Thursday, February 3, 2011

BAB 14 mAta coklatku memanahmu


Dua minggu kemudian, Aqso bersama keluarganya pergi ke Pulau Perhentian bersama Ira. Aqso turut mengajak Dausi. Bagi pihak Ira pula, Ira membawa Eza dan rakan2nya iaitu Wan dan Mauku. Nurul dan Idah tidak dapat mengikut percutian tersebut kerana terlalu sibuk dengan kerja sehingga tidak dapat cuti. Mereka menaiki van yang disewa oleh Mauku untuk ke Pulau Perhentian itu. Mauku yang memandu, Aqso pula duduk di sebelahnya sebagai pemandu gantian jika Mauku letih. Ira duduk bersama ibu bapa Aqso, manakala yang lain duduk di bahagian belakang . Eza diapit oleh Safa di sebelah kirinya manakala Dausi di sebelah kanannya. Wan pula duduk di belakang sekali sendiri bersama barang2.

Dausi memulakan perkenalan antara dirinya dengan Eza..

Dausi: Hai..Saya Dausi..(sambil menghulurkan tangan untuk bersalam)..

Eza: Ooo..(menyambut tangan Dausi dan bersalam dengannya)..Hai..Saya Eza, akak Ira.

Dausi: Ooo..Awak akak Ira? Patut la comel ja tengok. Hihihi.. Yelah kan adik borek, akak rintik..

Eza: Hihih..Lawak la awak ni Dausi. Tak pernah pula saya dengar peribahasa tu.

Dausi: Saya ni kawan baik dengan si Aqso tu. Tu yang saya jadi macam ni. Aqso tu pak lawak tau. Aqso tu nampak ja muka macho, tapi kalau dah kenal lama, tak henti2 kita gelak dibuatnya.

Eza: Hihihi..Patut la..Yalah kan, Aqso borek, awak rintik..Hihih..

Dausi: Hahaha..Kenakan saya nampak.

Dausi dan Eza teruskan perbualan mereka sepanjang perjalanan itu. Wan pula kelihatan menyampah melihat Ira duduk di sebelah ibu bapa Aqso. Setelah dua jam berlalu, Aqso yang terasa keadaan suram di dalam kenderaan itu, lalu dia menyanyikan lagu ANGGAPANMU daripada ZIANA ZAIN. Suara jantan Aqso itu sememangnya memukau hati Ira apabila mendengarnya..

Puan Mahani: Ira, Aqso ini memang suka nyanyi kalau dekat rumah. Masa sekolah dulu pun dia aktif dalam nasyid.Kami dah biasa kalau tiba2 dia nyanyi macam ni..(sambil melemparkan senyuman)..

Ira: Ooo..Saya pun dah biasa mak cik. Masa belajar dengan Aqso dulu pun, dia selalu menyanyi semasa mengajar. Dia memang ada bakat kan.

Eza: Wah! Aqso! Sedap gitu suara kau..

Aqso: (menyampuk)..Cik Eza, jangan menyangka sungai yang tenang tiada buaya. Aku ni nampak ja pendiam tapi dalam diam2 aku, aku berisi. Hihihi..

Aqso teruskan nyanyiannya dengan lagu TAMALLY MAAK, JANGAN NAKAL, KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN DAN KU ADA KAMU..

Semasa Aqso ingin menyanyikan lagu KU ADA KAMU..

Aqso: Ehhmmm..Cik Ira nak nyanyi dengan saya??

Ira: Hah?? Ish, tak mahu la.

Aqso: Cuba la..awak start dulu..Saya nyanyi part chorus ja..Please..(sambil membuat muka kesian kepada Ira.)

Puan Mahani: Nyanyi la Ira. Kita suka2 ja..Cepat,,kesian Aqso tu..

Ira: (tidak sampai hati pula dibuatnya untuk katakana tidak)..Baiklah.. ehemmm..(lalu, dia mulakan nyanyiannya)..Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan, kau suluhkan sinar petunjuk,…..

Aqso kelihatan terpesona dengan nyanyian Ira. Dia langsung tidak menyangka Ira ada bakat terpendam dalam nyanyian. Puan Anum turut kelihatan terpukau dengan nyanyian Ira.

Aqso: Andai hari esok langit akan runtuh, tabahlah menjunjung bersamaku…..

Wan pula semakin “panas” melihat adegan Aqso dan Ira bernyanyi bersama2..

