..Hihihi..

Mauku: Hahah..sengal kau Wan. Tapi korang, serius la tadi kereta banyak. Lepas tu semua bawa macam makan angin je kat jalan raya ni. Kang langgar, kena saman pula.

Nurul: (dia bersuara kerana kesian pula melihat mereka berdua beriya2 meminta maaf)..Uhmm..Yalah..Lain kali jangan la lambat. Dekat hampir satu jam kitaorang tunggu. Ira ni dah la tengah excited nak pergi Genting..tiba2 korang pula jemput lambat.

Ira: (mula bersuara)..Korang ni. Aku tak marah pun la. Cuma geram gitu. Lain kali dah janji itu tepati lah ya..

Wan: (terasa pedas kata2 Ira tu padanya..Wan memang “suka” makan “cili”)..Ok.. Aku minta maaf tau Ira .

Perjalanan ke Genting Highlands dari rumah Ira mengambil lebih kurang satu jam..Baru dua puluh minit perjalanan, tiba-tiba…

Nurul: Korang, aku rasa macam nak terkucil la ni.

Pulaaa..

Ira: (terus memandang Nurul yang duduk di sebelahnya)..Alahai kau ni. Masa kat rumah aku tadi tak mahu buang. Sekarang kat tengah jalan, baru nak sibuk2 terkucil pula.

Wan: Kat belakang ada botol, ambil la..

Mauku: Hah?? Kau ni sengal la Wan.. Sah2 Nurul tu perempuan..

Nurul: Peh kau ek..tak mengagak2 la Wan.. Wan, berhenti la kat stesen minyak nanti..

Wan: Hahah..Sorry la..Lupa pula aku. Sekejap ya. Aku cari stesen minyak kejap.

Nurul masih lagi boleh menahan. Kemudian, tiba2 sahaja van Wan termati enjinnya. Wan sempat memberi signal untuk memberhentikan vannya di tepi bahu jalan.

Nurul: Ala!! Apa pula ni Wan..

Ira: Weyh, kenapa van kau berhenti ni Wan?

Wan: Entah la.. tiba2 ja. Semalam aku bawa, ok ja. Jom Mauku turun. Tolong aku tengok2 kan.

Mauku: Kau servis tak van niy. Wadoh.. (lalu turun keluar dari van)..

Wan: Pak cik aku kata dah servis minggu lepas. Dah dua hari aku bawa, ok ja. Tak ada pula masalah..(sambil membuka but van untuk melihat enjin)

Mauku: (melihat untuk mengenalpasti apa masalahnya)..Tempat minyak dekat mana?

Wan: Kat situ (sambil menunjukkan arah)..Apa masalahnya Mauku?

Mauku: Alamak!! Minyak habis la Wan! (menjerit)..

Ira: Hah?? Habis? Woi Wan. Kau tak isi ke minyak ..??

Idah: Ala, kau ni Wan..Macam2 la. Dah la Nurul nak terkucil ni. Kau pula tak isi minyak. Dah la lambat.

Wan: Waduh! Aku lupa la korang. Semalam abang aku guna van ni. Dia cakap minyak dah nak habis. Dia ada sediakan duit untuk isi minyak pagi ni. Aku terlupa mahu isi la. Aku pun bangun lambat tadi. Sorry korang..(sambil menepuk2 dahinya)..

Eza: (bersuara)..Macam mana ni?

Mereka bernasib baik kerana 100meter dari tempat mereka berhenti itu terdapat stesen minyak. Mauku mengajak Nurul pergi ke sana kerana Nurul sudah mahu terkucil. Wan diarahkan Mauku supaya tunggu di van bersama yang lain sementara dia pergi membeli minyak di stesen minyak. Setelah 50 meter Mauku dan Nurul berjalan menuju ke stesen minyak, tiba2 Nurul berkata..

Nurul: Mauku..aku dah tahan ni. (berhenti berjalan)..

Mauku: Ala, lagi beberapa meter ja. Tu aku dah nampak dah Petronas tu..Jom

Nurul: Serius aku tak mampu nak jalan. Kang basah kang ni..

Mauku: Waduh..Wan la ni punya pasal.. Dah la ..biar aku dukung kau..(lalu terus mendukung Nurul lalu berlari menuju ke arah Petronas yang sudah berada di hadapan mata)..

Nurul tergamam dengan tindakan Mauku itu. Setelah sampai di Petronas, Mauku meletakkan Nurul betul2 di hadapan bilik air. Kemudian dia terus membeli minyak petrol. Setelah itu, dia pergi berlari menuju ke arah van Wan. Selepas mengisi minyak, mereka mengambil Nurul di Petronas itu kembali. Mereka meneruskan perjalanan menuju ke Genting Highlands. Akhirnya mereka sampai di tanah Genting Highland pada tengah hari. Mereka menaiki Genting Skyway untuk sampai ke puncak Genting Highlands. Ira kelihatan seronok melihat keindahan alam semula jadi yang menghijau serta memenangkan. Mauku yang tadi hampir lencun dengan peluh kerana berlari ulang alik dari van ke stesen minyak dan sebaliknya, kini kelihatan tenang melihat pokok2 yang subur menghijau daunnya.Kamera tidak terlepas daripada tangan masing2 untuk mengambil gambar serta merakamkan video sebagai tanda kenangan.

kredit buat suha lukman

No comments:

Post a Comment