Setelah berbincang antara kedua2 belah pihak, akhirnya mereka dapat kata putus untuk membuat majlis perkahwinan di Tasik Titiwangsa yang bertemakan Inggeris ataupun lebih dikenali perkahwinan dalam taman. Ira terasa gembira juga kerana tema itulah yang menjadi impiannya. Kalau ikutkan perancangan perkahwinan Ira dan Wan sebenarnya bertemakan ala2 cina kerana Wan memang ada darah cina. Namun apabila perkahwinan Ira dan Wan dibatalkan, keluarga Aqso ada juga menanyakan tentang idaman Ira dalam majlis perkahwinan. Ira memberitahu dia lebih memilih ala2 Inggeris. Keluarga Aqso pula hanya mengikuti kehendak pengantin perempuan lalu memilih tema Inggeris (perkahwinan dalam taman) bagi majlis perkahwinan Ira dan Aqso. Kedua2 belah pihak bertungkus lumus untuk menyiapkan persiapan dalam majlis perkahwinan itu namun tidak bagi Aqso yang masih bersikap dingin terhadap Ira. Walaupun sudah hampir seminggu Ira sudah halal bagi Aqso namun Aqso masih belum menyentuh Ira. Aqso masih tidak dapat menerima keadaan dia dipaksa kahwin bagi menutup malu keluarga Ira yang mana di saat2 akhir, Wan tidak dapat menikahi Ira. Kenapa Wan punya kerja, dia pula yang kena.
Semasa malam pertama setelah mereka dinikahkan, Ira memasuki bilik Aqso lebih awal. 20 minit kemudian, Aqso memasuki kamarnya dan terlihat Ira sedang menyikat rambut di hadapan meja solek. Aqso mendekati Ira. Ira yang perasan kelibat suaminya mula menghampiri dirinya, Ira mula gelabah. Aqso berdiri di belakang Ira yang sedang duduk itu.
Aqso: (mulakan bicara dalam keadaan yang amat tegang antara mereka). Uhmm, kalau ikut hati aku, aku tak nak sebilik pun dengan kau. Tapi nanti Ummi kata apa pula. Kalau aku suruh kau tidur bawah, aku rasa macam kejam sangat pula. Sekejap, aku nak bahagikan antara bahagian aku dan bahagian kau dalam bilik ni. (sambil menunjukkan plaster yang besar bagi membahagikan ruang biliknya)
Ira terkesima juga sehingga begitu tindakan Aqso. Setelah Aqso selesai memasang plaster di dalam kamarnya lalu dia bersuara..
Aqso: Yang plaster warna merah tu bahagian kau. Yang putih tu kawasan aku. Jangan sesekali masuk kawasan aku tanpa ada kebenaran. Almari yang sana tu, almari kau. Aku dah kosongkan. Pandai2 kau la. Situ almari aku (sambil menuunjukkan almari itu kepada Ira.) Kau Cuma boleh masuk kawasan aku hanya untuk ke bilik air. Faham??
Ira hanya mengangguk. Aqso menuju ke almari bajunya untuk mengambil pakaiannya itu. Ira pula masuk ke dalam bilik air. Setelah daun pintu bilik air itu ditutup rapat, tiba2 pipi Ira terasa hangat. Ira melihat wajahnya di cermin. Ira nampak titisan air jernih membasahi pipinya. Dia sedih melihat sikap Aqso yang begitu mendingin. Bukan dia yang memaksa Aqso untuk menikahinya. Ira turut terkejut apabila Mak Mahani mengatakan bahawa Aqso akan mengahwininya bagi menggantikan Wan. Ira mengesat air matanya, lalu membasuh mukanya. Kemudian, Ira menghampiri pintu bilik air untuk membukanya. Ira yang menunduk semasa keluar itu, tiba2
Pang !!!!! (bunyi pintu yang terhempas kuat ke dinding bilik air).. Ira terjatuh! Ira membuka matanya, alangkah terperanjatnya Ira apabila terlihat Aqso berada di atas tubuhnya. Badan Aqso menindihnya. Aqso turut tergamam apabila dia sedang jatuh di atas tubuh Ira yang genit itu. Mereka masing2 terpaku. Sudah la mereka jatuh di dalam bilik air. Waduh! Aqso memandang Ira, Ira memandang Aqso. Nafas mereka semakin laju. Ira terasa kehangatan nafas Aqso itu. Aqso pula masih tidak bergerak kerana masih terkejut. Aqso mendekatkan mukanya kepada muka Ira. Ira yang takut lalu memejamkan matanya. Aqso terpesona dengan wajah kecantikan isterinya itu secara tiba2. Kenangannya bersama Ira sewaktu dulu mula membuat ulang tayang. Aqso tidak menyangka Ira sudah menjadi isterinya. Wanita itu lah yang pernah dia cintai dan kini wanita itu miliknya secara sah. Aqso mula bingung kenapa dia melayan Ira begitu buruk sekali sebelum ini. Namun dengan pantas, wajah Wan yang amat dia benci mula menyinggah. Dengan serta merta Aqso kembali marah dengan Ira. Dengan lantasnya, Aqso bangun.
