kredit buat suha lukman
Selama beberapa bulan Ira menuntut di UM dalam jurusan seni lakon, rupa-rupanya terdapat beberapa kumbang yang mengidam dalam memiliki Ira sebagai teman wanita mereka. Sepanjang tempoh pengajian Ira itu, sudah bermacam-macam surat serta hadiah seperti coklat dan bunga ros merah yang kononnya lambang cinta mereka kepada gadis pinggitan yang manja serta memiliki kecantikan yang tiada tolok banding itu. Salah seorang mamat yang ada hati untuk menjadi boyfriend Ira adalah Izwan (Wan) a.k.a mamat Jambu.
Suatu hari selepas tamat kelas lakonan,,
Wan: Hai Ira..(sambil berjalan di sisi Ira)..
Ira: Uhmm,hai..(senyumannya tawar kerana letih membuat latihan lakonan)
Wan: Ira. Biarlah saya terus terang dengan awak. (otaknya ligat menyusun kata-kata untuk membungakan perasaan Ira)..Sebenarnya, dari mula kita belajar di sini, saya suka kat awak. Awak comel la Ira. Kalau awak jadi girlfriend saya, nak??
Ira: (hatinya sememangnya sudah menduga kata-kata daripada jejaka Jambu ni..Lalu dengan selamba,,)..Wan, sudah la. saya malas la nak fikir pasal couple2 ni.. awak ni sama dengan je dengan mamat lain. Jumpa ja awek, mintak couple ..
Tiba-tiba, tak semena-mena Wan berang..
Wan: Lak lu minah. Kecah a. ingat kau tu hot sangat ke?? Blah la.
Ira: (tergamam serta bingung)..Pula mamat ni? ( lalu terus meninggal Wan yang sedang “hot” secara tiba-tiba..) Ira mengomel “ Pelik bha mamat tu.. Tiba-tiba ja nak mara aku. Aku cakap slow talk ja..Memang tak faham sama mamat di sini.”
Ira malas mahu memikirkan kejadian yang berlaku antara dia dan Wan itu. Setakat muka Jambu macam tu, kat kedai apek jual buah pun ada. Ira tidak mahu hal remeh-temeh seperti itu menghilangkan fokusnya terhadap pelajaran. Walaupun hari itu dia dimarahi oleh Wan, namun dia masih menerima hadiah seperti coklat, bunga dan teddybear daripada “jejaka misteri” yang terlalu ramai sehinggakan Ira memberi sebahagian daripada hadiah yang diperoleh kepada rakan-rakannya serta akaknya, Eza.
Nurul: Weyh, ni kitaorang ambil hadiah ko ni, betul ke tak kesah?
Ira: Nurul, ambil la mana yang kau suka. Melambak kau, tau tak. Buat menyemak bilik aku ja. Ambil la bha mana2 yang kau berkenan. Jangan risau bha aku tak tuntut la. aku ikhlas share dengan korang ni. Korang kan sahabat aku kat sini. (senyuman comelnya dilemparkan untuk sahabatnya)
Idah: (menyampuk)..Untung kan kau, Ira. Ramai gila mamat kat sini syok kat kau. Kau pakai manderam apa weyh. Ajar la aku sikit. Aku nakjuga ada “secret admire” ni. Hihihih. Aku ingatkan “secret admire” ni just ada masa sekolah menengah ja. Bila tengok kau ni, tak sangka betul aku. Badan je kecik molek, tapi sekali hentak kaki, bersusun semua binatang dari semut hingga la kucing. Hahaha..
Ira: Hahah! Apa la kau ni. Mana ada aku pakai2 manderam ni. Haram tau. Aku tak main la kalau guna2 bomoh ni. Ish! Kucing? Tak mau la bha kucing. Kucing tu aku takut bha. Tak mahu la ea..Hahah..
Ira dan sahabat-sahabatnya gelak riang untuk memeriahkan keadaan mereka yang sudah menghadapi tekanan dalam jurusan seni lakon di UM. Namun mereka harus kuat harungi dugaan dalam bidang itu bersama bagi mencapai kejayaan semasa belajar mahupun selepas tamat graduan.
Ira menceritakan tentang kejadian yang berlaku antara dia dan Wan..
Ira: (muka selamba)..Korang, tahu tak bha tadi Wan jumpa aku. Lepas tu..
Nurul: (menyampuk tiba-tiba) Hah? Wan? Wan Jambu itu ke?
