Mauku: Nah, ini tiket korang. Pakai kat pergelangan tangan. (sambil menghulurkan tiket kepada rakan2nya)..
Wan: kita nak pergi main dekat mana dulu ni? Indoor or Outdoor??
Mauku: Aku rasa better cuba Indoor dulu. Lepas tu kita gerak pergi Outdoor..Ok?
Nurul: Ok ja. Ikut korang la..
Ira seolah2 mencari2 kelibat seseorang..Lalu..
Mauku: Ira! Kau cari siapa? Dari tadi aku tengok kau terjengah-jengah
Ira: Hah? Tak ada apa2 la..Jom la..
Mereka pun mencuba segala permainan yang terdapat di First World Plaza Indoor Theme Park itu seperti roller coaster,haunted adventure dan berbagai permainan lagi. Beberapa buah negera menjadi tema di kawasan Indoor Theme Park itu seperti negara Itali, Perancis, England, America dan tidak ketinggalan ialah negara tanah air kita iaitu Malaysia di mana Menara KLCC menjadi lambang kebanggaan kita.
Setelah hampir sejam lebih mereka mencuba permainan di Indoor Theme Park, kemudia mereka bergerak menuju ke kawasan luar bagi menikmati keseronokan dunia keremajaan mereka. Keterujaan semakin memuncak apabila mereka dikeliling dengan permainan2 yang begitu menakjubkan. Biasalah remaja, sukakan keseronakan dan mencabar. Antara permainan yang mereka cuba ialah Spinner, Space Shot, Flying Coaster, Vintage Cards dan lain2 yang menarik perhatian..
Setelah hampir dua jam mencuba pelbagai jenis permainan,,
Wan: Weyh, korang! Aku lapar la.
Ira, Eza: Aah la. Jom la makan dulu..
Mauku: Itulah..Dah lunch dah ni. Kita makan dulu ya. Kemudian kita sambung lagi.
Kemudian mereka jumpa gerai makanan. Masing2 kelihatan kebuluran seperti setahun sudah tak makan. Ira yang bertubuh kecil itu pun mencekik seperti untuk setahun bekalannya. Ira yang sangat lapar itu makan 2 bungkus nasi lemak, jagung, 2 cawan teh ais limau, 2 bungkus sandwich dan semangkuk mi bandung.
Eza: Woi, dik! Gila bha kau makan hari ni. Tak pernah aku tengok berselera macam ni.
Ira: Alah kau ni. Aku makan sikit, kau kata diet la. Bila berselera sikit, kena sound juga. Waduh..
Mauku: Tu bukan selera sikit Ira. Dah gila berselera kau ni. Sepanjang aku kenal kau, tak pernah lagi aku tengok kau makan macam ni.
Wan: Aah la Ira. Semua kau bedal.
Idah: (menyampuk)..Hahah..Aku dengan Nurul dah kenal sangat dengan Ira ni. Dia memang jarang makan banyak, tapi kalau dah kebulur tu, peh..Dia makan memang tak ingat dunia.
Nurul: Betul ..kitaorang satu bilik dengan dia. Pernah satu malam tu, dia makan manggie dekat 4 cawan beserta 2 cawan air milo. Terkedu aku bila first time tengok dia makan macam itu. Badan ja kiut miut kecil, tapi kalau dah kebulur, makanan tu semua hak dia..
Ira: Hahaha.. Aku lapar sangat hari ni. Tak tahu la kenapa tiba2 ja. .Uhmm
Sebenarnya Ira masih mencari2 kelibat Aqso. Kenapa dia tidak jumpa Aqso sepanjang dia bermain di Indoor dan Outdoor Theme Park dengan yang lain2. Mencari kelibat Aqso sebenarnya yang membuatkan Ira kebulur ditambah pula asyik bermain permainan yang extreme saja dari pagi tadi. Macam nak tercabut organ2 tubuh Ira apabila mencuba Flying Fox dan Space Shot tadi.
Ira: Alhamdulillah..(tanda sudah kenyang melahap segala makanan yang dipesannya dengan bersih).. Lepas ni kita nak try game yang mana pula??
