Thursday, February 3, 2011

BAB 5 mAta coklatku memanahmu


Pada suatu hari semasa berada di dalam kelas Tuan Aqso, Tuan Aqso masuk ke dewan kuliah dan ada seorang jejaka yang tampan mengekori di belakangnya. Lalu,

Tuan Aqso: Assalamualaikum semua. Baik lah. Hari ini kita ada pelajar baru. (sambil memegang bahu jejaka yang berdiri di sebelahnya). Nama dia ialah Mauku. Silakan perkenalkan diri anda.

Mauku: Hai. Nama penuh saya Muhammad Maukuna Bin Azam. Panggil ja Mauku. Saya memang orang KL. Sebelum ni saya menuntut dalam jurusan MikroBiologi di Australia. Namun disebabkan beberapa masalah, saya memohon untuk bertukar kos serta tempat belajar.

Semua pelajar perempuan seolah-olah terpegun melihat Mauku apabila dia bercakap dengan penuh keyakinan. Dia yang memakai baju T-shirt kemeja jenama Paul Smith berwarna merah, seluar jean Levis berwarna hitam, kasut kulit Polo berwarna hitam berkilat dan minyak wangi semburan Polo Men yang menikam seluruh jiwa wanita membuatkan pelajar perempuan tidak berkedip matanya  melihat jejaka segak serta tampak mewah citarasanya  yang sedang terpacak di hadapan mereka. Namun, tidak pula bagi pelajar lelaki yang berasa tergugat dengan kehadiran Mauku terutama sekali Wan. Wan menjengah-jengah wajah Ira yang berada di hadapan, kelihatan Ira turut terpesona dengan perwatakan yang dizahirkan oleh Mauku.

Tuan Aqso: Baiklah Mauku. Sila duduk di tempat anda. Sekiranya ada apa-apa yang awak tak faham sila bertanya kepada saya. Jika takut atau segan tanya lah rakan-rakan anda.

Mauku: Baik Tuan.

Lalu Mauku duduk di tempat yang kosong berhampiran dengan Ira. Kemudian dia memberi senyuman yang manis buat Ira. Tuan Aqso memulakan sesi pengajaran dan pembelajarannya seperti biasa. Wan pula kelihatan seperti cacing kepanasan yang berasa resah melihat Mauku duduk berhampiran Ira. Tuan Aqso yang menyedari keadaan Wan yang seolah-olah gelisah serta asyik menjengah-jengah melihat Ira dan Mauku, lalu beliau bersuara secara sinis,,

Tuan Aqso: Alahai. Baru sehari sang putera dari Australia datang, sang Jambu dah terasa panas ke? Belum lagi sebulan. Kalau sebulan, agaknya sang Jambu terus hangus kot.

Wan yang mendengar dialog pensyarahnya itu, terasa bahawa kata-katanya itu adalah khas untuknya. Kemudian ada seorang pelajar lelaki bersuara,

Khairul: Siapa tu,Tuan? (menginginkan kepastian)

Tuan Aqso: (gelak besar) .. Hahaha..Saya bergurau saja la Khairul. Tapi kalau ada yang makan cili, dia lah yang terasa pedas. Tepuk dada tanya selera. Sudah, kita sambung ya.

Wan seolah-olah bengang dengan kata-kata Tuan Aqso itu. Entah mengapa dia merasakan bahawa kata-kata itu untuknya. Memang sah dia makan cili, sebab itu dia terasa pedas dengan kata-kata Tuan Aqso. Ira yang seakan-akan memahami maksud tersirat Tuan Aqso itu hanya tersenyum.

Selepas kelas tamat, semua pelajar berpusu-pusu keluar dari dewan kuliah itu. Namun tidak bagi Ira dan rakan-rakannya. Mereka malas berebut-rebut untuk keluar.

Nurul: Weyh, lepas niy kita pergi makan ea? Perut aku niy dah keluar lagu Menyesal daripada Sixth Sense dah niy. Menyesal pula aku tak sarap pagi tadi. Huhu..

