Lebih kurang seminggu lagi Dausi akan bertunang bersama Eza. Semakin berseri2 wajah mereka berdua. Ira pula semakin putus harapan terhadap Aqso yang masih menyembunyikan dirinya. Ira mula menerima keputusan Aqso yang mahupun perpisahan dalam perhubungan mereka walaupun mereka masih belum berbincang antara satu sama lain. Aqso masih mendiamkan diri lalu membuatkan Ira semakin yakin bahawa Aqso mula melupakan dirinya. Ira cuba membuka hatinya buat Wan namun perkara itu bukan suatu perkara yang mudah. Wajah Aqso masih utuh di dalam hatinya. Ira cuba membuang wajah itu namun dia tidak sanggup. Dia amat menyayangi dan mencintai Aqso.
Ira: Aqso.. sudah setahun lebih kau di sana. Dan sudah hampir beberapa bulan kau tidak mengirimkan khabarmu kepada aku? Kau sudah melupakan aku ke? Tegar kau buat aku begini Aqso? Hilang tanpa kata. Adakah begini caramu untuk meminta perpisahan daripada aku? Sepi tanpa sebab? Wajarkah aku menunggumu jika begini perlakuanmu kepada aku?
Ira termenung di kamarnya. Tiba2 pintu kamarnya diketuk dan dibuka. Ira terkejut lalu memandang ke arah pintu itu..
Ira: Akak. ..
Eza: kau ok?
Ira: Ok ja cuma letih sikit la.
Eza duduk di sebelah adiknya.
Eza: Kesian kau. Aku yang nak bertunang, kau juga jadi mangsa teman akak pergi sana, pergi situ beli barang,.(lalu mengusap kepala adiknya dengan lembut)..
Ira: Ish kau ni. Tak kisah pun la. Kau kan akak aku. Mestilah aku tolong. Tahniah la kau dah nak bertunang..(cuba melemparkan senyuman yang ceria namun mukanya tetap berbaur kesedihan)..Kak, aku tanya sesuatu boleh?
Eza: Apa dia?
Ira: Nanti masa kau dengan Dausi bertunang, Aqso balik ke sini tak?
Eza: (mula pening untuk menjawab soalan itu)..Uhmm. entah la dik. Aku pun tak tahu. Dausi kata dia dah inform pada Aqso beberapa bulan lepas. Dia kata Aqso beritahu nanti sama ada balik Malaysia atau tak. Aku rasa mestilah Aqso balik. Dausi kan kawan baik dia. Tak kan dia tak datang majlis pertunangan Dausi dengan aku.
Ira: (hanya mengangguk2 kepalanya)..Oooo. Uhmm. Yalah..(dia tersenyum tawar)..Kak, aku mengantuk la. (lalu mengosok2 matanya)..
Eza: Ok2.Kau tidur la ya. Aku keluar dulu..
Kemudian, Eza berlalu keluar dari bilik Ira. Ira membaringkan dirinya kerana terlalu letih rasanya.
Ira: (monolog kesedihan)..Aqso,, adakah kau balik nanti? Balik la Aqso. Setidaknya dapat mengubat rindu aku pada kau. Aku masih bingung Aqso tentang apa yang berlaku antara kita. Apa sebenarnya yang berlaku sehingga kau mengabaikan aku seperti ini?
Mata Ira mula berkaca. Hati sebak setiap kali menyebut nama Aqso. Rindu yang teramat di hatinya itu terhadap Aqso.
Ira memejamkan matanya. Butir2 air jernih membasahi pipi halusnya dan membanjiri bantalnya. Ira mengetap bibirnya.
Ira: Aqsooo.. aku menunggu kepulangan mu...
Akhirnya Ira melenakan dirinya dalam keadaan air mata yang masih terasa basah di pipinya itu.
Aqso yang sedang berada di UK terasa hatinya seperti disiat2 dengan ganasnya. Entah kenapa hatinya terasa sakit secara tiba.
Aqso: Apa yang sedang berlaku ya Allah? Kenapa hatiku rasa seperti ditikam2? Ada sesuatu yang berlaku kepada Ira? Ira, awak ok ke? Ira, saya amat merindui awak. Namun saya masih belum bersedia untuk bersemuka dengan awak. Saya perlukan ruang dan masa untuk memahami apa yang saya dengar dan lihat tentang awak di sana semasa ketiadaan saya.
