thanks to Suha Lukman
Sedar tak sedar sudah hampir 2 bulan Aqso berada di Malaysia. Aqso sudah tidak rapat dengan Ira. Dausi dan Eza pula sedang berbahagia dengan rumah tangga mereka. Mereka juga sudah pindah duduk di rumah baru yang berdekatan juga dengan rumah Eza sebelum ini. Rumah Eza sebelum ini diduduki oleh adiknya Ira serta Mama dan abangnya. Mama Ira dan abang Irfan sudah menetap di Kuala Lumpur. Mana tidaknya, kedua2 puteri keluarga itu menemui jodoh orang Kuala Lumpur. Eza sudah bernikah dengan Dausi. Ira pula sudah bertunang dengan Wan. Lebih kurang sebulan lagi mereka akan bernikah. Wan meminta tarikh perkahwinannya dengan Ira dicepatkan kerana Wan mula tergugat dengan kehadiran Aqso ke Malaysia. Ira mula semakin meragui dirinya. Dia tahu dia hak Wan namun hatinya tidak henti2 mengingati Aqso tetapi pada masa yang sama Ira amat sakit hati melihat Aqso yang semakin hari semakin mengjengkelkan itu.
Suatu hari Ira menumpangkan Safa dan menghantar Safa pulang ke rumah. Kereta Safa rosak dan dihantar ke bengkel. Aqso pula menghilang entah ke mana dan sudah awal2 lagi Aqso mengatakan dia tak boleh mengambil Safa di kampus. Setibanya di rumah Safa,
Safa: Kak Ira, masuk la jom.. Kita minum2 dulu. Borak2 ke. Kak Ira pun dah lama tak datang sini kan. Jom la..(pelawa Safa)..
Ira: (malu2 pula namun hatinya kalau boleh cuba mengelakkan dirinya daripada bertemu dengan Aqso)..Ish, tak apalah Safa. Nanti menyusahkan Safa dengan mak cik ja.
Ummi Aqso yang mendengar ada bunyi kereta di luar rumah lalu menuju ke arah pintu untuk melihat siapakah yang datang itu..Lalu..
Puan Mahani: (berdiri di pintu rumahnya..menjengah ke arah kereta itu..) Eh Ira..Masuk la mari..(menghampiri kereta Ira..) Ira, masuk la dulu. Kita borak2.. Jangan la segan2..Jom..
Ira serba salah pula nak menolak pelawaan Puan Mahani dan Safa yang kelihatan sungguh beriya-iya itu. Lalu Ira mematikan enjin keretanya kemudian, masuk ke rumah itu. Puan Mahani menghidangkan air minuman serta kuih-muih seperti karipap dan apam. Dalam mereka seronok berbual2, tiba ada bunyi kereta masuk ke dalam garaj rumah itu. Hati Ira terdetik “ ni mesti Aqso dah balik. Waduh! Macam mana ni..Ah, lantak la..”.. Ira teruskan saja meminum air di hadapanya itu.
“Assalamualaikum” ucap Aqso.. Lalu masuk ke dalam kawasan rumahnya.. Dia ternampak seperti ada tetamu..Aqso menghampiri maknya itu..
Ummi: Waalaikumsalam Aqso. Dah balik pun..
Aqso berdiri sebelah Ira yang sedang duduk itu. Aqso terlihat Ira, lalu bertanya kepada maknya..
Aqso: Apa Ira buat kat sini Ummi?
Ummi: Ira hantar Safa tadi. Ummi ajak la minum2 sekali..
Aqso: Oh..Ummi..Kejap ya..(pergi ke kawasan pintu rumahnya itu kembali..Mak Aqso kelihatan pelik)
“Jom la masuk awak. Saya nak tukar baju sekejap. Nanti kita keluar la ye. Baju saya kotor ni..Jom la..” ujar Aqso kepada seorang perempuan yang berdiri di daun pintu rumahnya itu..Setelah dipujuk, akhirnya perempuan itu mengikuti langkah Aqso. Mak Aqso ternampak kelibat seorang perempuan di belakang Aqso. Tampak terkejut juga maknya ketika itu. Ira yang membelakangkan Aqso masih tidak tahu apa yang berlaku. Puan Mahani menjengah2 juga untuk melihat siapakah yang Aqso bawa itu.
