Thursday, February 3, 2011

BAB 22 mAta coklatku memanahmu

Hari pertunangan antara Dausi dan Eza yang selama ini ditunggu2, akhirnya telah muncul tiba. Setelah hampir setahun mereka berkenal, mereka sudah sepakat untuk mengikat perhubungan mereka dengan bertunang. Lagipun masing2 sudah bekerja dan sudah tiba masanya bagi mereka untuk lebih serius dalam perhubungan. Majlis pertunangan yang diadakan di Kuala Lumpur iaitu di rumah Eza hanya sekadar sederhana. Cukup lah sekadar ahli keluarga dan shahabat akrab. Kebahagiaan jelas terpampang di wajah Eza serta Dausi. Ira turut gembira melihat akaknya sudah menjadi tunangan orang. Kiriman salam daripada Aqso beberapa hari sebelum majlis pertunangan itu membuatkan rasa sayang Ira kepada Aqso mula bercambah. Ira beri peluang kepada Aqso walaupun saat itu Aqso tidak menghadirkan diri. Ira yakin Aqso akan menghubunginya.

Suasana majlis pertunangan antara Dausi dan Eza yang berlangsung di rumah sewa Eza.

Mauku: Dausi! Tahniah ya sudah bertunang dengan Eza. Lepas ni kahwin pula..

Dausi: (bersalaman dengan Mauku)..Thanks Mauku. Wah kau! Excited betul. Relaks la dulu. Aku kumpul duit dulu baru boleh kahwin. Yalah, anak dara orang kan.

Ira: (menghampiri Dausi dan Mauku)..Dausi! wah! Congrates ya! Lepas ni kena lah panggil abang Dausi ek..Yalah bakal abang ipar..Hihihih.. (tergelak kecil Ira melihat Dausi)..

Dausi: Thanks Ira..Suka hati kau la Ira. Aku tak kesah pun.

Ira: Kau jaga akak aku baik2 tau. Kalau tak, aku belasah kau..

Dausi: Hahaha! Ya Ira. Walaupun Eza belum jadi isteri aku, aku akan jaga dia baik2..Kau jangan risau..

Ira: Gatal.. Kahwin dulu baru boleh panggil isteri ok..Ok la, aku nak pergi sana. Korang berbual la dulu. (lalu menuju ke arah Wan yang memanggilnya)

Pada hari itu, secara tak sengaja warna baju Ira sepasang dengan Wan iaitu oren cair. Wan memang suka warna oren. Ira sebenarnya berasa tidak selesa juga, namun perkara dah jadi, apa boleh buat. Tidak sanggup pula nak tukar baju.

Wan: Wah kau! Ayunya..Baju oren cair?? Kita sepasang la. Jom kita bertunang sekali (gurau Wan)

Ira: Ishh kau ni. Ada pula. Jangan nak merepek ok. Baru sekali sepasang dah kecoh2.

Wan: Ala kau ni, aku bergurau ja. Aku lapar la..

Ira: Makan la. Ambil la kat situ..(sambil menunjukkan kawasan yang sudah menghidangkan makanan buat tetamu yang hadir..)  Kau tak payah la nak malu2. Macam tak biasa pula. Jemput la makan.

Lalu Wan pun melayan diri sendiri untuk makan. Ira sibuk menegur ahli keluarganya yang datang dari Sabah serta berkenalan dengan keluarga bakal abang iparnya itu. Ira memang seorang gadis yang peramah dan mesra. Dia begitu mudah didampingi. Setelah selesai sesi makan serta suai kenal antara satu sama lain dengan yang hadir pada ketika itu, mulalah pula sesi bergambar. Seorang jurugambar telah ditempah khas untuk merakamkan saat indah itu dalam bentuk  gambar.

Setelah selesai majlis pertunangan Eza dan Dausi itu, pada waktu malam Ira dan keluarga hanya duduk di rumah merehatkan badan yang terlalu letih dek melayan tetamu yang bertandang mengucapkan tahniah di atas majlis itu.
Ira sedang duduk di dalam bilik sambil melayari Internet manakala akaknya, Eza sedang membelek cincin pertunangannya dengan Dausi yang berlangsung pada pagi tadi.

