Thursday, February 3, 2011

BAB 6 mAta coklatku memanahmu

kredit tuk penulis muda...suha lukman


Dalam diam rupanya Mauku turut menyimpan terhadap perasaan Ira. Tidak dinafikan gaya Mauku memang mempersonakan namun masih belum mampu menyengat hati Ira supaya terjatuh cinta kepadanya. Mauku tidak pula mencuba meluahkan perasaannya terhadap Ira kerana dia sudah banyak kali terdengar cerita tentang ramai jejaka yang sudah ditolak oleh Ira. Hatinya cuba tidak terlalu berharap yang cintanya terhadap Ira terbalas. Mauku bukanlah jenis lelaki yang suka memaksa apabila melibatkan perasaan. Sesiapa saja ada hak untuk menerima atau menolak cintanya. Mauku memang rapat dengan Ira dan rakan2nya. Walaupun Mauku kaya, tetapi dia seorang yang mesra. Sangat mudah didampingi.

Pada hari Jumaat, selepas Mauku menunaikan solat Jumaat, dia menelefon Nurul supaya mengajak Ira dan Idah untuk menemaninya membeli-belah di Pavilion. Pada petang itu, mereka tiada kelas jadi Mauku bercadang mahu membelanja sahabat2nya makan di sebuah restoran kegemarannya.

Mauku: (menelefon Nurul)…Assalamualaikum Nurul. Weyh kau dekat mana?

Nurul: waalaikumsalam..Eh, Mauku. Ada apa hal kau telefon ni?? Aku dekat rumah la dengan Ira, Idah..Kenapa?

Mauku: Hah..cantekkkk..korang tak ada plan kan petang2 ni. Jom teman aku shopping dekat Pavilion. Lepas tu nanti aku bawa korang makan dekat restoran favourite aku. Aku belanja korang makan petang ni..Ok tak?

Nurul: Ooo..ok2..Ira dengan Idah kata ok..Lagi 20 minit kitaorang sampai dekat Pavilion. Kau tunggu ya..

Mauku: Oraite, aku tunggu korang dekat Pavilion. Cepat tau..nanti ramai pula minah2 KL goda aku…Hahaha..

Nurul: Ekeleh..Perasan ja mamat tiang ni. Ok2 la..kitaorang nak bersiap2 ni. Bye..

Mauku: ok..bye..

Nurul pun memutuskan talian itu. Dia, Ira dan Idah pun bersiap-siap untuk berjumpa Mauku. Kelihatan Nurul berasa sangat gembira apabila Mauku menelefonnya untuk mengajak dia keluar. Walaupun niat Mauku yang sebenarnya ialah untuk mengajak Ira keluar. Mauku lebih rapat dengan Nurul namun hatinya tertarik dengan Ira. Nurul memang sekepala dengannya. Gila-gila, sporting, cool…Itulah sikap mereka. Oleh sebab itulah Mauku lebih selesa berkongsi serta berkomunikasi dengan Nurul berbanding dengan Ira dan Idah. Namun Mauku masih tidak menyedari persamaan sikapnya serta kegemarannya dengan Nurul. Bak kata orang cinta masih belum berputik..

Semasa di Pavilion…

Mauku: Alahai..mana lah bunga2 tahi ayam aku ni..lambat gila..kata 20 minit..sekarang dah setengah jam aku terpacak kat sini.

Mauku yang berbaju kemeja belang2 berwarna hitam putih, memakai seluar jeans yang mengikut bentuk kakinya, berkasut kulit putih bertali jenama Louis Vuitton serta memakai cermin mata hitam Ray Ban kelihatan seperti menjadi perhatian kepada para gadis yang lalu lalang di Pavilion itu. Dengan ketinggiannya yang melampai sememangnya menepati ciri-ciri lelaki idaman bagi setiap perempuan, gadis serta wanita.

Nurul: (menyergah Mauku)…Woi!

Mauku: Allahuakhbar! Gugur jantung aku..kau ni Nurul, suka betul buat aku macam tu. Kang aku mati kat sini kena heart attack, kau nak jawab apa..

Nurul: Hahaha..maaf ya Mauku. Gurau2 ja. Jom shopping!

Mauku: Jom..Kenapa korang lambat sangat? Kata 20 minit dowh..

Ira: Ooo..Sorry la Mauku. Tadi masa on de way ke sini, tiba2 si Idah ni kata mahu terkucil. Dah la kitaorang dalam kereta. Mensasau juga la nak cari bilik air kat tengah jalan.

Idah: Ish… Korang ni, xpayah cerita dekat Mauku ni. (menahan malu kerana mereka lambat untuk berjumpa Mauku disebabkan dirinya)..