Ira: Padan muka kau bha. Itulah, aku dah suruh kau jamah sikit pagi tadi. Mama aku pesan sarapan tu penting. Nasib la kau tak pengsan tau tadi. Korang pergi la dulu ea dekat tempat biasa. Aku mahu jumpa Tuan Aqso sekejap la. Ada benda aku mahu tanya bha sama dia pasal tugasan minggu lepas.

Idah: Ok. Kitaorang tunggu kau dekat tempat biasa, ok.

Lalu mereka bangun. Nurul dan Idah menuju ke arah pintu keluar dewan kuliah manakala Ira pula melangkahkan kakinya mendekati Tuan Aqso di hadapan. Ira memulakan bicara,,

Ira: Assalamualaikum Tuan. (Sambil melemparkan senyumannya kepada pensyarahnya.)

Tuan Aqso: Waalaikumsalam..(lalu memandang untuk melihat siapakah tuan punya suara itu)..Eh, Ira rupanya. Kenapa Ira?

Entah kenapa, tak semena-mena jantung Aqso berdegup kencang seolah-olah baru lepas berlari pecut. Namun hakikatnya, dia masih duduk di kerusinya. Jantungnya terasa seperti mahu terkeluar apabila mengetahui Ira berdiri di sebelahnya. Dia rasa seperti mahu memicit jantungnya itu agar tidak berdegup terlalu laju kerana dia sendiri gerun melihat dirinya dalam keadaan seperti itu.

Ira: Tuan. Saya mahu tanya tentang tugasan minggu lepas. Saya kurang faham cara untuk menyiapkannya. Boleh tuan bantu saya?

Tuan Aqso: (senyum manis kepada Ira bagi menyembunyikan keadaan jantungnya yang sudah tidak terkawal itu)..Ooo..boleh Ira. Bahagian mana yang awak tak faham itu? Sekejap ye, saya rujuk buku nota saya tentang tugasan minggu lepas.

Lalu Aqso mencapai buku notanya di bahagian tepi meja itu. Tanpa melihat ke arah buku itu, Aqso hanya mencapai sahaja  dan tanpa disedarinya dia tersentuh tangan Ira yang lembut umpama kain sutera itu. Aqso tergamam namun tangannya masih berada di atas tangan Ira. Ira turut tidak berkata apa-apa,,Marah pun tidak, suka pun tidak. Ira sendiri buntu dengan perasaannya apabila tangannya dihangatkan oleh tangan seorang jejaka iaitu Aqso. Kedebaran yang tadi hanya Aqso merasai, kini Ira turut menyertai dalam acara “berlari pecut” Aqso itu . Jantungnya berdengup kencang seperti mahu terkeluar dari landasannya. Suasana sepi.

Tuan Aqso: Ehemm..(mengalihkan tangannya dari tangan Ira)..Maafkan saya ya Ira. Saya mahu ambil buku nota saya itu. (sambil menunjukkan jarinya ke arah bukunya berwarna biru terang  yang tertindih oleh buku dan tangan Ira)

Ira: Ooo. Maafkan saya tuan. Saya tak perasan ada buku tuan. ( Lalu mengalihkan buku2nya bagi membenarkan pensyarahnya itu mencapai buku nota berwarna biru terang.)

Tuan Aqso: Eh. Ada pula awak yang minta maaf. Saya yang salah. Sorry ya Ira sebab terpegang tangan awak. Saya tak sengaja. (namun hati Aqso girang dapat menyentuh tangan milik si gadis itu walaupun bukan itu niatnya yang sebenar. Tapi bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak. )

Ira: Tak mengapalah tuan. Saya faham.

Aqso pun mengambil buku notanya itu lalu merujuk tentang tugasan kepada para pelajarnya bagi menerangkan secara terperinci kepada Ira. Ira mengangguk-angguk tanda memahami setiap kata-kata penerangan oleh Tuan Aqso. Setelah hampir 15 minit Aqso merungkai segala ketidakfahaman Ira tentang tugasan yang diberikannya, lalu Ira meminta diri kerana rakan-rakanya sudah menunggu di taman.

