Thursday, February 3, 2011

antara cinta dan sahabat chapter 15

“Apa yang awak cakapkan ni?” Shahir sudah mula berdiri. Dia masih tercari-cari penjelasan di sebaliknya. Kenapa dirinya dikaitkan dengan permasalahan Adira? Padahal dia tidak mengenali langsung gadis itu. Adira pula menggelebah melihat reaksi Shahir yang seperti marah dengannya. Salahkah apa yang dia cakap tadi? Yang pasti, dia tidak pula berbohong di atas kenyataan itu.
     “Shahir, dengarlah dulu.” Adira mencuba memujuk Shahir untuk menjelaskan kepadanya. Tetapi Shahir membuat isyarat ‘berhenti’ dengan tangannya. Adira yang baru mahu meluahkan segalanya terdiam.
     “Saya rasa takde apa yang perlu dijelaskan. Awak silap orang. Saya mintak maaf.” Shahir berkata tenang dan lembut tetapi kata-kata itu telah mematahkan hati Adira. Berkecai seluruh hatinya. Matanya mulai berkaca di tubir tetapi air jernih itu masih boleh ditahannya.
     “Tak. Awak salah. Saya tak silap. Awak yang saya cari-cari selama ni.” Adira masih cuba meraih simpati. Dia pantas mencapai tangan Shahir dan menggenggamnya erat seperti tidak mahu dilepaskannya. Shahir meleraikan genggaman itu pantas. Tetapi gayanya masih lembut. Tidak berkasar langsung pada Adira.
     “Tak. Tolong hentikan cerita mengarut ni.” Shahir memandang tajam ke arah Adira. Adira seakan tidak percaya bahawa Shahir boleh melabelkan ceritanya sebagai ‘mengarut’ padahal dia belum mendengar perkara yang sebenar.
     “Tak. Tolonglah Shahir. Saya mohon, dengarlah penjelasan saya ni dulu.” Shahir seperti endah tak endah dengan rayuan Adira. Dia terkedu saat setitik air mata jernih sudah mengalir di pipi mulus Adira. Lantas dia mengalihkan pandangannya. Sesungguhnya, air mata wanita adalah kelemahannya. Untuk tidak mahu terikat dengan keadaan itu, Shahir akhirnya mengalah dan kembali duduk. Adira tersenyum kerana Shahir memahaminya.
     “Hmm..dahlah..lap airmata awak tu..nah..” Shahir mengambil sehelai sapu tangan dari dalam poket seluarnya lalu dihulurkan kepada Adira. Adira teragak-agak untuk menerimanya.
     “Tak sudi ker? Atau awak nak saya tolong lapkan?” Mendengarkan soalan itu, wajah Adira terus berubah menjadi merah padam. Tanpa membuang masa, pantas tangannya mengambil sapu tangan itu. Dalam hatinya berkata, (haishh..macam tau-tau jer shahir ni) sambil mengelap mukanya yang sedikit berpeluh. Kemudian Adira mengembalikan semula kepada Shahir.
     Shahir hanya tersenyum dan berkata, “Emm..tak payahlah..awak simpan jelah.”
      “Eh? Betul ni?” Shahir mengangguk. Selepas mengucapkan terima kasih, Adira menggenggam sapu tangan pemberian Shahir itu dengan kejap. Kesunyian kembali melanda di sekeliling mereka. Tanpa Shahir menyedari (sebab tengah mengelamun), Adira mencuri-curi pandang wajah jejaka idamannya itu. Berdegup-degup jantungnya apabila matanya menilik seluruh wajah Shahir. Memang indah ciptaanMu ini, Ya Allah.
     “Eh! Shahir.” Shahir tersentak apabila secara tiba-tiba Adira memanggilnya. Adira pula masih memandang hairan.
     “Kenapa awak panggil saya?” Adira hanya ketawa kecil. Terpinga-pinga Shahir dibuatnya.
     “Oh..ehem..sorry..saya nak tegur sikit la.” Adira kembali serius walaupun sisa ketawa itu masih ada tetapi ditahannya. Shahir menanti dengan wajah yang dikerutkan. Pelik juga dia, tiba-tiba jer Adira ni.
     “Awak memang suka rambut camtu ek?” Adira menunjuk ke bahagian atas wajah Shahir seiring dengan pandangan matanya. Dia baru saja perasan akan gaya rambut Shahir itu. Itupun kerana dia terlalu khusyuk menatap wajah jejakanya itu sehingga tidak TERperasankan perkara lain.
     “Rambut?” Shahir menyoal dengan nada hairan lantas dipegang dan diraba-rabanya rambutnya yang hitam berkilat dan lurus itu. “Kenapa dengan rambut saya?”
     “Emm..takdelah..cuma saya nampak pelik sikit la gaya rambut awak tu.” Adira ikhlas menyatakan pandangannya. “Nampak TERlalu kemas!”
     “Haaa??” Terkejut Shahir mendengarnya. Rambut yang kemas sebegini dilabelnya pelik?
     “Iya..pelik la..kurang sesuai dengan penampilan awak..skema sangat la.”
     “Nak buat macam mana? Dah saya selesa dengan gaya ni. Gaya rambut apa pulak yang sesuai dengan saya?”
     “Emm..macam ni..” Sambil itu, tangan Adira mahu menyentuh bahagian kepala Shahir tetapi dia cepat mengelak dengan menangkap pantas tangan Adira. Bagaikan ada suatu kuasa elektrik yang mengalir di dalam tubuh mereka saat tangan masing-masing bersentuhan.
     “Eh..eh..apa yang awak cuba nak buat ni?” Shahir bertanya sambil tangan Adira masih dalam genggamannya.
     “Che Shahir, saya bukannya nak buat benda yang tak elok kat awak, saya cuma nak betulkan sikit rambut tu.” Adira membalas selamba. Sambil itu, dia sempat menelan air liur kerana merasakan kehangatan tangan Shahir walaupun mereka berada di dalam bilik berpenghawa dingin.
     “Eh..eh..suka-suki awak jer kan nak main-main dengan rambut saya.” Shahir membuat muka serius tetapi masih maintain macho.
     “Alahh..kejap jer..bukannya saya nak botakkan rambut awak tu..yer..yer..yer?” Kepalanya diteleng ke kiri dan matanya dikerdip-kedipkan persis seorang anak kecil yang minta dikasihani. Sekali pandang, seperti sebuah anak patung yang sangat comel dengan rambut di paras bahu. Atau dalam bahasa yang mudah, innocent look.
     “Hmm..yelah..yelah..” Shahir mengalah akhirnya disebabkan tidak tahan melihat Adira terus-terusan membuat aksi comel itu. Boleh gugur jantung dibuatnya. (Hadoiii..camne lah kau tak boleh perasan yang Adira ni TERlebih comel bha)