Wan: (hatinya berbisik berbulu) Lak..Main sambung2 nyanyi pula. Menyirap pula aku tengok si Aqso ni. Yang si Ira ni layan mamat ni kenapa. Arggghh..Menyampah la aku tengok kau Aqso!! Berlagak je lebih!!

Setelah selesai pasangan kumbang putih dan bunga merah itu bernyanyi, semua bertepuk tangan termasuk Wan yang seperti terpaksa untuk berbuat demikian.

Puan Mahani: Wah! Ira..Sedap juga suara kamu. Kamu juga ada bakat menyanyi..

Ira: Hihihi..biasa2 jalah mak cik. Dulu, semasa saya sekolah, saya ada juga sertai pertandingan nasyid.

Puan Mahani: Jadi Ira pun budak nasyid macam Aqso..

Ira: Hihih..Ya mak cik..

Mauku: (menyampuk)..Biasa lah tu mak cik..Kalau dah jodoh, tak ke mana pun kan..

Aqso: (memukul lengan Mauku)..Woi..asal kau cakap macam tu??

Mauku: Apa?? Cakap ja.. Siapa makan cili terasa pedas..Hahaha..

Semua di dalam kereta tergelak melihat Aqso yang gelabah apabila Mauku bercakap “ kalau dah jodoh, tak ke mana pun”.. Aqso menahan malu..

Mauku: Aik.. Asal muka kau biru kuning, biru kuning pula Aqso?? Setahu aku kalau orang malu mukanya merah kemerahan..Aiyooo..Kau salah makan ubat ke?? Ni dekat highway ni. Mana pula nak beli ubat supaya muka kau jadi merah kemerahan..

Mereka terus ketawa melihat Aqso disakat oleh Mauku..

Aqso: Ish!! Kau ni Mauku. Suka betul buat aku macam ni. Segan aku la. (sambil mengesat2 mukanya)..

Mauku: Relaks la pak cik Aqso. Hahahah..Gurau2 ja..

Perjalanan mereka untuk ke Pulau Perhentian masih jauh. Sudah hampir 3 jam Mauku memandu, kemudian dia meminta Aqso untuk menggantikannya kerana dia sudah terlalu mengantuk. Mereka berhentian di perhentian selama setengah jam bagi melonggarkan sendi2 yang sudah keras membatu kerana asyik duduk saja di dalam kereta.
Aqso terus mengambil tugasnya untuk memandu. Mereka pun melangkah masuk ke dalam kereta bagi meneruskan perjalanan yang masih berbaki..

Mauku: Eh2..Ira! kau duduk depan la dengan Aqso..

Ira: hah? Kau biar betik Mauku.. Kau jangan..

Mauku: Laaa..betul la..Aku nak duduk belakang la. Aku  nak tidur. Kau tadi dah tidur kan. Kau duduk la depan teman Aqso. Tolong la..

Ira memandang Mak Mahani dan Pak Zawanil seperti meminta keizinan..

Mak Mahani: Ira duduk la depan dengan Aqso. Teman dia drive. Kesian Mauku tu, mengantuk sangat la tu.

Ira: Boleh ke mak cik..?

Mak Mahani: Laaa..apa pula tak boleh..Teman ja kan. Jangan risau, anak mak cik tak nakal kalau dengan perempuan..

Mauku: Hah,,kau duduk depan ya. Mak mentua kau dah bagi “green light” tu..Ambil jelah peluang. Orang kata tak baik tolak rezeki..Hahaha

Mak Mahani: mencubit lengan Mauku kerana menyakat Ira sehingga merah2 muka Ira menahan malu. “Kepanasan” semakin membara di seluruh tubuh badan Wan apabila melihat Ira duduk depan bersama Aqso. Perjalanan mereka diteruskan..

Sudah satu jam Aqso memandu..

Ira: Awak, kalau mengantuk beritahu tau..

Aqso: Kenapa?? Awak nak urut saya ke??

Ira: Amboi3.. Gatal ea? Ish,, mak awak dah la ada kat belakang.

Aqso: Hahaha..mak saya sporting la..Awak kalau ngantuk, tidur la ya. Jauh lagi perjalanan ni.

Ira: Belum mengantuk lagi la..

Perbualan mereka hanya mereka saja yang dengar. Wan cuba untuk memasang telinga namun suara Aqso dan Ira terlalu perlahan. Yang Wan dengar hanya apabila Aqso dan Ira gelak riang sekali sekala. Tidak tidur Wan dibuatnya gara-gara memasang telinga untuk mendengar perbualan antara Aqso dan Ira.Hanya Aqso, Ira, Mauku, Mak Mahani dan Wan yang masih berjaga..