Aqso yang sedang melayari Internet untuk menyiapkan tugasannya lalu menyinggah sebentar ke laman Facebook. Kemudian, dia menghantar mesej kepada Dausi.
“SALAM DAUSI. PERTAMA SEKALI TAHNIAH YA SEBAB AKAN BERTUNANG. SEBENARNYA AKU MAHU MINTA MAAF SEBAB TIDAK DAPAT PULANG KERANA ASSIGNMENT AKU BANYAK SANGAT. KAU KIRIM SALAM KEPADA KELUARGA AKU. KAU JAGA DIRI BAIK2 YA.BYE. KIRIM SALAM JUGA KEPADA IRA YA. SALAM.”
Aqso klik ‘send’ lalu mesej itu dihantar ke peti masuk facebook Dausi. Aqso berasa bersalah kerana mmbohongi Dausi. Dia sebenarnya mendapat cuti selama beberapa minggu. Namun dia mengambil keputusan untuk tidak balik ke Kuala Lumpur. Beberapa minggu itu, dia akan bekerja di UK.
Aqso: Maafkan aku, Dausi. Bukan aku tak mahu balik tengok kawan baik aku bertunang. Namun, aku masih tidak sanggup untuk bersemuka dengan Ira. Maafka aku ya Dausi.
Dausi yang sedang bekerja seperti biasa di butiknya itu, lalu mencapai telefon BlackBerry nya kerana berbunyi menandakan ada seseorang menghantar sesuatu di Facebook nya. Lalu Dausi membuka laman facebook dan membaca mesej daripada Aqso.
Dausi: Hah? Tak balik mamat ni. Waduh ! Kata nak datang. Hei Aqso ini, suka betul beritahu last2 minute. Lagi beberapa hari lagi aku nak bertunang. Apa kena lah kau ni Aqso? Aku pun dah pening tengok kau ni! Dulu kata sayang, sekarang dibiarkan pula. Ira pula yang jadi mangsa. Apa aku nak beritahu Mak Mahani dan Pak Zawanil ni? Waduh, mamat ni!
Tepat jam 5 petang, Dausi sudah menunggu Eza di hadapan pejabat Eza untuk menjemputnya. Pada hari itu, kereta Eza rosak dan dihantar ke bengkel. Semasa pagi, Ira sudah menghantarnya pergi ke kerja. Pada waktu balik pula, Dausi menjemputnya. Eza mahu menaiki bas namun ditentang oleh Dausi dek merisaukan keselamatan Eza. Eza turun dari pejabatnya dan ternampak kelibat Dausi di luar kereta yang sedang menunggunya.
Eza: Hai Dausi. Cepat awak sampai.
Dausi: (menoleh mendengar suara bakal tunangnya itu)..Hai. Hihihi. Mestilah cepat. Nak jemput awak. Karang lambat awak membebel. (tersenyum seperti kerang busuk)..
Eza: Jom balik.
Dausi berlari ke arah pintu di tempat duduk Eza lalu membuka pintu itu.
Dausi: Masuk la. Heee..
Eza: Thanks Dausi.
Kemudian Dausi menutup pintu itu lalu masuk ke tempat pemandu lalu menggerakkan kereta itu menuju ke rumah Eza.
Dausi:Awak, tadi masa saya dekat butik, Aqso bagi mesej dekat Facebook saya.
Belum habis untuk Dausi bercakap, Eza mencelah..
Eza: Aqso? Dia cakap apa? Dia balik tak nanti? Dia datang tak?
Dausi: (memandang Eza) Amboi. Bertalu2 soalan awak. Awak ni wartawan daripada pihak mana ni??
Eza: Hehehe. Cepat la Dausi cerita.
Dausi: Saya nak cerita la tadi, tiba2 awak tembak saya dengan soalan yang bertalu2. Terdiam saya.
Eza: Yalah2. Saya diam. Sekarang awak cerita.
Dausi: Ehmm. Aqso kata dia tak datang majlis pertunangan kita hujung minggu ni. Dia tak dapat nak balik sebab ada banyak assignment.
Eza: Laaa. Waduh! Masak la Ira mesti sedih. Itu je ke dia cakap? (mukanya seolah2 meminta penjelasan)..
Dausi: Dia minta maaf la tak dapat datang. Kemudian dia suruh kirim salam kepada keluarga..
