thanks to suha lukman
Hari pernikahan Dausi dan Eza berkunjung tiba akhirnya setelah hampir dua tahun lebih mereka berkenal. Pagi2 lagi Aqso sudah bertandang di rumah Dausi bagi membantu sahabat baiknya itu bersiap2 sebelum menuju ke masjid untuk majlis akad nikah yang bakal berlangsung tepat jam 10 pagi.
Di rumah Dausi, kelihatan Aqso sedang membantu Dausi bersiap.
Aqso: Hoi, samping kau mana??
Dausi: (sedang memakai sepasang baju melayu yang berwarna cream)..Aku gantung dekat almari baju aku tu.(sambil menunjukkan arahnya kepada Aqso.)
Aqso pergi mengambilnya lalu datang menghampiri Dausi semula.
Aqso: Nah samping kau (meletakkan di atas katil Dausi)
Dausi: Kau tak nak pakaikan ke?? (tersenyum seperti kerang busuk)..Tolong la. Aku tengah takut ni.
Aqso: Arggh! Mengada-ngada tul mamat ni. Macam budak-budak ja. Dah cepat la.(mencapai samping di atas katil Dausi itu).
Dausi tersenyum kepada Aqso. Aqso pun memakai samping pada pinggang Dausi. Kemas serta segak kelihatan si Dausi itu. Lalu Aqso mencapai songkok yang berada di atas meja dan kemudian menyerahkan kepada Dausi. Dausi memakainya. Memang segak Dausi berpakaian sebegitu. Namun Aqso masih berpakaian t-shirt serta berseluar jean.
Dausi: Ya Allah Aqso! Kau siapkan aku, tapi kau sendiri tak bersiap. Pergi la salin baju melayu.
Aqso: Kalau pergi pakai t-shirt ja tak boleh ke?? (gurau Aqso)
Dausi: Kau jangan nak bagi aku malu ea? Aku bom kau karang. Pergi salin sana.! (arah Dausi)
Aqso: Hahaha..Yalah2. Kau pergi pakai bedak ke perfumes ke. Aku salin kejap.
Dausi: Ok..(lalu menghampiri cermin di biliknya itu dan kemudian menyapukan sedikit bedak supaya mukanya nampak la juga berseri.)
Aqso menyalin pakaiannya di dalam bilik air Dausi. Dia mencapai baju melayu berwarna pink lembut yang tergantung itu lalu menyarungkan ke tubuh badannya yang sasa itu. Lalu dia memakai samping bercorak songket yang berbunga berwarna-warni dan cantik buatannya . Memang segak pakaian itu digayakan oleh Aqso. Aqso keluar dari bilik air. Dausi menoleh ke arahnya.
Dausi: Wah kau! Macam kau pula yang nak nikah hari ni. Hahahah. Segak juga kawan aku ni.(sambil menepuk bahu Aqso)
Aqso: Hahaha. Banyak lah kau, aku nak nikah. Calon pun tak ada. (dia menggeleng2kan kepalanya.) Dah, jom la turun bawah. Rasa semua dah tunggu kita.
Setelah semua bersiap sedia, Dausi dan orang-orang yang berada di pihaknya bergerak menuju ke masjid untuk menghadiri majlis akad nikah Dausi bersama pasangannya iaitu Eza.
Di rumah Eza pula, Eza dibantu oleh adiknya, Ira serta seorang jurusolek. Eza yang duduk di kerusi berhadapan cermin pada meja soleknya itu sedang disolekkan. Ira pula menyiapkan baju yang akan dipakai oleh Eza untuk majlis akad nikah pada pagi itu. Setelah selesai disolek, Eza menyalin pakaiannya. Memang cantik Eza memakai baju pengantin berwarna cream serta bertudung litup yang ringkas dan sesuai untuk majlis akad nikah. Setelah Eza siap berpakaian, Ira dengan pantasnya menyalin baju kerana tidak mahu terlambat untuk tiba di masjid. Ira memilih untuk memakai baju kurung berwarna pink lembut yang bersulaman dan memakai kainnya yang bercorakkan songket. Solekan yang nipis menampakkan Ira lebih cantik dan ceria.
