Friday, February 4, 2011

BAB 24 mAta coklatku memanahmu



Setelah beberapa jam lamanya Aqso duduk diam membatu di dalam kapal terbang, akhirnya kini kakinya selamat memijak ke bumi Malaysia yang sememangnya amat dirinduinya. Aqso tiba di Malaysia dua hari sebelum majlis pernikahan dan persandingan Dausi dan Eza.Tiada sesiapa yang mengetahui bahawa dia akan pulang ke Malaysia pada hari itu. Dia sengaja merahsiakan perkara tersebut. Setelah mengambil beg2nya lalu Aqso bergegas mendapatkan sebuah teksi untuk membawanya melihat dunia Malaysia. Sudah dua tahun lebih Aqso tidak melihat negara asalnya itu. Memang rindu benar apabila melihat bangunan2 pencakar langit di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Pelbagai rasa yang dia alami.Rindu, gembira, teruja dan takut. Setibanya di hadapan rumahnya, Aqso kelihatan keliru kerana rumahnya sunyi dan kelihatan seperti tiada orang. Aqso mengeluarkan beg bagasinya itu darpiada perut kereta kemudian teksi itu pergi meninggalkannya setelah dibayar. Aqso berdiri terpacak di hadapan pagar rumahnya. Dia menjengah lalu ternampak kereta Fairlady yang berwarna biru. Rindu benar dia terhadap kereta itu. Itulah kereta kesayangannya. Sama saja seperti mana dia tinggalkan kereta itu di situ 2 tahun lalu. Masih nampak berkilat. Aqso menekan loceng rumahnya. Tiada respon.

Aqso: (mengomel kerana panas akibat matahari mula berdiri tegak di atas kepalanya..) waduh! Mana pula pergi semuanya ini??? Alahai..Orang balik nak bagi surprise, tapi last2 semua hilang. Ni mesti pergi jalan2..Hei..

Tiba2 Aqso teringat kunci pendua rumahnya itu yang diletakkan di dalam sebuah pasu bunga oleh Umminya. Lalu Aqso pergi melihat pasu bunga itu. Dia mencari kunci itu.

Aqso: Hah! Ada pun. Nasib la aku ingat. Kalau tak, pengsan aku tercegat dekat luar ni. Dah la panas terik.

Aqso yang ada migrain sememangnya tidak boleh terlalu terdedah dengan cahaya matahari yang boleh membuatnya pening lalu pitam. Aqso membuka pintu pagarnya kemudian memasuki ruang luar rumahnya. Tidak banyak perubahan yang dilakukan pada rumah itu. Hanya sekadar bertukar warna dan sususan pokok2 bunga yang diubahsuai sedikit kedudukannya. Aqso teringat kembali kenangan  dia bersama keluarganya itu. Pasti ibu bapanya bangga apabila dia berjaya mendapat masternya dalam waktu yang telah dipendekkan. Kalau sebelum itu, Aqso perlu belajar selama 3 tahun namun keputusan yang cemerlang dan konsisten membuatkan Aqso dapat menghabiskan pengajiannya dengan segera.

Aqso membuka pintu rumahnya itu lalu menolak luas untuk membenarkan dirinya serta beg2 bagasinya masuk ke dalam. Aqso tenang apabila melihat rumah itu. Aqso menutup kembali pintu itu lalu mengunci dari dalam. Aqso membuat lawatan tanpa berbayar di rumahnya. Bermula dengan ruang tamu yang luas kemudian, beralih ke dapur serta meja makan lalu dia menyinggah ke bilik2 yang ada di dalam rumah itu. Lawatan yang terakhir ialah biliknya sendiri. Kemas dan bersih seperti mana dia meninggalkan bilik itu semasa hendak pergi ke UK. Aqso memasuki bilik itu. Dia menghempaskan tubuhnya di katilnya lalu mencapai sebuah bantal kemudian memeluk kemas bantal itu serta memejamkan matanya.

Aqso: Ummiii. Abahhh.. Safa.. Aqso rindu sangat dengan korang...

Setelah itu, Aqso pergi membersihkan dirinya dan bersiap2 untuk mencari ibu bapanya yang pergi ke mana..Aqso menelefon telefon bimbit Safa. Trrrrutttt,,, trrrrruuutttt.. apabila nama Aqso terpampang pada skrin telefon bimibt Safa, Safa berasa pelik melihat tiba2 abangnya itu telefon..Safa menjawab panggilan itu..

Safa: Abang??

Aqso: Ya. Assalamualaikum Safa.

Safa: Waalaikumsalam. Ada apa ni bang? Tiba2 je call..