Eza: Saya tak faham betul dengan Aqso. Hei..
Dausi: Oh ya! Baru teringat, Aqso kirim salam kepada adik awak ,Ira. Awak tolong beritahu dekat Ira ea?
Eza: hah? Aqso kirim salam dekat Ira? Ye ke? Wah! Mesti Ira suka nanti. Ok2, nanti saya sampaikan.
Akhirnya setelah hampir 20 minit Dausi memandu, mereka tiba di hadapan rumah Eza.
Eza: Thanks ya Dausi hantar saya.
Dausi: Welcome. Ingat tau, beritahu Ira.
Eza: Ok2. Bye..
Lalu Eza keluar dari kereta Dausi..
Dausi: Bye..
Kemudian, Eza masuk ke dalam rumah dengan segera apabila kelibat kereta Dausi mula hilang dari pandangannya.
Eza: Assalamualaikum !! (ceria juga untuk Eza menyampaikan kiriman salam daripada Aqso kepada Ira)..
Ira sedang menonton televisyen..
Ira: Uhmm, waalaikumusalam..
Eza: Aik, dik ! cepat kau dah balik.
Ira: Aah, hari kelas habis awal. Pukul 4 tadi. Yang kau ceria semacam ni apa hal? Dausi ajak kahwin esok ke?
Eza: Ish kau ni. Ada pula. Hujung minggu ni baru nak bertunang tak kan esok nak kahwin pula. Apa daaaa..(menghampiri adiknya itu yang sedang duduk di atas sofa)..
Ira: Hahaha. Mana la tahu. Dah menggatal sangat kan. Hahahaha..
Eza: dik, aku ada benda nak cerita ni. (lalu dia duduk di sebelah Ira)
Ira:Kau ni! Pergi la mandi dulu . Bacin plus masam plus tengik la bau kau. Pergi sana. Jangan kau nak melekat-lekat dekat aku selagi kau tak mandi. Pergi mandi ! sana! Hahaha
Eza: Kuang asam kau dik. (lalu menolak adiknya itu yang sedang duduk). Kau ni kacau daun betul aku nak story2 dengan kau. Yalah! Aku pergi mandi! Nanti kita cerita2 ea. Aku ada berita best untuk kau.
Lalu Eza beredar menuju ke biliknya. Ira masih mencari2 rancangan yang seronok untuk ditontonnya. Tiba2, Ira terbuka ulangan diari AF musim ke-8 di astro ria. Dia ternampak muka Shahir AF8 yang memang ada seiras sedikit dengan wajah Aqso. Ira memang meminati Shahir AF8 itu kerana mempunyai suara jantan yang sangat enak untuk didengari.
Ira: Muka shahir ni memang macam Aqso sikit la. Ya Allah, rindunya aku dengan Aqso. Aqso, kau balik ke tidak masa majlis pertunangan Dausi dengan akak aku ni?
Kenangan Ira bersama Aqso ligat bermain di fikirannya. Hatinya tidak henti2 menyebut Aqso yang amat dirinduinya itu.
Eza: Hoi!!! (menyergah Ira)..
Ira: Eh mak kau meletup ! Akak! Kau ni suka la buat macam tu. Macam nak tercabut jantung aku tau.
Eza: Hahaha! (lalu duduk di sebelah adiknya itu)..Dik..
Ira: Hah! Kata ada cerita tadi. Apa?
Eza: Ni yang aku nak cerita.(mula tersenyum2 ketika hendak memulakan ceritanya).Aku ada satu berita baik dan satu berita buruk. Kau nak tahu yang mana?
Ira: Uhmm..Mana2 pun boleh..
Eza: Ok la. Aku beritahu berita buruk dulu. Uhmm.. Aqso tak balik masa aku bertunang dengan Dausi. Dia kata ada banyak assignment dekat sana. (serba salah juga Eza apabila memberitahu berita itu)..
Ira: (hatinya berbisik). Uhmm. Dah agak dah mamat ni mesti tak datang. Memang sah dia dah lupa aku. Lelaki memang! Dasar lupa daratan.
Ira seperti sudah mula marah namun hanya hatinya saja yang sedang bising dengan kata2nya. Ira hanya berdiam tanpa sepatah kata. Matanya masih masih menonton televisyen di mana menyiarkan konsert AF8 pula. Dan masa itu pula Shahir AF8 muncul untuk beraksi di pentas. Shahir sedang berbual dengan pengacara iaitu Jimmy Shanley.