Akhirnya, pasangan Dausi serta Eza selamat sampai di masjid. Setelah semua yang bertanggungjawab tiba, mereka semua masuk ke dalam masjid. Aqso dan Ira kelihatan agak terkejut apabila melihat antara satu sama lain kerana baju mereka yang berwarna pink lembut menampakkan mereka seperti pasangan yang bakal akan dinikahkan juga. Namun hakikatnya bukanlah seperti itu. Kemudian, tok kadi tiba maka, bermula majlis akad nikahnya. Sebelum itu, Dausi dikehendaki untuk menjawab beberapa soalan perihal agama seperti rukun iman, rukun islam, membaca doa qunut, rukun nikah dan sebagainya. Kemudian..
Pak Imam: Dausi, awak sudah sedia.
Dausi: Ya, saya sedia.
Semua kelihatan berdebar2 menunggu akad nikahnya itu. Pak Iman bersalam dengan Dausi lalu dia menggenggam tangan itu dan..
Tok Imam: Ahmad Dausi Bin Eli.
Dausi: Ya saya.
Tok Imam: Aku nikahkan dikau dengan Eza Emilda Binti Sulaiman dengan mas kahwin 100 ringgit tunai.
Dausi: Aku terima nikahnya Eza Emilda Binti Sulaiman dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai..
Beberapa saksi: Sah..
Akhirnya Dausi telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya itu Eza Emilda Binti Suhaimi. Air mata Eza menitis kegembiraan apabila dia sah menjadi hak Dausi untuk selama2nya. Dausi bersalaman dengan Tok Imam dan ahli keluarganya. Kemudian dia menunaikan solat sunat sujud syukur untuk berterima kasih kepada Yang Maha Esa kerana mempermudahkan niat sucinya untuk menikahi Eza. Keluarga Eza semua datang menghampiri Eza dan bersalaman. Mama Eza mencium pipi Eza kerana terlalu gembira anaknya sudah menjadi isteri kepada Dausi. Dausi menghampiri Eza yang sedang menunggunya itu. Dausi mengambil cincin daripada maknya lalu menyentuh lembut tangan Eza lalu dia menyarungkan cincin itu ke jari manis pada tangan kanan Eza. Dausi mencium tangan Eza kemudian memberi senyuman yang amat manis. Lalu dia mendekatkan mulutnya dengan dahi Eza kemudian dia memberi kucupan yang mesra buat isterinya yang tersayang itu. Setelah itu mereka semua bergambar bersama2 sebagai satu keluarga yang besar.
Semasa bergambar itu, Tok Imam yang perasan dengan ketersamaan warna baju antara Aqso dan Ira membuatkan beliau bertanya kepada Aqso di hadapan Ira.
Tok Imam bersalam dengan Aqso.
Tok Imam: Nama anak ni siapa?
Aqso: Saya, Aqso Aiman Zawanil
Tok Imam: Sedap nama itu. (perasan Ira yang berdiri di sebelah Aqso itu)..Uhmm, kalian ni suami isteri ke?? Nampak macam padan ja. Muka pun ada iras2. Baru berkahwin ya?? (Tok Imam tersenyum)
Aqso memandang Ira yang sedang berdiri di sebelahnya itu.
Aqso: Eh bukan la tok imam. Kami bukan suami isteri. Saya ni kawan kepada Dausi. Dia pula adik kepada pengantin perempuan, Eza..
Tok Imam: Laa.. ya ka? Maafkan saya ya. Saya ingatkan kamu berdua suami isteri. Hah! Ni dah sepasang ni, tak nak nikah sekali ke? (usik tok imam itu lalu tergelak kecil)
Aqso: (turut tergelak kecil)..tak apa2 tok imam. Ish! Ada pula ke situ tok imam ni. Ni baju tersama secara tak sengaja saja tok imam..
Tok Imam: Wah, belum bernikah dah ada keserasian ni. Ala Aqso, kalau kalian nikah pun apa salahnya pun. Tiada apa2 yang mengharamkan bagi kalian untuk bergelar sebagai sepasang suami isteri. Saya usik2 saja ya Aqso. Jangan ambil hati ya..
Aqso: Tak apa tok imam. Saya tak kesah. Saya tak ambil hati pun. (lalu tersenyum kepada Tok Imam)..
Ira yang berdiri sebelah Aqso kelihatan terkedu apabila tok imam itu mengusiknya bersama Aqso. Merah padam juga muka Ira itu dibuatnya. Namun Ira cuba berlagak tenang sedangkan hatinya rasa berdebar juga apabila dia dikatakan isteri kepada Aqso. Lalu Tok Imam itu beredar.