Aqso: Arggghhh!! (berdengus dengan marah)
Namun entah macam mana pula, Aqso tersalah pijak seluarnya lalu dia kembali terjatuh menghempap Ira. Ira yang tadi mula membuka matanya apabila terasa Aqso mula bangun, tetapi semasa Aqso menghempap tubuhnya kembali, Ira membeliakkan matanya. Terkejut! Sekali lagi, mereka saling merasai kehangatan nafas serta kelajuan nadi mereka bergerak. Mereka terpaku dalam keadaan sebegitu buat kali keduanya. Aqso semakin tidak tentu arah lalu cepat2 dia bangun. Kemudian dia keluar dari bilik air lalu terus merebahkan tubuhnya di atas katil. Ira mengikuti langkah suaminya itu. Suasana jadi tegang. Aqso baring menghadapkan ke kanan, Ira pula menghadap ke kiri. Akhirnya mereka terlelap dengan rasa yang tentu arah dengan kejadian pada malam itu.
Suatu malam setelah sudah seminggu usia perkahwinan Aqso dan Ira.
Ira: (kuatkan semangat untuk berbicara dengan Aqso yang ketika itu Aqso sedang membuat kerja di suatu sudut bilik mereka) Aqso. Kenapa awak benci saya??
Aqso yang terus terhenti untuk membuat kerjanya apabila Ira mengajukan soalan itu
Aqso: Sebab kau menyusahkan aku.(jawabnya dengan selamba)
Ira terkedu mendengar jawapan suaminya itu.
Ira: Kenapa awak kahwin dengan saya? (terus bersabar bagi mendapatkan jawapan suaminya)
Aqso: Kan aku pernah beritahu, aku buat semua ni untuk Ummi. Ummi paksa aku kahwin dengan kau sebab nak tutup malu keluarga kau! Kau dengan Wan yang buat, aku pula jadi mangsa! Kau tahu kan tunang kau tu kena tangkap basah?
Ira: (tersentap juga dengan soalan Aqso itu. Ira masih marah dengan Wan yang sanggup curang kepadanya) Ya.
Aqso: Uhmm. Entah2 kau dengan dia pun dah pernah terlanjur! (dengan selamba saja Aqso menabur fitnah kepada Ira)..
Ira: (bangun dari katilnya) Aqso! Awak jangan nak melampau ya! Saya masih suci ya! Awak jangan nak samakan saya dengan Wan. (Ira mula marah)
Aqso: Sudah la! Malas aku bertekak dengan kau. Aku ada kerja ni. (lalu meneruskan kerjanya dan mengabaikan Ira)
Ira yang sedih terus terduduk di atas katil. Air matanya mengalir secara tiba2 kerana sebak dengan fitnah yang dilemparkan oleh Aqso. Ira tidak sangka suaminya sanggup menuduhnya tidak suci. Lalu Ira terus baring dan menarik selimut menutupi tubuhnya serta mukanya. Ira cuba menahan air matanya daripada terus mengalir agar suaminya tidak tahu. 2 jam kemudian, Aqso mula masuk tidur. Ira pula sudah lama lena dan dibuai mimpi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Akhirnya seminggu kemudian, segala persiapan untuk majlis perkahwinan Ira dan Aqso di Tasik Titiwangsa dapat diselesaikan. Harinya pun menjelang tiba. Majlis perkahwinan itu diadakan pada jam 2.30 petang hinggalah 5.30 petang. Pada hari tersebut, Aqso mengenakan sepasang sut berwarna putih daripada baju hinggalah ke kasutnya yang ditempah khas daripada RIZMAN RUZAINI. Kemudian, terdapat sekuntum bunga ros merah diselitkan pada kocek sutnya itu. Sutnya turut dihiasi dengan batu permata2 pada bahagian lengan.Memang segak Aqso ketika itu. Seolah2 putera kayangan. Ira pula memakai gaun labuh serta sopan berwarna putih hasil tangan RIZMAN RUZAINI yang dihiasi dengan lace putih bersulamkan bunga2 merah dan veil putih serta memakai kasut tumit tinggi berwarna putih yang ditempah khas daripada JIMMY CHOO. Ira juga menggenggam sejambak bunga ros berwarna merah. Ira turut diserikan dengan barang kemas daripada HABIB iaitu seutas rantai berlian, gelang dan anting2 yang amat berkilau pada hari itu. Rambut Ira yang disanggulkan dan diselitkan dengan mawar putih pada sanggulnya menampakkan Ira sangat jelita. Aqso dan Ira kelihatan sepadan serta secocok.
