dari suha lukman
Setelah bermalam di First World Hotel pada malam pertama, keesokkan harinya, mereka berenam kelihatan cergas untuk berjalan2 di sekeliling kawasan First World Plaza ynag bertemakan dunia hollywood. Udara yang nyaman pada waktu pagi di Genting sememangnya menenangkan jiwa keremajaan mereka. Mereka turut membeli-belah di situ. Ira dan Eza tidak melepaskan peluang untuk membeli cenderamata untuk mama dan abang mereka. Sebenarnya sebelum2 ni, Ira dan Eza memang jarang bercuti di kawasan Semenanjung. Hal ini demikian kerana, Ira bersekolah di sekolah berasrama penuh sejak dari tingkatan 1. Apabila cuti sekolah, mamanya jarang ada masa untuk bercuti. Biasalah orang berniaga. Apabila bercuti, duit tak masuk pula. Selalunya semasa cuti sekolah Ira hanya akan berjalan2 pergi membeli-belah ataupun bermain boling dengan akaknya pada hujung minggu.
Wan: Wah! Banyaknya kau beli, Ira..
Ira: Aah la. Untuk mama dan abang aku bha dekat Sabah.
Wan: Bagus kau ni. Sentiasa ambil berat pasal diaorang.
Mauku: (menyampuk)..Kau dengan akak kau balik Sabah bila?
Ira: Hari sabtu ni. Akak aku pun dah beli tiket flight. Kenapa?
Mauku: Tanya ja..
Nurul: Aik..tak kan tanya ja. Kau dan Wan tak mau ikut Ira pulang Sabah ke? (cuba menyakat mereka bertiga)..
Muka Wan dan Mauku merah-kemerahan menahan malu..
Ira: Alahai kau ni Nurul. Sorry la weyh, mereka ni bukan taste aku la. Kau ambil la mana2 yang kau berkenan, lepas tu bawa balik Pahang jumpa keluarga kau.
Wan dan Mauku terdiam mendengar ayat Ira. Walaupun nada Ira seperti bergurau tetapi ayat2nya itu seolah-olah ada maksud tersirat. Mereka berdua terasa apabila Ira berkata bahawa mereka bukanlah taste dia. Lalu Ira berlalu meninggalkan mereka dan menuju ke arah akaknya, Eza yang sedang membeli rantai untuk mama. Setelah menikmati hidangan di First World Hotel untuk makan tengah hari, mereka semua balik berehat ke bilik masing2. Pada waktu petang pula, mereka lebih memilih untuk berehat saja di dalam bilik dan tidur bagi melepaskan dendam kerana selama mereka berada di UM, mereka selalu tidak mendapat tidur yang secukupnya.
Pada waktu malam pula, setelah bersolat Isyak, mereka berkumpul untuk pergi ke Snow World. Tepat jam 9.30 malam, mereka berpeluang untuk masuk ke dalam Snow World itu setelah memakai pakaian yang sudah disediakan. Kelihatan Wan masih terhengeh2 memakai gloves yang diberikan.
Mauku: Woi, Wan. Cepat la.
Ira: Wan! Cepat!
Wan: Ala..korang masuk la dulu..Waduh, gloves ni. Susah pulak nak pakai..
Mauku: Girls, korang masuk la dulu. Aku tunggu Wan sekejap. Nanti aku dengan Wan masuk. Masuk la dulu.
Nurul: Uhmm..Yelah..Jom la korang.
Lalu Nurul, Idah, Ira dan Eza masuk ke dalam Snow World mendahului Mauku dan Wan..
Mauku: Apa yang susah sangat kau ni mahu pakai gloves ni?? (sambil berjalan ke arah Wan)..
Wan: Tolong aku pakaikan..(menghulurkan tangan kirinya yang maseh belum memakai glove itu)..
Mauku: Arghh..Macam budak kecik la kau ni. Meh sini..
