Tinggal sehari lagi majlis pernikahan dan persandingan bagi pasangan Dausi dan Eza. Pelbagai persiapan yang telah disediakan. Kepulangan Aqso ke Malaysia sememangnya membuatkan semua orang senang hati. Aqso pun sudah menceritakan tempoh pengajian
nya yang dipendekkan dan memberitahu bahawa dia sudah pun berjaya memperoleh master. Semua kelihatan bangga dengan Aqso. Sudah la kacak, baik, malah berpendidikan pula. Memang jejaka idaman Malaya. Malam itu Aqso dan keluarga datang ke rumah Dausi. Memang sudah lama tidak melepak di rumah Dausi, begitulah kata2 Aqso. Aqso datang berasingan dengan keluarganya ke rumah Dausi kerana Aqso ada hal yang perlu diuruskan sebelum itu. Keluarga Aqso sampai dulu 20 minit lebih awal daripada Aqso.
Aqso: (memasuki rumah Dausi)..Assalamualaikum..Dausi, sorry la lambat sikit.
Lalu mereka bersalaman.
Dausi: Waalaikumsalam. Tak apa. Mak kau cakap kau ada hal. Aku faham. Janji kau datang.
Mereka duduk di ruang tamu sambil berbual. Sudah lama mereka tidak berborak-borak. Dania iaitu adik perempuan Dausi sedang menonton televisyen bersama Safa. Ibu bapa Dausi pula berbual dengan ibu bapa Aqso berdekatan dengan Safa serta Dania.
Dausi: So, sekarang kau buat apa??
Aqso: Apa lagi, sambung jadi lecturer la. Aku ada buat permohonan untuk jadi lecturer dekat UKM.
Dausi: (pelik mendengar Aqso menyebut UKM itu)..UKM? Aik, kenapa berpaling arah?? Dulu kau kan dekat UM. Tak kan diaorang tak terima kau.
Aqso: UM ada jugak beri aku tawaran tapi aku saja ja pilih UKM. Saja tukar angin. (tersenyum juga Aqso kepada Dausi)
Dausi: Ye ke? Ke kau nak larikan diri daripada Ira??
Aqso tergamam kerana bagaimana Dausi seolah2 sedang membaca pemikirannya. Sebenarnya Aqso menolak tawaran untuk menjadi kecturer di UM disebabkan Ira kerana Ira juga lecturer di situ. Aqso cuba mencari alasan untuk menafikan persoalan yang timbul di benak fikiran Dausi.
Aqso: Lari daripada Ira?? Maksud kau?? Buat apa aku nak lari daripada dia pula??
Dausi: (menggeleng2kan kepalanya) Aqso2..Aku kenal kau dari sekolah rendah tau. Bukannya kenal kau sehari dua. Kau tak cakap pun aku tahu hati kau. Aku tak mahu cakap lebih2, dah itu pilihan kau kan. Aku tak halang apa2 pun. Lagipun, memang salah kau pun sebab sebelum ni kau yang abaikan Ira. Sekarang pun dia hak orang. Memang patut pun kau jauhi dia.
Dahi Aqso mula berkerut kerana dia kurang memahami maksud kata2 daripada Dausi itu.
Aqso: Dia hak orang?? Maksud kau?? Aku patut jauhi dia?? Apa sebenarnya ni, Dausi??
Dausi: Aik! Kau masih ambil berat pasal Ira lagi ke?? (tanya sinis Dausi kepada Aqso)..Aqso2.. Aku malas la nak masuk campur. Kalau kau nak tahu, kau tanya dengan Ira sendiri.
Belum sempat Aqso mahu menanyakan kepada Dausi, tiba2
“Assalamualaikum”...suara seorang gadis daripada luar. Dausi bangkit dari tempat duduknya untuk melihatnya siapakah empunya suara itu lalu meninggalkan Aqso dalam kebingguan.
Dausi: Waalaikumsalam..Eh..Ira..ada apa ni datang malam2?? Masuk la dulu..
Ira: Ni Kak Eza suruh bagi abang.(sambil menghulurkan satu beg plastik.)..
Ira memasuki rumah itu, alangkah terkejutnya dia apabila ternampak Aqso ada di ruang tamu itu.
Ira: (hatinya bergetus)..Ish!! Apa pula mamat ni buat dengan sini?? Menyibuk ja! Menyampah!
Ira bersalaman dengan ahli keluarga Aqso dan Dausi. Lalu Ira duduk di sofa di hadapan televisyen. Aqso melihat Ira dari jauh.
Aqso: (hatinya berbisik) Ira..Ira..Makin cantik kau sekarang. Comel, ceria dan kecik ja sama seperti dulu. Cuma sekarang lebih garang. Geram aku tengok kau Ira.
Dausi duduk di sebelah Aqso..
Dausi: Ira, duduk la sini dengan kami.(pelawa Ira untuk duduk di bahagian ruang tamu bersamanya dan Aqso)
Ira: Tak apalah abang Dausi. Sini ok ja.