Aqso: Saja jelah. Rindu dengan adik abang ni.. Safa buat apa tu? Menganggu??

Safa: Safa dekat rumah Kak Ira ni..(serba salah juga menyebut nama Ira kepada Aqso)

Aqso: Ooo.. Uhmmm..Ummi dengan abah mana??

Safa: Kitaorang semua dekat rumah kak Ira ni. Hujung minggu ni abang Dausi akan berkahwin dengan kak Eza. Safa, mak dengan abah tengah tolong buat persiapan la ni. Abang dekat mana ni??

Aqso: Oooo..Uhmmm.. abang? Dekat UK la..(bohong Aqso)

Safa: abang tak balik Malaysia?

Aqso: Uhmm.. Entah la Safa. Assignment abang melambak la. Tak tahu la dapat balik ke tidak masa perkahwinan abang Dausi tu..

Safa: Balik la bang. Kesian abang Dausi. Dia nak abang jadi pengapit dia.

Aqso: Abang cuba la ea Safa untuk balik Malaysia.. Safa, Ok la abang kena pergi ni. Ada kelas. Nanti kalau abang free2 abang call lagi ya..

Safa: Ooo..Ok..Abang jaga diri ya.

Aqso: Oraite. Sampaikan salam abang buat mak dengan abah. Ok, bye...Assalamualaikum

Safa: Ok. Waalaikumsalam..

Aqso mematikan panggilan itu. Aqso runsing sama ada mahu ke rumah Ira ataupun hanya tunggu ahli keluarganya di rumah saja. Lama juga Aqso berfikir.

Aqso: Waduh! Kenapa semua pergi rumah Ira? Alahai. Nak pergi sana atau.... tunggu ummi abah dekat rumah ja ek?? Hadooii!! Confuse pula.. Kang pergi, Ira tu pula ada.. Tak pergi, tak dapat nak buat kejutan. Dausi pun mesti ada dekat sana. Macam mana ni?? Iraaaa? Uhmmmm..Arggghh! Lantak la, pergi jelah ! tak kan sebab Ira, semua kejutan aku tak jadi. (Aqso mendengus kecil)

Aqso mencapai kunci keretanya lalu bergegas ke rumah Ira. Hati diserang rasa takut serta cuak juga untuk berhadapan dengan Ira. Tapi kakinya tetap gagah menekan minyak di pedal keretanya untuk menuju ke rumah Ira itu. Setelah hampir 20 minit Aqso memandu, Aqso tiba di kawasan perumahan rumah Ira. Begitu banyak kereta yang ada berdekatan dengan rumah Ira. Ramai juga yang keluar masuk dari rumah Ira. Aqso memerhati rumah itu dari dalam keretanya. Dia mula gugup. Setelah cuba menenangkan dirinya, akhirnya Aqso keluar dari keretanya lalu melangkah ke kawasan perkarangan rumah Ira. Ramai yang tidak menyedari tentang kehadiran Aqso kerana dia memakai cermin mata hitam serta topi. Ramai yang beranggapan bahawa Aqso adalah salah seorang daripada pekerja yang membuat kanopi di kawasan rumah Ira.

Aqso memberanikan langkahnya untuk masuk ke dalam rumah Ira. Mata Aqso meliar mencari keluarganya dan juga Ira. Aqso membuka sepatunya jenama NIKE lalu masuk ke rumah Ira.

Dalam dia berjalan dengan samar2 kegelapan dek masih berkaca hitam, tiba2...

“Opppooccoottt mak kau!” jerit seorang gadis.

 Gadis itu serta merta menoleh ke arah Aqso. Gadis yang sedang membawa jug berisi air oren terlanggar Aqso sehingga menyebabkan baju Aqso basah kuyup. Gadis tersebut semasa itu sedang berbual sambil berjalan mambawa jug air itu tanpa memandang ke arah hadapan. Aqso menjarakkan sedikit dirinya dengan gadis itu. Lalu mengesat2 bajunya yang basah.

Aqso: Aduh!! Habis basah baju aku. Hadooi! Buta ke? Jalan tu lain kali tengok la depan..(gertak Aqso)

Gadis tersebut bersuara “Maaflah encik. Saya tidak perasan la. Sorry ya” dan cuba untuk mengesat baju Aqso itu yang sudah basah itu namun tangannya ditepis oleh Aqso dengan pantas. Aqso membuka cermin matanya lalu mengangkat mukanya untuk memarahi gadis itu. Namun dia hanya berkata

Aqso: Iraaa??

Gadis itu terus memandang wajah Aqso apabila namanya dipanggil..

Ira: Aqso???

