Thursday, February 3, 2011

BAB 19 mAta coklatku memanahmu



Sedar tak sedar, Aqso sudah berada di UK  hampir 6 bulan. Setiap bulan dia akan menghubungi Ira serta keluarga untuk berkongsi khabar. Sepanjang Aqso berada di UK, Ira boleh dikatakan rapat dengan Wan. Mereka selalu berkeluar bersama2 dgn teman2 yang lain. Namun hati Ira tidak pernah berhenti daripada terus mengingati wajah Aqso. Dan sudah beberapa kali juga Ira menangis di sisi Wan kerana terlalu merindui Aqso. Ira hanya menganggap Wan sebagai teman. Kalau hati dah sayang serta cinta, apa boleh buat.

Suatu hari, Ira menemani Wan bermain boling.

Ira: (termenung dan hatinya berbisik rindu).. Aqso, sungguh lama 3 tahun itu. Tapi demi kau, aku tunggu. Aku pun tidak tahu bagaimana kau boleh mengetuk pintu hatiku. Dah la kau lecturer aku dulu bha. Dulu, yakin tak yakin ja aku dengan perasaan terhadapmu. Tidak sangka dah hampir 5 tahun kita kenal.

Wan: Woi..Berangan ea..

Ira: Hah?? (tersedar dari lamunannya..) kacau daun la kau ni Wan. Aku tengah fikir pasal Aqso ni. Waduh !!

Wan: Ooo..Uhmm. Turn kau la sekarang.

Lalu Ira pun mengambil bola boling dan membalingnya. Setelah itu..

Ira: Wan. Aku pergi toilet dulu ya.

Wan: Ok..

Ira pun berlalu ke arah tandas Kemudian, tiba2 lagu KU ADA KAMU berkumandang di corong sebuah telefon bimbit. Wan tercari2 bunyi itu. Kemudian dia ternampak telefon Ira yang sedang berbunyi itu di atas kerusi di tempat Ira. Wan mencapainya, lalu..

Wan: Aqso?? Kacau daun la mamat ni.

Wan menjawab panggilan itu..

Wan: Hello..

Aqso: ( hatinya: Ish ! Siapa pula ni? Kenapa suara lelaki? )..Uhmmm..Hai.. Ira ada?? Ini siapa ya?

Wan: Ni Wan. Aqso kan?  Ira pergi tandas la.

Aqso: Aah, aku Aqso. Ooo..Korang dekat mana tu?

Wan: Kitaorang tengah main boling. Aku dengan Ira ja ni. Lepas tu dia pergi tandas..(Wan sengaja beritahu yang mereka pergi berdua kerana mahu membuat Aqso cemburu dan marah).

Aqso: (cuba mengawal perasaannya)..Ooo..Ok la. Aku pergi dulu la..

Wan: Laa.. kau tak nak cakap dengan Ira ke??

Aqso: (dia sangat cemburu sebenarnya namun dia menyembunyikannya)..Uhmm. tak apa lah. Aku tengah ada kerja ni. Ok la. Bye.

Aqso mematikan panggilan itu dengan rasa amarah..

Aqso: Kau dengan Wan ja? Berdua? Kenapa tak ajak sekali Mauku ke, Idah ke, Nurul ke??? Ira !! Tidak sampai setahun aku berjauhan denganmu, tapi begitu cepat kau berubah arah. Mana perginya janjimu yang mengatakan kau akan menungguku. Mana perginya janji itu Ira?? Mana? Sampai hati kau Ira buat aku begini. Begitu setia aku pegang janjimu, tapi akhirnya kau juga yang curang pada janjimu.

Hati Aqso sebak apabila Wan yang menjawab panggilan itu. Mata Aqso mula berkaca dengan titisan air mata kejantanannya. Dia cuba menahan namun akhirnya air mata tu membasahi pipinya itu. Entah kenapa dia terasa seperti dia dipermainkan sedangkan dia belum lagi mendengar penjelasan daripada mulut Ira sendiri.

Wan pula kelihatan gembira apabila mendengar nada Aqso yang bertukar dari ceria kepada marah dan cemburu . Ira menghampiri Wan..

Ira: Oit.. Kenapa kau pegang handphone aku??

Wan: hah? Tadi ada orang telefon.

Ira: Siapa? Aqso?

Wan: Bukan la. Orang salah dail nombor la. Orang tu nak cakap dengan Mei Ling. Siapa entah. Dah la cakap cina. Mana la aku faham.(Wan mencipta alasan..Wan juga sempat memadam nama Aqso sebagai pemanggil tadi supaya Ira tidak mengetahui yang Aqso telefonnya)

Ira: Ooo..Yalah..(muka kelihatan sedih kerana sudah lebih sebulan Aqso masih belum menelefonnya..)

