Thursday, February 3, 2011

BAB 10 mAta coklatku memanahmu




Hari demi hari, Aqso dan Ira semakin akrab. Namun tidak semua yang tahu bahawa mereka berdua rapat sehingga masing2 sudah ada nombor telefon antara satu sama lain. Mereka juga selalu bermesej dan telefon. Namun kebanyakkannya melibatkan hal pelajaran. Aqso masih belum melafazkan kata cintanya kepada Ira. Dia tidak mahu terburu2. Ira masih muda dan ilmu adalah keutamaan Ira. Ira sememangnya selesa bersama Aqso sebagai pelajar di kampus dan sahabat di luar kampus. Ira turut masih belum terfikir untuk lebih serius atau bercinta dengan Aqso. Masing2 memahami dan sedari kedudukan antara satu sama lain, tiada paksaan dlm pergaulan, masing2 saling membimbing, dan saling berkongsi pendapat dalam segala hal. Mauku yang menyedari keakraban antara Ira dan Aqso seolah2 seperti pasangan bercinta terutama pada hari cuti panjang kerana mereka selalu pergi bercuti, Mauku mengambil keputusan untuk mengundur diri dalam menawan hati Ira. Mauku pernah terlihat cara Ira memandang Aqso dan sebaliknya, sememangnya pandangan itu memanah jiwa masing2.

Suatu hari, Mauku sedang duduk di taman sambil memikirkan tentang dirinya dan Ira.

Mauku: (bermonolog sendiri)..Ira,, Walaupun belum ada berita yang sahih mengatakan kau bercinta atau ada apa2 yang istimewa dengan Aqso,.tapi aku bisa fahami tenungan kau padanya. Tenungan kau kepadanya begitu mendalam seolah2 kau mahu memiliki hatinya. Aqso memang layak untuk kau. Cinta itu datang tidak mengira status dan orangnya. Lagipun korang sama2 solo. Lebih baik aku undurkan diri. Aqso itu pak cik aku. Tak akan aku khianati darah daging aku sendiri. Aqso sudah banyak kali dikecewakan. Tetapi dia berubah ceria apabila mendampingi kau, Ira.

Tiba-tiba Mauku disergah..

“Woiiii”, Nurul menyergah Mauku yang sedang duduk mengelamun ..

Mauku: Kau ni Nurul. Kau suka kan buat aku macam ni.

Nurul: Hihihi..Boleh cik adik duduk sini?? Nah,.(sambil menghulur aiskrim berperisa coklat kepada Mauku)

Mauku: Terima kasih! Hihi.. Duduk la cik adik..Cik abang tak mara pun..(sambil melemparkan senyuman)..Mana cik adik tahu yang cik abang dekat sini?

Nurul: Alah cik abang ni. Macam la baru semalam kenal. Kita dah kenal hampir 3tahun tahu. Susah senang kita bersama jalani hidup di dunia mahasiswa ni..Cik adik tahu la cik abang dekat sini sebab cik abang kan suka lepak sini..

Nurul berbual dengan Mauku sambil menikmati aiskrim. Mauku mula merenung Nurul yang sedang khusyuk bercerita tanpa Nurul menyedari perbuatan Mauku itu. Mauku baru menyedari selama ini yang sentiasa ada di sebelah dia adalah Nurul. Nurul yang sentiasa menceriakan hidupnya dan membantu ketika dia susah. Nurul jugalah tempat dia mengadu. Mauku mula sedar bahawa Nurul la untuknya. Akhirnya cinta Nurul berbalas tanpa Nurul sedari.

Suatu hari semasa di kelas Tuan Aqso..

Tuan Aqso: Ok, students. Hari ini kita berlakon secara spontan. Nak? ( Begitulah cara pengajaran dan pembelajaran Aqso, ada saja kejutan. Gayanya yang santai memang amat disenangi oleh pelajar2nya..)..

Pelajar2: Canteekkk..Berlakon apa cikgu?