Mereka menaiki kereta Peugeot berwarna merah untuk ke kawasan majlis perkahwinan mereka. Kereta Peugeot di mana bumbungnya boleh dibuka, menampakkan pasangan bahagia itu asyik tersenyum yang duduk di belakang.Setibanya di kawasan majlis perkahwinan itu, Aqso turun lalu Aqso menyambut tangan Ira lalu mendukungnya untuk keluar dari kereta itu.Aqso meletakkan Ira untuk berdiri. Aqso mengenggam erat tangan Ira apabila berjalan di karpet menuju ke pelamin mereka yang bertemakan warna putih serta merah. Sepanjang perjalanan mereka ke pelamin itu, terdapat hiasan bunga2 berwarna putih, merah dan merah jambu melambangkan konsep perkahwinan dalam taman. Mereka memilih tema warna itu kerana Aqso amat suka warna putih manakala warna merah merupakan warna kegemaran Ira. Setelah bersanding, pasangan mempelai menuju ke meja yang disediakan untuk makan beradab. Sebelum menjamu selera, Aqso dan Ira sempat juga saling menyuapkan makanan mereka antara satu sama lain. Aqso yang begitu terpesona dengan keayuan dan kejelitaan isterinya pada hari itu, membuatkan rasa sayang dan cintai kembali menyinggah pada hati jantannya itu. Kemudian, mereka bangun dan menuju ke arah kek perkahwinan mereka yang berbentuk epal merah yang agak besar. Ira yang agak terkejut jugalah dengan bentuk kek epal mereka itu, hanya tersenyum riang kerana kek itu Aqso yang uruskan pada saat2 akhir. Epal merupakan buah yang pernah menjadi kenangan dalam perhubungan mereka dahulu. Mereka memotong kek itu bersama2. Kemudian, Aqso menyuapkan secubit kek itu kepada Ira dan juga sebaliknya. Ira turut bahagia pada saat itu.
Kemudian, sesi bergambar antara pengantin serta keluarga turut berlangsung. Semasa sesi bergambar antara pengantin saja, Aqso mencuba aksi bergaya dengan bermacam2 sehingga Ira turut tergelak kecil dengan karenah suaminya itu apabila bergambar. Pada mulanya malu2 juga Aqso, namun tiga minit kemudian, semua cara dia buat. Setelah bergaya sana bergaya sini, tiba2 Aqso membongkokkan dirinya sedikit untuk mendukung Ira.
Ira terkedu apabila dia tersedar dia sudah dalam dukungan Aqso.
Ira: Aqso! Apa awak buat ni?? Eee..Turunkan saya la..
Aqso tersenyum nakal..
Aqso: Aku kan suami kau. Apa salahnya kalau aku dukung kau..(lalu tersenyum ke arah kamera yang tersedia untuk menangkap gambar mereka berdua)..Wahai cik Ira, senyum la. Tu tengok kamera sana. Pandang aku nak buat apa. (ujar Aqso apabila terlihat Ira yang sudah didukungnya itu sedang memandang wajahnya.Ira serta merta menoleh ke jurukamera lalu tersenyum)
Setelah bergambar, Aqso membawa Ira berjalan2 dengan menggunakan basikal. Ira yang tidak tahu menahu pasal itu apa lagi, tergamam la. Naik basikal segala pula. Aqso memimpin tangan Ira lalu membawa ke arah basikal itu.
Aqso: Jom naik. Aku bawa kau. (sambil tersenyum mesra)..
Ira: (agak terkejut dengan ajakan Aqso itu) Hah?? Naik basikal. Pakai baju pengantin ni..??( dah la dengan veilnya yang agak panjang berjela, kang tersangkut dekat mana2, tak ke gila tu..waduh! Aqso ni tak mengagak juga)
Aqso: Yalah. Jom la. Kau duduk belakang, aku yang bawa la. Jangan risau, aku jaga kau.