Mauku: Apa kata kita main games yang slow2 petang ni. Macam boating, double deck carousel, monorail ke..(sambil menunjukkan permainan2 tersebut di dalam pamplet yang ada pada mereka)..Lagipun, kita baru lepas makan ni. Karang naik roller coaster kang, mahu termuntah pula.
Ira: Aku setuju. Kang habis la makanan yang aku dah sumbat ni. Hehehe..
Idah: Ok. Tapi, apa kata sekarang kita pergi jalan2 dulu. Kita bergambar ke. Kemudian kita pergi solat Zuhur. Lepas tu, baru kita sambung main games tadi.
Eza: Ok. Jom la..
Lalu mereka beredar dari gerai makanan itu. Mereka berjalan2 santai untuk menikmati kedingingan angin yang bertiup di dunia Genting itu sambil bergambar bersama2 dengan berlatarkan pemandangan yang indah serta menakjubkan.
Dalam Ira melihat2 pemandangan dunia Genting itu, tiba2 dia ternampak kelibat Aqso. Tetapi bukan Aqso seorang saja. Aqso bersama seorang perempuan! Ira pula yang tadi tenang ditiup angin2 yang membeku, kini secara tiba2 suhu badannya terasa panas melihat adegan “panas” Aqso dengan perempuan itu. Mereka tertawa riang sambil bergambar bersama dan menikmati aiskrim yang berada di tangan masing2. Entah kenapa Ira terasa “marah” melihat Aqso bersama perempuan lain.
Ira: (hatinya berbisik kemarahan)..Itu Aqso.. Siapa pula perempuan dengan dia tu? Mesranya. Pegang2 tangan, makan aiskrim pula lagi. Mesti aweknya ni. Menyampah betul. Semalam Aqso kata dia datang seorang saja. Sekarang berdua! Dengan perempuan pula tu! Arggghhh!!
Kemudian, Ira berlari menuju ke bilik air. Eza dan rakan2 Ira yang lain semua pelik melihat kelakuan Ira yang berubah secara mendadak.
Mauku: Eh Ira ni. Kenapa pula tiba2 blah ja. Woi Ira..( sambil memekik nama Ira)..
Eza: Dia pergi bilik la tu. Biar la. Kita tunggu sini dulu.
Nurul: Mauku, jom makan aiskrim.
Idah: Aah la. Jom. Dah lama tak makan aiskrim.
Mauku: Jom la..
Lalu mereka pergi membeli aiskrim di gerai berhampiran. Eza terima mesej daripada Ira semasa senang menikmati aiskrin cornetonya..
“ Kak, Ira rasa tak berapa sihat la. Aku dah ada dekat kawasan Indoor. Kau layan la kawan2 aku tu. Kau jangan cakap pula yang aku tak berapa sihat tau. Kang diaorang terus tak mahu main pula. Kau cakap ja aku ada hal. Kau enjoy2 la dengan member2 aku tu. Aku ok ja cuma kat luar tu sejuk bah. Itu yang aku masuk kawasan Indoor. Ok. Bye. Nanti kalau korang dah masuk kawasan Indoor, mesej bha sama aku. Daa ..”
Wan: Siapa mesej ? ( sedang duduk di sebelah Eza)..
Eza: Ira. Dia kata dia ada hal dan tak payah tunggu dia. Dia suruh kita main ja.
Wan: Hal apa pula?
Semua memandang Eza untuk mendapatkan kepastian.
Eza: Entah dia. Dia kata dia ok ja. Tak perlu risau la. Ira tu jenis reti jaga diri.
Mauku: Itu aku tahu, Eza. Tapi kalau iya pun beritahu la kalau ada apa2. Ni tadi tiba2 ja blah..
Nurul: Ala, ada la hal tu si Ira. Ira tu memang jenis suka berahsia. Tapi aku yakin, dia pandai jaga diri. Jangan risau la.
Idah: Lepas ni, korang nak main apa pula?
Mauku: Jom main go kart nak?
Wan: Hah, tadi aku nak ajak kau gak. Jom..