Kemudia, Ira terus bermain boling bersama Wan. Setelah itu, mereka makan di Old Town White Coffee. Ira termenung..

Wan: Ira, kau kenapa ni? Termenung ja. Kalau ada masalah, cerita la dengan aku. Aku kan kawan kau.

Ira: (melihat Wan dengan rasa seperti mahu meluahkan)..Aku rindu pada Aqso..

Wan terhenti untuk makan mi yang sudah berada di hadapan mulutnya itu.

Wan: (hatinya)..Tak habis2 Aqso..Asyik2 Aqso..Aqso..Tak ada ke nama lain..

Ira: (bersuara sedih)..Aku rindu dia sangat Wan. Selalunya dia telefon hujung bulan. Tapi bulan lepas dia call awal bulan.
Sekarang dah berapa hari bulan, tapi masih belum telefon aku. Kenapa dia tak telefon aku?

Wan: Entah la. Mana la aku tahu. Dia dah lupakan kau kut.

Ira terus memandang tajam ke arah Wan. Lantas dia bangun lalu bersuara..

Ira: Kau jangan nak tuduh Aqso macam itu ok ! Dah la, aku nak balik !

Lalu Ira keluar dari Old Town White Coffee itu. Wan pun mengikutinya dan menghampiri Ira..

Wan: Aku minta maaf la Ira. Aku tak berniat nak lukakan kau. Aku terlepas cakap tadi.

Ira: Whatever la Wan! Hantar aku balik sekarang !

Wan: Ok2..(kemudian, dia membuka pintu keretanya untuk Ira dan Ira memasuki kereta dengan wajah tegang)..
Wan menghantar Ira pulang. Suasana sepi melanda di dalam kereta Wan.

Aqso yang berada di UK pula lain ceritanya. Semasa dia menelefon Ira tadi, dia sedang meratapi wajah2 manja dan comel Ira semasa mereka di Pulau Perhentian. Namun apabila Wan yang menjawabnya, Aqso terus menyimpannya di dalam laci meja. Hatinya rasa seperti mahu mengoyakkan gambar2 itu lalu membakar namun dia tidak tegar untuk melakukannya. Dia amat menyayangi gadis yang berada di dalam gambar itu.

Aqso: Ira ! Adakah kau sudah melupakan ku sehingga kau pergi memilih untuk bersamanya. Salah aku kah? Jika salah ku, kenapa kau benarkan aku pergi terbang jauh daripada sisimu. Kenapa juga kau menjanjikan yang kau akan menungguku namun di akhirnya aku dapat mengetahui kau tidak menungguku daripada si dia. Adakah aku pernah melukai hatimu sehingga kau melukai hatiku seperti ini? ( Titisan berlian berwarna kejernihan membasahi pipi Aqso menandakan hati kejantannya telah kecewa)..

Pada waktu malam, di rumah Ira..

Ira sedang bersandar di atas katil empuknya yang bercadarkan merah jambu sambil memegang diarinya. Ira mula menulis..

19 SEPTEMBER 2009
SELAMAT HARI TUA CIK AIFA AKIRA.. Ucapan kau pada tahun lalu kepadaku sewaktu hari jadiku. Kini hari itu kembali, namun kau tiada di sisiku serta kau tidak meninggalkan pesananmu. Kenapa kau tidak menghubungiku? Di Facebook pun kau tidak mengucapkan selamat kepadaku. Adakah kau telah melupakan aku, Aqso? Atau aku bersalah kepadamu? Beritahu lah aku keadaanmu Aqso. Jangan kau buat aku tertanya2 tanpa ada ulasan jawapan daripadamu. Aku amat merinduimu Aqso.

