Thursday, February 3, 2011

BAB 18 mAta coklatku memanahmu


Hari di mana Aqso akan berangkat ke UK untuk membuat master telah pun menjelma. Mereka berkumpul di Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Selain ahli keluarga Aqso, keluarga Dausi turut ada. Ira pula membawa Eza dan Wan untuk menemaninya di KLIA. Aqso terjengah-jengah mencari kelibat Ira di KLIA yang masih belum kelihatan.

Aqso: (hatinya)..Mana pula Ira ni? Kata nak datang. (sambil melihat telefon Blackberry nya kerana menunggu panggilan daripada Ira)

Ummi: Aqso. (memegang bahu anak terunanya itu yang tampak risau dengan ketiadaan Ira). Kejap lagi Ira datang la tu. Sabar ya..

Aqso: (melemparkan senyuman)..Yalah Ummi.

Aqso Nampak kelibat Ira yang bersama dengan Eza dan Wan. Ira menghampirinya.

Ira: Hai..

Aqso: hai. Kenapa lambat?

Ira: Sorry la. ada hal tadi. Flight awak pukul 11 pagi kan. (melihat jamnya yang baru menunjukkan pukul 10.00 pagi).

Aqso: Aah. Awak dah makan?

Ira: Belum. Lapar la.(sambil mengurut-urut perutnya).

Aqso: Hah! Bagus la. Saya pun lapar ni. Sekejap ya, saya beritahu ummi. (lalu pergi ke arah umminya)..Ummi..

Ummi: ya Aqso..

Aqso: Aqso pergi makan sekejap ya dengan Ira.

Ummi: Ok.

Kemudian, mereka pergi makan di KFC. Di meja makan..

Aqso: Ira, awak jaga diri baik2 ya sepanjang saya di UK.

Ira: Aqso, awak jangan la risau pasal saya. Di sini, saya ada kak Eza jaga saya. Awak tu, dekat UK, jaga diri baik2. Jangan nakal2.

Aqso melemparkan senyuman apabila melihat Ira yang ceria menemaninya makan pagi itu. Setelah makan, Aqso menyuruh Ira pergi dulu kerana dia ada hal.

Aqso: Ira, awak pergi la dulu ya dekat diaorang tu. Saya ada hal sekejap. Beritahu dengan mak saya, sekejap lagi saya datang.

Ira: Ok. Jangan lambat sangat. Dah pukul berapa ni. Bye.

Ira berlalu untuk pergi ke tempat mereka semua berkumpul. Aqso berlari2 untuk menguruskan halnya. 15 minit kemudian, dia datang ke arah Ira yang sedang duduk menunggu dirinya. Lalu, Aqso duduk di sebelah Ira.

Aqso: Hai..(sambil tercunggap)..

Ira: Aqso..kenapa tercunggap2 ni? Berpeluh2 lagi?

Aqso: Heeeee.. Saya berlari tadi. (lalu menyeluk sapu tangan di poket seluarnya kemudian mengelap peluhnya. Dia kembali selesa dan tenang.) Nah untuk awak..

Aqso menghulurkan  sekuntum bunga ros dan sebuah bungkusan.

Ira: Hah? Apa ni?

Aqso: Untuk awak la. kotak tu awak buka apabila saya sudah naik flight ok.?

Ira mengambil hadiah pemberian Aqso itu. Sungguh terharu hatinya melihat Aqso tercunggap2 untuk membelikan hadiah untuknya.

Aqso: Bunga tu awak simpan yaaa. Nanti saya balik dari UK saya nak tengok bunga itu masih ada pada awak. Tak kira la dah layu ke apa ke..Janji?

Ira: (tersenyum kepada Aqso)..Janji..

Aqso pun bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke arah ibu bapanya.Aqso bersalaman dengan keluarga dan Dausi. Hatinya sebak untuk berjauhan dengan keluarga dan juga sahabat karibnya itu iaitu Dausi. Kemudian Aqso berdiri di hadapan Ira. Mata mereka bertentangan. Hati Aqso terasa begitu berat untuk meninggalkan Ira. Eza dan Wan yang berada di sebelah Ira hanya melihat cara Aqso merenung mata Ira. Sangat romantik.

Aqso: Iraaa.. Ira.. Awak jaga diri baik2 ya.

Ira: Ok. Awak pun. Jangan lupa telefon saya bila dekat sana. Saya tunggu awak.

Aqso: Ira..Apa2 pun berlaku, saya sayang awak. Saya nak awak tahu tu.

Ira: Sayaaa pun sayanggg awakk. (hati Ira terasa sebak untuk membiarkan Aqso pergi ke UK selama 3 tahun)..

Eza tersenyum melihat Aqso yang mengucapkan kata2 sayang kepada Ira. Tidak menyangka akhirnya adiknya menemui cinta sejati. Namun Wan pula terasa perkataan sayang yang diucapkan oleh Aqso dan Ira itu seolah2 menikam hatinya. Hulu hatinya terasa sangat pedih.

Setelah bersalaman dan meminta maaf serta meminta mendoakan kesejahteraannya dan kejayaannya di UK, Aqso melangkah untuk menaiki flight nya pada hari itu. Aqso sempat menoleh buat kali terakhir sebelum berangkat ke UK ke arah keluarganya, Dausi dan Ira. Lama juga Aqso memandang Ira. Sungguh berat hatinya untuk berjauhan daripada Ira. Ira hanya tersenyum namun hatinya sudah mula rasa hendak menangis.

Ira: (hatinya menjerit)..Aku sayang kau Aqso. Aku janji akan tunggu kau.

Akhirnya kelibat Aqso hilang. Ira pula dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Sebelum kapal terbang melebarkan sayapnya di awan biru, Aqso sempat menghantar mesej kepada Ira sebelum mematikan telefonnya selama beberapa jam.

