Tuesday, February 8, 2011

antara cinta dan sahabat chapter 16


thanks to Husna Nana

Akma terjenguk-jenguk dari bangku sekolahnya. Dia segera berdiri dan tersenyum apabila melihat seorang gadis menghampirinya setelah sebuah kereta keluar dari kawasan sekolah.
     “Hai..dah lama ker tunggu?” Natasya menyapa sahabatnya.
     “Tak sangat la..dah sejam dah aku kat sini.” Balas Akma selamba sambil kepalanya masih meliar seperti mencari seseorang.
     “Ek eleh..aku tau la kau perli aku..ada masalah sikit la tadi sebab tu lambat..woi! yang kau ni terjenguk sana terjenguk sini, apakehal?” Natasya a.k.a Tasya menampar kuat punggung sahabatnya itu kerana geram melihat Akma tidak endah dengan kata-katanya.
     “Woi! Kau ni takde ‘port’ lain ker nak tampar? Asyik punggung aku jer jadi mangsa..taulah punggung aku ni mantap pon..sakit doe!” Akma mengerutkan mukanya sambil mengusap punggungnya yang ditampar Tasya. Natasya ketawa terbahak-bahak sampai tak cukup nafas dibuatnya.
     “Hahaha! Giler perasan kau ni! Nak muntah darah dah aku..please la ok.” Tasya membuat gaya seperti mahu muntah. Akma menjeling tajam sahabatnya. (Jeles cakap la jeles!)
     “Ahhh! Dah-dah! Jom masuk kelas..kang lambat aku jugak yang kena!” Akma lantas menarik tangan Tasya lalu segera menuju ke kelas mereka, 3 Alpha yang terletak di tingkat 2. Dalam perjalanan,
     “Woi Sya, apsal abang sepupu kau tak hantar harini?” Sambil memandang wajah Natasya dengan serius. Natasya menjeling sahabatnya itu sekilas saat soalan itu diajukannya. (Patutlah terjenguk-jenguk lain macam jer tadi).
     “Apsal? Kau rindu dekat dia ker?”
     “Giler tak rindu! Satu hari tak tengok muka dia, naik meroyan aku. Haha! Chaittt kau ni, ada ker tanya soalan tu kat aku! Agak-agak la aku nak rindu dia pon..haishh!”
     “Haha. Mana la tau. Dia ada jer tu. Dia takleh hantar aku sebab tengah jaga kawan kakak aku kat hospital.”
     “Ow. kenapa dengan kawan kakak kau tu?
     “Eksiden..taklah teruk sangat pon..eh, kakak kau pulak bila nak balik? Rindu pulak aku dengan dia.”
     “Dia telefon mak aku semalam kata nak balik esok..pagi-pagi tu dah nak bertolak.” Kakak Akma yang sedang menuntut ilmu di sebuah universiti di Mesir akan pulang ke Malaysia untuk bercuti. Secara tak langsung dapat menghapuskan rindu yang sudah menebal di hatinya dan keluarganya. Kakaknya iaitu Aina Zuraina adalah teman sepermainan kakak Natasya iaitu Nad. Sejak kecil mereka rapat seperti adik-beradik. Di mana-mana sahaja, akan terlihat kelibat mereka berdua. Mereka seperti pasangan 2 sejoli yang memerlukan antara satu sama lain.
     “Ow yeke? Abang sepupu aku mesti gembira dengar berita ni.” Natasya tersenyum. Akma terpandang senyuman yang menghiasi bibir Natasya lalu dia turut mengikut ulah sahabatnya itu. 2 sahabat itu tersenyum penuh makna. Sebenarnya, selepas pemergian kakaknya, Nad ke US untuk menyambung pelajarannya, Shahir sering bertanya kepadanya soal Aina. Soalan yang sama dilontarkan.

