Thursday, February 3, 2011

BAB 1 mAta coklatku memanahmu

BAB 1

Aqso Aiman !! Begitu lah nama milik seorang lelaki yg kini bergelar jejaka idaman. Memiliki tubuh badan yang agak tegap menambahkan lagi keigauan wanita apabila melihat kelibat jejaka ini walaupun sesaat. Kelahirannya ke bumi ini sememangnya mewarnai kehidupan berkeluarga sepasang suami isteri iaitu Encik Zawanil Bin Abdul dan Puan Mahani bin Azman. Aqso!! Mudah serta ringkas namanya untuk dipanggil oleh keluarga mahupun sahabat andai. Aqso memiliki seorang adik perempuan bernama Siti Safa yang masih di bangku sekolah menengah. Aqso memang suka mengusik adik tunggalnya itu yang juga seorang yang manja.

Safa: Abang!! Bagi la sikat adik..

Aqso : Wekkk!! Abang nak guna la..ini sikat abang la..

Safa: Ewah-ewah! Sikat abang kan warna biru..sikat tu warna pink!! Tu adik punya la.. (Safa memukul-mukul badan Aqso yg tegap kerana terlalu geram)

Aqso: Eeee,,sakit la!! ish,,ish..

Ummi: Aqso,,Safa..kenapa bising-bising tu?? Mari sini sarapan ye. Ummi dah siapkan sarapan ni.

Safa dan Aqso pergi ke dapur untuk menikmati sarapan yang disediakan oleh ummi tercinta. Safa mendekati Puan Mahani lalu…

Safa: Tengok abang ni ummi. Suka ambil barang Safa. Dah la tak mintak izin Safa dulu..

Aqso : (meyampuk)..Ala,Safa ni. Kedekut la. Abang pinjam je..

Ummi: korang niy pagi-pagi dah nak bertekak.. macam kucing dengan anjing betul..

Aqso : Abang kucing ea ummi? Yelah ,abang kan comel..heeeee..adik tu anjing. Garang semacam!!

Safa : Abang!! ( memang bengang  dia dengan abang Aqso)

Aqso: Ye cik Safa. Abang mintak maaf ye..sikat abang hilang la..Tu yang pinjam sikat adik..

Safa: kalau iya pun,cakap la dulu..penat tahu Safa cari..

Aqso: 0k..sorry yA adik abang yang cantik..(Aqso mencubit pipi adiknya sebagai tanda kasih sayangnya)..

Encik Zawanil menuruni anak-anak tangga untuk turut serta menikmati sarapan seperti pagi-pagi biasa. Encik Zawanil sudah bersara daripada profesion perguruan. Pekerjaan Aqso sebagai pensyarah di sebuah universiti terkemuka iaitu UM mampu menanggung perbelanjaan keluarganya serta persekolahan adiknya yang masih menuntut di Tingkatan 4. Darah merah tenaga pengajar sememangnya mengalir deras dalam tubuh badan yang tegap Aqso itu.

Abah:  Apa yang kecoh-kecoh tadi ? (tanya Encik Zawanil kepada isterinya.)

Ummi: Biasa la bang.. Aqso ni kalau tak menyakat si Safa sehari memang tidak sah..

Aqso: Memang wajib ummi!

Abah:  (menggeleng-gelengkan kepalanya)..Hei ada-ada saja kamu ni Aqso.

Safa : Abah,ummi. Hari ni Safa balik petang ye. Ada kelas tambahan la.

Ummi: Yelah Safa. Aqso,nanti  jemput adik ye.

Aqso: Baik ummi. 0k lah ummi,abah. Aqso pergi dulu ye. Adik,jom..(sambil menyalam Encik Zawanil dan Puan Mahani bagi mendapatkan keberkatan dalam hidup)

Safa: 0k..(Safa turut meyalam kedua-dua ibu bapanya itu)

