Thursday, February 3, 2011

BAB 15 mAta coklatku memanahmu



Percutian di Pulau Perhentian selama 4 hari 3 malam pun bermula dengan pelbagai akitiviti yang disediakan. Antaranya ialah berkayak, scuba driving, snorkeling dan melawat kampung Pulau Perhentian. Aktiviti mereka yang pertama iaitu berkayak yang bermula pada esok hari.

Semasa aktiviti berkayak iaitu pada keesokkan harinya (hari kedua mereka di Pulau Perhentian), Aqso bersama Mauku. Ira pula dengan Safa. Dausi bersama Wan. Eza menemani ibu bapa Aqso bermain air di tepi pantai..

Aqso: Mauku.. Kita kacau Ira dengan Safa, nak?

Mauku: Amboi kau! Gatal eh. Tapi best juga idea kau tu. Aku on. Jom.

Mendekati kayak Ira..

Aqso: Hai cik puteri. Tuan puteri berhajat hendak ke mana ni? Bolehkah beta menemani?

Ira: Tuan hamba mahu itu ke Sabah.

Aqso: Ooo..ke Sabah rupanya. Jauh itu tuan puteri. Bahaya jika pergi tanpa beta.

Ira: kenapa pula?

Aqso: Yalah, kalau beta rindu sama tuan puteri macam mana?? (sambil tersenyum kepada Ira)..Lagipun beta ada mendengar khabar bahawa jalan menuju ke Sabah banyak buaya katanya. Biar beta temankan tuan puteri ya..

Mauku ternampak Wan berkayak untuk mendekati mereka..

Mauku: (menyampuk)..ampun beribu2 ampun harap patik maaf diampun..Tuanku dan tuan puteri sekalian, patik rasa lebih baik kita bergerak segera. Patik ternampak buaya mula menghampiri kita..

Aqso: (memandang ke belakang dan memahami maksud Mauku)..Yalah, tuan puteri. Beta rasa lebih baik jika kita gerak sekarang. Beta rasa ada buaya jambu dah tiba. Bahaya jika kita masih di sini..Silakan tuan puteri..

Ira yang blur hanya mengikuti ajakan Aqso. Lalu Ira berkayak ke hadapan. Aqso pula menolak kayak Ira supaya lebih cepat. Mereka berempat semakin jauh dengan buaya jambu dan kemudian mula berkayak secara perlahan. Aqso dan Mauku berada di belakang kayak Ira dan Safa.

Aqso: Mauku, kita langgar kayak diaorang, ok??

Mauku: Kau ni kalau tak menyakat tuan puteri kau tu, tak boleh kan..

Aqso: Hahaha..Hati dah sayang, nak buat macam mana..Hahaha..

Lalu mereka melanggar belakang kayak Ira. Ira yang duduk di bahagian belakang …

Ira: Opppocoott kau, Aqso!! (terumbang-ambing kayak Ira dilanggarnya Aqso dan Mauku).

Aqso: Tuan Puteri berangankan beta ya.. Nakal tau tuan puteri ni..

Ira: Eee..Perasan betul. Wekkk!!

Aqso: Amboi. Dia dah wekkk2 pada kita.. (kemudian, Aqso jelirkan lidahnya pada Ira)..

Safa dan Mauku hanya tergelak melihat aksi Ira apabila diusik oleh Aqso. Dari jauh, Wan memerhatikan Ira bergelak tawa bersama Aqso. Marah dan cemburu menjelma di hatinya. Dausi yang perasan riak wajah Wan berubah merah lalu berkata..

Dausi: Kau marah ke Wan..Ala, relaks la. Dia bukan hak kau pun. Kalau orang dah tak nak tu, jangan la nak terhengeh-hengeh. Orang kata cinta tu tak boleh paksa2.

Dausi tahu tentang kisah cinta ataupun lebih dikenali kisah “teman tapi mesra” antara Aqso dan Ira yang sememangnya mengganggu Wan. Aqso ada bercerita kepadanya tentang Ira dan juga Wan. Aqso memberitahunya yang dia sebenarnya terasa terancam sedikit bila Wan rapat dengan Ira kerana Aqso tahu Wan ada hati dengan Ira.
Kemarahan Wan semakin membuak2 seperti gunung berapi yang sedang menanti waktu untuk meletus apabila mendengar kata2 pujangga daripada Dausi.