Ira: A’ah la Wan Jambu. Dia kan…
Ira baru mahu memulakan ceritanya,Idah mula menyampuk..
Idah: Kenapa Ira?? Wan itu buat apa kat ko?
Ira: (bengang sebab rakannya itu asyik menyampuk setiap kali dia mahu bersuara)..Korang,,boleh tak bagi aku cakap dulu. Ni aku belum cerita lagi, korang dah menyampuk sana sini. Kena sampuk kang baru tahu. Hihih..Sabar ya. Biar aku ceritakan dulu.
Nurul: Hihihi..Sorry la Ira. Kitaorang excited la dengar cerita “secret admire” kau yang melambak tu. Ok2. Sekarang kau cerita..
Ira: Ok. Tadi Wan jumpa la aku lepas kelas lakonan tadi. Dia tahan aku masa aku nak pergi library. Lepas tu, dia cakap dia suka aku. Dia minta couple dengan aku. Aku memang dah agak dah. Lepas itu,,
Nurul: Hah? Kau terima ke, Ira?
Ira: Nurul, aku nak cerita la ni. Hye korang ni.. Aku tolak la tawaran Wan yang nak jadi boyfriend aku. Malas la aku nak couple2 ni. Karang study entah ke mana, cinta pun entah ke mana.
Nurul & Idah: Oooo..Lepas tu?
Ira: Hah, yang aku mahu cerita part ni bha. Lepas aku cakap yang aku tak terima, tiba-tiba ja , dia marah aku. Bengang juga la aku. Yelah, slow talk je bha bila aku tolak dia tu. Tiba-tiba dia marah aku pula. Nasib la tak ada yang perasan tau..
Idah: Padan muka si Jambu. Aku ada dengar2 cerita la si Jambu tu macam sosial sikit la. Bagus la kalau kau reject dia.
Nurul: Lepas dia marah kau,apa jadi?
Ira: Pergi bha aku. Malas aku mau layan dia tu. Tiba-tiba nak emo semacam. Korang, aku nak buat kopi ni, korang nak sekali?? Kalau nak, aku bancuhkan untuk korang.
Idah: Ala kau ni Ira. Sudah tahu bertanya pula. Mestilah nak, lagi2 dah ada orang offer diri nak jadi tukang bancuh.
Ira: Hihih..Tanya ja dulu bha. Yelah, aku buat bha untuk korang sekali.
Lalu Ira membancuh untuknya serta rakan-rakan yang lain. Mereka memang gemar minum kopi buatan air tangan Ira. Memang KAW punya. Pekat dan ikut rasa tekak mereka.
Nurul: Peh..! memang terbaik betul la kopi kau ni Ira..
Idah: (menyampuk)..Betul! Terbaik dari ladang weyh! Hihi
Ira: banyak la korang punya ladang. Beli bha dekat supermarket sudah.
Nurul: Hahaha..Idah memang, sengal ubi bin kentang betul.
Petang-petang yang dingin dek kelembapan air hujan yang mencurahi permukaan bumi dapat dihangatkan lagi dengan kopi buatan orang Sabah itu WALAUPUN kopi itu hanya diperoleh dari pasaraya.
Keesokkan harinya, seperti kebiasaan Ira serta rakan-rakan sebiliknya pergi ke kelas setelah bersarapan. Wan pula telah tercegat di pintu dewan kuliah kerana menanti kedatangan Ira. Apabila Ira perasan yang Wan sudah terpacak di depan pintu dewan itu, Ira rasa seperti tidak mahu masuk kelas pada hari itu, namun dilarang oleh sahabatnya.
Ira: Waduh! Apa pula mamat Jambu ni berdiri terpacak cam tiang bendera dekat pintu tu. Menyemak jela. Aku rasa mahu bha balik ni.
Nurul: Weyh! Tenang la Ira. Tak kan benda kecik pun sampai mahu ponteng kelas. Kita buat tak tahu ja. Dah, jom masuk kelas.
Setibanya mereka di pintu dewan kuliah, tiba-tiba
Wan: Hi Ira..
Ira: (menjeling kepada Wan)..Uhmmm
Wan: Ira, saya mahu bercakap sekejap dengan awak, boleh?
Ira: Nak cakap apa lagi Wan? Aku mahu masuk kelas ni.
Wan: Sekejap ja Ira. Tuan Aqso belum datang lagi. So,boleh kan saya mahu bercakap dengan awak sebentar?