Dausi: Ala, sini la. Aqso nak berbual dengan Ira ni..(Aqso serta merta memandang terkejut ke arah Dausi. Dausi hanya tersenyum)..Ke Ira malu??
Ira mengetap bibirnya kerana geram apabila Dausi sengaja menyakatnya dengan Aqso. Ira bangun lalu duduk di sofa berhadapan dengan Aqso dan Dausi. Dausi menuangkan air kopi O panas ke dalam cawan lalu diberikan kepada Ira. Lalu Ira tersenyum manis dan kemudian dia menghirup kopi dari cawannya itu. Ira meletakkan kembali cawan itu di atas meja dengan tenang.
Ira: Uhmmm..Aqso.. Kata nak berbual. Asal senyap ja.? (Ira memberanikan dirinya untuk memulakan bicara)..
Aqso: (terkejut juga Ira begitu berani menanya dirinya..) Uhmm. Kau sihat??
Dausi agak terkejut apabila mendengar Aqso membahasakan diri dengan “kau aku”.. Namun Dausi malas mahu masuk campur.
Ira: Sihat . Awak?
Aqso: Aku sihat ja. Macam mana kau nampak aku ni, macam itu jalah.
Ira: (hatinya menjerit)..Aggggrrrhh!! berlagak je lebih!!!
Dausi: (menyampuk)..Ira datang sini siapa hantar?
Ira: Wan..
Aqso yang sebelum ni hanya menunduk, namun apabila mendengar nama Wan bergetar2 di ruang udara setelah terkeluar dari mulut Ira dengan serta merta dia mendonggakkan kepalanya lalu memandang tajam ke arah Ira. Hatinya rasa marah apabila nama itu disebut. Dirinya dirasakan sedang disuburi dengan benih2 kebencian dan kemarahan dengan perkataan WAN itu. Aqso cuba berlagak tenang. Tepat jam 11.30, mereka yang bertandang di rumah Dausi, bangun untuk meminta diri.
Ira: (mendekati Dausi)..Abang Dausi. Boleh tak hantar Ira??
Dausi: Wan tak ambil ke??
Ira: Tak, dia ada shooting tadi. Tu yang dia hantar saja ke sini.. boleh tak? Kalau tak boleh, tak apalah Ira naik teksi ja.
Dausi: Ish Ira ni. Malam2 nak naik teksi, bahaya la. Awak tu perempuan.
Tiba2 Puan Mahani menyampuk..
Puan Mahani: Ira, Aqso boleh hantarkan kamu tu. Kesian mak cik tengok Dausi, dah malam ni. Esok pagi2 dah kena gerak ke masjid kan.
Aqso tergamam apabila maknya menyuruhnya menghantar Ira pulang. Pada mulanya Aqso melawan juga, namun apabila maknya mula memarahinya sedikit, akhirnya dia akur. Ira terasa serba salah namun jika hendak naik teksi, keadaan terlalu bahaya. Aqso dan Ira menuju ke kereta Fairlady milik Aqso itu yang berada di luar pagar rumah Dausi. Langkah Ira terhenti apabila sudah berada di hadapan kereta itu.
Aqso: Laaa. Cepat la masuk. (sudah hendak masuk di dalam kereta.. dia memasukkan kaki kirinya di dalam kereta..) Ira, tak nak balik ke? (Ira menunduk menyepi..) Waduh!..Hoi! Cepat la masuk. Dah malam ni..(teriak Aqso kerana geram tiba2 Ira tidak mahu masuk ke dalam kereta.)
Tiba2, tidak semena2, Ira menangis. Aqso terkejut.
Aqso: (hatinya: Laa!! Dia nangis ke?? Waduh!! Alahai! ) Uhmm..Kau nangis ke?? Kenapa?? (Aqso menghampiri Ira) Kau kenapa ni? Aku minta maaf la sebab jerit dekat kau tadi. Jom la aku hantar kau balik..(lalu membukakan pintu buat Ira..) Ira, masuk la.
Ira mengelap air matanya lalu turuti arahan Aqso untuk memasuki kereta itu. Aqso menutup pintu itu lalu berlari ke arah pintu bahagian pemandu. Aqso masuk, lalu dia meluncur laju menuju ke rumah Ira. Di dalam kereta Aqso. Lagu TOLONG INGATKAN AKU daripada ANA RAFFALI sedang berkumandang di corong radio kereta Aqso.
Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita
Aqso menjeling2 ke arah Ira yang duduk di sebelah itu. Ira sedang duduk bersila.
Aqso: (hatinya berhujah)..Asal pula Ira nangis tadi? Salah aku ke?? Waduh! Macam mana ni?? Aik! Duduk dalam kereta aku sampai bersila. Uhmmm.. Ingat kereta dia ke apa?? (Aqso mencuri2 lihat wajah Ira)
Ira yang perasan dengan tindakan Aqso yang curi2 melihatnya, lalu berkata..
Ira: Kalau dah bawa kereta tu, bawa sajalah. Jeling2 tengok saya buat apa? Kang excident, marah saya..
Aqso mencebik bibirnya kerana geram apabila Ira berkata begitu.