Tuan Aqso: Hari ni kita buat drama pendek. Dialog hanya secara spontan. Saya nak 6 groups. Setiap groups akan buat babak yang berbeza. 6 ketua, sila tampil ke hadapan untuk memilih babak yang mana akan kumpulan awak lakonkan. Kemudian, saya bagi awak masa 15 minit untuk tentukan watak yang terlibat dan selepas itu lakonkan. Ok?

Pelajar2: Ok,tuan.

Setiap kumpulan ada lebih kurang 9-10 orang. Wan kelihatan bengang kerana tidak dapat satu kumpulan dengan Ira. Mauku selaku ketua kumpulan Ira,Nurul,Idah dan beberapa rakan yang lain. Mauku dan Nurul memegang watak sebagai ibu bapa Ira dan Idah. Ira ada kekasih yang dilakonkan oleh Fakhrul. Pada masa yang sama Idah selaku adik kepada Ira juga meminati Fakhrul tetapi Fakhrul hanya mencintai Ira. 4 orang yang selebihnya selaku watak sampingan dan memainkan muzik latar. Kumpulan Mauku adalah kumpulan yang ke3..Setelah tamat perbincangan, setiap kumpulan melakonkan babak mereka. Setiap kumpulan yang telah melakonkan babak mereka akan dikomen oleh Tuan Aqso.
Setelah tamat babak kumpulan Mauku, Tuan Aqso bangun untuk mengkomen lakonan kumpulan itu..

Tuan Aqso: Mauku dan Nurul, kamu memang menjiwai watak sebagai ibu bapa yang mengambil berat serta sayang terhadap anak2 gadisnya. Tahniah. Uhmm..Idah,,watak awak hidup sebagai seorang adik yang marah,bengang dan menganggap akak awak sebagai perampas kebahagiaan awak bersama Fakhrul. Watak Ira sebagai akak yang serba salah terhadap adiknya apabila mengetahui adik awak turut mencintai lelaki yang sama dengan lelaki yang awak cintai memang menjadi. Tahniah. Namun, Fakhrul..watak awak seolah2 hambar terutama ketika awak melafazkan kata cinta awak kepada Ira..

Fakhrul mengangguk2 kepalanya tanda terima teguran lecturernya. Kemudian,,

Fakhrul: Maaf tuan. Saya tak reti sangat bab2 cinta ni. Boleh tuan tunjukkan caranya? (minta Fakhrul)..

Tuan Aqso: Ooo..tidak mengapa Fakhrul. Masih ada ruang untuk awak belajar untuk jadi pelakon yang hebat pegang watak2 cinta. Hah? Tunjukkan?? Ok, kalau itu yang awak minta..

Hati Aqso sebenarnya terlalu gembira apabila pelajarnya meminta dia melakonkan babak di mana dia perlu melafazkan kata2 cinta kepada Ira di dalam drama itu. Walaupun hanya dalam drama tugasannya kepada pelajar2nya, hanya Aqso dan kemungkinan Ira saja yang tahu apa yang akan berlaku itu adalah benar atau hanya lakonan saja.

Tuan Aqso: Jadi…Ira dah ready? Kita hanya lakonan babak awak dengan Fakhrul tadi, semasa di pantai..Pantai apa tadi??

Mauku: (menyampuk) Pantai Cahaya Bulan..

Tuan Aqso: Hah..Ok Ira.. Mulakan dengan watak awak.

Babak bermula…Pentas hanya ada mereka berdua..Pelajar lain hanya melihat dari bawah..Pentas bercahaya hanya di kawasan mereka.

Ira: Aqso ! Sudahlah. Saya tak mahu berebut awak dengan adik saya, Idah tu. Dia darah daging saya dan dia saja adik yang saya ada. Saya tak mahu kerana lelaki, hubungan saya dan adik saya renggang. Tolong la faham Aqso. Lupakan saya. Saya tak mahu khianati dia. Dia berhak untuk bahagia.