Eza: Dik! Kau buat apa tu??

Ira: hah? Aku tengah nak buka Facebook ni. Nak upload gambar kau bertunang la..

Eza: Kau dah edit belum??

Ira: mestilah dah cik akak oi. Yalah, nak muka kau ja yang cantik kan. Hahaha.

Eza: Mestilah, nanti abang dausi nak tengok. Nanti kau tag la dausi ea. Jangan lupa.

Ira: Ya. Tak kan lupa punya. Dausi kan  abang ipar aku. Hihih.

Lalu Ira membuka laman web sosialnya itu. Semasa menunggu gambar2 itu selesai dimasukkan ke dalam Facebooknya itu, Ira membaca segala komen serta mesej yang diperolehnya. Tiba2 mata Ira ternampak suatu mesej daripada seseorang. Seseorang yang tidak dijangka oleh dek akal fikirannya.

“ASSALAMUALAIKUM IRA. AWAK SIHAT? SAYA HARAP AWAK SIHAT YA. SAYA DI SINI OK JA. SAYA MOHON MAAF KERANA SUDAH LAMA TIDAK MENGHUBUNGI AWAK. SAYA PERLUKAN MASA DAN RUANG UNTUK DIRI SENDIRI. SAYA PUN SGT BUSY SEKARANG. AWAK JAGA DIRI YA. SALAM. –AQSO-”

Ira: (getus hatinya pelik)..Aqso?? kenapa tiba-tiba?? Aqso masih ingat pada aku??

Walaupun Ira kelihatan seperti terkejut namun jauh di sudut hatinya, dia amat gembira mendapat khabar daripada jejaka itu di mana sehingga kini dia masih menunggu Aqso.Lalu Ira membalas mesej itu.

“WAALAIKUMSALAM..AQSO..SAYA SIHAT SAJA. BAIKLAH JIKA AWAK KATA BEGITU. SAYA FAHAM AWAK SIBUK. TAPI SAYA HARAP AWAK DPT KHABARKAN KEADAAN AWAK DI SANA DARI SEMASA KE SEMASA SAMA MELALUI TELEFON ATAUPUN DI SINI. SAYA TUNGGU AWAK AQSO. SAYANG AWAK. –IRA-”

Begitu terharu hati Ira apabila membaca mesej daripada Aqso. Dia membacanya berulang2 kali. Terasa seperti mahu mencetak ucapan itu dan ditampalkan di dalam diari pink pemberian Aqso. Rasa rindu dan sayang semakin utuh. Ira mula yakin Aqso adalah haknya. Ira dapat menerima alasan Aqso yang mengatakan dia sibuk di UK. Dunia pelajar memang sentiasa sibuk.

Tepat jam 11 malam, setelah menyiapkan pakaian serta barang2 untuk sesi mengajar pada esok hari, Ira melabuhkan punggungnya pada katil. Ira mencapai diari yang berada di atas meja bersebelahan dengan katilnya. Dia membuka diari itu lalu mencapai 2 keping gambar. Setiap malam dia akan merenung gambar itu kerana hatinya tidak dapat berbohong bahawa dia mulai cinta serta rindu akan wajah jejaka itu yang selama ini sudah mencuri hatinya tanpa dia sedari. Ira mula bersandar lalu mulakan sesi luahan isi hatinya..