Aqso: Ummi.. (Puan Mahani memandang anaknya itu).. Ni Aqso kenalkan . Nama dia Siti Rita. Dia kawan Aqso dekat UKM tu. (sambil menunjukkan ke arah seorang perempuan di belakangnya. )
Perempuan itu bersalaman dengan Puan Mahani, Safa dan juga Ira.
Aqso: Awak duduk dulu ya. (ujar lembut Aqso kepada perempuan itu. Perempuan itu duduk di sebelah Ira.) Ummi, Aqso naik atas sekejap nak tukar baju. Lepas tu Aqso nak keluar sekejap dengan Rita. Boleh kan..(Puan Mahani mengangguk lembut.)
Aqso segera naik ke atas menuju ke biliknya untuk menukar baju yang sudah kotor dek terlanggar dengan rakannya di kampus yang menyebabkan air milo ais tumpah di atas kemeja putihnya itu. Ira tergamam juga apabila Aqso membawa pulang seorang perempuan. Puan Mahani dan Safa pun tidak menjangka tindakan Aqso itu. Namun Rita tampak seorang wanita yang cantik dan lembut. Keluarga Aqso memang mengenali Rita namun tindakan Aqso membawa balik ke rumah di saat Ira datang sememangnya satu tindakan yang amat mengejutkan. Suasana jadi tegang.
Puan Mahani: (mulakan bicara)..Rita dengan Aqso nak pergi mana lepas ini??
Rita: Kami nak pergi butik Aqso lepas itu dia ajak saya tengok wayang. (ukirkan senyuman yang amat manis)..
Puan Mahani: Ooo..Oh ya, lupa mak cik nak kenalkan..Rita, ini Ira. Ira,,itulah Rita..
Ira dan Rita bersalaman..
Rita: Hai. Saya Rita, girlfriend Aqso..
Ira: (tertelan air liurnya apabila Rita perkenalka diri dengan mengatakan dirinya itu adalah teman wanita Aqso..) Ooo.. Saya Ira.. ( Ira tersenyum tawar)..
Puan Mahani dan Safa asyik memandang antara satu sama lain melihat keadaan Ira dan Rita yang sedang duduk sebelah menyebelahi itu.
Rita: Ooo.. Jadi inilah Ira ya.. Wah ! Memang cantik dan ayu orangnya.
Ira memandang Rita dengan riak wajah yang pelik. Puan Mahani dan Safa turut serta merta memandang ke arah Rita yang berkata sedemikian..
Ira: Maksud Rita??
Rita: Aqso ada pernah cerita tentang awak. Masa itu, saya ternampak seutas gelang berwarna hitam yang ada tulisan nama AIFA AKIRA. Jadi saya tanya la dia siapa. So, dia ceritakan la tentang awak. Dia kata awak ni comel, baik, cantik, sopan-santun.
Ira: (tidak menyangka pula Aqso pernah ceritakan tentang dirinya kepada teman wanitanya itu)..Ooo, ya ke..
Rita: Ya..Saya ada juga tanya, awak dengan dia pernah ada apa2 ke?? Dia diam mula2, kemudian dia kata dia dulu rapat sangat dengan awak. Dia kata awak ni dulu kawan rapat dia lah. Betul ke?? Aqso kata juga yang awak dah bertunang, jadi sejak itu dia dah tak rapat dengan awak.
Ira: (hatinya: wah Aqso! Macam semua dah cerita ja..) Saya memang rapat dengan Aqso dulu sebelum dia belajar di UK. Saya memang dah bertunang. Adalah hampir 4 bulan. (Ira cuba mengukirkan senyuman walaupun sukar baginya bertemu dengan Rita itu yang boleh dikatakan sebaya dengan Aqso.)
Kemudian kedengaran Aqso sedang menuruni tangga sambil bernyanyi.. Setiba di ruang tamu..
Aqso: Sayang, jom keluar..
Semua menoleh ke arah Aqso..
Rita: Dah siap ??
Aqso: Dah! Jom..(lalu menghampiri Umminya dan bersalam dengan Umminya itu..).. Ummi, Aqso pergi dulu ya dengan Rita. Kami nak pergi dating. Hehe.. Bolehkan Ummi??
