Tanpa disedari, setahun berlalu dengan pantasnya. Lebih kurang seminggu lagi majlis perkahwinan Dausi dan Eza akan berlangsung setelah hampir setahun mengikat tali pertunangan. Aqso sebenarnya sudah tamat pengajiannya. Hal ini disebabkan keputusan yang memberangsang pada setiap ujian membuatkan tempoh pengajian Aqso disingkatkan kepada dua tahun. Setelah tamat, Aqso bekerja di UK untuk beberapa bulan. Aqso sudah menerima kad jemputan daripada Dausi sejak beberapa minggu lepas. Namun Aqso masih belum memberi keputusan sama ada menghadirkan diri ataupun tidak. Aqso tidak menceritakan kepada sesiapa pun bahawa tempoh pengajiannya disingkatkan. Jadi semua beranggapan Aqso masih ada setahun untuk belajar di UK. Dausi pula tidak putus asa menjejaki Aqso untuk mendapatkan kepastian tentang kehadiran Aqso semasa hari pernikahannya dengan wanita yang dicintainya selama ini, Eza. Aqso masih berhubung dengan keluarga dan Dausi. Sejak beberapa bulan lalu, Aqso menggunakan cara mengutus surat buat ahli keluarga dan Dausi. Aqso menggunakan cara ini kerana mahu mengelakkan daripada dirinya terus disoal mengenai Ira. Aqso mulakan hidupnya tanpa wajah Ira walaupun sekali-sekala itu ada juga rindu yang menyingah hatinya. Namun tindakan ira mempermainkan perasaannya membuatkan dia kecewa.Gambar Ira yang mesra bersama Wan terus dimasukkan di dalam akaun Facebook Ira. Hal ini sememangnya menyakinkan Aqso bahawa Wan la pilihan Ira bukan la dirinya yang dulu memegang setia janji Ira untuk menunggunya.
Suatu hari Aqso di apartmentnya di UK..
Aqso: (membelek2 kad jemputan perkahwinan Dausi.) dausi2..sudah berkahwin dah kau. Aku juga yang tetap single. Hei. Kau jangan risau Dausi, aku janji akan datang ke majlis kau ni. Aku sengaja tak beritahu kau keputusan aku sebab mahu mengejutkan kau. Kau tunggu lah kemunculan aku . Kau sahabat aku. Mestilah aku nak tengok kawan aku bernikah. Dausi.. kan bagus kalau kau tahu tentang apa yang aku alami ni. Aku mahu berkongsi masalah aku pada kau tapi aku tidak tahu bagaimana caranya untuk beritahu kau. Uhmmm..(aqso mengeluh kecil)
Aqso bertungkus lumus mencari hadiah untuk perkahwinan Dausi di UK.
Aqso: apa aku nak beri kau ni Dausi? Buntu pula. Nak beli barang untuk kegunaan kau dengan isteri kau, aku pun belum pernah kahwin. Nak beli barang untuk baby, lagi la aku tak reti. Waduh! Serabut sudah otak aku ni..(sambil menggaru kepalanya di mana rambutnya sedikit serabut)
Kemudian, Aqso mengingati kembali perbualannya dengan Dausi pada tahun lepas di mana Dausi menceritakan bahawa dia dan Eza mempunyai minat yang sama iaitu meminati penyanyi MICHAEL BUBLE. Lantas, Aqso mencari album daripada Michael Buble. Lagu2 Michael Buble memang romantis yang smemangnya melambangkan ciri2 Dausi yang romantik itu. Kemudian, Aqso pergi ke kedai buku bagi mencari sebuah buku diari buat pasangan DAZA (dausi dan eza ) supaya mereka dapat mencatat kehidupan rumah tangga mereka setelah sah sebagai suami isteri.
