Thursday, February 3, 2011

BAB 17 mAta coklatku memanahmu



Semenjak pulang dari Pulau Perhentian, Eza dan Dausi mula rapat. Mereka mula keluar bersama2. Dengan kata yang mudah, masing2 sudah berkenan dan dalam hati ada taman. Eza selesa berkawan dengan Dausi kerana dia seorang yang kelakar, baik hati dan sentiasa memahami. Dausi turut kelihatan suka berkawan dengan Eza yang rupanya kelihatan ala2 orang cina. Setelah beberapa bulan berkawan, akhirnya Dausi meluahkan isi hatinya.

Suatu hari Dausi menjemput Eza di pejabat untuk membawanya pergi makan tengah hari. Di dalam kereta. .

Dausi: awak nak makan dekat mana?

Eza: Ikut awak la.

Dausi: kalau macam itu, kita makan dekat rumah mak saya la. boleh?

Eza: (serta merta memandang Dausi)..Ish! awak jangan main2 Dausi..

Dausi: Hahaha! Kenapa takut ke? Awak ni, saya bergurau jelah. Tapi nanti kalau awak dah ready nak makan dekat rumah mak saya, beritahu la. Nanti saya bawa awak. Hihihih.

Eza: (memukul lengan Dausi yang sedang memandu itu).. Ada2 saja awak ni Dausi. Ni, kita makan dekat mana?

Dausi: Ehmm.. Apa kata saya beli makanan lepas itu kita makan dekat Taman Tasik Titiwangsa? nak tak?

Eza: Ok ! Jom..

Lalu Dausi singgah di sebuah restoran dan memesan makanan yang dibungkus untuk dinikmati di Taman Tasik Titiwangsa. Setibanya di Taman Tasik Titiwangsa..

Dausi: Jom, dah sampai.

Dausi segera keluar lalu membukakan pintu di bahagian tempat duduk Eza. Eza keluar dengan ukiran senyuman.

Eza: Thanks..(sambil membawa bungkusan makanan serta air yang dibeli oleh Dausi)..

Dausi: Welcome..Jom duduk sana.

Lalu mereka duduk di bawah pokok yang meredupkan suasana di situ. Kemudian mereka makan serta bergurau senda. Eza kelihatan gembira apabila meluangkan masa bersama Dausi.

Dausi: Awak nak saya suapkan tak? Saya sudi ni.

Eza: Ewah ! gatal ea awak .. saya tak sudi..Hihihi.

Dausi: Uhmm. Sedihnya dia tak sudi. Tak apalah. (mula membuat muka merajuk)..

Eza: Ala2. Merajuk pula. Mengada2 saja. Wekkk.. (sambil menjelirkan lidah kepada Dausi)..

Dausi: (hatinya berbisik nakal)..Ala2.. Comelnya kau Eza. Kalau la kau jadi awek aku kan best. Aku suka kau la Eza. Tapi, aku tak tahu la nak beritahu atau tak. Yalah, baru beberapa bulan kita kenal, tiba2 aku pula dah luahkan isi hati ni. Takut kau tak selesa pula.

Wajah Dausi yang mula tampak serius dalam berangannya itu membuatkan Eza pelik.

Eza: Dausi..Hei..(sambil melambaikan tangannya di hadapan wajah Dausi)..Dausi !

Dausi masih mengelamun..

Eza: Dausi! Hoi..(sampai terjerit Eza memanggilnya)

Dausi tersedar lalu..

Dausi: Hah? Eza, saya suka awak !

Dausi terlepas cakap !

Eza: Apa? (seolah2 terkejut dengan kata2 hikmah yang dikeluarkan oleh Dausi itu)..

Dausi: (memegang mulutnya lalu hatinya berkata) Waduh! Macam mana aku boleh terlepas cakap pula ni? Hangus aku kena bakar dengan Eza ni !

Eza: (hatinya pula berkata) Betul ke Dausi kata dia suka aku? Atau aku yang salah dengar ni? Yang dia senyap pula sekarang kenapa? (lalu dia bertanya kembali kepada Dausi)..Awak cakap apa tadi Dausi?

Dausi: Hah? Tak. Saya cakap saya suka lunch dengan awak. Seronok. Hihi

Dausi cuba berdalih. Eza kelihatan kecewa sedikit apabila Dausi menidakkan kenyataannya yang pertama iaitu “Saya suka awak!”

Eza: Ooo. Yalah.. (senyumannya tawar)..

Setelah selesai makan, Dausi mengajak Eza duduk menikmati  pemandangan tasik di hadapan mereka. Sangat indah .Angin pula bertiup sempoi2 bahasanya. Dausi juga sempat membeli aiskrim lalu diberikan kepada Eza.

Dausi: Nah, aiskrim.. Nak tak?

Eza: Nak! Saya suka makan aiskrim.

Mereka menikmati aiskrim sambil melihat pemandangan tasik itu..

Dausi: Eza..(seperti mahu beritahu sesuatu)..

Eza: Uhmm, kenapa Dausi? (begitu khusyuk Eza makan aiskrim tu sehingga dia tidak memandang Dausi yang memanggilnya. Eza hanya menyahut)..

Dausi: (melihat Eza yang sedang teruja makan aiskrim itu)..Excited nya awak makan aiskrim..

Eza: Hihihihi. (lalu memandang Dausi sambil tersenyum)..Memang excited..

Dausi ternampak sisa aiskrim di bahagian tepi mulut Eza. Lalu..