                                                                       *********

     “Tasya, agak-agak bila Kak Aina nak balik sini yer?” Ketika itu mereka sedang bersantai di luar rumah Natasya setelah menikmati makan malam. Di sebuah malam yang hening, terasa sungguh tenang sekali. Bintang-bintang berkerlipan menaburi langit hitam. Shahir sedang merenung bintang-bintang itu dengan wajah yang muram. Mungkin sedang merindukan seseorang.
     “Emm..entahlang abang..tasya ada jugak tanya akma tapi dia pon tak tau. Kenapa bang?” Natasya merenung hairan wajah abang sepupunya itu dalam kesamaran malam. Sejak kebelakangan ini, Shahir tidak pernah langsung bercerita atau bercakap mengenai Aina. Namun malam itu, nama itu kembali meniti di bibir Shahir.
     Shahir hanya menggeleng tanda balasannya. Dia mengeluh dan menunduk. Wajahnya masih kusam seperti tadi. Natasya dapat mengagak apa yang bermain di benak Shahir. Walaupun tidak ditunjukkan secara lisan tetapi gerak hatinya yakin mengatakan bahawa Shahir amat merindukan Aina.
     “Abang rindukan kak Aina, kan?” Soal Natasya lagi. Shahir melemparkan senyuman kecil kepadanya. Bagi Natasya, senyuman itu sudah cukup menunjukkan bahawa telahannya itu benar. “Kak Aina tu memang sesuai sangat dengan abang!” Shahir lekas memandang wajah Natasya saat kenyataan itu dikeluarkan. Wajahnya kelihatan berseri-berseri dan sedikit ceria.
     “Iye? Kenapa pulak?” Shahir menduga Natasya. Jauh di sudut hati, dia berasa senang hati dengan ayat-ayat Natasya itu. Memang benar, dia menaruh hati dengan Aina Zuraina, gadis pertama yang telah mencuri hatinya. Keperibadian dan budi pekertinya yang tinggi benar-benar telah menambat hati Shahir sejak pertama kali dia mengenali gadis itu. Aina Zuraina ialah seorang gadis yang memenuhi citarasanya untuk dijadikan suri hidupnya.
     “Sebab abang dengan Kak Aina sama-sama sweet, comel, malu-malu, penyayang, baik hati, sopan-santun…” Sambil membilang-bilang dengan jarinya, Natasya begitu bersungguh-sungguh sekali menyatakan faktor keserasian di antara abang sepupunya dengan Aina. Sebelum sempat dia habiskan…
     “Tasya! Dah-dah! Stop! Dah biru pink biru pink dah muka abang ni.” Natasya serta-merta berhenti dan menoleh ke arah Shahir yang sedang mengusap-usap pipinya yang sudah kemerahan bagi menghilangkan rasa malu yang menebal di hati.
     “Haha! Ala kesiannya abang hensem kita ni..biru pink yer..tu baru sikit Tasya bagi..kalau beribu, gamaknya dah jadi warna pelangi dah muka abang ni.”
     “Tasya ni saja tau..kita tanya sepatah, dia jawab seribu patah.” Shahir mula memuncungkan mulutnya seakan-akan merajuk dengan Natasya.
     “Laaa..dah benda betul apa yang tak kenanya? Haih..ni nak kena panggil Kak Aina balik cepat ni..suruh kak Aina tolong pujukkan abang yer? Tasya tak kuasa la, nyah!” Natasya mula mahu mengusik Shahir. Seronok benar dia mengenakan abang sepupunya yang sudah sedia pemalu itu.
     Satu cubitan lembut singgah di lengan Natasya. Dan satu suara kecil mengaduh kesakitan. “Abang! Sakitlah!” Natasya pula yang memuncungkan mulutnya sambil mengusap-usap lengannya.
     “Eleh..eleh..orang cubit macam semut gigit jer pon..bukannya sampai tersiat kulit tu..what goes around comes around yer, Sya.” Natasya geram dengan kata-kata Shahir lalu segera dia menerkam abang sepupunya itu lantas menggeletek pinggangnya.