Ira memandang Aqso dengan rasa terharu apabila Aqso mengucapkan “aku jaga kau”. Lalu Ira duduk di bahagian belakang. Aqso yang sudah bersedia untuk menunggang basikal itu lalu bersuara..
Aqso: Dah belum?? Peluk la aku. Kang jatuh, aku juga yang susah.
Ira: (lalu memeluk pinggang Aqso) Uhmm dah..
Aqso pun mengayuh lah basikal itu yang berbakul pada bahagian hadapan. Aqso dan Ira tergelak2 juga semasa acara menunggang basikal itu. Mana tidaknya Aqso yang menunggang basikal itu pun main2. Sekejap brek mengejut, sekejap main goyang2 nasib la tak tergolek si Ira yang kecil molek di belakang itu.Dalam mereka berseronok itu, gambar mereka turut diambil sebagai bukti acara mereka semasa majlis perkahwinan itu. Semua gambar tampak ceria, riang dan bahagia.
Ira: Aqso..(sambil memukul manja ke badan Aqso bahagian belakang)..Bawa la betul2. Kang jatuh ni.Waduh! Takut saya naik basikal dengan awak ni la.
Aqso: Hahaha..(tergelak besar juga Aqso apabila terlihat Ira mula cuak).
Ira: Ketawa pula dia ni.
Aqso terus menunggang basikal itu ke kawasan taman tasik Titiwangsa lalu kembali semula ke kawasan majlis perkahwinan mereka. Ira turun dari basikal itu. Aqso pun menongkatkan basikal itu. Lalu mereka berkumpul bersama keluarga mereka yang sedang berborak2 itu. Akhirnya majlis perkahwinan Aqso bersama Ira melabuhkan tirai tepat jam 5.30 petang.
Pada waktu malam pula, setelah selesai bersolat Isyak berjemaah, Aqso membaca doa manakala Ira sebagai makmum mengaminkan. Setelah itu, Ira mencium lembut tangan suaminya itu setelah Aqso selesai membaca doa. Aqso mengusap manja kepala Ira. Kemudian, mereka saling berpandangan. Aqso memagut dagu Ira dan memandang tepat ke arah isterinya yang lengkap memakai telekung itu lalu Aqso mengusap pipi Ira. Ira membiarkan walaupun hatinya mula pelik dengan sikap Aqso yang tiba2 mula melayannya dengan baik.
Aqso: Ira..(Aqso memanggil lembut nama isterinya itu. Aqso masih lagi merapati wajahIra. Sungguh sayang dia kepada wanita itu). Lepas ni panggil saya abang ya.
Tertelan juga air liur Ira dibuatnya tiba2 saja Aqso menyuruh dia memanggil Aqso dengan panggilan abang.
Aqso: Ira. Abang tanya ni. Boleh tak ni panggil abang?
Ira: (masih keliru dengan perubahan secara mendadak sikap suaminya itu.) Boleh..(balas Ira dengan lembut.)
Lalu Aqso mengucup pipi Ira dengan begitu lembut. Ira yang sememangnya sudah terpaku hanya membiarkan saja suaminya itu mengucup pipinya. Ira mahu juga bertanya kenapa tiba2 suaminya berubah sikap, namun akibat rasa letih yang menyerang tubuhnya disebabkan majlis perkahwinan pada petang tadi, Ira hanya berdiam diri.
Aqso: (bangun) Uhmm. Abang masuk tidur dulu ya. Penat la. Selamat malam. (kemudian menuju ke kamar lalu
membaringkan tubuhnya yang terasa amat penat itu. Tidak sampai 5 minit kemudian, Aqso sudah lena.)
Ira melipat telekungnya serta sejadah mereka lalu dia turut berbaring bersebelahan dengan Aqso. Ira memandang wajah Aqso yang sudah lena dibuai mimpi itu. Tiba2 pipi Ira terasa panas. Dia terharu dengan sikap suaminya yang mula melayan dia dengan baik. Ira mengusap rambut Aqso lalu menyentuh lembut pipi Aqso. Rasa sayang serta cinta kepada suaminya itu mula mengalir di dalam hati Ira. Setelah itu, Ira turut melelapkan matanya yang sudah mengantuk.
THANKS TO SUHA LUKMAN
No comments:
Post a Comment