Pada hari ini, iaitu pada hari jadi aku, ramai yang mengucapkan “SELAMAT HARI JADI” kepadaku kecuali kau, Aqso. Orang yang aku menanti, tapi tiada sebarang panggilan serta kejutan daripadamu. Sambutan pada kali hanya biasa2 saja. Pada waktu pagi aku sambut bersama teman2 kerja di kampus. Pada waktu petang pula, ku sambut bersama teman2 rapatku iaitu Nurul, Mauku dan Wan. Kami pergi tengok wayang, membeli-belah dan bermain boling. Namun semasa hendak bermain boling, tiba2 Mauku dan Nurul mendapat panggilan daripada penggurus masing2 yang menyatakan mereka ada penggambaran. Kemudian tinggal la aku bersama Wan. Aku dengan Wan hanya bermain boling dan kemudian pergi makan. Semasa makan dengan Wan, aku berkata kepadanya yang aku amat merinduimu Aqso. Kemudian dia berkata “Dia dah lupakan kau kut”. Aqso, adakah benar kata2 Wan itu? Aqso..Setiap hembusanku, aku sentiasa mengingatimu.
SELAMAT HARI TUA CIK AIFA AKIRA.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setelah Ira selesai meluahkan isi hatinya itu kepada “Aqso” dalam bentuk penulisan, dia meneliti gambar dan bunga ros pemberian Aqso yang diselitkan di dalam diarinya itu. Kenangan bersama Aqso bermain di benak pemikiran Ira.
Ira: (jarinya memeganga wajah Aqso di dalam gambar itu)..Aqso,, Ku amat merindui mu. Hubungi la aku Aqso. Apa sebenarnya yang berlaku kepada kau dan kita. Kau sudah berpaling daripada aku? Hingga terlupa hari ini hari jadi aku?
Tanpa diduga, titisan mutiara jatuh dari kelopak mata Ira lalu membanjiri permukaan pipinya yang halus bak sutera itu. Dia sungguh berkecil hati kepada Aqso kerana melupakan hari jadinya. Dia cuba memujuk hatinya dengan menyatakan mungkin Aqso sibuk. Namun hatinya tetap mengatakan “ tak kan sibuk sangat sampai nak ucapkan SELAMAT HARI JADI pun tak boleh”. Ira mengelap air matanya yang jatuh deras. Hatinya terasa pedih apabila menyebut nama Aqso kerana dia amat merindui jejaka itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aqso termenung duduk di taman kampusnya di UK.
Aqso: Kalau ikut waktu Malaysia, dah malam ni. Ira mesti dah tidur. SELAMAT HARI TUA CIK AIFA AKIRA. Ya allah, kau hantarkan la ucapan ku kepada Ira dalam bentuk pelukan yang bisa dia rasakan. Ira, maafkan saya tidak menelefon awak kembali. Saya masih terasa apabila Wan yang mengangkat panggilan itu. Saya perlukan masa. Tapi, saya tetap sayangkan awak, Ira. Ya allah, adakah Ira sudah melupakan aku? Sehingga keluar berdua bersama Wan? Atau hanya aku yang cemburu membabi buta dan mendiamkan diri tanpa meminta penjelasan daripada Ira? Ya Allah, ku amat merindui Ira.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ira yang terlalu merindui Aqso itu lalu dia memeluk bantal dengan erat. Entah kenapa dia terasa kehadiran Aqso ketika itu. Terasa seperti dia dapat merasai pelukan hangat daripada Aqso. Hatinya pedih mengenangkan Aqso tidak mengucapkan selamat sempena hari lahirnya. Ira masih membalas pelukan hangat kepada bantal itu. Akhirnya Ira terlena dalam pelukan hangat yang dihantar oleh Aqso dari UK itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Beberapa minggu kemudian, Ira kelihatan resah kerana Aqso masih belum menghubunginya melalui telefon dan berkongsi khabar di Facebook. Dah hampir 2 bulan tanpa berita. Ira semakin rasa tidak selesa. Rindu sememangnya sudah menyerang dalam hatinya sejak dari mula Aqso di UK.

Ira: (bermonolog).. Kenapa Aqso masih belum telefon aku. Dekat Facebook pun senyap saja. Bagi mesej, tak reply pula. Aqso, kau ok ke? Adakah benar yang dikatakan Wan bahawa kau sudah melupai aku di sini yang sentiasa menunggumu ? Berilah jawapan yang jelas Aqso? Jika aku salah, katakan. Namun jika kau salah, luahkan la kata maafmu. Daripada kau menyepi tanpa berita seperti ini sememangnya membuatkan aku resah.

Ira masih mengelamun tentang Aqso. Semenjak akhir2 ini, Ira selalu termenung sendiri di biliknya di kampus apabila tiada kelas untuk diajarkan. Tiba-tiba Ira bersuara..

Ira: Safa !! Kenapa aku tak terfikir pasal Safa? Aku mesti jumpa Safa ! (Ira bertekad untuk menemui Safa bagi mendapatkan jawapan tentang Aqso)..

Ira mecapai telefon BlackBerry yang terdampar di atas mejanya lalu menghantar mesej kepada Safa.

“SALAM SAFA. SAFA DI MANA? SEKARANG NI SAFA SIBUK TAK? AKAK NAK JUMPA SAFA. ADA HAL PENTING. TOLONG.”

Safa yang sedang berada di dalam kelas terasa pehanya digeletek dek getaran telefon bimbitnya yang menandakan ada orang menghantar mesej kepadanya.

Safa: (hati seperti hendak ketawa)..Alaaaa..gelinya peha aku.. Siapa pula la mesej aku ni??

Safa tidak membaca mesej itu kerana focus pada pensyarahnya yang sedang berada di hadapan. Ira yang tidak sabar menunggu Safa yang masih belum membalas mesejnya, lalu dia mendail nombor telefon Safa..

