Setelah seminggu Ira menjalani minggu orentasi selaku penuntut baru di UM, akhirnya buat kali pertama dia akan menghadapi kehidupan mahasiswi yang sebenar. Kelas pertamanya bermula pada pagi ini jam 10.30 pagi. Perasaan teruja yang memenuhi ruang jiwanya menyebabkan Ira sudah kelihatan berkeliaran di kawasan kampus tepat jam 8.30 pagi. Setelah mengalas perut dengan dua biji telur separuh masak dan dua keping roti kaya bakar bersama kopi O panas, Ira menuju ke perpustakaan untuk mengisi masa lapangnya. Suasana yang dingin di waktu pagi dapat dihangatkan oleh Ira dengan menghirup secawan kopi O panasnya itu. Kerinduan terhadap Mama sememangnya tidak dapat dielakkan daripada terus bertakhta di hatinya yang kecil molek itu. Namun, perkara itu tidak akan sesekali dijadikan alasan untuk dia tidak berjaya dalam menawan segulung ijazah dalam bidang seni layar.Semenjak dari sekolah menengah, Ira sudah aktif dalam bidang lakonan dengan menyertai dalam pementasan drama di sekolah menengahnya.
Jam tangan jenama Louis Vuitton milik Ira menunjukkan jam 10 pagi. Dia sedang menunggu rakannya di luar kelasnya. Deruman kerete Fairlady berwarna biru terang sememangnya menarik perhatian Ira untuk melihat siapakah empunya kereta itu. Dia memang menggemari warna biru yang dianggapnya sebagai warna yang tenang serta hebat. Jejaka yang merupakan pemilik kereta Fairlady itu pun keluar dan berjalan menuju ke destinasinya sememangnya mendapat perhatian daripada mata Ira.
Ira: (matanya mengekori pergerakan jejaka iaitu pemilik Fairlady biru itu..) hatinya berbisik kagum “wow, hebatnya mamat ni! Muda-muda lagi dah pakai kereta macam ini. Mesti anak orang kaya. Hensem pun boleh tahan”..
Tiba-tiba, ramai orang berbisik-bisik nakal menceritakan perwatakan jejaka itu seola-olah memuja jejaka itu. Tidak dinafikan Ira turut kagum melihat jejaka itu namun niatnya datang ke kampus itu adalah untuk menuntut ilmu bukannya mencari cinta. Tepat jam 10.30 pagi, Ira serta teman-temannya memasuki kelas pertama mereka dengan semangat baru untuk menjadi seorang graduan yang berkualiti.
Ira: “ Mana lecturer kita ni??” ..tanya Ira kepada rakanya bernama Nurul yang duduk si sebelahnya..
Nurul: Entahlah Ira. Aku dah excited ni nak belajar. Dah pukul 10.40 pagi dah ni. Kejap lagi kut lecturer kita sampai. Ada hal la tu agaknya (hatinya meneka)..
Ira: Uhmm. Mungkin agaknya.
Sememangnya Ira begitu teruja dengan kelas pertamanya itu sehinggakan dia bersama teman-teman sebiliknya duduk di bahagian barisan yang paling hadapan sekali. Ira duduk di tengah-tengah antara rakan-rakannya. Tiba-tiba, pintu kelasnya ditolak dengan penuh bergaya,,kemudian suara jantan yang begitu mempesonakan mendiamkan suasana kelas pada pagi itu.,,
Tuan Aqso: Assalamualaikum serta serta selamat sejahtera semua.
Para pelajar: Waalaikumusalam…Selamat sejahtera .
Sangkaan Ira tentang jejaka yang merupakan pemilik kereta Fairlady biru itu sememangnya meleset sama sekali. Ira menyangka bahawa jejaka itu merupakan penuntut sepertinya juga. Rupa-rupanya beliau adalah pensyarahnya. Dia sememangnya tidak menyangka akan bertemu lagi dengan jejaka Fairlady itu.
Tuan Aqso: (meletakkan begnya serta bahan untuk diajarnya di atas meja..kemudian dia tampil ke hadapan untuk melihat wajah-wajah baru pelajarnya.) Saya difahamkan awak semua pelajar baru di sini, betul?
Para pelajar: Betul tuan.
Tuan Aqso: Ok. Hari ini, kita berkenal-kenal dulu ya. Selepas itu, saya akan ajar perkara asas tentang lakonan serta tugasan yang bakal awak hadapi sepanjang belajar dengan saya. Baiklah. (Aqso memulakan sesi perkenalan bersama pelajarnya)..Nama penuh saya Aqso Aiman Bin Zawanil. Awak boleh panggil saya Cikgu ataupun Tuan. Ikutlah keselesaan awak ya. Saya sudah lama mengajar di sini iaitu selama setahun.