Kemudian mereka berdua melangkah masuk dengan yakin ke dalam Snow World itu. Mereka menuju ke arah Ira dan rakan2 yang lain. Tiba2, tak semena-mena saja Wan jatuh tergelincir sehingga dia terbaring. Ira dan yang lain2 tergelak melihat Wan jatuh seperti Jambu rosak gugur dari pokok..
Hahahhahaha..(berdekah2 mereka semua ketawakan Wan)..
Wan: Aduh!! Sakitnya..
Mauku: Alahai kau ni Wan. Memang kau ni suka buat spoil kan. (lalu membantu Wan untuk bangun)..
Dalam mereka berseronok di Snow World, Ira melarikan diri daripada kekecohan rakan2nya untuk menikmati kedinginan salji2 di situ. Dia membayangkan dirinya sedang berada di luar negara. Mauku dan Nurul sedang sibuk berlari saling berkejaran di sekeliling Snow World itu. Eza, Idah dan Wan kelihatan tidak muak2 bermain gelongsor serta membaling ais antara satu sama lain. Ira menaiki anak tangga untuk naik ke kawasan pondok bahagian atas. Tangannya sudah menggigil walaupun dia memakai sarung tangan, dan permukaan tangga itu tampak licin apabila berjalan di atasnya. Apabila kaki kanannya mahu melangkah ke permukaan tangga yang terakhir, tiba2 Ira tergelincir ke belakang. Namun Ira bernasib baik kerana di belakangnya ada seorang jejaka yang menyambutnya. Jejaka itu terus mendukung Ira sehingga masuk ke dalam pondok itu. Tangan Ira berpaut di leher jejaka itu.
Lagu KU ADA KAMU daripada ADIRA AF8 berkumandang di benak pemikiran Ira..Suara Adira yang lantang bukti kekuatan vokalnya jelas kedengaran di telinga Ira..
Engkau menyambut
Tiap kali aku terjatuh...
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu..
Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan..
Engkau menyambut…
Tiap kali aku terjatuh…..
Tangan Ira masih berpaut di leher jejaka itu. Kemudian, Ira tersedar dari lamunan apabila kakinya terasa sudah terpijak di bumi nyata.
Aqso: Assalamualaikum..
Ira: Waalaikumsalam..(lalu memandang ke atas untuk melihat wajah jejaka yang telah menyelamatkannya)..hah? Tuan Aqso??
Aqso: Apalah awak ni Ira. Sekarang kita bukannya dekat kampus, nak panggil tuan2 pula. Lagipun sekarang kan tengah cuti sem..Uhmm..Saya Aqso Aiman..( sambil memegang dadanya memperkenalkan dirinya)..
Ira: Tapi..
Aqso: Memang benar saya lecturer awak. Tapi keadaan itu apabila kita di kampus. Sekarang kita berada di Genting. Jadi saya hanya orang biasa. Nama awak siapa? ( Aqso mula mencipta suasana romantik)..
Ira: hah? Saya? Saya Aifa Akira.
Aqso memandang Ira dengan penuh penghayatan. Ira pula kelihatan berani untuk turut merenung mata Aqso yang amat “seksi” itu. Kemudian Ira menyedari bahawa sinaran mata itu seolah-olah dia pernah melihatnya. Sepasang mata yang dapat menawan hatinya. Mata yang memberi peluang kepada Ira untuk melihat kejujuran serta kasih sayang daripada mata itu. Dan yang penting, mata itu berwarna coklat !
Ira: (hatinya berbisik tertanya)..Mata ni?? Aku seperti pernah lihat bha sepasang mata ni? Adakah?? Mata coklatmu..
Aqso: (bersuara)..Ya Ira.. Awak sukaaa tengok mata yang saya coklat?? Inilah mata yang selama ini awak cari..
Ira terkedu apabila Aqso bersuara kerana Aqso kelihatan seperti dapat membaca hatinya yang sedang tertanya2 tentang sepasang mata yang sudah memanah hati Ira.
Ira: Ya..yaaa (tergagap-gagap Ira untuk menjawabnya)..Ya saya suka mata Tuan yang coklat tu.