Selepas makan tengah hari dan bersolat Zuhur, mereka sambung dengan aktiviti yang seterusnya iaitu scuba driving. Disebabkan akiviti itu memerlukan alatan khas yang agak berat, hanya orang yang tertentu saja yang boleh menikmati aktiviti ini. Ira awal2 lagi telah menarik diri kerana tidak mampu untuk mengangkat tong oksigen pada belakang badanya. Mereka yang mencuba aktiviti itu hanyalah Aqso, Dausi, Wan dan Mauku. Ira dan Eza menemani Safa serta ibu bapa Safa yang sedang duduk menikmati keindahan Yang Maha Esa. Ira, Eza dan Safa pula sedang membuat istana pasir.

Puan Mahani berbual2 bersama suaminya..

Puan Mahani: Suka saya tengok bila Safa dengan Ira tu. Rapat saja. Dah macam adik-beradik. Safa pula tak ada akak. Ira layan si Safa tu macam adik dia ja kan, bang.

En. Zawanil: Betul tu. Saya pun suka tengok Safa berkawan dengan si Ira tu. Baik si Ira tu. Sopan ja. Hormat orang tua pula tu. Berkenan saya dengan budak si Ira tu.

Pn. Mahani: Aik, awak ni. Semacam ja. Berkenan? Awak jangan..(sambil mencuit suaminya itu)

En. Zawanil: Ish..Awak ni.. Ke situ pula..Tak baik tahu buruk sangka dengan saya. Maksud saya, saya berkenan kalau si Ira tu dengan Aqso. Safa pun macam suka ja dengan si Ira tu. Tak macam dengan bekas girlfriend Aqso yang dulu. Muka masam secuka bila Aqso keluar dengan perempuan itu.

Pn. Mahani: Aah kan bang. Saya pun perasan yang Safa tu macam suka ja kalau Aqso dengan Ira .

En. Zawanil: Tapi, kita jangan nak memandai2.. Biarlah Aqso yang buat keputusan. Hidup dia, dialah tentukan. Kita sebagai orang tua dia, beri dorongan dan nasihat saja ya..

Pn. Mahani: Yalah bang. Saya setuju dengan abang.

45 minit kemudian, kelihatan Aqso dan yang lain sudah timbul di permukaan air untuk kembali ke kawasan darat. Mereka memulangkan semua peralatan, kemudian mereka menuju ke arah Ira dan Safa yang sedang khusyuk membuat istana.
Wan mendahului yang lain. Aqso membiarkan sahaja. Tiba-tiba Wan menyepak bahagian tepi istana yang dibuat oleh Ira serta Safa tu.

Ira: (menjerit kerana geram dengan tindakan Wan itu) Woi! Penat2 aku buat dengan Safa, yang kau sepak tiba2 asal?

Safa: (terkejut dengan tindakan Wan)..Apa ni abang Wan?

Wan: Hahaha..relaks la. Gurau2 ja. (sambil menjelirkan lidah kepada Ira)..

Ira: Ishh,.kau ni.. (sambil cuba membetulkan kembali struktur istana itu)..

Aqso yang ternampak perbuatan Wan itu, mula mempercepatkan langkahnya.

Mauku: Aqso..Sabar. Jangan bertindak terburu2. Tenang ya..(sambil memegang bahu Aqso dan cuba memperlahankan rentak langkah Aqso yang kelihatan melangkah dengan rasa amarah)

Aqso cuba menenangkan keadaan. Dia pun tidak mahu ada pula aksi bertumbuk nanti..

Aqso: Kenapa ni Ira?

Wan: Lak kau Aqso. Sibuk jalah. (tiba2 Wan rasa bengang bila Aqso bersuara)..

Ira: Wan! Kau ni kenapa? Uhmm..Tak ada apa-apa la Aqso. Rosak sikit ja istana ni.

Safa: (mengadu)..abang Wan ni bang. Tiba2 dia datang, lepas tu sepak pula istana ni. Penat adik dengan Kak Ira buat.

Aqso: Hei kau ni Wan. Ada2 ja. (cuba melantangkan wajah yang tenang). Kau memang tak nak minta maaf ke atau nak suruh aku beritahu dulu..

Wan: Uhmm..Yalah2,.Ira,. aku minta maaf la. Saja nak usik kau tadi. Sorry tau.

