Safa selaku orang tengah antara Aqso dan Ira berasa risau apabila mendapat tahu ada masalah yang melanda dalam perhubungan mereka. Safa ada juga menghubungi Aqso namun apabila ditanya tentang Ira, Aqso hanya berkata ok lalu menukar topik lain. Kegusaran yang tahap maksimum sememangnya melanda dalam diri Safa. Buntu baginya untuk membantu Ira kerana Aqso tidak memberitahu masalahnya.
Antara perbualan Safa dan Aqso di telefon mengenai Ira
Safa: Bang.. Kak Ira dengan abang, macam mana?
Aqso: Ok ja Safa.
Safa: Abang tipu. Korang tak ok kan. Abang ! Apa masalahnya? Kenapa abang buat kak Ira macam itu?
Aqso: Safa, kami ok ja. Cuma abang sibuk la akhir2 ni.
Safa: Sibuk sampai berbulan2 tak telefon kak Ira?? Kenapa begitu? Kak Ira bagi mesej dekat facebook pun abang tak reply kan? Kenapa? Sibuk juga? (safa semakin geram dengan abangnya yang membuat Ira seperti tergantung tanpa tali )
Aqso: Safa. Abang ada alasan abang. Biarlah kami yang selesai masalah kami sendiri. Safa jangan la masuk campur. Ni hal orang dewasa.
Safa: Bang! Safa dah umur 22 tahun dah bang. Dah boleh kahwin dah pun. Abang ingat Safa masih budak2? Kenapa ni bang? Kesian kak Ira tu tau. Asyik tanya pasal abang ja. Safa nak jawab pun, Safa tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Abang berbincang la dengan kak Ira. Bukannya hanya berdiam diri saja. Beritahu perkara sebenar!!
Aqso: Uhmm.. Yalah. Tengok la nanti. Ummi dan Abah sihat? Study macam mana, Safa? Ok?
Begitu lah Aqso, apabila Safa mula berbebel tentang dia dan Ira. Belum sempat lagi Safa mengorek rahsia abangnya itu, Aqso sudah menukar tajuk perbualan.
Semenjak kes Aqso cemburu apabila Wan yang menjawab panggilannya semasa menelefon Ira sehingga kini, sudah hampir 5 bulan Aqso tidak menelefon Ira. Aqso menyepi daripada Ira tanpa sebarang penjelasan yang utuh. Pada mulanya, beberapa minggu selepas kes Wan menjawab panggilannya itu, hati Aqso kembali sejuk dan pulih daripada perasaan cemburu tentang Wan dan Ira. Namun hatinya kembali panas apabila suatu hari Aqso membuka Facebook nya untuk memohon maaf kepada Ira.
Pada hari itu,...
Aqso membuka akaun facebooknya lalu melawati facebook orang yang amat dia sayangi iaitu Ira. Begitu banyak gambar yang sudah dimasukkan. Aqso klik pada “PHOTOS”.. Aqso tergamam !
Aqso: Wan?? Kenapa banyak gambar dengan Wan?? Ni tempat lain, itu tempat lain pula? Ira ! Adakah kau selalu bersamanya di saat ketiadaanku? Kau tahu kan hatiku cemburui dirimu apabila kau bersamanya? Kenapa hanya ambil gambar berdua sahaja? Tapi bila dengan yang lain, beramai-ramai pula.
Hati Aqso yang tadi mula memaafi Ira kini perasaan cemburu dan sakit hati kembali menawan hati jantannya itu.
Aqso: (penuh rasa marah)..Inikah bukti yang kau menunggu ku? Atau itu hanya kata2 pujangga kau untuk mempermainkan aku? Katakan Ira. Kenapa kau buat begitu jika kau tahu perbuatanmu itu menyakitkan hatiku? Salah aku kah lebih memilih UK daripada dirimu? Namun kau juga yang lontarkan kau akan setia menunggu ku? Begitu “halus” caramu mempermainkan hatiku.
Aqso ada juga membaca mesej daripada Ira yang dihantar ke akaun facebook nya itu. Antara mesej Ira untuk Aqso berbunyi sebegini..