5 DISEMBER 2009

AQSO AIMAN.. nama yang amat ku rindui. Insan yang sentiasa ku tunggu kepulangannya di sisi ku seperti dulu. Kau muncul kembali setelah beberapa bulan kau menghilang. Apa maksud mu bahawa kau perlukan masa dan ruang? Walau apa2 pun yang berlaku, kau tetap di hati aku, Aqso. Sakit juga hatiku mencintai kau apabila kau pergi tanpa sebarang penjelasan. Kini kau kembali menemui ku. Adakah kau tidak akan meninggalkan aku selepas ni?? Aqso!! Serius aku katakan, aku rindu saat kita bersama. Aku sayang kau, Aqso.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seminggu kemudian, Aqso membuka laman web sosialnya iaitu facebook. Dia membaca mesej daripada Ira yang dihantar pada minggu lepas. Aqso kini sedang bekerja sementara menyebabkan dia jarang ada masa lapang untuk melayari internet. Badan Aqso terasa letih kerana sudah 2 minggu dia bekerja sebagai pelayan restoran di UK bagi mencari duit tambahan dan sekadar menambahkan pengalaman. Dia merebahkan badan tegapnya itu di atas katilnya lalu melayan facebook. Aqso tersenyum membaca mesej daripada Ira. Aqso seolah2 lupa yang dia marah pada Ira. Mesej itu membuatkan Aqso terus memaafkan Ira. Lalu, Aqso membuka gambar2 terbaru Ira semasa majlis pertunangan Dausi iaitu kawan baik Aqso. Tajuk album itu PERTUNANGAN DAUSI DAN EZA. Aqso tersenyum melihat gambar2 sahabatnya yang sudah menjadi tunangan orang.

Aqso: Dausi,..bahagianya kau..tahniah ya Dausi. Maafkan aku kerana tidak hadir pada majlis kau ini. Aku masih belum bersedia untuk berjumpa Ira walaupun aku sudah memaafkan dia apabila rapat dengan Wan sepanjang aku di sini. Aku sangat2 cemburu dengan Wan. Kalau kau ada, mesti sekarang kau dah tolong bagi nasihat kepada aku. Aku rindu kau Dausi..

Dalam lancar2 Aqso melihat gambar2 pertunangan Dausi di album Ira..tiba2,,mata Aqso membulat besar.. Nafasnya mula turun naik. Tangannya kaku!! Hatinya sedang dicincang halus!! Jantungnya terberhenti!! Dadanya rasa sesak!! Sebak!!! Mukanya merah!! Lidahnya keras membatu,, kelu!! Darahnya semakin panas mendidih!!

Aqso: Wan????!! (Aqso menekan tetikus koputer ribanya tiba2 wajah Ira dan Wan berdua mesra terpampang di skrin laptopnya) sepasang ???!! baju oren???!! Ira!!! (jerit hatinya sentap)..Kau ulang kesilapan kau lagi!!! Kenapa di saat aku mula memaafkan kau, kau muncul menyakiti hati aku!!! Baru sebentar tadi kau mengatakan kau menunggu ku..kau sayang kepadaku..kenapa kini, aku lihat kau bermesra dengan dia?? Ni bukti kau sayang kepada aku?? Aku benci kau Ira!! Kau memang tak hargai kasih dan cinta aku selama ini?? Kau memang perempuan jahat!! Kau suka permainkan perasaan dan hati aku!! Aku benci kau, Ira,..!! BENCCCIII!!!

Aqso terus menutup komputer ribanya itu lalu tidur. Namun matanya tidak dapat dilelapkan walaupun sudah beberapa kali dia cuba untuk merapati kelopak matanya itu. Hatinya sakit !!! aqso memeluk kemas bantalnya dan menutupi wajah marahnya dengan bantal itu. Aqso menangis!! Jiwanya sungguh sebak dan pedih dengan Ira!!

Aqso: (menjerit dengan kuat) Iraaaaaaa!!!!! Aku sayang kau!!!! Kenapa kau lukakan hati aku???!!! (teresak2 Aqso menangis kerana cemburu melihat Ira dan Wan mesra di dalam gambar yang kaku itu. Namun tidak kaku bagi Aqso..Wajah Ira menyentuh wajah Wan membuatkan Aqso semakin cemburu serta marah)

Aqso terlena dengan air mata masih melakar di pipinya yang bersih tanpa jerawat itu. Aqso bertekad melupakan Ira. Ira mempermainkan hatinya yang tulus mencintai Ira. Ira curang pada janjinya yang diungkapkan buat Aqso. Aqso kecewa namun dia cuba bangkit meneruskan hidupnya tanpa bayangan Ira. Pelbagai cara Aqso buat bagi membuang bayangan Ira. Sehingga dia mati idea.