Wan dan Aqso bantu Ira serta Safa membina istana. Dausi dan Eza pula sudah menjalankan aktiviti mereka sendiri iaitu mengutip kerang. Mauku berbual2 bersama2 ibu bapa Aqso.

Safa: Bang, tak nak ajak kak Ira jalan2 ke?

Aqso: Ish, Safa ni. Hati tu mahu tapi segan la Safa.

Safa: Mahu tapi malu la ni. Menyampah ja.

Ira: Hahaha..Apalah awak ni, Aqso. (tidak sangka Aqso malu dengannya)..

Safa: bang, Kak Ira kata tadi dia rindu dengan abang..

Aqso, Ira dan Wan memandang tepat ke wajah Safa. Terkedu dengar Safa berkata begitu. Ira pula kelihatan blur. Sepi menyinggah di tempat mereka itu..

Ira: Aik? Bila pula akak cakap macam tu. Safa ni nakal ea. ( sambil mencuit Safa)..

Safa: Hahah..tadi lah Kak Ira cakap..

Ira: Aqso, awak jangan dengar cakap si Safa. Safa, mana ada akak cakap..

Safa: Ooo..tak ada ea.. silap la ni. Ooo,,sorry la bang..tersalah pula …haha! Aik bang ! yang muka abang merah hijau, merah ijau tu dah kenapa? Dah macam traffic light, Safa tengok tu..Suka ke malu tu? Hahaha! (safa sengaja menyakat abangnya..)

Aqso: Safa,,

Ira: Ish..Safa ni tak baik tau buat abang Aqso macam tu.

Safa: Ala2..dah panggil abang Aqso pula.. Lalalala..

Aqso dan Ira tertunduk2 malu disakat Safa itu. Wan pula rasa bengang melihat keadaan “malu” antara Aqso dan Ira tu. Waktu Asar sudah masuk. Mereka semua kembali ke bilik masing2 untuk menunaikan kewajipan mereka kepadaNya. Jam menunjukkan jam 6.00 petang. Telefon bimbit Ira berbunyi tanda menerima mesej daripada seseorang.

Ira menekan butang “Open”..

ASSALAMUALAIKUM TUAN PUTERI. SAYA NAK JALAN2 DEKAT TEPI PANTAI. TEMAN SAYA BOLEH? BAWA LA SEKALI SAFA DAN AKAK AWAK. SAYA TAK PAKSA. KALAU AWAK FREE, JOM LA. OK. SALAM. JANGAN NAKAL2 YAAAA..

Lalu Ira mengajak Eza dan Safa ke tepi pantai. Dari jauh Ira sudah Nampak kelibat Aqso sendirian yang sedang berjalan di tepi pantai. Aqso tidak perasan mereka bertiga mendekati dirinya.

Safa menutup mata abangnya itu dari belakang..

Aqso: Eh.. Siapa ni? Main tutup2 mata pula. (memegang tangan itu seperti pinta dilepaskan)..

Safa, Eza dan Ira tergelak tanpa mengeluarkan suara agar tidak ketahui oleh Aqso

Aqso: Ira ke ni? (was2 juga untuk Aqso bertanya. Takut kalau salah orang..)

Ira cuba menahan ketawanya..

Aqso: (hatinya)..Siapa pula ni? Ira ke? Tak pernah2 dia buat macam ni..

Safa: (melepaskan tangannya dari mata Aqso)..Aik..Ingat kak Ira Nampak?? Yalah, orang tengah jatuh cinta la katakan..

Aqso: Safa?

Ira: (memukul manja belakang Aqso)..Awak ni. Melawak pula..Safa la tu.

Safa: Ya bang, Safa yang tutup mata abang itu. Terkejut ya bang ? Nakal ea abang.. Nak kak Ira ja..

Merah muka Aqso menahan malu kerana menyebut nama Ira tadi.

Aqso: (hati berbisik malu)..Ish..Asal aku sebut Ira tadi? Kenapa aku tak terfikir Safa yang buat? Sah2 la tadi aku suruh Ira bawa Safa tadi..Waduh! Malunya!

Safa dan Eza berjalan di hadapan Aqso yang ditemani oleh Ira di sebelahnya.

Ira: Awak ni, apalah. Saya mana pernah nak main tutup2 mata awak gitu. Saya kan baik..Kan,kan,kan…Hihih..Lagipun tadi juga awak yang suruh bawa Safa dan Kak Eza. Yalah, mana boleh kita berdua ja kan. Karang kena fitnah pula. Awak jangan risau la, saya budak baik.