Ira: Ok lah tuan. Terima kasih ya sudi terangkan kepada saya. (sambil membongkokkan sedikit badannya)

Tuan Aqso: Ooo.. Sama-sama kasih Ira. Sudah menjadi tanggungjawab saya dalam membantu awak bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Jika ada apa-apa, cari saja saya. Saya sudi membantu setakat apa yang saya mampu.

Ira: Baiklah tuan. Saya minta diri dulu ya. Kawan saya sudah tunggu dari tadi.

Tuan Aqso: Baiklah Ira. Assalamualaikum.

Ira: Waalaikumsalam.

Ira keluar dari dewan kuliah meninggalkan Tuan Aqso sendirian di dalam itu. Kejadian yang berlaku antara dirinya dan Tuan Aqso itu tadi sememangnya masih berputar di dalam benak pemikirannya. Ira sendiri keliru kenapa dia masih teringat akan kejadian itu. Ira cuba melupakan namun semakin dia mencuba untuk lupakan, semakin terasa kehangatan tangan Tuan Aqso di tangannya.

Di taman bersam rakan-rakan..

Ira: Hai korang. Dah belikan makanan untuk aku?

Nurul: Ira. Dah ni..(sambil menunjukkan roti kegemaran Ira dan setin air soya beans)..

Idah: (menyampuk).. Kenapa lambat sangat, Ira? Kau buat apa dengan Tuan Aqso tu..?? Hah!

Ira: Ish.. Kau ni ada pula fikir sampai ke situ. Sorry la lambat. Tadi berbincang dengan Tuan Aqso tentang assignment last week bha.

Ira termenung sebentar setelah duduk … Nurul yang menyedari sikap Ira seperti ingin memberitahu sesuatu tetapi tampak seperti sukar untuk Ira memberitahunya serta Idah.

Nurul: Weyh, Ira. Kau dah kenapa ni? Termenung pula. Cepat makan. Kejap lagi nak pergi library pula. Nak cari bahan untuk tugasan yang tadi Tuan Aqso bagi.

Ira: (masih berfikir sama ada perlu bercerita atau tidak tentang apa yang berlaku antara dirinya dan Tuan Aqso)…Hah? Uhmm..yelah.. Aku rindu itu sama mama aku bha. (Ira cuba mencipta alasan munasabah bagi mengelakkan rakan-rakannya mengesyaki apa2)

Idah: Laa.. Ingat apa la tadi. Aku pun rindu kat mak aku kat kampung ni. Uhmmm.. Tapi, dah memang tugas kita untuk belajar di sini. Tak apalah, nanti lepas final kita balik la kampung masing2..

Mereka makan dengan segera kemudiannya, mereka bergegas ke perpustakaan kerana petang nanti selepas solat Zuhur, mereka ada kelas. Memang sudah adat kehidupan seorang mahasiswi, sentiasa sibuk. Sekejap berlari ke sana, sekejap berlari ke sini. Makan pun hanya sekadar untuk memberi tenaga dalam menjalani kehidupan yang sibuk memanjang.

Di perpustakaan…

Nurul dan Idah sedang berbincang tentang peranan mereka dalam menyiapkan tugasan berkumpulan itu. Ira pula sibuk mencari bahan untuk dijadikan sumber rujukan mereka. Mereka masih amatur dalam bidang seni layar, jadi perlulah selalu merujuk buku2 di perpustakaan serta lawan web tertentu di Internet.

Semasa Ira sedang mencari buku2 yang sesuai dengan tajuk tugasannya, tiba2 dia terpandang sepasang mata yang dapat dilihat melalui celah2 buku2 di atas rak perpustakaan itu. Mata yang cukup menawan hatinya itu berada di bahagian rak buku dihadapannya. Dia tahu bahawa mata itu milik seorang jejaka. Namun tidak pula dia mengetahui siapakah tuan punya badan itu. Hakikatnya Ira dapat melihat kejujuran serta kasih sayang melalui mata itu walaupun hanya bertembung mata dengan mata tersebut selama beberapa saat. Mata tersebut berwarna coklat.

Ira: (hatinya),.Aku suka mata kau yang coklat tu. Suka!

Lagu BIARKAN AKU JATUH CINTA  daripada ST12 berkemundang memecahkan kesunyian suasana di perpustakaan itu..