Mata mereka bertentangan dan serta merta jantung mereka mula berdegup kencang. Sel darah mereka berlari pantas untuk mencari bekalan oksigen. Nafas mereka mula hangat dan laju. Rasa terkejut, suka, marah, benci, menyampah saling berganti dalam diri mereka. Namun tetap ada sekelumit rasa rindu antara satu sama lain. Masing2 terpaku seolah2 sudah digam supaya melekat di situ.

Aqso: (suaranya agak kasar)..Hoii.. (cuba menyedarkan Ira..) Nampak mak dan abah aku??

Ira: Hah?? Mak Mahani ada dekat dapur dengan Safa tu. Abah awak dekat luar kut..(tersekat2 jugalah suara Ira..)

Aqso: Oooo..(mata Aqso memandang sinis kepada Ira..) Yalah..Lain kali jalan tu tengok depan. Ni tak mata entah ke mana entah. Heisssh! (lalu beredar)

Ira mencebik bibirnya seperti geram dengan cara Aqso yang bicara selamba itu.

Ira: (hatinya mengomel geram)..Ish!!! Mamat ni kan!! Arggghh!! Dah lah tiba2 datang sini, lepas tu tegur main hoii2 ja! Ingat dia tu siapa?? Bukan aku sengaja pun nak langgar dia!! Naik menyampah ja tengok mamat tu! Bila pula dia balik?? Mak Mahani tak ada cakap pun dia dah balik..Arggghh!! Lantak la!

Ira pergi bilik air untuk membasuh tangannya itu yang sudah melekit dengan air oren disebabkan kejadian berlanggar dengan Aqso. Tiba2..

“PANNNGGGG!!”daun pintu bilik air itu ditolak kencang oleh seseorang. Ira yang berada di dalam bilik air itu terkejut lalu berkata “Hooooii!!” dan kemudian menoleh untuk melihat siapakah itu. Orang itu yang sedang marah lalu terus membuka bajunya. Apabila Ira memandang wajah orang itu, dia menjerit “Aqqqqqsssooooo!!!”.. Aqso tergamam apabila melihat Ira sedang memcuci tangannya di sinki itu. Aqso memang tidak perasan Ira ada di dalam. Lagipun pintu bilik air itu tidak berkunci. Jadi dia beranggapan tidak sesiapa di dalamnya namun rupa2nya ada Ira di dalam itu.

Aqso: Kau buat apa dekat sini?? (suara Aqso agak kasar)

Ira: Eh, awak ni. Nak marah2 pula. Saya tengah basuh tangan la ni. Tak kan tengah masak pula! (geram hati Ira melihat Aqso). Yang awak masuk ni kenapa?? Pergi la keluar..

Aqso: Uhmmm..(muka Aqso seperti malas mahu melayan Ira)... Dah kau tak kunci pintu ni, aku masuk la. Kenapa tak kunci kalau ada dekat dalam.? Argghh!!

Ira: (Ira mula mencebik bibirnya. Hatinya seperti mahu belasah ja si Aqso tu..) Suka hati la. Dah la keluar la. Saya nak guna tandas ni.

Aqso: Yalah! Aku keluar la ni. Cepat sikit! Aku nak guna tandas ni juga! (nada Aqso agak tinggi lalu di memakai semula bajunya itu kemudian keluar dan menutup kembali pintu bilik air itu.)

Muka Ira mula merah kerana terlalu geram dengan Aqso. Sangat kasar! Tiba2..

 “Daaanngg!! Daaaanngg!!” Aqso mengetuk pintu bilik itu dengan kuat sehingga membuatkan Ira terkejut.

Aqso: Hoi! Cepat la. Kata basuh tangan ja! Aku nak guna bilik la !! (terus mengetuk pintu itu dengan kuat)

Ira: (mengomel perlahan)..Ish! Memekak jelah mamat ni..Arggghh..

Aqso: (dia mendengar Ira mengomel)..Kau ingat aku tak dengar kau kata aku memekak. Dah ! cepat buka pintu ni. Aku nak masuk la..

Ira: (terkejut apabila Aqso mendengar kata2nya. Hatinya semakin panas dengan cara Aqso itu)..Sekejap la! Alaaaa!!
Kemudian, Ira membuka pintu bilik air, lalu keluar dan Aqso tiada di hadapan bilik air itu. Ira bingung..

Ira: Aik! Mana pula mamat sengal tu? Tadi bukan main, macam nak cari gaduh ja. Sekarang hilang pula. Memang menyusahkan orang!! Nasib tak runtuh rumah aku ni bila pintu tandas itu kena ketuk cam nak pecah. Arggghh!! Menyampah ja! Tiba2 nak angin dengan aku!!