“SALAM AQSO. KENAPA SUDAH LAMA TIDAK TELEFON SAYA? SAYA BAGI MESEJ PUN TAK BALAS. KENAPA? AWAK MARAH SAYA KE? ATAU AWAK SUDAH LUPAKAN SAYA? BERITAHU LAH AQSO KEADAAN AWAK. BERITAHU LA SAMA ADA AWAK JADI SEBEGINI DISEBABKAN SALAH SAYA ATAU APA? JANGAN BUAT SAYA BEGINI AQSO. SAYA AMAT MERINDUI AWAK. KIRIMKAN LA KHABAR MU. –SAYANG IRA-”
Aqso: Iraaaa.. Tegar awak mengatakan saya sudah melupakan awak. Setiap hari wajah dan nama awak sentiasa di hati dan ingatan saya. Itukah fitnah awak setelah awak yang curang kepada kata2 janji awak kepada saya? Memang salah awak Ira. Namun saya tidak tegar untuk menyatakan kepada awak tentang itu. Hati saya terlalu terluka Ira sebab TAK PERLU UCAPKAN SEPATAH KATA, KERNA LANTANG TERBACA DARI MUKA. Wajah awak kelihatan mesra dengan dirinya tanpa kehadiran saya di sisi awak. Adakah masih ada rasa cinta kepada saya dalam hati awak jika begitu?
Lagu DAN BILA ESOK daripada SOFAZ berkemundang menjelaskan hati Aqso yang mula putus harapan terhadap janji Ira. Aqso sememangnya suka memendam rasa.
Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa
Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya
Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya
Keadaan Ira pula semakin parah yang masih menunggu berita daripada Aqso. Ira memang mendapat berita daripada keluarga Aqso tentang keadaan Aqso di UK. Namun hati Ira kecewa kerana Aqso tidak menghubunginya. Namun apabila Ira bertanya kepada keluarga Aqso, mereka berkata Aqso sihat dan ok saja. Eza pula semakin runsing melihat keadaan adiknya itu yang kerap termenung dan selalu berkurung di bilik. Dengan sekarang Eza semakin sibuk untuk membuat persiapan untuk majlis pertunangan yang bakal diadakan hujung tahun itu bersama Dausi.Ditambah pula melihat adiknya yang sentiasa murung sememangnya membuatkan Eza semakin serabut.
Eza mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Dausi untuk meminta pertolongan Dausi tentang Aqso.
Dausi: Eza? Ada hal apa awak? Nak cepatkan tarikh perkahwinan ke?
Eza: (memukul manja di lengan Dausi)..Ish ! Bukan la. Gatal ea..Majlis tunang pun belum siap cik abang nak bincang pasal majlis kahwin pula.
Dausi: Hihihi..Saya dah tak sabar la nak kahwin dengan awak..
Eza: Saya tahu. Tengok rupa pun tahu dah kempunan nak kahwin kan. Sebenarnya saya datang sini sebab nak tanya pasal Aqso.
Dausi: (mukanya bertukar pelik)..Kenapa? Awak nak kahwin dengan dia ke? Awak jangan..
Eza: Dausi..Aqso tu adik saya punya la. Awak itu hak saya.. Hihih. Adik saya makin murung la Dausi. Awak tolong la tanya Aqso apa sebenarnya yang berlaku. Awak dah beritahu dia, kita akan bertunang hujung tahun ni?
Dausi: Tahu pun awak, saya hak awak.. Hihi. Ya Allah. Saya pun tak faham kenapa dengan Aqso tu. Saya sudah banyak kali tanya dia pasal Ira dan automatiknya dia akan tukar tajuk. Bila saya berkeras, dia cuma cakap dia dengan Ira ok saja. Gaduh2 itu adatlah. Bila saya tanya kenapa dah 5 bulan tak call Ira, dia cuma cakap sibuk. Semenjak saya selalu tanya pasal Ira, Aqso sudah mula jarang telefon saya. Kalau telefon pun sekejap ja, tak sempat nak tanya pasal Ira pun. Kalau masa mula2 kat UK tu, asyik tanya ja pasal Ira. Tak faham saya dengan dia tu.
Eza: Awak rasa Aqso dah ada perempuan lain ke?
Dausi: Entah la Eza. Saya pun tak tahu nak kata apa. Setahu saya, Aqso itu setia orangnya. Sebelum ni pun, bekas girlfriend dia yang tinggalkan dia. Aqso ni jenis kalau dah sayang, dia akan tetap sayang. Tapi dalam kes Ira dan Aqso ni, saya pun tak tahu kenapa Aqso tiba2 “hilang” daripada Ira.
Eza: Oooo..Pening kepala saya fikir pasal diaorang tu. Tiba2 ja masing2 menyepi. Awak dah beritahu Aqso tentang majlis pertunangan kita belum?
Dausi: Heee.. belum la. Nanti saya call dia ok.
Ira: Awak, nanti awak cuba tanya dia pasal Ira ea? Tolong..
Dausi: Saya cuba ya Eza. Nanti saya cuba tanya Aqso lagi..Awak,,,Jom makan, saya lapar la...
Eza: Ok. Thanks ..Makan? Jom..