Pada waktu petang pula adalah majlis persandingan bagi pasangan mempelai yang baru diijabkabulkan iaitu Ahmad Dausi Eli serta pasangannya Eza Emilda Sulaiman. Mereka memilih warna kuning air sebagai tema pada hari persandingan mereka itu. Mempelai yang sedondon berwarna kuning kelihatan di pelamin sememangnya tampak manis serta secocok. Aqso dan Ira selaku pengapit, mereka turut sedondon iaitu berpakaian berwarna cream. Pada hari persandingan itu, ramai yang mengusik Aqso dan Ira sebagai suami isteri. Namun Aqso hanya menganggap itu hanya sekadar usikan kerana dia tahu Ira tidak mungkin menjadi haknya disebabkan Ira adalah tunang Wan. Aqso hanya sekadar memberi senyuman tawar kepada mereka2 yang mengusiknya dengan Ira. Pada mulanya Ira berasa tidak selesa juga dengan usikan itu namun setelah hampir 10 orang yang mengusiknya dengan Aqso tentang hal yang sama membuat Ira terasa sesuatu tentang dirinya dan juga Aqso.
Ira memandang wajah Aqso dari tepi yang ketika itu Aqso sedang berbual. Ira merenungi wajah jejaka itu. Sudah lama dia tidak memandang wajah itu dengan penuh rasa sayang.
“Aqso. Kau semakin matang. Sekarang kau semakin senyap. Aqso! Kenapa begitu ramai yang mengusik kita dengan mengatakan kita ni adalah suami isteri. Apa benar kata mereka bahawa kita memang sepadan dan serasi sebagai suami isteri? Aqso, aku masih sayang kepada kau. Entah kenapa rasa itu kembali menyerang hatiku di saat ku jumpa kau kembali. Apa benar keputusan ku menjadi tunang Wan ini? Aku keliru Aqso. Aku ingatkan kau tidak akan kembali. Namun, sekarang kau tampak kasar dengan aku. Adakah kau memarahi dengan keputusan aku ini? Aqso! Jika masih ada cinta buat aku dalam hatimu, aku sanggup pulang ke pangkuan kau seperti dulu. Dari dulu Aqso, aku amat menyayangi kau.”ujar hati Ira.
Aqso yang perasan Ira merenungnya..
Aqso: Hoi!!
Ira: (tersedar dari lamunannya..) Hah? Apa..?
Aqso: Berangan pula kau..Tunang kau tak datang? (suara Aqso mendatar..)
Ira: Wan sibuk. Sekarang dia dekat Pahang ada pengambaran untuk drama.
Aqso: Ooo.. Jom la makan. Aku lapar. (lalu bangun dan berlalu ke tempat makanan dihidangkan.)
Ira mengikuti langkah Aqso dari belakang. Wah! Dah macam isteri mengikuti ke mana saja suaminya pergi. Pada jam 5 petang, majlis perkahwinan yang diadakan di rumah Eza akhirnya melabuhkan tirai apabila tiada lagi tetamu yang berkunjung tiba. Semua peralatan meja, kerusi dan segalanya dikemaskan dan dibersihkan.
Apabila waktu maghrib tiba, keluarga Dausi dan keluarga Eza serta keluarga Aqso yang masih berada di rumah Eza pada malam itu menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Aqso selaku imam pada malam itu membuatkan bulu roma setiap jemaahnya berdiri tegak mendengar bacaan ayat suci Al-Quran daripada bibir Aqso. Aqso memang ada bakat bertaranum. Jadi bacaannya semasa menunaikan solat menghrib secara berjemaah itu mampu membuatkan jemaahnya khusyuk dalam solat. Setelah itu, mereka berkumpul di kawasan ruang tamu rumah Eza untuk berbual2 manakala Eza dan Dausi pula membuka hadiah perkahwinan mereka di situ. Tepat jam 11 malam, kebanyakkan mereka sudah mula mengantuk terutamanya pengantin baru iaitu Dausi dan Eza.
Aqso: Dausi, dah pergi tidur dengan isteri kau tu.. (Aqso cuba mengusik rakannya itu)
Dausi: (malu2) Tak apa lah. Saing la dengan korang semua. Boleh borak2..