Dalam keseronokan pasangan merpati sejoli itu berborak, tiba-tiba..

Mauku: Boleh pandang2, jangan pegang2, duduk renggang2, bertambah sayang, biar malu2 , biar segan2 kerana malu itu perisai orang beriman..Kalau berpacaran jangan tunggu lama2, kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama, hantarkan rombongan meminang dengan segera, kalau terlambat kasihmu disambar buaya..(menyanyikan lagu KALAU BERPACARAN  kepada Aqso dan Ira)..

Mak Mahani tersenyum2 mendengar Mauku menyanyikan lagu itu..

Aqso: Aik..Mauku! Kau mimpi Nurul ke hape tu? Waduh budak sorang ni..

Mauku: Aku tak tidur pun la. Penat aku pasang telinga nak dengar korang cerita pasal apa..tapi, haram..sepatah pun aku tak dengar. Telinga aku dah macam piring astro dah ni.. korang kalau berbual, memang dekat dunia sendiri kan.

Ira: Hihihi..Laa,,ingat kau dah tidur tadi Mauku. Kitaorang borak2 ja,,yalah karang Aqso ni mengantuk, susah pula..Cakap perlahan sebab tak mahu la ganggu korang nak tidur..

Mauku: ahh..seribu alasan kau lemparkan Ira..Hahahaha. Sudah2..aku mahu tidur..Lagu tadi khas aku nyanyi untuk korang..Huhu..Aqso, kau jangan nak nakal2 ya bila aku tidur..Kahkahkah..

Aqso terus fokus terhadap pemanduannya. Beberapa jam kemudian, mereka tiba di jeti Kuala Besut untuk menaiki bot ke Pulau Perhentian. Aqso yang membawa handycam, merakam perjalanan mereka untuk ke Pulau Perhentian sebagai tanda kenangan. Bot pun tiba, nampaknya mereka sudah semakin hampir ke destinasi iaitu tempat penginapan mereka sepanjang berada di Pulau Perhentian iaitu Shari-La Island Resort. Insfrastuktur yang lengkap membuat percutian mereka lebih mudah.

Bot meluncur laju di atas permukaan air. Ira yang duduk di sebelah sisi Aqso kelihatan seronok untuk menikmati percutiannya di Pulau Perhentian. Safa yang duduk di sebelah Ira pula berasa bahagia melihat Ira rapat dan mesra dengan abangnya, Aqso. Mauku pula sedang teringatkan akan buah hatinya iaitu Nurul. Aqso sibuk merakam video. Namun, Wan masih tetap berasa “panas” walaupun sudah ditiup oleh angin2 yang dingin.


Setelah sampai di jeti Shahri-La Resort…

Aqso: Mauku, orang kata pandangan pertama tu rezeki..Jadi! mana rezeki aku..mana..Hahaha

Aqso yang terlalu seronok meninggalkan Ira di belakang bersama2 orang tuanya. Ira seperti berkecil hati apabila mendengar Aqso berkata begitu.

Ira: (hatinya berbisik geram)..Arghh!! Kalau nama pun dah lelaki, memang gatal!

Puan  Mahani: Hei, Aqso ni. Ada2 saja dia tu. Ira, hiraukan saja si Aqso tu. Macam budak2 ja.

Mereka pergi ke kaunter Shahri-La Resort untuk mendapatkan kunci bilik masing2. Aqso, Mauku, Dausi dan Wan berkongsi bilik. Mak Mahani dan Pak Zawanil pula satu bilik. Ira pula satu bilik dengan Emma dan Safa.

Aqso: Nah, kunci bilik awak..(sambil menghulurkan kunci bilik nombor 199 kepada Ira.)

Ira: Thanks..(mukanya monyok kerana masih berkecil hati dengan ayat Aqso tadi dan cara Aqso yang meninggalkannya di belakang sewaktu di jeti tadi)..

Aqso: Marah saya ke? Monyok ja muka tu? Penat saya uruskan percutian ni untuk awak. Minggu depan saya nak terbang ke UK..Jangan la monyok2 pula. Pergi berehat dulu ya..

Ira: ( serba salah pula melayan Aqso sebegitu)..Uhmm..Saya Cuma letih la.. Ok la, saya masuk bilik dulu. Nanti apa2 mesej ya..Bye..

Kemudian, mereka semua berlalu pergi ke bilik masing2 untuk merehatkan badan yang letih dengan perjalanan yang jauh itu.

No comments:

Post a Comment