Rita bangun menuju kepada Aqso lalu berdiri di sebelah Aqso..
Ummi: Boleh Aqso. Jangan nakal2 ye. Tu anak dara orang, jaga baik2.
Aqso: Ummi jangan risau. Mestilah Aqso jaga isteri Aqso baik2..Heheh
Rita: (memukul manja ke lengan Aqso)..Amboi.. Gatalnya..
Aqso: (menutup mulutnya..)Eh, salah pulak! Mestilah Aqso jaga Rita. Nanti kami pergi butik sekejap. Dausi pun ikut nanti bila kami pergi tengok wayang nanti. Hihih..Ok la Ummi, Aqso gerak dulu. Assalamualaikum..
Puan Mahani: Waalaikumsalam.
Rita bersalaman dan mencium tangan Puan Mahani. Kemudian dia bersalaman pula dengan Safa dan Ira. Mereka keluar menuju ke kereta.Ira yang duduk di atas kerusi sofa itu masih terkelu. Dia tidak tahu nak berkata apa. Dia hanya tunduk. Jauh di sudut hati Ira, dia amat merindui gurau-senda Aqso itu. Kalau dulu, Aqso la yang selalu mengusiknya. Aqso memang begitu, seorang yang nakal, suka mengusik, melawak dan macam2 la untuk membuatkan orang sekelilingnya ketawa. Deruman kereta Fairlady Nissan keluar dari garaj rumah itu. 10 minit kemudian, Ira pula meminta diri untuk balik. Semasa di dalam perjalanan pulang, Ira tidak henti2 asyik memikirkan tentang Aqso dan Rita itu.
Di dalam kereta Ira..
Ira: (bermonolog sendiri) Uhmmm.. Boleh tahan cantik juga Rita itu. Patutlah Aqso suka. (tiba2 Ira teringat kata2 Rita yang mengatakan tentang gelang yang ada tulisan namanya iaitu AIFA AKIRA.) Jadi, Aqso masih menyimpan gelang itu?? Tapi kenapa?? (memicit kepalanya yang boleh dikatakan pening dengan apa yang sedang berlaku)..Kenapa Aqso cerita tentang aku dekat girlfriend dia?? Dia cerita pun semua baik2, jadi.. apa sebabnya dia mendingin dengan aku selama ini?? Hadui! Pening aku ni bha!! Nak kata Aqso ada perempuan lain dekat UK, kenapa dia masa dia balik sini, dia tak bawa sekali. Mak cik kata pun Aqso baru berkenal dengan Rita iaitu sejak dia pulang Malaysia dan bekerja di UKM. Aku cuma nak tahu kenapa dia menghilangkan diri daripada aku dan sekarang semakin kasar dengan aku. Apa salah aku?? Aku rasa aku kena jumpa Aqso sendiri. Tanya dia apa masalah dia dengan aku..Uhmmm..
Seminggu kemudian, Ira memberanikan dirinya untuk meminta penjelasan daripada Aqso tentang persahabatan mereka yang sedang menunggu waktu untuk retak. Ira menelefon Aqso dengan mengatakan dia mahu berjumpa dengan Aqso. Pada mulanya Aqso menolak, namun setelah didesak oleh Ira akhirnya dia mengalah.
Mereka berjumpa di Taman Tasik Titiwangsa pada hujung minggu. Pada hari itu mereka sepasang berpakaian serba hitam. Aqso mengenakan t-shirt berwarna hitam, seluar jeans, sepatu NIKE berwarna putih serta memakai topi berwarna hitam. Ira pula memakai t-shirt hitam bercorak LOVE di tengah2 baju itu, seluar jeans hitam, kasut tumit tinggi berwarna hitam berserta menyaluti badan genitnya dengan jaket berwarna hitam. Aqso tiba lebih awal daripada Ira. Aqso menenangkan hatinya dengan memandang tasik di hadapannya. Ira tiba lalu menghampiri Aqso yang sedang berdiri itu..