Aqso: No,,no,,no..Ira.. Tak perlu lah bertuan2 dengan saya. Just call me Aqso ok..
Ira: (serba salah pula dibuatnya)..Jadi itu mata kamu?
Aqso: Ya, mata saya. Kenapa? Awak tak percaya saya? Ke awak nak tenung mata saya lama2 lagi?
Ira: Ish.. Ada pula..(tertunduk2 Ira dibuatnya kerana malu)..
Aqso: Ira datang dengan siapa ni? Berseorangan ke?
Ira: hah? Tak ada la. Saya datang sama dengan Mauku, Wan, Nurul, Idah dan akak saya. Diaorang semua kat bawah. Tuan pula? Eh2..Tersasul pula saya. Uhmm..Aqso pula datang dengan siapa?
Aqso: Saya? Saya datang seorang ja. (lalu memberi senyuman kepada Ira).. Ira, awak jangan beritahu yang lain bahawa saya ada di sini?
Ira: Kenapa pula?
Aqso: Saya datang sini saja nak enjoy2.. karang mereka tahu, takut mereka ajak lepak dengan korang semua pula. Segan la saya.
Ira: Ooo..yalah, saya tak beritahu mereka.
Setelah hampir 10 minit mereka berbual2 kemudian seseorang muncul masuk ke dalam Snow World itu lalu mengarahkan mereka semua keluar kerana masa yang ditetapkan sudah tamat.
Aqso: Uhmm..nampaknya kita kena keluar. Ingat ya Ira, jangan beritahu rakan2 awak yang lain yang awak jumpa saya di sini..bye..assalamualaikum.. (melemparkan senyuman yangmesra kepada si gadis kecil molek itu lalu meninggalkan Ira)..
Ira: Waalaikumsalam..
Dalam sekelip mata, Aqso hilang dari pandangannya. Kemudian Ira turun ke bawah melalui gelongsor. Setelah keluar dari dunia Snow World itu, Ira seperti tercari2 kelibat Aqso namun tidak pula terlihat wajah kacak jejaka itu.
Eza: Woi, dik! Kau cari apa itu? Dari tadi aku tengok kau terjengah2..
Ira: hah? (terkejut)..Tak ada lah.Tak ada apa-apa..
Wan: Ira, tadi masa dalam Snow World, kau pergi mana? Tak nampak pun kau??
Mauku: (mencelah)..Aah la Ira. Cari gak kau, tak jumpa pun.
Ira: Aku duduk dekat dalam pondok tu tadi. Mula2 aku lepak dekat bawah, lepas tu aku naik bha atas. Sejuk sangat la. Duduk dalam pondok tu, panas sikit..
Nurul: Kau ni Ira. Suka betul menghilang macam itu..
Ira: Sorry la ea.. Hihihi..Aku lapar la. Jom makan !
Idah: Mauku belanja..
Mauku: Hahaha..korang memang kan. Yelah, aku belanja malam ni !
Mereka mengisi perut yang kelaparan dengan menu dari PizzaHut. Setelah kekenyangan, mereka pulang ke bilik masing2. Jam menunjukkan tepat 12.30 malam. Mata Ira masih terbuka luas.Eza pula sudah terbongkang tidur di katil yang berada bersebelahan dengan Ira. Ira tidak boleh melelapkan matanya. Hati dan fikirannya asyik terfikirkan Tuan Aqso a.k.a Aqso Aiman yang begitu mempesonakan.
Ira: (sambil memandang syiling berwarna putih)..Ish! Macam mana pula lelaki misteri yang selama ini aku cari rupanya Tuan Aqso. Tak kan lah aku suka pada dia. Dia lecturer aku pula tu. Waduh! Banyak2 mamat yang datang, yang aku sangkut pada Tuan Aqso pula. Masak aku bah!..
Wajah Aqso sememangnya sedang membanjiri setiap saraf di dalam tubuh badan Ira. Adakah Ira sudah mengenal erti cinta? Atau itu hanya kebetulan? Hidup..Manusia merancang, Dia jualah penentunya.
No comments:
Post a Comment