Lalu mereka ke kawasan Grand Prix Fun Kart. Mereka kelihatan seronok bermain go kart itu walaupun tanpa kehadiran Ira. Mauku tidak henti menyakat Nurul dengan melanggar go kart Nurul dengan sengajanya.
Nurul: Woi, Mauku. Berdengki la kau, asyik langgar aku ja.
Mauku: Hahaha.. Padan muka kau..(Mauku kelihatan gembira dapat mengusik Nurul.)
Nurul: Ish, jahat la. Aku nak main ni. Tepi la..
Mauku: kahkahkah..(lalu beredar juga lepaskan Nurul kerana perasaan kesian pula menyinggah di hatinya dikala melihat Nurul)
Ira pula bersendirian di kawasan Indoor Theme Park. Hatinya bercampur baur dengan pelbagai perasaan..(cemburu, marah, menyampah dan geram…cemburu? Bak kata orang2 tua, cemburu itu tanda sayang..adakah Ira mula sayang kepada Aqso sehingga timbul rasa cemburu??? )..Ira sedang duduk makan burger di Burger King. Kemudian, satu suara macho menegurnya..
Aqso: Assalamualaikum..Hai..
Ira: (terkejut lalu memandang wajah yang menegurnya)..Waalaikumsalam..hah? Aqso?
Aqso: Hihih..Yalah saya. Kenapa, awak pernah jumpa pelanduk dua serupa dengan saya? Siapa nama pelanduk tu?
Ira: Bukan la. Saya tak sangka pula kita terserempak di sini..(hati Ira masih bengang melihat wajah jejaka itu..)
Aqso: Boleh saya duduk teman awak makan? Seorang ja ka?
Ira: Seorang? Mana ada,. Tak nampak ada 100 orang duduk dengan saya ni..(cuba melawak walaupun hakikatnya dia geram dengan Aqso)..
Aqso: Melawak pula dia ni. Saya duduk ya..(lalu menarik kerusi kemudian duduk di hadapan Ira..Matanya bertentangan dengan mata Ira..Berdegup2 laju jantung jantannya apabila melihat renungan mata Ira itu)
Ira: (hati berbisik)..Kenapa pula mamat ni duduk sini. Waduh..(kemudian Ira bersuara)..Ehemm. duduk sini, awek tak marah ke?? (soal Ira seperti serius)..
Aqso: Awek? Haha.. Saya masih single ok..
Ira: (hatinya: konon single..sudah la..)..Ooo..iyalah tu..
Kemudian seorang lelaki memegang bahu Aqso. Di sebelah jejaka itu, ada pula seorang perempuan. Ira hanya mendiamkan diri..
Aqso: Woi, Dausi. Datang pun kau. Jom join aku makan.
Dausi: (bersalam dengan Aqso)..datang la demi kau..Aik, awek baru nampak…(sambil memandang Ira)..
Ira: (hatinya bersuara)..Aik,,siapa pula mamat dengan perempuan. Asal perempuan lain pula..Waduh..confuse aku dibuatnya..
Aqso: Hahaha..Gadis comel ni Aifa Akira. Isteri aku..Panggil ja Ira..
Ira tergamam apabila Aqso mengatakan bahawa dia adalah isteri kepada Aqso. Dausi yang perasan wajah Ira kelihatan terkejut dan takut, lalu dia bersuara..
Dausi: Oo..Ira..Ira, Aqso bergurau jalah. Jangan takut ya. Saya tahu awak bukan isteri dia..(sambil menepuk bahu Aqso)..Kau ni pun Aqso, suka bergurau tak bertempat. Kang tercekik budak tu baru kau tahu..
Aqso: Hahah..Sorry ya Ira. Saya bergurau ja. Yang ni, kawan baik saya..Namanya Dausi. Sebelahnya tu, adik dia..Dania..
Ira: Ooo..Hai..(sambil bersalam dengan Dania)..