Gggggrrrrrrr......Gggggggrrrr.. Gggggrrrrrr..

Safa: (hatinya bergetus) Waduh ! Siapa pula telefon ni?? Alaaaa,, gelinya..waduh!! geli la gila !!(Safa memegang telefonnya yang berada di dalam kocek seluar jeans nya itu kerana tidak tahan geli apabila telefon itu bergegar..)

Gggggrrr......Gggggrrrrr......Gggggrrrrrr..

Ira di dalam biliknya sedang ke hulur ke hilir ..

Ira: Safa,, angkat la..(lalu dia duduk di kerusi untuk menenangkan hatinya)..Safa ada kelas kut. Biarkan dulu la..

Setelah tamat kelas, Safa terus mengeluarkan telefonnya dari kocek seluar lalu membaca mesej Ira.

Safa: Hah? Kak Ira nak jumpa? Hal penting? Apa pula ni? ( lalu Safa membalas mesej itu)..

“WAALAIKUMSALAM KAK IRA. MAAF LA TADI TAK BALAS MESEJ DAN TAK ANGKAT MASA AKAK TELEFON. SAFA ADA KELAS TADI. SEKARANG BARU HABIS. AKAK NAK JUMPA SAFA? OK, BOLEH. DEKAT MANA?”

Kemudian, Safa menghantar kepada Ira. Ira yang masih di dalam biliknya menerima mesej itu lalu menaip..

“SAFA DATANG BILIK AKAK..AKAK TUNGGU. SEKARANG YAAA SAFA..THANKS.”

Setelah itu, Safa bergegas ke ruang bilik Ira. Hatinya risau juga hendak berjumpa dengan Ira. Apa salahnya, Safa pun tidak begitu pasti. Safa yang tiba di hadapan pintu bilik Ira, lalu dia mengetuk untuk meminta kebenaran untuk memasuki bilik itu.

Ira: Masuk..

Safa melangkah masuk ke bilik Ira dengan rasa cuak yang semakin menebal di hatinya.

Ira: Safa..Duduk dulu Safa.

Safa menarik kerusi di hadapannya lalu duduk menghadap Ira.

Safa: Kak Ira nak jumpa? Ada apa ya? (tanya Safa dalam keadaan suara yang takut).

Ira: Safa, akak nak tanya pasal abang Aqso. Abang Aqso ada telefon Safa atau Ummi Safa tak ??

Safa: (berkerut pelik apabila ditanya soalan itu)..Abang Aqso? Ada telefon. Dia telefon lebih kurang 2 minggu yang lepas. Kenapa ya Kak Ira?

Ira: Ya ke? Abang Aqso dah dua bulan tak telefon akak. Akak bagi mesej dekat Facebook pun dia tak reply. Akak risau. Tu yang akak tanya. Beberapa minggu yang masa birthday akak, dia tak wish pun. Tak telefon, dekat Facebook pun senyap saja. Abang Aqso ada kata apa2 tak?

Safa: (pelik hatinya kenapa abangnya buat sedemikian)..Laaaa. Ya ke kak Ira? Safa tak tahu menahu pun. Abang Aqso pun tak ada pula cerita pasal Kak Ira masa dia telefon. Abang telefon macam biasa ja. Tanya khabar Safa, Ummi dan Abah. Safa ada tanya juga abang, Kak Ira dengan abang ok tak. Abang kata ok ja, macam biasa. So, Safa pun tak la tanya lebih2 kalau abang dah kata ok..

Ira: Oooo.. (mukanya tampak sedih mengenangkan Aqso)..

Safa: (terasa kesian pula melihat Kak Ira yang tertanya2 kenapa abangnya tidak menelefon)..Uhmm.. Akak ada cuba telefon abang?

Ira: Dah.. Abang tak angkat. Kalau sibuk pun tak kan la sampai tak sempat sangat nak angkat sekejap..Uhmmm..

Safa: Ehem. Macam ini lah kak. Nanti Safa cuba contact abang. Tanya abang kenapa tak telefon akak. Akak jangan risau sangat ya.

Ira: Yalah Safa. Tolong akak ya. Thanks.

Safa: Ok. Jangan risau. Safa tolong akak. Ok la, kalau tak ada apa2 lagi, Safa keluar dulu ya.

Ira: Baiklah. (lalu tersenyum kepada Safa yang sudi membantunya yang sedang buntu dengan perilaku Aqso)..

Kemudian Safa bangun lantas keluar dari bilik Ira. Dia menuju ke kantin kampus untuk menjamu selera. Ira masih memikirkan tentang Aqso yang “hilang” daripadanya secara tiba-tiba.

No comments:

Post a Comment