Dalam Aqso leka mencari diari buat Dausi dan Eza itu tiba2 mata terlihat sebuah diari berwarna pink. Aqso kembali teringat diari yang dia berikan kepada Ira dua tahun lepas di mana Ira menteleraikan janji untuk menunggunya. Aqso sebak! Terasa rindu benar dia kepada Ira. Memori dia bersama Ira mula dimainkan di dalam panggung wayang fikirannya. Aqso menyentuh diari pink itu dengan lembut.
Aqso: (dia mendegus kecil).. Ira2.. sudah 2 tahun lebih aku tak jumpa kau. Uhmmm .. Apa cerita kau sekarang? (tiba2 gambar Ira bersama Wan yang banyak membanjiri kepala Aqso)…Arggghh. Buat aku ingat kau? Kau bukan ingat aku pun! Kau memang tidak setia! Perempuan!! Memang suka mempermainkan perasaan lelaki!! Tak reti hargai orang yang sudah sayang pada dia! (wajah Ira dan bekas teman wanita Aqo bermain di dalam fikirannya membuatkan Aqso terus benci pada perempuan dan cinta)
Akhirnya Aqso menjumpai diari yang sesuai buat Dausi dan Eza. Setelah itu, Aqso pulang ke rumahnya.
Keadaan di Malaysia..
Keluarga Dausi dan Eza sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan majlis mereka itu. Debaran sudah menyinggah pada setiap jiwa yang sedang menyempurnakan majlis itu yang bakal berlangsung pada hujung minggu itu. Dalam kesibukan itu, namun seri pengantin jelas terpampang di wajah Dausi dan Eza. Ira dan Wan juga turut menghulurkan bantuan dalam menyerikan majlis persandingan Dausi itu. Perancangannya ialah pada paginya akan berlangsungnya majlis akad nikah di masjid. Kemudian, pada waktu petang pula, majlis persandingan akan diadakan di rumah Eza.
Dausi dan Eza sedang mencuba baju pengantin mereka di butik. Mereka ditemani oleh Ira.
Eza: (setelah memakai baju pengantinnya itu, Eza keluar dan menunggu Dausi yang sedang bersiap..Eza melihat dirinya yang sudah lengkap memakai busana pengantin itu di cermin yang agak besar..) Dausi.. Awak dah siap ke belum tu?? Awak ni, saya yang perempuan ni pun dah siap. Cepatlah Dausi..
Dausi: (dalam bilik persalinan)..Ya2.. sekejap la. Saya tengah nak butangkan baju ni..Waduh! Susah pula.
Eza: Alahai awak ni. Sini la. Saya pasangkan. Keluar la.
Lalu Dausi keluar dan masih mencuba memakai butang baju itu..
Eza: awak ni. Mengada2 tau. Sini..(lalu memasangkan butang pada baju Dausi)..Dah..Pergi pakai samping dengan tengkolok dekat sana tu..(sambil menunjukkan ke arah seseorang yang sedang menyiapkan samping serta tengkolok untuk Dausi)
Ira turut tersenyum melihat gelagat akaknya itu dengan Dausi. Comel dan sengal. Hati Ira tergelak kecil. Setelah Eza dan Dausi lengkap berpakaian pengantin mereka, mereka brdiri bersebelahan sambil melihat diri mereka pada cermin. Ira duduk di kerusi juga melihat mereka di dalam cermin itu. Memang padan. Tiba2 fikiran Ira melayang teringatkan Aqso. Entah kenapa wajah Aqso menyinggah dalam mindanya secara mengejut. Rindu kepada Aqso mula tunjuk belang dalam diri Ira.
Ira termenung.
Aqso: Diraa,,awak la permaisuri hati saya. Tiada siapa2 yang dapat menggantikan posisi awak dalam hati saya. (Aqso yang ketika itu berpakaian serba putih seperti ala2 putera kayangan.)
Ira terdiam mendengar luahan isi hati Aqso itu. Ira masih belum memberikan respon. Terkejut apabila sang puteranya itu meluahkan isi hatinya itu. Jiwa Ira berdegup pantas serta kencang. Kata2 putera Aqso itu sememangnya menggetarkan jiwa wanitanya itu yang dipinta untuk dicintai
Aqso: Kenapa Ira..Awak tak sayang saya?