Setelah selesai makan, mereka berempat pergi bermain di kawasan Outdoor Theme Park. Ira masih tertanya2 siapakah perempuan yang dia nampak bersama Aqso tadi. Kenapa tadi bersama Aqso, sekarang tiada pula. Adakah ini semua mimpi?? Ira cuba memicit2 pipinya bagi mengatakan pada dirinya bahawa sekarang dia berada dalam dunia realiti. Wajah perempuan yang bermesra dengan Aqso tadi sememangnya dikecam oleh Ira. Ira mahu mengetahui siapa perempuan itu tapi takut pula baginya untuk bertanya kepada Aqso. Adakah Ira takut jika cemburunya jelas kelihatan apabila bertanya tentang perempuan itu? Atau Ira masih tidak menyedari bahawa dia sedang mencemburi Aqso apabila melihat Aqso bersama perempuan lain?? Aqso yang perasan Ira seperti sedang dilanda kerisauan dan keresahan kerana lantang terbaca dari riak wajah Ira itu, lalu Aqso mengajak Ira untuk aktiviti boating. Semasa mereka hendak masuk ke dalam bot itu, Aqso sempat memetik sekuntum bunga berwarna merah. Lalu diberinya kepada Ira semasa mereka sedang mengayuh..
Aqso: Ehem…bunga untuk awak..(sambil menghulurkan bunga yang dipetiknya tadi kepada Ira)..
Ira: (hatinya berbisik: Romantiknyaaa..sukaaaaaaaa..) Hah? Thanks..
Aqso: Sorry la sebab bunga tu tak ada kumbang. Awak pun single lagi kan. Nanti kalau awak dah berpunya beritahu la, nanti saya tangkap pula sang kumbangnya..Hihihi..
Ira: Ada2 saja awak ni Aqso..
Kebijaksanaan Aqso dalam menjadikan suasana romantik membuatkan Ira terus terlupa buat sementara waktu tentang perempuan yang dianggap oleh Ira sebagai “awek” Aqso. Setelah boating, mereka bersama Dausi dan Dania mencuba Tea Cup,Double Deck, Monorail, Mini Train, Matahari. Aqso tidak henti2 mengusik, menyakat Ira serta melawak. Sehinggakan Ira menggelarnya Pak Lawak.
Kemudian, Ira mendapat mesej daripada Eza yang mengatakan bahawa dia dan yang lain sudah berkumpul di First World Plaza Indoor Theme Park. Lalu,
Aqso: Siapa mesej tu. Pakwe ke?
Ira: bukan la..Akak saya. Saya kena balik ke Indoor pula. Kawan2 saya dah tunggu.
Aqso: Ooo..Jom la kita pergi sama..(sambil mengajak Dausi serta Dania)..Mari..
Ira: Tapi, semalam kata jangan beritahu yang lain2..
Aqso: Itu semalam..sekarang ini dah hari lain kan. Jom la. Karang lambat pula. (yang sebenarnya Aqso hendak berjumpa dengan “bakal akak ipar”nya itu.Ingin berkenal dengan ahli keluarga Ira..)
Mereka berempat pun berjalan menuju ke kawasan Indoor Theme Park. Eza dan yang lain kelihatan pelik apabila melihat kelibat Ira dengan Aqso terutama sekali Wan dan Mauku..
Ira: Weyh, korang. Sorry la lambat.
Eza: Dik! Siapa mamat ni?
Ira: Nama dia Aqso..(dengan selamba saja Ira perkenalkan Aqso kerana Ira terlupa bahawa Aqso itu pensyarahnya)..
Aqso: Uhmm..Saya Aqso Aiman. Pensyarah mereka. (sambil bersalaman dengan Wan dan Mauku)..Umm..saya rasa lebih baik saya minta diri dulu ya. Assalamualaikum..
Lalu Aqso,Dausi dan Dania beredar. Eza dan rakan2 Ira masih pelik kenapa Ira bersama Tuan Aqso. Ira menjelaskan dia hanya terserempak dengan Tuan Aqso. Ira nampaknya cuba menyembunyikan kisah “romantik”nya bersama Aqso. Kemudian, mereka berangkat pulang dari tanah Genting Highlands. Wan menghantar semua pulang ke kediaman masing2. Pada hari Sabtu pula, Ira dan kakaknya, Eza pulang ke kampung halaman iaitu di Sabah.
kredit buat suha lukman
No comments:
Post a Comment