Ira: Ok. So cakap bha sekarang.
Wan: Saya mahu bercakap dengan awak seorang ja.
Ira: Ngada-ngada la kau ni Wan. Uhmm.. Korang masuk la dulu. Kejap lagi aku masuk, ok.
Nurul & Idah: Ok Ira. (sambil menjeling ke arah Wan)..
Ira: So…
Wan: Ira, saya mahu minta maaf tentang semalam. Saya tak berniat mahu memarahi awak. Tolong maafkan saya ye Ira?
Ira: Wan,. Pertama, tak payah nak saya awak. Kedua, aku tak marah pun dengan kau. So tak perlulah nak minta2 maaf dengan aku.
Wan: Ira, saya betul2 minta maaf tau. Kalau awak tak marahkan saya, kalau saya mahu ajak awak keluar boleh?
Ira: Aku sibuk bha. Assignment melambak la.
Wan: Ala, kita keluar pada hari minggu la.
Ira: Wan, kan aku kata sibuk.
Wan: (menggengam pergelangan tangan Ira) Ira, kan saya dah minta maaf. Kalau betul awak tak marah dengan saya, awak kena keluar dengan saya.(seolah-olah memaksa..)
Ira: Ish! Wan! Lepaskan la (cuba melawan Wan yang sedang menggengam pergelangan tangannya)..
Tiba-tiba…
Tuan Aqso: Assalamualaikum..(sambil berdiri di belakang Wan)..
Wan: (terkejut lalu memandang belakangnya. Wan melepaskan genggaman pada pergelangan tangan Ira)..Wa,,waalaikumusalam Tuan.
Tuan Aqso: Kenapa tak masuk kelas lagi ni? Saya mahu mula mengajar ni.
Wan: Maaf tuan. Sebentar lagi kami masuk tuan.
Tuan Aqso: Emm, baiklah. Jangan lambat sangat pula.
Tuan Aqso memegang bahu Wan lalu berbisik ke telinga kanan Wan,,
Tuan Aqso: Ehmmm. Wan, kalau orang dah tak nak tu jangan memaksa. Tak baik paksa2 perempuan. (Lalu meninggalkan Wan bersama Ira)
Kata-kata Tuan Aqso itu sememangnya berbisa serta tajam sehinggakan sakit hati Wan mendengarnya seolah-olah terasa seperti hatinya dicucuk oleh duri. Memang berdesing kata-kata Tuan Aqso itu.
Ira: Wan, aku memang tak marah kau pun. Pasal keluar itu, serius bha aku memang sibuk. Banyak itu assignment yang belum aku siapkan. Tapi kalau kau rasa bersalah sangat, pergi minta maaf dengan Allah, bukan aku.
Lalu, Ira menolak daun pintu dewan kuliah lalu masuk dengan meninggal Wan di situ. Sekali kali lagi Wan berasa sentap tetapi pada kali ini oleh kata-kata Ira pula. Wan pun terus hilang mood untuk memasuki kelas Tuan Aqso pada hari itu. Wan memandu keretanya keluar dari kawasan UM dengan penuh rasa marah dan bengang tentang kejadian tadi.
Di dalam kelas Tuan Aqso..
Tuan Aqso: (mendekati Ira)..Ira, mana Wan? Dia tak masuk ke?
Ira: Entah la tuan. Tadi lepas berbual, saya terus masuk . Saya tinggalkan dia dekat luar. Tak tahu pula yang dia tak masuk. Maaf tuan.
Tuan Aqso: Eh. Tak perlu awak minta maaf dengan saya. Saya tak marah pun. Saya cuma bertanya ja. Yalah, tadi kan awak dengan dia kan. Ok la kalau macam itu.
Lalu, Tuan Aqso pergi ke bahagian hadapan untuk menerangkan tentang tugasan kepada para pelajarnya. Hatinya gelak nakal apabila mendapat tahu Wan tidak memasuki kelasnya. Sangkaan Tuan Aqso ialah Wan sentap dengan kata-katanya itu barangkali. Hatinya berbisik “ Itulah pegang2 lagi tangan anak dara sesuka hati. Kan dah kena sound dengan aku.” Yang sebenarnya Aqso cemburu apabila Wan memegang Ira. Namun Aqso masih belum dapat mentafsir perasaannya terhadap Ira dengan sepenuhnya itu. Biarlah Yang Maha Esa menentukan segala-galanya.
No comments:
Post a Comment