                                                                                  **********

“Papa tak kira, Adira mesti dikahwinkan dengan Iwan!” Bergegar seluruh isi rumah mewah itu dek kelantangan suara Encik Suhairi. Sakit hatinya diperlakukan sedemikian oleh anaknya sendiri. Tetapi tidak pula terselit perasaan bersalah atas tindakan kasarnya terhadap Adira tadi. Seluruh penghuni rumah itu tersentak mendengar suara Encik Suhairi. Tidak tahu siapa yang bersalah dan harus dipersalahkan. Samada Encik Suhairi yang terlalu mendesak Adira dan tidak langsung memikirkan masa depan Adira atau Adira sendiri yang terlalu degil untuk menurut arahan papanya.
     “Tapi papa, kenapa papa terlalu memaksa dira? Kenapa mesti iwan, pa?” Lembut dan berhati-hati Ema mengajukan pertanyaan itu. Bimbang jika dirinya pula menjadi mangsa herdikan papanya. Jauh di sudut hati, dia benar-benar kasihankan adiknya. Tidak diberi peluang untuk mengatur kehidupannya sendiri. Baginya, usia 20 tahun sudah cukup matang dalam menguruskan hal-hal kehidupannya. Ema percaya akan kebolehan adiknya itu. Dia bukan lagi budak-budak yang sentiasa mahu dikongkong.
     “Kakak, hubungan antara kita dengan keluarga Encik Zulhilmi sudah lama. Kita diibaratkan seperti adik-beradik. Sejak kakak , Adira dan Iwan belum lahir lagi pon kita dah berkawan baik dengan dorang. Lagipon, kami sama-sama berjanji untuk menjodohkan kakak dan Adira dengan anak-anak dorang supaya hubungan persaudaraan kita berkekalan sampai bila-bila.” Panjang lebar Encik Suhaimi menjelaskan. Lagaknya lebih tenang dari sebelumnya. Dia mencuba untuk menenangkan diri sendiri.
     Ema termenung sebentar dan kemudian menyentuh lembut tangan papanya. “Papa, papa rasa ini keputusan yang betul ker? Dan lebih penting, penerimaan Adira terhadap Iwan. Papa tak sedar ker yang selama ni kasih sayang yang diberikan Adira kepada Iwan hanya terbatas sebagai saudara jer. Tak lebih dari tu. Macamana dia nak terima orang yang dia dah anggap macam abang sendiri?”
     “Tapi kakak..perasaan cinta tu boleh datang kemudian kan? Iwan tu baik orangnya kak..mama yakin dia boleh jaga Adira dengan baik..boleh bahagiakan dia.” Puan Hasnah turut bersuara setelah membisu sekian lama. Ema memandang kedua-dua insan yang amat disayanginya itu. Memang tak dinafikan, Iwan adalah seorang yang bertanggungjawab dan amat prihatin terhadap orang yang dia sayangi lebih-lebih lagi Adira. Perasaan kasih yang berputik di dalam hatinya kini bukan lagi kasih terhadap seorang abang kepada adik tetapi lebih kepada seorang kekasih. Adira pernah mengadu kepadanya, sikap Iwan yang terlalu mengambil berat tentangnya merimaskan. Terasa dirinya dianggap seperti seorang anak kecil.
     “Kakak, betul ker Adira dah ada pilihan lain?” Soalan Encik Suhairi yang bernada tegas itu mengejutkannya. Dia serba-salah untuk meluahkan apa yang diceritakan Adira kepadanya pada malam tersebut. Bagi Encik Suhairi, dia kurang senang melihat Adira berkawan dengan mana-mana lelaki selain Iwan. Bimbang apa yang dirancang tidak menjadi tetapi dalam hal ini dia cukup risau sekiranya Adira betul-betul sudah ada yang punya. Tetapi aneh juga, tidak pula dia mengetahui bahawa Adira ada berhubung dengan mana-mana lelaki. Dia sudah ‘masak’ akan perangai anak bongsunya itu. Sukar sekali bagi para lelaki untuk mendekatinya. Adira boleh dikatakan ANTI-LELAKI kerana benci melihat perangai orang lelaki zaman sekarang. Kecuali Iwan yang sudah sedia maklum akan keluhuran budinya tetapi tidak pernah terlintas dalam hatinya untuk jatuh cinta dengan Iwan apatah lagi mahu menjalinkan hubungan istimewa. Dengar perkataan CINTA sahaja sudah geli telinga apa lagi mahu melaluinya.