     “Adoiii Syaaaaa!! Geli la gilerrrr!!” Shahir ketawa terbahak-bahak kerana kegelian. Sesekali dia cuba menepis tangan Natasya yang ligat menggeletek pinggangnya namun semakin dia menepis, semakin ligat tangan Natasya menggeletek dan mencubit. Dan sesekali tapak kaki Shahir menjadi sasaran. Shahir ketawa sehingga mengalirkan air mata akibat tindakan sepupunya yang nakal itu. Sampai Shahir terbaring di atas tanah pun masih tidak berhenti ‘gurau-gurau senda manja’ itu. Malam yang sunyi itu dihiasi dengan gelak ketawa 2 saudara itu lebih-lebih lagi Shahir.
     “Abang! Lebih baik abang mengaku yang abang sukakan Kak Aina! Cepat!”
     “Hadoiii..hadoiii!! Hahahahahaha!!! Mana ada la sayang oiii!! Hahaha!! Abang anggap dia kawan jer!! Uhuk..uhuk!! Syaaaaaa!! Berhenti la oitttt!!!”
     “Taknak! Tasya takkan berhenti selagi abang tak mengaku yang abang ada hati dengan Kak Aina! Nahhh! Hamik..hamik!! Muahahaha!!”
     “Mau TERcabut gigi abang ni, Syaaaaa!! Dahlah tuuuu!!! Hahahahaha!!!”
     “Jangan harap! Abang sukakan Kak Aina kan? Jangan bohong Tasya lahhh ! Cepatt laaa!!
     “Yerrrr..yerrr..yerrr!! Betul!! Memang abang cintakan Kak Aina!! Dahhhh la tuuu!! Tak kesian kat abang ker?!! Hahahahahahaha!!!
     Tangan Natasya berhenti dari terus menggeletek Shahir. Terkedu dia mendengar jawapan yang tidak disangka-sangka keluar dari mulut abang sepupunya sendiri. Lalu tanpa mendapat keizinan Shahir, dia kembali meneruskan ‘aktiviti’nya yang terhenti itu sambil ketawa senang hati. (Sukaakkk aku dengan pengakuan abang Shahir!). Shahir yang ketika itu mahu mengambil nafas yang separuh hilang, kembali ketawa mengilai.
     “Wakakakakaka!! Tasya, kan abang dah ngaku dah tadiii!!! Apa lagi sayang oiiiii!!!” Melihatkan Shahir yang sudah mula terbatuk-batuk itu, segera dia berhenti. Tidak habis-habis dengan geleteknya, pantas dia menampar peha Shahir sambil ketawa. “Amboiihhh abang ni! Orang suruh mengaku suka jer..sekali dengan cinta dia bantai keluar! Gatal tau abang! Tak padan dengan ustaz!”
     Selepas batuknya reda, dia bangun dari tempat pembaringannya lantas tersengih-sengih menampakkan giginya yang putih tersusun. Nafas Shahir termengah-mengah dan pinggangnya sakit akibat tidak tahan ketawa besar malam itu. Peluhnya mulai berjejeran di dahi akibat penat mengilai.
     “Budak-budak bertuah woiiiiii! Apa yang korang bising dekat luar malam-malam ni haaa?” Tiba-tiba, Maksu Saodah datang menegur di muka pintu. Terkejut juga dia sebentar tadi apabila mendengar ketawa mengilai di luar rumah sewaktu mencuci pinggan mangkuk di dapur. Difikirkan pontianak manalah yang menjerit tadi rupa-rupanya apabila dia ke hadapan rumah, kelibat Shahir dan anak perempuannya kelihatan di situ. Natasya dan Shahir serentak menoleh ke arah empunya suara.
     “Ya Allah! Yang korang sampai terbaring atas tanah ni, apakehal? Kerusi ada..buang tebiat ker apa?” Setelah menghampiri mereka, Maksu Saodah memarahi sambil mencekak pinggangnya.
     Natasya dan Shahir berbalas pandangan sambil tersenyum. “Takde apa-apalah, mak..kitorang saja jer gurau-gurau atas tanah ni.” Maksu Saodah menggeleng-gelengkan kepalanya melihat mereka. (Macam-macam pe’el anak perempuan dengan anak buah aku sorang ni!)