Aqso: Kau nak borak apa lagi..Tengok isteri kau tu dah mengantuk. Tak faham lagi ke abang Dausi..Hahaha..
Puan Mahani: Amboi Aqso. Menyakat je ya. Cakap macam dia tu dah ada pengalaman berkahwin pula..
Semua yang ada di situ tergelak. Aqso menunduk malu.
Puan Sue(mak Dausi): Dah2 semua. Mari tidur ya. Kesian pengantin baru. Penat tu. Esok kita berbual2 lagi..(lalu bangun)..
Kemudian, seorang demi seorang bangun menuju ke kamar masing2. Ira menolong Eza mengetepikan hadiah2 itu. Aqso masih duduk bersama Dausi.
Aqso: Dausi! Good luck tau! (tersenyum nakal)
Dausi: Mula la tu kau! Buat muka nakal!. Dah pergi tidur. Isteri aku, tahu la aku. Kau jangan nak sibuk2. Kau tu pergi kahwin cepat. (sambil menepuk bahu Aqso)
Ira dan Eza yang mendengar perbualan mereka hanya tergelak. Kemudian pasangan pengantin baru iaitu Dausi bersama Eza menaiki tangga menuju ke kamar mereka.
Tinggal lah Aqso dan Ira di ruang tamu sedang menonton televisyen. Mereka duduk di atas sofa yang sama namun masing2 di bahagian hujung.
Aqso: (mulakan bicara) Asal kau tak tidur? Esok tak kerja?
Ira: (hatinya berkata) Ekeleh mamat ni. Tanya macam la dekat rumah dia. Suka hati la nak tidur ke tak nak. Arggghh! Menyibuk ja!
Aqso: Hoii..aku tanya, jawab la. (suaranya mula kuat sedikit)
Ira: Uhmm. Belum mengantuk la wahai encik Aqso. Kerja la. (hatinya geram saja dengan Aqso itu)..Yang awak tak tidur lagi kenapa??
Aqso: Teman kau la..(kembali lembut suara Aqso)
Ira terkedu. Dia menoleh ke kanan di mana Aqso berada di hujung sofa itu.
Aqso: Apa tengok2?? (matanya masih memandang kaca televisyen, tetapi dia tahu Ira sedang memandangnya..Ira terus mengalihkan pandangannya ke arah televisyen di hadapannya itu.) Aku pun tak boleh tidur la. Badan letih gak ni, tapi entah la, mata masih belum mengantuk.
Ira hanya mengangguk. Ira mahu mencapai alat kawalan televisyen itu yang berada di tengah sofa iaitu di antara dirinya dengan Aqso. Dengan matanya masih melihat skrin televisyen itu, lalu dia mengerakkan tangan kanannya untuk mencapai alat kawalan itu.Tangannya sudah mencapai alat kawalan itu, namun apabila dia mahu mengerakkan tangannya kembali, tiba2 dia terasa tangannya digenggam oleh seseorang. Ira terpaku kerana dia masih mengingati kehangatan tangan yang sedang memegang tangannya itu. Ira menoleh ke kanannya. Ira terlihat Aqso juga terus menoleh ke arahnya. Mata mereka bertentangan. Masing2 mula terpaku. Ira pun tidak pasti apa sebenarnya perasaannya apabila Aqso menyentuh lembut tangannya itu. Marah tidak, rasa bersalah pun tidak. Ira mula keliru dengan perasaannya terhadap Aqso. Aqso juga terkejut apabila menyedari tangannya sudah berada di atas tangan dira. Aqso juga mahu mencapai alat kawalan itu. Hati masing2 sudah tidak keruan.
Aqso: (setelah hampir seminit juga dia menyentuh tangan wanita itu lalu dia cuba mengalihkan posisi tangannya)..Uhhmmm.. Aaa.. Maaf la. Aku nak ambil remote control tu. Cerita ni bosan la. (sambil menunjukkan ke arah televisyen)
Ira: (masih tergamam tangannya yang dingin itu dihangatkan oleh tangan Aqso. Dia kembali teringat kenangan kali pertama Aqso tersentuh tangannya iaitu semasa dia dan Aqso masih sebagai pelajar dan pensyarahnya..) Tak apa2. Saya pun nak tukar cerita ni. Uhmm, memang bosan.. (Ira terus mengalihkan pandangannya ke kaca televisyen sambil menukarkan rancangan.)