Mauku: Ala, relaks la Idah. Aku tunggu kat sini lama tau..korang pun bukan nak telefon ke apa ke.. macam tugu aku kat sini. Nasib baik tak sampai satu jam .. Kalau tak, memang ada punya Tugu Mauku Menunggu Sang Gadis..Hahaha..Kau nak ke??

Ira: Hahah..melawak pula kau ni Mauku. Dah la sesak tadi jalan. Dengan Idah pula tiba2 nak terkucil,. Aku suruh tahan. Nanti sampai Pavilion buang la kan. Dah dia kata dah tak tahan juga. Terpaksa la singgah sekejap dekat stesen minyak Caltex tadi. Itulah ceritanya, Encik Mauku yang membuatkan kami bertiga lambat seperti mana yang dijanjikan. Maaf la…

Mauku: Ooo.. Ok..Aku maafkan korang kali ni. Hihihi. Dah, jom shopping.

Ira, Nurul dan Idah memang kaki shopping. Biasalah. Nama pun perempuan. Sifat suka membeli-belah memang dah sebati dalam diri mereka. Semenjak Mauku berkawan rapat dengan mereka, makin menjadi-jadi mereka membeli-belah. Namun, mereka masih mengawal diri agar tidak terlalu membazirkan duit untuk membeli barang keinginan mereka. Mereka semua memang dari kalangan orang yang berada. Ibu bapa Nurul adalah berpangkat datuk dan datin. Ayah Idah pula seorang doktor. Mama dan abang Ira pula bekerja sebagai ahli perniagaan di Sabah. Kakak Ira,Eza pula bekerja sebagai akauntan apabila berpindah ke KL.

Semasa membeli-belah, kemudian mereka berpecah kerana Ira mengajak Idah untuk menemaninya membeli barang2 perempuan. Ira beritahu Nurul tentang niatnya, lalu Nurul berkata dia akan menemaninya Mauku.. Mauku yang malas nak masuk campur hanya berdiam sahaja. Mata Mauku hanya sibuk mencari baju dan jaket yang dia berkenan.

Ira: (berbisik) Nurul..Aku mahu beli itu baju.(kelihatan serba salah untuk menyebutnya).. Aku pergi dengan Idah. Kau teman la Mauku tu ea..

Nurul: (heran sebentar)..Laa, nanti kita pergi la beli sama2 dengan Mauku. Tak kan nak tinggalkan aku dengan dia..

Ira: Hey..Tak boleh bah kalau Mauku ikut. Aku mahu pergi bahagian perempuan itulah..Ala, kau ni, buat2 blur pula..Dush,,dush..(geram pula Ira melihat Nurul)..

Nurul: Hah? Bahagian perempuan? (fikir sebentar)..Oooo..baru aku tahu..Ooo..ok2..faham2..

Ira: Alahai kau ni. Lambat bah. Kang dia ikut, segan la aku. Idah pun mahu beli sekali. Tu yang aku ajak dia teman..

Nurul: Ooo..ok lah. Kau pergi dengan Idah. Aku teman Mauku beli barang dia.

Ira: Oraite. Ok la. aku pergi dulu. Idah dah tunggu aku tu. Bye. Jumpa nanti. Nanti apa2 hal, mesej la aku ye.

Nurul: Ok. Bye..

Nurul tidak sangka dia berpeluang untuk berdua dengan Mauku semasa shopping. Hakikatnya Nurul tertarik dengan perwatakan Mauku yang caring, sempoi, dan bergaya itu. Boleh la dikatakan bahawa Nurul sudah jatuh cinta dengan Mauku. Namun dia tidak mahu Mauku perasan tentang perasaannya kepada Mauku. Nurul tidak mahu dia dikatakan seperti perigi mencari timba. Banyak kali juga Nurul merenung muka Mauku dari bahagian tepi sehinggakan hampir berlubang muka Mauku ditenungnya. Namun, Mauku tidak menyedari bahawa dia sudah direnungi dan ditilik oleh seorang gadis di sebelahnya kerana Mauku terlalu khusyuk mencari baju yang ingin dibelinya.

Nurul: (hatinya bermonolog)..Mauku,,hensemnya kau,,walaupun nama kau dah macam maruku dah bila aku sebut, tapi entahlah. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh tertarik dengan kau. Nak kata maruku ada kuasa magnet, memang menipulah kan. Dah sah2 la maruku tu makanan ja. Tapi, dari first time aku tengok kau, aku terus ada hati dekat kau.
Mauku..

Mauku menyedari Nurul seolah-olah sedang mengelamun,..Lalu,,

Mauku: Hoi, Nurul. (sambil menggoyang-goyangkan tubuh Nurul)..Berangan pula kau ni. Aku tanya ni, baju ni ok tak?? (sambil meletakkan baju itu di badannya)..Sesuai tak dengan aku??

Nurul: Hah? Eh..sorry la. Baju? (sambil melihat baju yang dipilih oleh Mauku itu)..Ehmm..sesuai sangat! Baju merah memang sesuai dengan kau. Belilah..