Aqso: Ye ke awak budak baik? Macam musykil pula saya? Kejap ya..

Ira: (menampar lengan Aqso)..Ish..Yalah! Saya budak jahat…(lalu jalan laju sedikit meninggalkan Aqso)..

Aqso: (mengejar)..Ira..Tunggu la..Laa, merajuk pula..Saya gurau ja. Sensitif juga awak ni ek? Awak memang budak baik sebab itu saya suka awak..

Ira: Hah? Suka?

Aqso: (hatinya gelabah)..Waduh! Macam mana pula aku terlepas cakap ni..Masak aku!

Ira: Aqso..(berhenti dan memandang Aqso)..

Aqso: (tergaru2 kepalanya yang tidak gatal itu)..Hah,,,Saya suka kening awak.. Cantik..

Angin dingin bertiup berlanggar dengan tubuh sasa Aqso dan tubuh genit Ira..Bunyi ombak jelas kedengaran..Safa dan Eza sedang berkejaran meninggalkan Aqso dan Ira yang sedang berada di dunia mereka sendiri di tepi pantai.. Ira menatap mata Aqso..Aqso menilik hati Ira melalui mata yang sungguh menawan itu..

Aqso: Saya suka tengok kening awak..

Ira: Awak suka kening saya?

Aqso: Ya, saya suka..

Ira: Saya suka mata awak yang coklat tu..

Aqso: Ooo..awak suka tengok mata saya..Saya suka tengok bulu mata awak tu..

Ira: Awak suka tengok bulu mata saya?

Aqso: Aaaa

Lagu APA ARTINYA CINTA daripada Ari Lasso dan Melly Goeslow bermain di jiwa mereka..
Tiba-tiba engkau ada,
Kemudian engkau hadir,
Laksana kerdil ku memeluk,
Lihat aku lebih dalam..
Di matamu ku melihat,
Ada cinta yang tersirat,
Sirami hati merebak..
Barangkali aku salah,
Ku terdiam bukan bisu,
Tahu engkau besar malu,
Tutupi rasa gelisah….

Ira: Awak suka tengok bulu mata saya?

Aqso: Ya,.

Ira: Awak,, suka tengok bulu mata saya?

Aqso: Haa.. saya suka tengok bulu mata awak..

Ira: awak suka tengok bulu mata saya?????

Aqso: Yaa, saya sukaaa tengok bulu mata awak..(tertelan air liur Aqso disoal oleh Ira begitu)..

Ira: Saya pun suuuukaaaa tengok rambut awak yang serabut tu..

Aqso: Suuuukaaa tengok rambut saya.. Betul?

Ira: Betul..

Aqso: Oooo..

Safa menjerit membuatkan mereka tekejut..

Safa: abang!!! Sini la..

Aqso: Hah? Ya…Sekejap (jeritnya kepada Safa)..Jauhnya budak tu. Jom Ira..

Aqso dan Ira menuju ke arah Safa yang jauhnya lebih kurang 200 meter daripada mereka..Sedang mereka berjalan dan berbual, tiba2 Aqso ternampak satu kerang yang sangat cantik.Lalu dia mengambilnya dan serahkan kepada Ira..
Aqso: Nah..Hadiah untuk awak..

Ira: Cantiknya..(mengambil pemberian Aqso itu)..Tapi kenapa?

Hujung jari mereka bersentuhan..Jantung mereka berdegup kencang…

Aqso: Hadiah sebab sudi teman saya jalan2 dekat tepi pantai petang ni..

Ira: Ooo..Thanks..

Aqso: Welcome..(sambil mengukir senyuman buat gadis itu)

Aqso yang membawa kamera ketika itu tidak melepaskam peluang untuk menangkap kecantikkan wajah Ira yang smemangnya “natural beauty” itu. Mereka juga sempat melihat matahari terbenam dan memori itu dirakam dalam minda mereka serta tidak tinggal di dalam kamera Aqso. Ira tidak tahu bahawa gambarnya sudah memenuhi kamera Aqso itu. Aqso memang bijak mencuri2 mengambil gambar Ira ketika Ira sedang bercakap, berlari, melihat pantai, dan ketika matahari terbenam.

No comments:

Post a Comment