                                                                            *********

     “Mak oiii..serabutnya..dah macam zombi kampung pisang dah ni.” Shahir melihat-lihat dirinya di hadapan cermin almari yang terletak bersebelahan kiri katil. Adira hanya tersenyum-senyum melihatnya (Haa! Gaya macam nilah yang sesuai dengan abang Shahirku.Hehe! Pandai jugak aku ni).
     “Zombi-zombi pon saya tetap suka rambut awak yang serabut tu.” Tersengih-sengih Adira mengakuinya.
     “Awak suka rambut saya yang serabut ni?” Shahir menoleh ke arah Adira.
     “Suka! Suka sangat!”
     “Betul?”
     “Betul!”
     “Betul awak suka rambut saya yang serabut ni?”
     “Betuuullll! Saya suka sangat!”
     “Awak suka saya?”
     “Suka! TERsangat-sangat suka!”
     Betul?”
     “Beee..ehhhh!” Kala ini, mata Adira membulat kerana baru dia menyedari bahawa dia telah terlanjur kata. Dia menutup mulutnya pantas lantas dia membelakangkan Shahir lalu menampar-nampar mulutnya. (Mulut..mulut! Kau memang nakal eh! eeiiii!)
     “Haha! Saya saja jer perangkap awak..sekarang dah kantoi!” Shahir mengangkat-angkat keningnya sambil tersenyum sinis. Baru sahaja tadi jantungnya seakan terhenti apabila Adira terlepas kata mengakui bahawa dia sukakannya. Tetapi tidak mungkin dia menyukai Adira kembali kerana sejak sekian lama hatinya sudah ‘berpenghuni’ oleh seseorang. Dan yang pasti, tiada tempat lagi untuk gadis di hadapannya itu.
     “Eh! Mana ada! Saya tersilap cakap jer tadi..” Adira menjeling ke arah Shahir. Kepalanya dipalingkan ke lain lalu tersenyum-senyum dia di situ tanpa Shahir sedari. (Mulut kata lain, hati kata lain). Dan tanpa dia juga sedari, Shahir kembali ke tempat duduknya dan TERnampak seulas senyuman bergayut di bibir Adira. Hatinya berdetik hairan.
     Adira terkejut dengan kemunculan Shahir secara tiba-tiba di hadapannya. Pantas dia berpura-pura membetulkan selimutnya dengan wajah yang selamba. Shahir hanya memerhati setiap perlakuannya sambil menongkatkan dagu di atas katil Adira. Lagak seperti seorang budak nakal yang ingin mengorat. Wajah Adira kembali berpeluh apabila Shahir merenungnya sebegitu. Jantungnya kembali berdegup kencang.
     “Betul awak suka rambut saya yang serabut ni?”
      “Haaa?? Ishh..yer..betul!” Penat Adira mahu menjawab soalan yang sama dari Shahir. (Nasib baik kau hensem, kalau tak dah lama kaki aku ni sampai ke muka kau!).
     “Betul awak suka saya?” Senyuman nakalnya tidak lekang dari bibir.
     “Aaaa..aaaaa..errrr..aaaadududuhhh! Sakitnya perut saya! Memulas-mulas ni!” Adira pura-pura mengerutkan mukanya menahan sakit bagi mengelak soalan Shahir yang ‘itu’. Tangannya mula mencengkam perut. Shahir yang menyangkakan ianya betul, segera bangun merapati Adira.
     “Haa?? Sakit perut? Habis macam mana ni? Awak nak minyak angin?” Wajah Shahir berubah kerisauan.
     “Ahh..tak payah..tak payah..saya nak pergi tandas kejap..tak tahan dah ni!” Adira bangun dari katil dengan dibantu oleh Shahir. Lakonannya yang berkesan tidak mendatangkan kecurigaan langsung kepada Shahir. Shahir membukakan pintu tandas yang terletak di dalam bilik itu untuk Adira. Dengan muka yang masih dikerutkan, segera dia masuk ke dalam. “Awak jangan skodeng saya tau!”
     Terkejut Shahir dengan suara Adira yang bergema dari dalam tandas itu. (Uitss..ke situ pulak minah ni..hadoiii! Perempuan zaman sekarang!). Digeleng-gelengkan kepalanya sambil setia menunggu Adira di hadapan pintu tandas itu.

No comments:

Post a Comment