Dausi: Ish awak ni. Kalau ya pun excited, makan la elok2 .. Ni sampai comot2 ni..(lalu Dausi membersikhkan kesan comot itu menggunakan tangannya)..Macam budak2 la awak ni.

Eza tergamam apabila Dausi membersihkan kesan comot pada mulutnya. Muka mereka mengadap antara satu sama lain. Mata mereka bertentangan. Jari jemari Dausi masih di muka Eza.

Dausi: Ehemmm.. (tersedar dia sudah lama menyentuh muka gadis itu) Maafkan saya.

Lalu Dausi melepaskan pandangannya ke tasik.

Eza: (hatinya).. Kacau line la Dausi ni. Aku baru nak berangan dengan dia ni. Poyo la mamat ni. Aku tengah2 syok tenung dia tadi. Waduh!

Eza turut menyimpan perasaan kepada Dausi. Dia turut berharap Dausi segera meluahkan isi hati kerana Eza sudah berasa hendak meletup menyimpan perasaannya terhadap Dausi.

Eza: (mulakan bicara)..Ehem.. Tadi awak panggil saya kenapa?

Dausi: Ooo..Sebe.. Sebenarnya.. (tersekat2 suara Dausi di rongga tekaknya)..

Eza memasang telinganya dengan teliti untuk mendengar sesuatu daripada mulut Dausi..

Dausi: Sebenarnya, minggu depan saya akan berkahwin .. (wajah Dausi mula serba salah kerana memberitahu Eza tentang perkara itu)

Hancur hati Eza mendengar berita itu daripada Dausi. Hatinya seperti sedang dihiris oleh sebilah pisau yang amat tajam namun tidak kelihatan pula pisau itu. Memang benar kata orang, kata2 dan lidah itu lebih tajam daripada pisau..

Eza: (hatinya berbisik sedih) .. Ya allah ! apa pula ni Dausi? Tadi kau kata kau suka aku. Sekarang kau kata kau nak berkahwin pula. Apakah ? Ya allah ! Dausi!! Kau ingat hati aku ni bawang ke sampai kau nak hiris halus2.. Sakitnya hatiku mendengar ayat kau itu Dausi..kenapa kau tak beritahu awal2 ? setelah berbulan2 kita keluar bersama, sekarang baru nak beritahu. Arggghhh!!!

Suasana sepi..

Dausi: Awak ok tak?

Eza: Hah? Ok ! Oh ya, tahniah la awak akan berkahwin. (senyumannya tawar ketika cuba senyum kepada Dausi)..

Eza terus makan aiskrim yang berada di tangannya itu dengan rasa kecewa. Dausi pula hanya diam keras membatu.
Tidak pula memujuk si Eza itu.

Eza: Awak..

Dausi: Yaaa..

Eza: Habis tu, awak lepak dekat sini dengan saya, isteri awak tak marah ke? Eh, bakal isteri awak..

Dausi: Entah la. Tak kut.

Eza memandang Dausi dengan peliknya.

Eza: Aik! Macam tu pula. Awak jangan. Karang tiba2 awek awak tu jumpa dan serang saya nanti. Saya nak jawab apa??

Dausi: Ehmm. Cakap la saya suka awak .

Eza: Hah?

Dausi: (mukanya cuba menahan untuk ketawa.. Akhirnya) Hahahahha.. Saya gurau2 saja la Eza. Mana ada saya nak kahwin minggu depan.

Eza: Dausi!!! (sambil memukul2 lengan Dausi kerana geram)..Awak ni. Suka tau bergurau tak bertempat. Hal kahwin mana boleh bawa main2. Ishh !!

Dausi: Sakitnya awak pukul..(menggosok lengan yang dipukul itu).. Ehmm. Sampai hati awak kan pukul saya. Awak tu yang percaya ja. Hahahaha..

Eza: Jadi, awak tak kahwin la minggu depan? (menjeling ke arah Dausi)..

Dausi: Awak.. calon pun tak ada, macam mana nak kahwin. Heeee..Awak2..(dausi memanggilnya)

Eza: kenapa..?

Dausi: Sebenarnya…Yang sebenarnya saya suka awak. Mungkin la agak terlalu awal untuk saya luahkan kepada awak. Yalah kita kenal pun baru beberapa bulan kan. Saya tak paksa awak. Saya cuma nak awak tahu yang saya selesa kawan dengan awak. Dan kalau boleh, saya nak kenal dengan awak dengan lebih rapat lagi. Itu pun kalau awak izinkan la. Seperti saya cakap tadi, saya tak paksa.

Eza tersenyum bahagia apabila Dausi mula meluahkan isi hatinya. Kemudian,, tiba2 Dausi mencalit sedikit aiskrimnya pada muka Eza.

Eza: Dausi ! Apa ni? Ish ! kotor la muka saya.

Dausi: Hehehe. Berangan pasal saya la tu. Suka la tu saya suka awak..

Eza: Weekkk ! Hahaha. Perasan ja.

Dausi: Awak comel la Eza. (senyum riang Dausi)..

Eza: Ish! Nakal la awak ni.. Dah2 makan aiskrim tu. Lepas ni hantar saya balik pejabat ya.

Dausi: Baiklah Cik Eza.

Setelah itu, Dausi menghantar Eza ke balik ke pejabat. Kemudian dia terus meluncurkan keretanya ke butiknya. Riak wajah Dausi kelihatan ceria apabila sudah meluahkan keadaan yang sebenarnya kepada Eza..

No comments:

Post a Comment