Aqso dan Safa: Assalamualaikum…

Abah dan Ummi: Waalaikummusalam…

Aqso memandu keluar dari perkarangan rumahnya. Setiap pagi sebelum pergi ke kerja, Aqso akan menghantar adik kesayangannya itu ke sekolah. Warna biru yang menyimbah kereta Fairlady keluaran Nissan itu meluncur laju di atas jalan raya apabila dipandu oleh Encik Aqso Aiman. Aqso juga seorang ahli perniagaan. Beliau memiliki sebuah butik di KLCC. Butik tersebut hasil kerjasama beliau serta sahabat karibnya iaitu Ahmad Dausi. Pekerjaan utama Aqso adalah mendidik anak bangsa di Universiti Malaya. Penglibatannya dalam bisnes merupakan salah satu caranya untuk merancakkan lagi ekonomi negara serta kehidupannya. Pada pagi itu, Aqso sempat pergi ke butiknya dahulu sebelum menaburkan baktinya sebagai pendidik. Kelasnya bermula jam 10.30 pagi, jadi Aqso sengaja menyinggah ke butiknya iaitu “AD Boutique” . Butik tersebut sememangnya memberi fokus terhadap dunia fesyen pakaian bagi kaum lelaki sahaja. 0leh itu, memang wajar Aqso ini menjadi jejaka pujaan Malaya. Selain memiliki raut wajah yang maskulin, Aqso sememangnya bijak mengaturcara pakaian di tubuh badannya. Sejak dari kecik dia sudah diasuh serta dididik oleh guru yang sememangnya tegas iaitu bapanya supaya kelihatan sentiasa kemas serta bersih dalam segala aspek sama ada pakaian,akhlak,tutur bicara serta minda.

Apabila Aqso menolak daun pintu di AD boutique dengan bergaya,…serta memberi salam,,,

Dausi : Aqso! Kau rupanya.. Waalaikummusalam..

Aqso : Ye, Dausi. Aku la ni.. Aik,baru beberapa hari aku tak datang, kau dah tak kenal aku ke??

Dausi : Haha..Mana ada..Terkejut aku.. Kau kan selalu busy mengajar..(Dausi melihat jam di tangan kirinya yang baru menunjukkan pukul 8 pagi)..Aik,awalnya kau datang. Kau tak ada kelas ke Aqso?

Aqso : Ooo..Kelas? Ada tapi pukul 10.30 nanti. Sementara tu, aku singgah sini sekejap. Dah beberapa hari aku tak tengok kau dengan butik ini, rindu pula.  Hehe. Macam mana dengan jualan bulan ini?? Ok?

Dausi : Ooo… Ok ja. Kau tak perlulah risau. Kau dah uruskan bahagian order pakaian dan iklan, aku pula uruskan butik ini.

Aqso : Kalau stok bulan ini dah tinggal sikit, kau inform awal-awal tau. Nanti senang aku nak order yang baru.

Dausi : Ok la Tuan Baqso. Hehe.

Dausi memang suka memanggil Aqso sebagai Baqso sebab Aqso memang ‘hantu bakso’. Setiap minggu pasti dia akan diajak oleh Aqso untuk makan bakso di restoran kegemaran mereka iaitu Restoran Syahira. Sehinggakan Dausi pernah menyuruh supaya Aqso berkahwin sahaja dengan orang Indonesia supaya hari-hari dapat menikmati bakso kesayangannya itu. Pada pagi itu,Dausi mengajak Aqso untuk menemaninya bersarapan pagi di sebuah kedai mamak. Walaupun Aqso merupakan seorang yang boleh dikatakan mewah, namun apabila bab makan, Aqso membantai sahaja sama ada mamak,restoran biasa ataupun kedai tepi jalan asalkan makanan yang disediakan sedap serta harga pula berpatutan. Untung si bunga mana yang dapat menawan hati jejaka itu. Sudah la kacak, bijak, tidak cerewet malah berwang juga. Pasti terjamin hidup si bunga itu di sisi kumbang ini.

Dausi: Aqso, jom sarap kat kedai mamak depan tu! (muncung mulut Dausi menunjukkan arah kedai mamak itu)..Aku lapar la weyh. Tak sarap lagi ni. Pagi tadi rumah aku tak ada elektrik,,dah la aku bangun lambat. Tak sempat nak sarap. Aku sempat minum seteguk air masak ja. Itu pun air yang ada dalam kereta aku..

Aqso: Ala-ala. Kesiannya kawan aku. Sebenarnya aku dah sarap tadi kat rumah. Tapi memandangkan aku kesian kat kau, ok la aku teman. Habis tu, kau mandi ke tak ni?? Semacam je bau ni..(Aqso cuba menyakat sahabat sejatinya itu.)

Dausi:  Weyh! Agak-agak la ek. Tengok muka la. kalau dah hensem je, mandi la. Ni bau ni,wangi taw..(sambil menyuruh Aqso mencium haruman minyak wangi Polo pada bajunya). Kau belanja aku taw!! Ahaha..

Aqso: Mestilah aku yang belanja kau. Aku kan bos kesayangan kau. Hahaha (gelak besar Aqso melayan karenah Dausi itu)

Dausi: Hahah..Cantikkk  ( sambil tersenyum kepada sahabat karibnya itu)

Setiba di kedai mamak, Dausi menjamah lima biji kuih bom,sepinggan nasi lemak serta teh tarik. Aqso pula hanya memesan secawan kopi O panas serta mengambil dua biji karipap.
Jam tangan jenama TAG HEUER yang sentiasa menghiasi tangan kejantanan Aqso menunjukkan jam 9.30 pagi.