Aqso memandangan Ira dari tepi. Dia amat merindui wanita itu.
“Ira... Kau semakin cantik. Aku rindu sangat dengan kau. Tapi .. tapi kenapa kau bertunang dengan Wan?? Adakah dia yang lebih kau cintai?? Habis, siapakah aku dalam hati kau?? Adakah sekadar hiasan?? Iraaa, aku sayang sangat dengan kau!!! Tegar kau lukai aku sebegini dengan tidak benarkan aku untuk memiliki kau !!! Kenapa Wan?? Jadi memang benarlah kau memang sudah lupakan aku selama ini.” ujar hati jantan Aqso. Hatinya rasa bercampur baur. Dia sayang pada Ira, namun pada yang sama dia marah dengan Ira kerana Ira lebih memihak kepada Wan bukan dirinya yang tulus mencintainya. Aqso mahu kembali cintanya namun apabila Ira memberitahunya bahawa dia adalah tunang Wan, perkara itu serta merta menghancurkan niat Aqso untuk memujuk kembali hati Ira. Aqso tidak menyangka Ira lebih pantas membuat keputusan untuk melupakannya.
Ira terperasan Aqso sedang memerhatinya.
Ira: (hatinya)..Hadoii!! Apa hal pula mamat ni tenung aku?? Waduh!! Risau aku.. Tahu la aku cantik,tapi tak payah la tenung aku semacam..Waduh!!! Meremang bulu roma aku bila Aqso tengok aku ni la!! (Ira membetulkan rambutnya. Lalu dia bersuara,) Kenapa awak tengok saya macam tu?? (kemudian menoleh sedikit ke arah Aqso)..
Aqso: (malu juga apabila Ira perasan bahawa dia sedang merenung Ira)..Hah?? Uhmm.. Kau makin comel dan cantik la. Ira, aku mahu tanya sedikit boleh??
Ira yang terkedu dengan pengakuan Aqso yang entah kenapa tiba2 pula Aqso memujinya hanya mengangguk apabila Aqso mahu bertanya sesuatu.
Aqso: Aaaaa.. Kau... Ummm( mengetap bibirnya)..Kau memang sayang dan cinta dengan Wan ke??
Ira serta merta memandang tepat ke arah Aqso. Mukanya pelik apabila mendengar soalan cepumas daripada Aqso itu. Sebenarnya Ira tidak pernah mencintai Wan. Wan yang datang meminang tanpa memberitahu dirinya. Setelah berfikir, Ira hanya menerima pinangan Wan itu kerana dia sudah putus harapan dengan Aqso yang masih menghilangkan diri. Ira tidak tahu mahu jawab apa dengan soalan Aqso.
Ira: Uhmm..(masih tergagap2 untuk menjawab soalan Aqso itu..)
Tiba-tiba, Aqso datang duduk di sebelah Ira. Begitu dekat diri Aqso dan Ira. Ira terkejut apabila memandang Aqso betul2 di sebelahnya. Aqso merenungnya. Ira semakin gelisah.
Aqso: (mula bicara apabila perasan dengan gelagat Ira yang resah itu).. Kau jangan la takut. Aku tak nak buat apa2 pun la. Aku cuma nak cakap yang aku nak tidur la. Aku dah mengantuk. (lalu Aqso bangun dari kerusi sofa itu..Ira tidak terkata dengan tindakan Aqso itu. Geram juga hati Ira dibuatnya).. Oh ya, tahniah ya kau dengan Wan. (Aqso tersenyum sinis)
Ira memandang tajam ke arah Aqso. Geram benar Ira dengan jejaka itu.
Ira: (hatinya berbisik geram)..Ish!!! Geramnya aku!!! Nak ja aku ketuk kepala dia tadi!!! Suka betul main2 perasaan aku!! Arggghhh!! Tapi, kenapa... kenapa dia tanya begitu pasal Wan?? Ah!! Lantak la mamat tu!!
Akhirnya kelibat Aqso hilang dari pandangan Ira yang masih menonton televisyen itu. 20 mini kemudian, Ira turut ikuti jejaki langkah Aqso untuk masuk tidur. Pada malam itu pelbagai tanda tanya yang bermain dalam pemikiran Aqso serta Ira namun masih terjawab oleh masing2.
No comments:
Post a Comment