Ira: Assalamualaikum..(lembut suara Ira memberi salam)
Aqso: (bergetar jantung Aqso mendengar suara Ira yang amat lembut itu. Dia amat merindui gadis itu)..Waalaikumsalam..Uhmm, Ada apa kau nak jumpa aku??(soal Aqso dengan nada yang mendatar)
Ira: Saya nak penjelasan daripada pihak awak..
Aqso: (menoleh ke arah Ira yang sedang berdiri di sebelahnya) Penjelasan?? Maksud kau??
Ira: Kenapa awak buat saya macam ni??
Aqso: Buat apa?? (mula pening dengan soalan Ira)..
Ira: Kenapa awak bagi saya harapan lepas tu, awak kecewakan saya?? Kenapa awak sakitkan hati saya?? Kenapa Aqso ?? Apa salah saya pada awak?? (Ira sudah tidak tahan menahan rasa rindu, sayang, marah, geram dan kecewa kepada Aqso)
Aqso hanya berdiam. Ira menarik baju Aqso supaya Aqso berpaling menghadap ke arahnya. Mereka saling menghadap. Ira mula menangis. Aqso tergamam!
Ira: Katakan Aqso!! Apa salah saya sampai awak sanggup lukakan hati saya?? Kenapa sekarang awak muncul dalam hidup saya kembali?? Kenapa awak tidak tinggal terus di UK?? Kenapa tak beri saya peluang untuk lupakan awak seperti mana awak lupakan saya???!!!
Ira memukul dada dan lengan Aqso. Aqso membiarkan. Aqso masih keras membatu tanpa sepatah kata! Aqso memeluk Ira. Ira menangis teresak2 pada dada Aqso. Begitu tenang hati Ira berada dalam pelukan Aqso itu. Namun Aqso masih tidak bersuara. Aqso membiarkan Ira menangis. Aqso mengusap rambut Ira dengan lembut. Ira memejam matanya dan semakin laju air matanya mengalir.
Ira: Aqso.. Saya rindu sangat dengan awak. Kenapa hubungan kita jadi begini, Aqso?? Apa salah saya sampai awak lupakan saya?? Aqso! Kenapa awak diam?? Tidak cukupkah sudah hampir 2 tahun awak berdiam diri dan mengelak daripada saya. Saya sayangkan awak Aqso..
Aqso mula melonggarkan pelukannya terhadap Ira. Ira menjauhkan posisi kepalanya dari dada Aqso. Ira merasakan Aqso mahu berkata sesuatu.
Aqso: Ira. Sudah la. Lupakan kisah kita. Sekarang kau hak Wan. Aku tak mahu dituduh sebagai perampas. Kau sudah memilih Wan daripada aku. Kau yang curang terhadap janji kau dulu yang kononnya akan menunggu aku. Sekarang?? Inikah bukti kau yang kau setia menungguku?? Apakah bertunang dengan Wan ini bukti kau??? Sudah la Ira. Kau yang lupakan aku dulu. Kau yang sakitkan hati kau sendiri dengan lukai hati aku. Sudah la. Kau sudah pilih jalan kau bersama Wan. Lupakan aku. Aku mahu bina hidup aku bersama wanita yang tahu menghargai rasa cinta dan kasih aku!!
Aqso memalingkan tubuhnya seperti mahu pergi. Ira masih menghadap ke arah tasik. Bahu mereka sebelah menyebelahi. Aqso terlihat titisan air mata masih mengalir deras di pipi Ira. Hatinya seperti mahu mengesat air mata itu namun dia sudah kecewa dengan Ira.
Aqso: Jangan kau tangisi aku kerana kau yang meminta sebegini. Aku bukan pilihanmu.
Aqso berlalu pergi meninggalkan Ira. Ira terkesima dengan tindakan Aqso itu. Walaupun kata2 Aqso masih belum menjelaskan persoalan Ira iaitu apa yang menyebabkan Aqso abaikannya, namun Ira tahu perkara ni ada kaitan dengan Wan. Ira mahu memarahi Wan tetapi selama ini yang selalu di sisinya sama ada susah senang adalah Wan. Ira semakin keliru dengan perasaannya sendiri apabila hari perkahwinannya dengan Wan semakin menjelang tiba iaitu pada bulan hadapan.
No comments:
Post a Comment