Ira: (kata2 hatinya)..Ish!!! Menyampah pula aku dengan si Shahir ni. Ni, Aqso punya pasal la ni! Arggghh!! Eza ni pun satu, time2 macam ni pula nak beritahu..Sengal!!
Eza: Kau ok tak? Senyap ja..
Ira: (mula bersuara akhirnya) hah? Ok la. habis tu nak cakap apa kalau mamat tu tak nak datang. Siapa aku nak paksa2 dia balik sini? (hatinya masih berasa geram)..
Eza: Uhmm. Kau nak dengar berita baik tak?
Ira: (seperti sudah hilang mood)..Cerita jelah. Aku dengar.
Eza: ( hatinya gembira untuk berkongsi berita itu kepada Ira)..Aqso kirim salam dekat kau dik! Huhuh..
Jantung Ira berdegup kencang ! Dan semasa itu juga Shahir AF8 yang sedang muncul di kaca televisyennya itu menyanyikan lagu ALWAYS BE MY BABY iaitu semasa konsert minggu ke-4. Ira semakin tergamam. Lagu itu lantang memenuhi ruang rumahnya. Lagu itu juga seolah2 mengetahui isi hati Ira yang mula disirami dengan rasa cinta, rindu, dan sayang. Ira yang memandang wajah baru Shahir itu iaitu penampilan tanpa janggut sememangnya mirip Aqso ! Ira merasakan seperti Aqso sedang menyanyikan lagu itu untuknya. Eza yang memahami adiknya yang meminati Shahir itu, membiarkan dulu adiknya melihat Shahir nyanyi.
Kemudian..
Ira: (mulakan bicara setelah tamat nyanyian itu)..Aqso kirim salam? Kau jangan la nak tipu aku?
Eza: Ya Allah! Dik ! Betul la. Dausi yang cakap. Aqso bagi mesej dekat Facebook. Aqso kata dia tak datang masa pertunangan aku sebab ada assignment banyak kemudian dia kirim salam kepada keluarga dan kau sekali. Suka lah tuh?? (sambil menepuk lengan adiknya itu)..
Ira: Kau serius? Kau jangan bagi aku harapan pula.
Eza: Eisshh.. Susah la cakap dengan kau. Macam cakap dengan kucing. Dah la aku nak makan. (lalu bangun dari sofa itu)..
Ira tersenyum bahagia..
Eza: Orang kirim salam tu, jawab la cik adik oi ! Arghh! Sengal..
Ira: Waalaikumusalam, Aqso. (tersenyum seperti kerang busuk kepada akaknya)..
Eza yang malas nak layan karenah adik manjanya itu lalu beredar pergi ke dapur untuk makan. Ira pula masih menonton televisyen. Kebun di hati Ira mulai subur dengan kiriman salam daripada Aqso. Memang sah dalam hati Ira sudah kembali berkebun. Ira dari tadi tidak henti tersenyum seorang diri.
Ira: (hatinya) Aqso. Kau masih ingat aku lagi? Kau kirim salam kepada aku? Benarkah? Aku tidak bermimpi kah? Tapi kenapa selama ini kau menyepi secara tiba2? Arggghh.. Lantak la. Semua orang buat silap. Tak apa Aqso. Aku tetap akan tunggu kepulanganmu ke pangkuanku untuk meminta penjelasan daripadamu.(Ira mencapai bantal di sebelahnya lalu memeluk erat. Dia menutupi mukanya dengan bantal itu. Lalu hatinya berbisik kuat, Aqso!!!! Aku sayang kau!! )
Eza: (cuba memerli adiknya itu yang sudah seperti kena sawan kerana asyik tersenyum seorang diri) Dah la tu senyum2 tu. Kirim salam ja dah tersenyum2 macam orang gila. Belum ajak kahwin lagi. Silap2 pengsan sebulan agaknya..Hahahah..
Ira hanya menjelirkan lidahnya kepada Eza..
Pada waktu malam pula, kelihatan Ira masih gembira apabila mengenangkan Aqso mengirimkan salam kepadanya. Ira terlena dengan wajah Aqso yang sentiasa di hatinya setiap detik.
No comments:
Post a Comment