Ira terus menuju ke dapur. Mama Ira yang duduk di tikar sedang berbual dengan Mak Mahani dan Safa sambil memotong buah tembikai. Dia terlihat kelibat Aqso sedang mendekati Mak Mahani lalu Aqso duduk di satu kerusi yang berdekatan dengan Mak Mahani dan mamanya. Mak Mahani masih belum menyedari kehadiran Aqso. Aqso bersuara..

Aqso: Assalamualaikum Ummi..(lembut benar suara Aqso)..

Puan Mahani pula kelihatan seperti pernah mendengar alunan suara jantan itu yang memanggil dirinya. Lalu dia menoleh ke arah suara itu..

Puan Mahani: Aqso????

Aqso: (dia membuka topi dan kaca matanya bagi membuatkan maknya itu lebih cam mukanya) Ye Ummi. Ni Aqso..

Puan Mahani: Ya Allah!!!!!!!! Aqso!!! (terus meletakkan pisau lalu bangun untuk mencium anak terunanya itu) Bila kau sampai sini?? Kau naik apa ni?? Kau ke ni Aqso?? (sambil membelek wajah anaknya itu kerana tidak menyangka anaknya berada di hadapannya..)

Safa dan mama Ira bangun..

Safa: Abangggg!! Kenapa tak beritahu nak balik???? Bila abang sampai?? Tadi abang kata abang dekat UK???

Aqso mula pening apabila soalan bertalu2 ditanyakan kepadanya. Rasa menyesal juga membuat kejutan seperti ini. Tapi dah jadi.

Aqso: Ish! Banyaknya soalan. Mana satu ni nak jawab?? Kehkehkeh.. Ummi, ni Aqso la. Aqso sampai tgh hari tadi. Aqso balik rumah kosong. Aqso telefon la Safa. Safa kata ummi, abah dekat sini. Itu yang Aqso datang. Nak buat surprise buat ummi..(lalu memeluk ummi tersayangnya itu).

Safa: Abang balik sini naik apa??

Aqso: Ish adik ni.. Naik flight la. Tak kan nak naik sampan pula..(sambil mencuit hidung adiknya itu lalu memeluk si Safa itu bagi melepaskan kerinduan..Safa tersenyum manis.).Ummi, abah mana??

Puan Mahani: (masih tidak percaya anaknya itu sudah pulang)..Abah?? Abah kau pergi keluar tadi. Dia kata ada hal. Nak jumpa kawan..

Aqso: Ooo.. Patutla Aqso cari dari depan sana, tak nampak pula..

Aqso menyalam Mama Ira..

Aqso: Mak cik..

Puan Zainon: Aqso2. Kau ni suka benar buat kejutan. (tersenyum melihat Aqso yang tampak semakin matang serta kacak itu..)

Ira yang turut berada di dapur hanya memandang dari jauh Aqso berjumpa dengan Mak Mahani, Safa dan mamanya itu. Jauh di sudut hati Ira, Ira merindui wajah jejaka yang sedang dia tenung itu. Sudah dua tahun dia tidak meratapi wajah itu secara dekat dan lama2. Hatinya mula serba tidak kena. Ira seperti marah dengan Aqso dengan cara Aqso tadi yang agak kasar. Namun apabila melihat Aqso sekarang, Ira seperti merindui kata2 kasih sayang daripada Aqso. Ira mula keliru. Aqso masih berbual bersama maknya namun dia perasan Ira berada di dapur itu dan sedang merenungnya. Aqso sengaja buat tidak tahu.

Puan Mahani: Yang baju kau basah ni kenapa?? Main air ke anak ummi ni?? (sambil mencuit lengan Aqso itu)

Aqso: Hah?? Basah?? Ooo..Ish ummi ni.. Mana ada Aqso main air. Macam budak2 ja. Tu hah!! Budak kat hujung sana tu yang basahkan baju Aqso..( Aqso mengadu sambil tangannya menunjukkan ke arah Ira)..

Mereka semua memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Aqso itu iaitu Ira.. Puan Zainon tergelak kecil melihat anaknya itu yang menyebabkan baju Aqso basah.

Puan Zainon: Laa, Ira ke??

Aqso mengangguk. Ira kelihatan geram apabila Aqso menunjukkan dirinya yang membasahkan baju Aqso itu. Memang la benar Ira yang salah tapi perlukah sampai mengadu itu. Mata Ira mengecil tajam memandang Aqso.

“Memang nak kena mamat ni tau!!!” jerit hati Ira. Aqso pula menjelirkan lidahnya kepada Ira.

No comments:

Post a Comment