Lalu,,,,,,,

Aqso: Dausi, aku gerak dulu la ye. Dah pukul 9 lebih ni. Kang duduk sini lama-lama, leka pula. Karang mahu lambat aku masuk kelas pula. Dah la kelas aku pagi ni dengan student-student baru.

Dausi: Oooo,.ok2..Wah! budak-budak baru?? Kalau ada awek yang cun, jangan lupa minta kan nombor handphone diaorang ea..hihih..

Aqso: Amboi! Kau ni budak-budak U pun nak ke? Alahai kau ni. Macam desperate je.

Dausi: Wah kau! Apa salahnya kalau budak U pun. Asalkan perempuan. Aku kan market, mestilah pasang ramai-ramai. Hahaha.

Aqso: Apa-apalah, Dausi. Ada-ada ja kau ni. Yelah,nanti aku carikan budak U yang kau "desperate" kan tu ya. Hahahah..Ok la aku pergi dulu. Jaga butik baik-baik..

Lalu, Aqso melangkah keluar setelah bersalaman dengan sahabatnya itu. Kereta Fairlady beliau memecut laju di atas jalan raya seolah-olah beliau sedang berada di arena F1. Sejantan-jantan Aqso itu, namun beliau sememangnya kuat berangan.

Di dalam keretanya…

Aqso: Emmm.. Hensem ja aku tengok muka aku ini. Sekali imbas, macam Shahir AF8 tu. Dua kali imbas, ada macam pelanduk dua serupa dengan Dr.Fadzley pun ada jugak. Tiga kali imbas,mahu MAcam angkasawan negara, si Muszaphar tu. Kembar-kembar aku tu semua sudah berpunya cuma Shahir tu tak berapa pasti pula. Aku ni? Masih single?? Ah!! Macam tak percaya ja. Kenapa lah susah sangat Cik Haifa Surana tu hendak terpikat atau tergoda dengan aku. Muka baik punya cop keluaran melayu sejati . Ada la sikit campuran ala-ala Arab ni. Hahaha .. Duit?? Ada.. Kereta? Hambek kau, kereta Fairlady lagi. Kalau tak cukup lepas ni aku beli la pulak kereta Fairman.Sepasang kan. Tapi ada ke kereta Fairman.? Hahahah..

Setengah jam kemudian, kereta Fairlady milik Aqso sudah masuk dengan bergayanya ke dalam kawasan Univesiti Malaya. Sudah menjadi adat di situ pada setiap pagi, apabila kereta itu mula meluncur di kawasan kampus itu, mula la suara-suara “teruja”, “nakal”, dan “tergoda” dengan kehadiran seorang pensyarah yang masih teruna dan sememangnya “superb”.

Namun, hati teruna itu pula hanya memikir cara untuk memikat hati rakan sekerjanya iaitu Cik Haifa Surana. Malangnya, pada minggu lepas Cik Haifa Surana sudah menguar-uarkan kepada teman-teman sekerjanya tentang pertunangannya dengan jejaka dari Indonesia. Tersedak Encik Aqso ketika itu yang sedang menghirup secawan milo panas apabila mendapat khabar yang sememangnya tidak diharapkannya. Sehinggakan hatinya berbisik.. “Apa?? Orang indonesia?? Ya Allah,..aku kena reject hanya sebab dia ada kekasih dari Indonesia?? Apakah?? Argghhh!!! Jatuh saham aku!!

Setelah meletakkan kereta Fairlady nya itu, Aqso pun keluar dan menjalani kehidupannya sebagai pendidik di kampus itu. Beliau berjalan dengan penuh segak ke ruang biliknya bagi mengambil barang untuk memulakan kelasnya pada pagi itu. Biliknya yang sentiasa kemas serta bersih sememangnya melambangkan ciri-ciri keperibadiannya. Beliau melabuhkan punggungnya ke atas kerusi yang eksklusifnya itu lalu,,,,

Aqso:  Uhmmm,apa nak ajar budak-budak baru ini ya? Huhu

Aqso kelihatan bingung untuk memulakan kelasnya pada pagi itu kerana itulah kelas pertamanya yang memerlukan beliau mengajar  budak-budak baru. Aqso diterima bekerja sebagai pendidik nusa bangsa di kampus itu baru tahun lepas. Jadi, beliau boleh la dikatakan masih setahun jagung sebagai pensyarah. Sebelum ini, beliau hanya mendidik pelajar-pelajar sekolah menengah selama tiga tahun. Kemudian, beliau meletak jawatan sebagai guru sekolah menengah apabila permohonannya untuk menjadi pensyarah di UM diterima.

kredit kepada... penulis berbakat...



No comments:

Post a Comment