Tiba-tiba Ira menangis..Aqso terkejut melihat Ira begitu menjiwai watak itu. Sebelum ini, dia tidak menangis pula..

Aqso: (mendekati Ira lalu menghadap muka Ira dan merenungnya begitu mendalam)..Ira,,awak la yang saya cintai. Bukannya adik awak. Macam ni la Ira, semua orang pernah buat salah..tapi saya tetap sayang awak. Percayalah saya, Ira. Bukankah kita sudah berjanji untuk pertahankan cinta kita sehingga terikatnya tali cinta itu. Awak saja yang saya sayang serta cinta. Adakah awak sanggup membohongi diri awak tentang cinta kita.? Adakah awak tegar biarkan saya tanpa tunaikan janji kita dulu.?

Lalu tiba-tiba saja Aqso menyanyikan sebuah lagu..suara jantan Aqso memenuhi ruang dewan kuliah itu.. bergetar jiwa Ira dibuatnya..

Bila cinta kini
tak lagi bermakna
yang ku rasa
kini hanyalah nestapa
ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan manisnya janjimu
Yang sambut itu dengan segenap hatiku
hingga engkau pergi tinggalkan ku..

Hilangnya cintamu, menusuk hatiku
hingga ku memilih cinta yang fana…
Perginya dirimu merobek jantungku
hingga ku terjatuh dalam harapan…

kredit buat c kreatif

Lalu Aqso berhenti kemudian menyuruh pelajarnya menghidupkan lampu. Semua pelajar kelihatan terpegun melihat Tuan Aqso melakonkan babak itu bersama Ira. Sangat menyentuh jiwa. Aqso sebenarnya turut terkejut apabila menyedari dia menyanyikan lagu BILA CINTA itu. Lagu itu adalah kenangan antara dia dan teman wanitanya dulu yang pergi meninggalkannya. Mauku dan ahli2nya pergi ke ruang tengah pentas di mana Aqso dan Ira sedang berdiri. Mauku sangat memahami kenapa pak ciknya menyanyi lagu itu kerana Aqso teringatkan bekas teman wanitanya. Mauku mengetahui kisah percintaan Aqso yang dulunya amat melukai hati Aqso. 

Aqso: Hah,.Fakhrul..Lebih kurang macam itu lah yang saya maksud tentang penjiwaan watak.

Fakhrul: Ooo..terima kasih tuan beri tunjuk ajar. (lalu tepuk tangan untuk Tuan Aqso tanda bangga melihat Tuan Aqso melakonkan babaknya kemudian diikuti oleh pelajar2 lain)..

Aqso: Sama2..Ish,awak ni..Tak perlulah tepuk2..Ok,kita teruskan dengan babak yang seterusnya.
Silakan kumpulan ke-4.

Setelah tamat kelasnya, Ira bercadang mahu terus pulang ke rumah. Namun niatnya itu dihalang oleh Wan. Wan mengajak Ira pergi ke Sungei Wang kerana ada perkara yang Wan mahu bincangkan. Setelah dipujuk oleh Wan, akhirnya Ira bersetuju untuk menemaninya kerana kesian pula melihat Wan yang terlalu beriya2. Yang sebenarnya Wan terdengar Tuan Aqso sedang berbual dengan seseorang perempuan melalui telefon bimbit kerana Tuan Aqso memanggilnya ‘sayang’. Wan juga mengetahui Tuan Aqso mahu pergi ke Sungei Wang bersama ‘sayang’ Tuan Aqso itu. Wan mahu Ira melihat bahawa Tuan Aqso itu sudah ada teman wanita. Kononnya Wan tidak mahu Ira terluka.

Di Sungei Wang..

Wan: Ira, kau ada nak beli apa2 ke? Aku boleh belikan.

Ira: Laa..Kau kata ada perkara nak bincang. Apa dia? Kalau kau nak beli barang, aku boleh teman. (Ira hanya mengikut Wan. Kepala Ira asyik terfikirkan babak lakonan dia bersama Aqso tadi. Ira berasa seolah2 Aqso cuba untuk memberitahu dia sesuatu. Berita baik ataupun tidak baik itu tidak pula Ira pasti. Namun lagu BILA CINTA yang didendangkan oleh Aqso itu sememangnya memberi makna kepadanya..)