Aqso melemparkan senyuman mesra alamnya kepada pelajar membuatkan pelajarnya berasa selesa tentang dirinya.
Tuan Aqso: Saya masih baru sebenarnya mengajar di sini. Sebelum ni, saya mengajar di sekolah menengah dalam subjek Bahasa Melayu selama tiga tahun. Jadi, kita sama-sama lah baru di sini. Kalau awak semua rasa cara saya melayan awak seperti pelajar sekolah menengah, saya memohon ampun awal-awal ya. Hihi..Ok . Ada apa-apa yang awak semua nak tahu tentang saya? Hal peribadi tak dibenarkan ok. (sambil senyum kepada pelajar perempuan)..
Seorang pelajar lelaki bertanya: (mengangkat tangannya).. Umur Tuan berapa ya? Tuan dah berpunya?
Semua pelajar yang menghadari kelas Tuan Aqso itu tergelak mendengar soalan “tuan dah berpunya?” daripada mulut seorang lelaki. Agak janggal soalan itu dilemparkan oleh pelajar lelaki tetapi mereka tahu pelajar itu hanya menyakat lecturer mereka itu.
Tuan Aqso: Amboi! Awak ni macam tak ada soalan lain ja. Ok la. Umur saya 27 tahun. Emmm..Saya masih single ya. Ok, sekarang awak semua pula yang memperkenalkan diri anda kepada saya.
Dari tadi sebenarnya mata Aqso asyik terpandang wajah comel serta “natural beauty” daripada salah seorang pelajar perempuannya yang duduk di barisan hadapan. Lalu,,
Tuan Aqso: Emmm, apa kata kita mulakan dengan pelajar yang comel ini?? (jarinya menunjuk ke arah Cik Aifa Akira binti Sulaiman) Silakan cik adik yang manis ni.
Ira terkedu apabila jari “lecturer”nya menunjuk ke arahnya. Namun sifat “lecturer” nya yang cool membuatkan Ira selamba bangun lalu memperkenalkan dirinya.
Ira: Oh..hai, semua.. assalamualaikum.. Nama saya Aifa Akira Binti Sulaiman. Panggil saya Ira ja..Berumur 18 tahun. Saya berasal dari Kundasang Sabah. Saya anak bongsu daripada 3 orang adik-beradik..
Wajah Ira yang selamba apabila bercakap di khalayak ditambah pula memiliki natural beauty serta slank Sabah yang pekat membuat Aqso kelihatan seperti tertarik terhadapnya
Selepas Ira, seorang demi seorang memperkenalkan diri mereka secara ringkas. Setelah selesai sesi suai-kenal, Aqso menceritakan serba sedikit tentang dunia lakonan. Walaupun pengalaman Aqso sebagai pensyarah masih setahun jagung, namun beliau bijak mengendalikan pelajarnya yang masih baru agar fokus semasa berada di dalam kelas. Beliau sememangnya seorang pensyarah yang berkarisma.
Setelah selesai kelas Tuan Aqso, Ira dan rakan-rakannya menyerbu kantin kampus kerana perut mereka sememangnya sudah mengeluarkan pelbagai jenis lagu serta muzik.
Semasa di kantin,,,
Nurul: Weyh korang.. best kan kelas Tuan Aqso tadi. Enjoy la. Dia pun cool ja ajar kita. Tak marah-marah, tak garang pula tu.
Idah: A’ah kan. Tahu tak apa. Memang syok la dia ajar. Pas tu hensem lagi. Peh, tergugat iman aku dowh..
Ira: Ish..korang niy,,dia kan lecturer kita. Cara korang cakap cam dah angau je dengan Tuan Aqso tu..
Idah: Ala, Ira.. Tenang la. kan Tuan Aqso still single. Umur dia pun still 20 lebih. Belum lagi 40-an kan. Masih market tu beb..Hahahah..
Rakan-rakan Ira tidak henti-henti bercerita tentang Tuan Aqso. Tentang kekacakkan, kekayaan dan macam-macam lagi la tentang pensyarahnya itu. Namun Ira malas nak ambil bahagian kerana dia hormat Tuan Aqso sebagai pensyarahnya. Memang Ira tidak menafikan tentang keperibadian Tuan Aqso memang memukau segala gadis serta wanita. Namun bagi Ira perasaan cinta atau “sayang” yang melebihi daripada sayang seorang pelajar kepada seorang guru sememangnya tidak wajar berlaku.
Aqso mengelamun di biliknya berseorangan,,,
Aqso: (hatinya dan mindanya mengelamun) Aifa Akira binti Sulaiman?? Cik Aifa Akira binti Sulaiman?? Uhmm..Cantik nama tu,, sama macam tuannya. Comel, cantik, manja, ceria, mesra, yakin..Mata dia sangat cantik..(tiba-tiba),,,Ya allah! Kenapa dengan aku ni??? Kenapa aku ingat tentang budak si Aifa Akira tu. Ish,,ish,,,ish..tak boleh ni. Dia pelajar aku..Ya Allah..