Mauku: Yeah..Aku tahu taste kau memang sama dengan taste aku.

Lalu Mauku pun membayar baju dan jaket yang dipilihnya itudengan sekeping kad kredit keemassan. Kemudian, Mauku pula teman Nurul membeli baju. Cara mereka tampak seolah-olah mereka itu sebagai pasangan kekasih. Mesra dan sama padan. Namun hakikatnya, hanya Nurul yang sedari perasaan cinta terhadap Mauku. Mauku berasa sangat selesa dengan Nurul namun hatinya pula dikacau oleh wajah Ira. Cinta Mauku buat Nurul masih belum berputik. Belum tiba waktunya lagi.

 Dalam mereka berlegar2 di Pavilion, tiba2 Mauku bersuara…

Mauku: Nurul,. Aku nak beritahu sesuatu pada kau ni. Tapi kau janji dengan aku jangan beritahu siapa2 ya walaupun kawan baik kau.

Nurul: Eh kau ni Mauku.. Tiba2 ja. Uhmm..Apa dia??

Mauku: Janji la dulu tak beritahu sapa2? Terutama dekat Ira dan Idah..Janji?

Nurul: Hey macam2 la kau ni Mauku. Ya, aku janji..Cepat la..

Mauku: Aku beritahu kau ni sebab aku rasa kau memang memahami aku..Hihihi..Yang sebenarnya kan..

Nurul tekun memasang telinga untuk mendengar rahsia yang ingin diberitahu oleh Mauku..

Mauku: Uhmm..Yang sebenarnya kan, aku suka la dekat Ira tu. Dari mula aku datang UM, aku syok dekat dia. Aku try juga nak usha dia. Tapi Wan kata dengan aku yang Ira tu susah sikit nak usha. Dia kata dah banyak mamat dah kena reject dengan Ira.. Ira tu dah ada pakwe ke?

Nurul tergamam mendengar luahan hati Mauku yang “hot” itu baginya.Dia rasa seperti mahu menangis saja. Tapi dia cuba menyelindungkannya.

Nurul: Laa,, ye ke..(berlagak cool tapi hatinya rasa mahu makan ja si Mauku ni)..Setahu aku, Ira masih solo. Tak pernah pula dia cerita yang dia dah ada pakwe. Yang pasal dia reject mamat2 tu, memang betul. Dia kata dia malas la nak bercinta2 ni. Dia nak fokus pada pelajaran dulu katanya la.

Mauku: Ooo,. Kau agak2 aku ada peluang tak pikat dia?

Nurul: Entah Mauku. Dah berapa banyak mamat dia reject. Aku pun tak tahu la taste Ira tu macam mana.

Mauku: Ooo..kau jangan beritahu Ira pula taw..Aku pun tak la suka nak mampus kat Ira tu. Cuma aku berkenan la tengok dia tu. Comel ja. Hihihi..

Nurul: Ish..tak ada lah. Kan tadi aku dah janji dengan kau kan. Weyh,,aku lapar la..

Mauku: Sama la dengan aku. Kau telefon la Ira, tanya dia dekat mana..

Nurul: Kejap ya..(sambil mendail nombor telefon bimbit Ira)..

Tiba-tiba…

Ira dan Idah: (menyergah Mauku dan Nurul dari belakang)..Hoi !!!

Nurul: (melatah)..Eh Ira, Mauku suka kau !!!

Nurul tersasul menyebut ayat itu kerana terkejut disergah oleh Ira dan Idah..Masak!!

Ira: Hah??

Mauku: (menyampuk dengan memberi alasan)..Tak bukan,. Tadi aku tanya Nurul mana kau pergi. Aku kata la kau suka kan tinggalkan aku dengan Nurul..

Ira: Oooo..(masih blur tentang penjelasan Mauku tu. Macam tak seiring dengan kata2 yang terlepas dari mulut Nurul. Tapi, dia tahu Nurul memang jenis melatah melalut2..Dia biarkan saja..)…Korang, jom lah makan.. Lapar la..(sambil menggosok-gosok perutnya.)

Mauku: Tahu pun kau lapar ya. Jom la. kita pergi makan dekat tempat favourite aku. Girls, hari ini aku belanja korang makan ok..

Ira: Wah! Curlasst gitu bha kau Mauku. Bak kata orang, orang mengantuk disorongkan bantal. Ok je Mauku..Hihihihi..Jom..

Setelah penat bertawaf hampir beberapa kali di bangunan Pavilion, akhirnya Mauku membawa mereka untuk makan kerana masing2 mengadu bahawa mereka lapar. Segala bil ditanggung oleh Encik Maukuna sebagai tanda terima kasih kepada bunga2 tahi ayamnya itu kerana menemaninya membeli-belah di Pavilion.

No comments:

Post a Comment