Ira: (masih memikirkan jawapan...) Aqso, bukan itu masalahnya. Sebelum saya bertemu dengan awak semula, saya ada kekasih. Nama dia Wan. Kini awak kembali muncul di hadapan saya setelah awak menghilangkan hampir dua tahun. Awak menyepi selama ini sedangkan saya setia menunggu awak. Tapi saya perlukan seseorang yang ambil berat tentang saya.
Aqso: Ira.. semua orang pernah buat salah, tapi saya tetap sayangkan awak.
Ira: Aqso..(memandang langit yang kebiruan lalu berpeluk tubuh)
Aqso menghampiri Ira. Aqso berdiri di belakang Ira. Angin yang bertiup membuatkan Aqso tergoda dengan bauan rambut puteri pujaannya itu yang mewangi bak taman bunga. Aqso memejamkan matanya. Ira terasa kehadiran Aqso di belakangnya. Ira dapat merasai kebahangan nafas Aqso yang tidak menentu itu. Ira tidak pula menghalang apabila Aqso semakin rapat dengan dirinya itu.Ira lemas dalam kehangatan badan Aqso itu. Hati Ira jadi serba salah namun diri masih terpaku berdiri di situ. Aqso mula bicara memecahkan kesunyian yang melanda mereka.
Aqso: Ira.. saya tahu saya salah. Maafkan saya. Saya masih sayangkan awak Ira. (Aqso berniat untuk merangkul tapak tangan Ira namun niat dibatalkan kerana dia tidak mahu mengambil kesempatan terhadap Ira..Aqso hanya memegang lengan Ira yang dilapisi dengan baju berwarna putih.) Ira.. saya sayangkan awak sangat2..
Jantung Ira mula kelam-kabut apabila mendengar bisikan lembut dan manja daripada Aqso. Sudah lama dia menanti kata2 itu daripada mulut Aqso. Namun, kini dia adalah hak orang lain. Tidak mungkin dia menjadi hak Aqso. Hatinya mahu membalas cinta Aqso itu namun dia tidak boleh kecewakan kekasihnya itu. Namun jauh di sudut hati Ira, masih ada benih2 sayang serta cinta buat Aqso. Ira ambil keputusan untuk memilih kekasihnya itu.
Tiba2..
“Hooooiiii!!”jerit seorang perempuan. Ira membuka kelopak matanya yang tertutup rapi itu. “Berangan ea kau ni ..” sambung perempuan itu yang sedang berdiri tegak di hadapan Ira..
Ira: Hah??? Eza.. Eh.. Berangan?? (tersekat2 suara Ira kerana malu juga)..Mana ada aku berangan..
Eza: Hei kau ni. Dari tadi aku panggil kau, senyap ja. Kau ni dik. Macam2 la..Jom balik. Dausi tunggu dekat kereta.
Ira: Hah? Dah nak balik ke?? (mukanya mencari kelibat Dausi)
Eza: Ye cik Ira. Kitaorang dah selesai dah cuba baju2 tu. Jom la balik. Kau nak tinggal sini ke??
Ira: Oooo..Ea?? Uhmm..Yalah2..Jom la.. Potong line la kau ni. Baru mahu berangan owhh.. hadooiii!
Lalu mereka berdua menuju ke kereta Dausi kemudian melangkah masuk..
Dausi: Kenapa lambat sangat? (tanya dausi kepada Eza yang duduk di sebelahnya itu)..
Eza: (menutup pintu kereta) Ira tu. Berangan pula. Siang2 buta pun nak berangan..
Ira: Hahaha.. Sorry la Dausi lambat. Heheh..(tersenyum apabila Dausi menoleh kepadanya yang duduk di bahagian belakang.)