Aqso: Ehemm. Kau ok ke? Kenapa tadi kau nangis? (bertanya kerana risau lihat Ira)
Ira: Apa awak kesah? Sejak bila pula awak ambil berat pasal saya? (muka Ira masam mencuka)
Aqso: Aku tanya ja. Kau jangan la perasan aku suka kau..
Ira: Siapa pula perasan? Saya pun tak nak kalau awak suka saya pun. Jadi, awak pun jangan la perasan sangat yang saya suka awak ok! (hatinya pula brbisik, “Argggh! Mamat ni!! Ego je lebih!!! Perasan je aku suka dia!!!)
Suasana jadi sepi . Ira malas mahu melayan Aqso yang kini semakin kasar cara pertuturannya. Ira tidak menyesal lebih memilih Wan yang sentiasa berlembut dengan dia. Tiba2 telefon Ira bordering. Skrin BlackBerry itu menunjukkan nama WAN. Lalu Ira menjawab panggilan itu.
Ira: Hello sayang. Saya tengah on de way nak balik rumah la ni. Sayang shooting macam mana? Dah selesai..?? Ooo..sayang jaga diri baik2 ya. Kalau ada apa2, call Ira ok. Ira dah makan dah.Sayang?? Ooo,bagus la dah makan. Ok2, nanti kita jumpa esok. Esok datang rumah saya tau. Ira sayang juga kat Wan. Jaga diri ok. Ok, bye..
Ira mematikan panggilan itu. Nafas Aqso mula tidak tentu arah mendengar Ira menjawab panggilan itu. Berbulu2 telinga Aqso mendengar perbualan Ira dengan kekasih Ira itu. Jiwa Aqso mula cemburu apabila Ira menyebut perkataan “sayang”. Aqso menekan pedal minyak dengan lebih kuat. Keretanya seperti mahu terbang kerana terlalu laju. Aqso memberanikan diri untuk bertanya siapakah yang menelefon Ira itu tadi.
Aqso: Uhhmm..Siapa telefon kau tadi? (mengetap bibirmya kerana ragu2 dengan soalannya itu)
Ira: Wan. (selamba saja Ira menyebut nama itu). Kenapa??
Aqso terkedu apabila nama Wan terkeluar daripada bibir Ira.
Aqso: Kau dengan dia.. Uhmmm.. (terketar2 suara Aqso)..Uhmm, dia boyfriend kau ke??
Ira: Tak la..
Hati Aqso bersorak juga apabila Ira mengatakan bahawa Wan bukan boyfriendnya.
Ira: (menyambung lagi)..Wan tu tunang saya la.
Jantung Aqso terhenti buat seketika! Sepi kembali suasana di dalam kereta Aqso itu. Aqso terasa seperti sesak nafas! Dia mengenggam erat stering keretanya itu. Dia sendiri tidak tahu sama ada dia marah, cemburu atau hanya sekadar terkejut. Nafas Aqso semakin terasa kebahangannya dan semakin laju. Otak Aqso terasa kosong! Wanita yang dia cintai adalah tunangan orang! Kenapa tiada sesiapa yang beritahu? Adakah ni maksud Dausi mengatakan Ira adalah hak orang. Aqso mengetap bibirnya dengan kuat kerana berita itu amat mengejutkan dirinya.
Aqso: Uhmm.. Bila? (tanya Aqso ringkas)
Ira: Tiga bulan yang lepas.
Aqso: Kau sayang dia??
Ira: Bukan itu masalahnya. Dia yang sentiasa berada di sisi saya. Dia tahu menghargai saya. Dia tidak pernah mensia-siakan saya. (mata Ira gerlang memandang Aqso)
Aqso: Jadi kau tak cinta dia bukan??
Ira: Sudahlah Aqso. Cinta atau tak cinta bukan itu yang jadi isu sekarang. Sekarang, saya sudah tunangan orang.
Aqso kembali membisu. Setelah hampir 30 minit perjalanan, akhirnya mereka tiba di hadapan rumah Ira. Aqso memberhentikan keretanya.
Ira: Terima kasih kerana hantar saya. Maaf la jika saya menyusahkan awak.
Ira membuka pintu kereta Aqso. Namun apabila dia mahu keluar, tiba2 tangannya dipegang erat. Ira terkedu. Dia menoleh ke arah Aqso dan dia melihat tangan Aqso sedang memegang tangan kanannya itu. Mata mereka bertembung membuatkan mereka semakin terpaku.Kehangatan tangan Aqso membuatkan degupan jantung Ira semakin kencang secara tiba2.
Aqso: Aku minta maaf ya.
Ira memandang pelik. Baru saja Ira mahu bertanya,
Aqso: Uhmm, dah la. Kau pergi la masuk sana.(lalu melepaskan tangan Ira)..
Ira menjadi bingung dengan sikap Aqso itu. Lalu Ira keluar dari kereta itu dan menutupi pintu kereta. Aqso pergi dengan pantasnya meninggalkan Ira di luar rumah itu. Ira memasuki rumahnya lalu dia merehatkan badannya yang sudah keletihan itu.
No comments:
Post a Comment