Pada waktu malam, Dausi menghubungi Aqso yang berada di UK. Lambat juga Aqso menjawab panggilan itu..
Aqso: Assalamualaikum..
Dausi: Waalaikumsalam Aqso. Aku Dausi ni. Kau sibuk ke?
Aqso: Ooo.. Tak la. Petang ni aku tak ada kelas pun? Ada apa kau telefon?
Dausi: Sana petang ea? Kat Malaysia ni dah malam dah. Sebenarnya aku telefon nak ajak kau datang majlis pertunangan aku hujung tahun ni. Kau ada cuti tak?
Aqso: Kau bertunang?? Wah! Aik..tak cerita pun dengan aku. Cuti ? Cuti dalam dua minggu kut kalau tak silap aku kalau hujung tahun ni..Weyh, siapa perempuan malang tu? Hahaha..
Dausi: Kurang ajar la kau Aqso. Perempuan itu bertuah tau dapat lelaki macam aku ni. Eza la. Siapa lagi..
Aqso: Ooo. Ye tak ye, lupa kau memang dah tangkap cintan dengan si Eza tu. Tahniah la. Wah ! Nampaknya makan nasi minyak kau dulu la..
Dausi: (serba salah untuk bertanya tentang Ira.) Aqsooo..Aku tanya sikit ya? Kau dengan Ira macam mana?
Aqso: hah? Ira? Kami ok ja kut.. (tersekat2 suara Aqso )..
Dausi: Kau jangan la tipu aku. Apa kau buat ni Aqso? Kenapa buat Ira macam tu? Apa salah dia? Eza beritahu aku Ira asyik murung ja bila kau “menghilang”.. kalau dia salah, bincang la baik2. Ni tiba2 ja kau menyepi. Telefon dia, Aqso. Please. Aku bukan nak masuk campur tapi Eza asyik suruh aku tanya kau ja pasal kau dengan Ira. Eza risau tengok Ira mula berubah. Apa salah dia, Aqso?
Aqso hanya mendiamkan diri. Hatinya kembali sakit mengenangkan wajah Ira bersama Wan seperti dalam gambar2 yang dilihatnya di Facebook Ira
Dausi: Aqsoo..sampai bila nak macam ni?? Ira dah pernah masuk wad sebab kau tau..
Aqso: hah? Ira masuk wad?
Dausi: Ya. Beberapa minggu yang lepas, dia pengsan tiba2 dekat kampus. Lepas tu kena tahan wad selama seminggu lebih juga la. Muka dia pun selalu pucat. Ira selalu juga tanya aku, Safa, parents kau tentang kau la. Tapi kau menyepi ja. Bila kitaorang tanya pasal Ira kat kau, kau terus melarikan diri. Kenapa ni?
Aqso serba salah untuk menceritakan tentang hatinya yang sudah terluka dengan Ira. Dia tidak tahu sama ada wajar atau tidak untuk berkongsi keperitan yang dirasai kepada teman baiknya itu.
Dausi: Aqso..Pendam tak selesaikan masalah. Sekarang kau libatkan nyawa Ira tau. Kalau suatu hari nanti, sampai dia terfikir nak bunuh diri, semua ni salah kau tau!(gertak Dausi) Dulu kau juga kata kau sayang dia dan cinta dia tapi sekarang apa yang kau buat? Sampai Ira tu masuk hospital. Ramai yang salahkan kau dalam ni. Sebab kau yang tiba2 hilang tanpa khabar. Apa salahnya telefon Ira?
Aqso: Uhmmm..(amat sukarnya bagi memulakan bicara. Serba salah mula menikam jiwa Aqso)..hatinya berbisik “ Iraaa.. Betul kah apa yang dikatakan oleh Dausi ni? Kau jadi begitu sebab aku? Adakah kau masih menyayangi aku? Adakah kau masih menunggu ku seperti janjimu kepada ku? Kau tidak berpaling daripada aku? Benarkah? Iraaa !!!’
Dausi: Woi ! kau dengar tak apa yang aku cakap ni?
Aqso: hah? Deee..dengar laaa.. (tergagap2 Aqso menjawabnya)..Dausi, Ok la ya. Aku ada assignment nak buat la. Nanti bila free2, aku telefon kau pula..
Dausi: Weyh! Kau datang majlis bertunang aku tak?
Aqso: tengok la nanti. Apa2 aku inform dekat FB atau aku call kau ok. Bye..Kirim salam keluarga aku..
Lalu Aqso pantas mematikan telefonnya. Dausi tergamam kerana Aqso masih belum menceritakan mengenai Ira.
No comments:
Post a Comment