Dausi: Macam2 ja kau ni Ira. ( sambil mengundurkan keretanya lalu bergerak menuju ke rumah Eza.)
Ira menyepikan diri apabila Dausi dan Eza berbual. Malas Ira mahu ambil bahagian. Otak Ira kelihatan berselirat apabila terfikir dia mula berangan tentang Aqso semasa di butik baju pengantin itu. Apakah wajar dia mengingati Aqso? Dia terasa dia sedang berlaku curang terhadap Wan. Jika Wan tahu yang tadi dia masih mengingati tentang Aqso, pasti Wan akan cemburu dan marah padanya. Ira mula meragui dengan Wan sebagai pilihannya. Kenapa tiba2 Aqso semakin dekat di hatinya?? Kenapa akhir2 ini, Ira asyik terserempak dengan Aqso dalam angan2nya dan mimpi2nya di mana Aqso mula luahkan kata2 hikmat yang selama ni Ira nanti2kan.?? Kenapa sekarang, setelah Aqso yang menghilangkan diri?? Apa sebenarnya yang berlaku? Ira sendiri keliru dan tertanya2. Ira termenung dan melemparkan pandangan matanya ke arah cermin kereta Dausi.
Eza mula memecahkan kesunyian yang melanda di dalam kereta Dausi itu.
Eza: Dausi, siapa nanti jadi pengapit awak?
Dausi: Entah la Eza. Tak ada kut…
Eza: (memukul lengan Dausi yang sedang memandu itu) Ish!! Awak ni. Dia yang nak kahwim, main entah2 pula.
Dausi: Sakit lah..Hehehe.. Saya sebenarnya nak Aqso jadi pengapit saya..(Dausi memandang wajah Ira yang duduk di belakang dari cermin keretanya itu. )
Ira terasa sentap apabila terdengar nama Aqso disebut2. Sudah la dia tertanya2 kenapa sebabnya dia boleh mengingati Aqso setelah lama juga dia melupai tentang jejaka itu iaitu sudah hampir beberapa bulan setelah Wan diiktiraf untuk berada di sisinya. Dausi mengalihkan pandangan matanya kea rah jalan raya. Ira masih kaku menyepi namun telinga terpasang lebar untuk mendengar perbualan Dausi dan Eza.
Eza: So? Awak dah beritahu dia ke belum??
Dausi: Dah..bulan lepas saya dah inform dia tentang majlis perkahwinan kita. Saya juga dah beritahu yang saya nak dia jadi pengapit.
Eza: (menyampuk)..Apa jawapan dia??
Dausi: Uhmm. Dia belum bagi jawapan la. Ni yang saya tengah runsing.
Eza: Kalau macam tu, awak cari lah orang lain.
Dausi: Tu la. Saya ada jugak terfikir nak cari penganti. Tapi,,kalau boleh saya tetap nak Aqso jadi pengapit saya. Yalah, dia kan kawan saya.
Eza: Dah kalau dia tidak boleh balik Malaysia, apa kita boleh buat. Awak kena get ready gak penganti pengapit untuk Aqso tu. Tinggal lagi beberapa hari lagi majlis tu. Aqso pun belum balik lagi sekarang.
Dausi: Ok la. Malam nanti saya cuba tanyakan Aqso lagi. Kalau masih belum ada jawapan sampai esok, saya akan cari orang lain untuk jadi pengapit saya.
Eza: Ok..(tersenyum bahagia kerana hari yang terindah bagi mereka berdua bakal berkunjung tiba)
Ira masih termenung..
Ira berbisik geram “Ah!! Aqso ni!! Tak habis-habis menyusahkan orang. Benci nama kau Aqso !! Pasal kau la ramai orang susah hati ! pasal kau juga lah orang merana! Kau tak payah la balik sini. Buat menyakitkan hati ja. Argggghhhh!!”
Ira mengetap bibirnya menandakan dia sedang geram dan marah apabila nama Aqso diuar-uarkan.
No comments:
Post a Comment