Aqso terkejut apabila dia menyedari dia mengelamun tentang pelajar barunya iaitu Aifa Akira yang memiliki ciri-ciri wanita idamannya. Namun dia sedar dia tidak sepatutnya berbuat demikian kerana Ira itu adalah pelajarnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pada waktu malam, di rumah Aqso..
Aqso: (duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen)..hatinya bermonolog sendiri “Ira.. Aifa Akira.. Ya Allah, kenapakah aku asyik beringatkan wajah dia?”… ( Namun hatinya masih memuji kecantikan Ira yang jelas kelihatan tanpa ada sebarang make-up. Ira tak seperti wanita-wanita yang dikenalinya selama ini. Cantik apabila make-up saja)
Safa: (menyergah) Abang! Berangan ea? Ish, buka tv tapi berangan.. Apa lah abang ni…
Aqso: (terkejut).. Ya Allah! Ira! (Aqso tersasul di depan Safa)
Safa: Hah? Ira? Siapa pulak Ira tu? Awek abang ea?? Kantoi!
Aqso: Ish,. Ada pulak..Mana ada abang sebut Ira. Abang sebut Safa la..(Aqso cuba berdalih sambil menepuk2 dahinya kerana tersasul menyebut nama Ira tadi)
Safa: Ekeleh abang. Safa tak buta la bang.
Aqso: Apa kena mengena kalau Safa buta pun? Kalau pekak itu abang boleh terima la gak..(tersenyum melayan karenah adik bongsunya itu)
Safa: Hahaha..gurau2 ja Encik Aqso! Wekk! Abang,,,(sambil mencuit lengan abangnya itu)..Macam mana ajar budak2 baru tadi? Ok? Ada yang hensem2 tak? Bagi la nombor phone diaorang…(Safa cuba menyakat abangnya)
Aqso: Amboi! Menggatal ea. Awak tu baru form 4. Jangan nak menggatal (sambil mencubit pipi Safa)..Oklah tadi. Diaorang pun bagi respon yang baik bila abang tanya. Kelas pun tak bising. So far so good ja.
Safa: Bang! Ok lah. Safa nak masuk tidur. Esok sekolah kan. ( lalu Safa bangun dari sofa sambil menghulurkan tangannya untuk menyalam abangnya)..Abang tu jangan tidur lambat sangat.
Aqso: Ooo. Oraite. Yelah, jap lagi abang tidur ya cik Safa.
Safa: Nasib baik sebut Safa. Ingatkan tersasul sebut nama kak Ira tadi..Hihihi..(Safa masih menyakat si Aqso)
Aqso: (mukanya kemerah-merahan menahan malu) ..Hey! mana ada! Dah2, pergi tidur sana. Assalamualaikun tuan puteri.
Safa: Hehe..Waalaikumsalam tuan putera. Jangan lupa call kak Ira sebelum tidur ye..Hahahaha..
Aqso: Safa! Pergi tidur la! menyibuk ja! (hatinya geram disakat oleh adiknya itu)
Safa: Hahah! Abang dah nakal ea.. nanti free2 jangan lupa cerita pasal kak Ira tu.. Boleh berkenal2 dengan bakal akak ipar adik tu..(sambil menjelirkan lidahnya ke arah Aqso)..
Aqso: Safa! Tidur sana! Babab karang..(geram lihat adiknya itu)
20 minit kemudian, Aqso pula mengikut jejak langkah adiknya, Safa untuk masuk tidur. Matanya pun sudah semakin mengecil lalu dia menaiki tangga untuk menuju ke biliknya. Sebelum masuk tidur, Aqso mencuci mukanya lalu membaca doa tidur. Kemudian, dia melabuhkan punggungnya lalu kepalanya di katilnya yang empuk berwarna kelabu cair itu. Selama ini kepalanya padat dengan wajah rakan sekerjanya iaitu Haifa Surana yang gagal ditawannya, namun dalam sekelip mata sahaja magika wajah Aifa Akira memenuhi segala saraf di otaknya dan hatinya walaupun dia baru pertama kali melihat wajah Ira pada pagi tadi. Namun apabila dia mengenangkan bahawa Ira merupakan pelajarnya, dengan pantas dia mematikan lamunannya terhadap Ira. Akhirnya Aqso memejamkan matanya dan tidur dengan nyenyak. Adakah Aqso Aiman angau terhadap Aifa Akira? Hanya mereka serta Yang Maha Esa dapat tentukan perkara itu.
kredit buat SuHa LukMan
No comments:
Post a Comment