     “Emm..dira ada jugak cerita papa tapi tak pasti sangat la.” Ema gugup memberitahu. Memang betul Adira tidak menceritakannya secara terperinci. Dia hanya mengetahui bahawa Adira sudah jatuh cinta pada seseorang tetapi tidak dapat dipastikan siapa.
     “Siapa lelaki tu?” Pandangan matanya yang tajam menikam amat menakutkan Ema. Ema menunduk lalu menggeleng menunjukkan bahawa dia tidak tahu apa-apa soal itu.
     “Takkanlah! Dia tak bagitau apa-apa pon pasal lelaki tu?! Apa yang korang buat dalam rumah ni selama ni haa?! Takkan tak pernah bercakap langsung?! Dan takkan Dira tak bagitau apa-apa rahsia dia?! Melainkan kakak dan Dira memang rancang nak rahsiakan semua ni dari papa!” Hampir sahaja Ema menangis mendengar jerkahan papanya. Soalan yang dihamburkan bertalu-talu merunsingkan fikiran Ema. Apalah dosanya dan adiknya itu.
     “Abang! Cuba jangan melenting macam ni! Tanya elok-elok tak boleh ker? Berlembut la sikit. Abang tengok apa yang abang buat dekat Dira tadi. Kasar sangat tu, bang!” Puan Hasnah mula geram akan sikap suaminya itu. Entah hantu manalah yang sudah merasuk suaminya sehingga melenting tak tentu pasal. Adira yang hanya mahu membela diri dari terus membiarkan Encik Suhairi merosakkan kebahagiaannya, ditampar kuat sesuka hati. Ema yang tidak mengerti apa-apa pun menjadi mangsa. Encik Suhairi hanya terdiam sambil mendengus kuat. Puan Hasnah hanya menggeleng.
     “Kakak, betul ker Dira dah ada pilihan lain?” Puan Hasnah bertanya lembut. Tidak seperti suaminya yang berkasar sebentar tadi. Ema yang mengetap bibir menahan kesedihan, mendengar soalan yang sama diajukan mamanya. Cuma kali ini, nadanya lebih berperikemanusiaan. Dia tidak mahu memandang wajah papa dan mamanya sebaliknya hanya menunduk memandang lantai. Ema mengangguk mengiyakan soalan mamanya.
     Encik Suhairi memandang sekilas saat Ema memberikan jawapannya. Kemudian dia saling membalas pandangan dengan isterinya. Kerisauan sudah mula tumbuh di dalam hati. Hati Encik Suhairi berdetik marah, jadi memang benar apa yang dikatakan Dira. Aku ingatkan dia bercakap bohong untuk mengelakkan dirinya berkahwin dengan Iwan. Huh! Nampaknya sudah ada ‘tiang’ halangan untuk aku laksanakan rancangan aku. Takpe, akan aku hapuskan ‘tiang’ itu. Biar lenyap dari muka bumi ni. Akan aku pastikan takkan ada sesiapa dan apa-apa pon yang menganggu. Adira hanya layak untuk Iwan! Jangan kau harap untuk memiliki Adira! Kau belum kenal aku lagi, stranger!
      Serentak dengan itu, tangannya dikepal sehingga menimbulkan urat-urat di tangannya. Nafsu amarahnya sudah berombak di dada. Dia akan memastikan lelaki itu dinyahkan dari dunia ini supaya tidak akan ada lagi halangan untuk dia mengotakan janjinya yang sudah sekian lama termeterai dengan sahabatnya. Waktu ini, tiada sesiapa yang dapat menghidu perancangan jahat Encik Suhairi yang sudah dihasut syaitan itu. Puan Hasnah mahupun Ema tidak akan menyangka dan mengetahui bahawa seorang lagi yang memang tidak bersalah bakal menjadi mangsa kekejamannya. Syaitan sudah berjaya menguasai akal fikiran Encik Suhairi.

No comments:

Post a Comment