Mata ini indah melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa ini getarkan jiwamu
Jantung ini detakkan jantungmu
Dan biarkan aku padamu
Menyimpan sejuta harapan
Aku padamu
Rasa ini tulus padamu
Takkan berhenti
Sampai nanti ku mati

Biarkan aku jatuh cinta
Pesona ku pada pandangan
Saat kita jumpa
Biarkan aku 'kan mencoba
Tak perduli kau berkata
'Tuk mau atau tidak

Apabila Ira pergi ke bahagian rak buku pada bahagian sebelah, dia melihat tiada sesiapa pula. Hatinya bgitu hampa. Namun Ira tetap teruskan misinya untuk mencari buku2 rujukan..

Ira: Alahai, mana itu buku yang aku cari. Bila aku cari tak ada, bila tak cari pula, terpacak depan mata. Menyampah betul aku tengok.

Setelah mencari dengan tekunnya, akhirnya Ira menemui buku yang dicarinya itu. Tajuknya Penghayatan Watak. Lalu Ira mahu mencapainya ,,tiba2 tangannya disentuh lembut oleh tangan seseorang. Ira seperti pernah merasai kehangatan tangan itu lalu dia memandang ke arah kanannya untuk mengenalpasti  tuan empunya tangan itu.

 Kemudian..

Tuan Aqso: Eh..Ira. (sambil mengalihkan tangan kerana tidak mahu Ira salah sangka)..Maaf ya. Saya mahu ambil buku itu. Nampaknya Ira pun mencari buku yang sama.

Ira: Aah tuan. Tapi kalau tuan mahu gunakannya, tak apalah. Tuan ambil la.

Tuan Aqso: Eh. Ada pula macam itu awak ni. Awak tu pelajar, lagi layak untuk dapatkan buku tu sebagai rujukan. Sebenarnya saya mahu meminjam buku itu untuk diberikan kepada awak. Saya ingatkan tadi awak ada kelas. Itu yang mahu pinjam kemudian bagi dekat awak. Nampaknya, awak pun cari juga.

Ira: Ooo..ye ke.. Kelas saya petang nanti, pukul 2.30 petang. Bila tuan beritahu tentang buku tu tadi, saya terus ajak rakan2 saya pergi library. Nanti takut dah ada orang lain pinjam pula.

Tuan Aqso: ( mengambil buku di rak itu lalu menyerahkan kepada Ira)..Nah, ambil la. Buku ini bagus untuk bakal pelakon baru. Gunakan dengan baik ya Ira. Ok la, kalau macam itu, saya pergi dulu. Semoga awak dan rakan awak dapat menyiapkan tugasan dengan sebaik2nya.

Ira: Terima kasih tuan. Ooo,,baiklah..terima kasih sekali lagi.. (sambil melemparkan senyuman kepada Tuan Aqso)..

Tuan Aqso: (terasa bahagia melihat Ira mengukirkan senyuman yang sangat manis untuknya) Sama-sama kasih Ira. Assalamualaikum..( lalu berpaling dari Ira kemudian meninggalkan Ira di bahagian rak itu)..

Ira: (menunggu dengan setianya melihat Tuan Aqso berlalu daripadanya sehinggalah kelibat Tuan Aqso hilang dari pandangannya..)..Waalaikumsalam..( Ira tersenyum sendirian..Sebabnya, Ira sendiri tidak pasti mengapa dia terasa gembira dan tenang setelah berjumpa Tuan Aqso.)

Ira, Nurul dan Idah “melepak” di perpustakaan sehingga mereka dapat menyiapkan tugasan mereka. Hanya tinggal perlu ditaip dan kemudian mencetaknya dalam bentuk buku folio. Yang lain sudah selesai. Jam menunjukkan pukul 1.15 petang dan azan menandakan waktu Zuhur sudah masuk pun berkemundang. Mereka pun menunaikan solat Zuhur secara berjemaah di surau kampus.  Mereka meneruskan kerjaya mereka sebagai mahasiswi UM dengan menghadirkan diri ke kelas yang berikutnya.

kredit buat suha lukman

No comments:

Post a Comment