Aqso: Ira.. apakah caranya melupakan kau seperti mana kau melupakan aku dengan mudahnya. Apa perlu aku minum Clorox bagi menghakis wajahmu dari terus melekat di jiwa aku?? Apa perlu aku menggantikan hati aku dengan hati orang lain?? Apa perlu aku buang otak aku supaya tidak mengingati dirimu yang sudah melupakan aku?? Apa dia, Ira???!!!! (Aqso menarik2 rambutnya yang serabut itu kerana terlalu geram..geram kerana masih belum dapat melupakan wajah gadis yang sudah mempermainkan hatinya..)

Ira pula masih menunggu berita daripada Aqso. Sudah berbulan2 sejak hari di mana kali terakhir Ira mendapat khabar tentang Aqso iaitu pada hari pertunangan akaknya itu, Aqso masih belum memberi sebarang respon. Ira ada juga memberi mesej menanya khabar di Facebook Aqso, namun Aqso mengendahkannya. Aqso hilang lagi. Namun Ira kuatkan hatinya mengatakan bahawa Aqso sibuk.

Suatu hari, ibu bapa Aqso bersama Safa datang ke rumah Ira.

Puan Mahani: Ira sihat??

Ira: (menuangkan air ke dalam gelas lalu mengagih2kan kepada Puan Mahani, Encik Zawanil dan Safa.) Alhamdulillah mak cik. Ira sihat. Mak cik dan pak cik dah lama tak datang sini??

Puan Mahani: Ooo..bagus la. Aah la Ira. Mak cik sibuk sikit sejak akhir2 ni. Lagipun Safa asyik ada kelas ja. Ira pun mesti sibuk kan. Mak cik tak nak ganggu Ira.

Ira: Ooo..ish mak cik ni. Mana ada ganggu. Ira senang kalau mak cik, pak cik dan Safa selalu datang sini. Yelah, mama Ira jauh dekat Sabah gitu. Jadi ada mak cik, terubat juga rindu pada mama.

Puan Mahani: Ira tak pulang Sabah??

Ira: Tak la mak cik. Sibuk dengan kampus tu. Tapi dua minggu lepas Mama dengan abang ada datang sini sebab Mama ada urusan dekat KL. Dia tinggal beberapa hari dekat sini.

Puan Mahani: Ira..Aqso ada telefon??

Ira: (tertelan air liur dibuatnya Ira apabila mak Aqso menanyakan itu) hah? Aqso? Uhmm.. Tak ada lah pula mak cik. Dia sibuk la tu (ira cuba memujuk hatinya)

Puan Mahani: (serba salah menyerang diri apabila anak terunanya memperlakukan Ira sebegitu)..Ira,mak cik minta maaf ya daripada pihak Aqso. Mak cik pun tak tahu nak buat macam mana. Beberapa minggu lepas, Aqso ada telefon mak cik. Mak cik ada tanya dia pasal Ira. Tapi seperti biasa dia terus tukar topik. Mak cik nak tolong tapi Aqso sendiri tak berkongsi cerita dengan mak cik.

Ira: Mak cik..tidak mengapa la. Ira rasa Aqso sibuk sangat tu. Ira tak ambil hati pun. Mak cik jangan la risau ya. Kami ok ja. Cuma sekarang ni Aqso perlukan ruang dan masa. (Ira tersenyum untuk melegakan hati Puan Mahani.)

Setelah hampir satu jam lebih Puan Mahani bertandang di rumah Ira, kemudian beliau bersama suami tercinta dan Safa meminta diri untuk pulang. Ira memang rapat dengan keluarga Aqso. Ira pun tidak mahu mengaitkan apa yang berlaku antara dia dan Aqso dengan hubungan persaudaraan yang dibina dengan keluarga Aqso. Namun jauh di sudut hati Ira, Ira amat kecewa dengan sikap Aqso yang suka mendingin. Namun, kerinduan serta kasih terhadap Aqso sentiasa melanda dalam setiap saraf diri Ira. Penantian itu satu penyeksaan.

No comments:

Post a Comment