Tiba2 Wan bersuara..

Wan: (Nampak kelibat Tuan Aqso bersama seorang perempuan)..Ira..Itu bukan Tuan Aqso ke?

Ira: (tersedar dari lamunannya)..Hah?? Mana ?? (lalu melihat arah yang ditunjukkan oleh Wan)…Aah la..

Wan: Wah! Tuan Aqso dah ada awek la. Cun pula tu. Patutlah dia tak layan semua budak perempuan yang usha di dekat kampus. Rupanya dah berpunya. Cantik gila awek dia kan Ira.

Ira kelihatan bengang! Perempuan itu juga lah yang dia ternampak bermesra dengan Aqso semasa di Genting tahun lepas.

Ira: (hatinya berkata penuh amarah)..Kenapa dia kata masih solo? Sekarang jalan2 dengan perempuan lain. Pegang2 tangan lagi. Kenapa kau cuba menawan hatiku jika kau milik orang lain, Aqso? Kenapa kau bagi aku harapan jika kau kecewakan aku sekarang ni. Apabila kau melafazkan kata2 cinta semasa berlakon tadi, kenapa aku terasa kebenaran hujah2 mu itu. Adakah ini maksudmu apabila kau melontarkan lagu BILA CINTA kepadaku? Bermaksud bahawa kau bukan hak milik ku?

Wan: Ira,..Ira..Weyh..

Ira: (tersedar dari dunia amarahnya)..Wan, jom balik. Aku pening la. ( sambil menarik beg kuliah Wan)..

Wan: Laa..Uhmm..Yalah,.Kesian kau..sorry la, aku tak tahu pula kau pening..( Hati Wan bersorak riang apabila rancanganya untuk membuatkan Ira mengetahui perkara sebenarnya tentang Aqso berhasil. Kemudian, Wan menghantar Ira pulang ke rumah)..

Pada waktu malam, Ira tidak dapat melelapkan matanya kerana memikirkan tentang siapakah perempuan yang bersama Aqso itu. Jam menunjukkan jam 11.30 malam. Lagu Kebahagiaan dalam Perpisahan berbunyi dari telefon bimbit Ira yang menandakan bahawa Aqso menelefonnya. Ira hanya menbiarkan kerana dia masih berang dengan Aqso.

Ira: Kenapa kau buat aku sebegini Aqso. Di saat aku mula terlanjur mencintai kau, kau pula berlaku curang di belakang aku. Adakah sebenarnya aku memang tidak pernah berada di hatimu. Tapi tindakan kau selama ni seolah2 aku ini penting buatmu.Kenapa kau selalu membantu dan sentiasa memberi semangat kepadaku selama ni? Aqso!!

Lagu TERLANJUR CINTA daripada ROSSA & PASHA UNGGU berkemundang seolah2 mengetahui jiwa Ira sedang bergelora.

Waktu bergulir lambat merantai langkah perjalanan kita
Berjuta cerita terukir dalam menjadi sebuah dilema
Mengertikah engkau perasaanku tak terhapuskan

Malam menangis tetes embum basahi mata hatiku
Mencoba bertahan diatas puing-puing
Cinta yang telah rapuh
Apa yang ku genggam tak untuk aku lepaskan

Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah ku berikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku

Aku pun tak mengerti yang terjadi
Apa salah dan kurang ku padamu
Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta aku tetap cinta

Mencoba bertahan diatas puing-puing
Cinta yang telah rapuh
Apa yang ku genggam tak mudah untuk aku lepaskan

Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah ku berikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan
Kau pertanyakan cintaku

Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta
Karna sekali cinta aku tetap cinta

 Akhirnya Ira terlena dalam kesedihan apabila mengenangkan tentang Aqso.

No comments:

Post a Comment