“Salam Ira. Saya dalam flight ni. Sekejap lagi nak terbang. Jangan lupa pesan saya yaa. Dan jangan lupa buka bungkusan itu. Sayang saya hanya untuk awak. Jaga diri. Kirim salam sama kak Eza. Beritahu dia, saya pesan supaya jaga awak. Heee. Saya sayang awak. Bye.”

Ira tersenyum membaca mesej itu. Pertama kalinya Aqso meluahkan rasa sayang kepadanya. Mungkin sudah tiba masanya untuk Ira merasai cinta serta kasih sayang daripada Aqso. Di dalam kereta, Ira yang duduk di belakang bersama Eza bersuara.

Ira: Kak, Aqso kirim salam. Dia pesan supaya jaga adik.

Eza: Ala Aqso tu. Risau sangat. Mestilah aku jaga kau. Kau kan adik aku. (lalu meletakkan kepalanya di bahu Ira)..

Ira pula sedang membuka bungkusan yang diberikan oleh Aqso itu. Bungkusan itu berupakan sebuah diari berwarna merah jambu. Ira membukanya. Terdapat nota dan 2 keping gambar iaitu sekeping gambar dirinya dan sekeping lagi gambar dia bersama Aqso semasa di Pulau Perhentian. Ira membaca nota yang ditulis oleh Aqso.

“Assalamualaikum Cik Aifa Akira. Diari ni saya hadiahkan khas untuk awak. Sepanjang saya berada di UK, saya nak awak tuliskan diari ni setiap hari di mana awak menjalani kehidupan awak tanpa kehadiran saya di sisi awak. Namun, awak tetap di hati saya. Saya tetap menemani hati awak walaupun kita berjauhan. Gambar2 tu, adalah kenangan semasa kita di Pulau Perhentian. Saya nak awak tetap ukirkan senyuman seperti dalam gambar itu semasa ketiadaan saya di Malaysia. Jaga diri baik2 ya sayang.”

Tidak semena2 Ira menitiskan air mata. Tak sampai sehari pun dia berjauhan dengan Aqso, dia sudah mula merindui Aqso. Eza cuba menenangkan hati adiknya itu. Wan pula berasa kesian apabila melihat Ira menangis kerana merindui Aqso yang sudah terbang ke UK. Setelah tiba di rumah Ira, Wan mahu menemani Ira, namun Ira menyuruhnya pulang kerana dia mahu berehat. Wan tahu Ira tiada mood apabila Aqso berada jauh di sisinya. Lalu, Wan pulang dengan pasrahnya.

Pada malamnya, jam menunjukkan pukul 11 malam. Ira masih tidak melelapkan matanya kerana menunggu panggilan daripada Aqso. Dia membuka diarinya yang berwarna pink itu. Dia menilik wajah Aqso dan dirinya di dalam gambar yang diberikan oleh Aqso itu. Ira mengimbau kenangan bersama Aqso. Semuanya indah. Lalu, dia mencapai sebatang pen kemudian mula mencatatkan isi hatinya di dalam diari itu.

05 April 2009, 11.15 malam
Belum genap lagi 24 jam, ku mula merinduimu, Aqso. Terasa jauh ku rasakan dirimu. Namun hatiku dan ingatanku tidak putus2 mengingati namamu serta wajahmu. Sungguh berat hatiku pada pagi tadi untuk membiarkan kau terbang jauh dariku. Namun, ku tidak mahu menjadi tiang dalam kau mencapai cita2 mu. Ku tahu kau seorang yang bercita2 tinggi. Aku tunggu kau, Aqso. Ingatlah diriku seperti mana ku mengingati dirimu. Doa untukmu sentiasa ku pohon agar kau sentiasa dalam keadaan yang sejahtera. Sayang ku jua untukmu.

Kemudian, dia kembali merenung gambar itu. Rindu yang teramat sangat kepada wajah jejaka yang berada di gambar itu. Setelah itu, Ira akhirnya terlelap. Diari dan gambar tersebut berada di dalam pelukan Ira sebagai bantal yang boleh membuat Ira tidur dengan lena.

Suatu hari Ira ternampak Aqso bersama seorang perempuan di sebuah taman. Mereka sepasang memakai baju putih. Pada ketika itu juga, Ira memakai gaun yang berwarna putih. Ira terdengar perbualan mereka.

Aqso: Sha, sudah la. Sebelum ni awak yang tinggalkan saya. Apa lagi yang awak mahu daripada saya? Tolong la jangan ganggu saya.

Sha: Aqso. Saya masih sayangkan awak. Saya memohon maaf kerana tinggalkan awak. Saya tersilap. Sekarang saya mahu kembali ke pangkuan awak. Saya mahu tebus kesilapan saya. Please la Aqso.

Aqso: Sha,.Saya maafkan awak. Tapi untuk terima awak kembali tidak mungkin akan berlaku antara kita.

Sha: Kenapa pula Aqso? Awak sudah membenci saya ke? Aqso..(sambil memegang lengan Aqso)..

Aqso: Bukan.. saya tidak pernah membenci awak. Perkara yang sudah berlaku antara kita, saya dah lupakan. Saya terima keputusan awak yang dulu meminta perpisahan kepada saya. Sekarang saya sudah menemui seseorang.
Seseorang yang sangat saya cintai. Saya tidak boleh terima awak. Namun, kita masih boleh berkawan seperti biasa.

Sha: tapi saya masih sayangkan awak Aqso..Saya mahu kembali ke pangkuan awak..

Lalu, Aqso menyanyikan lagu KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN daripada SHAHIR AF8.

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Kebahagiaan dalam perpisahannnnnnnnnnnnnn..

PAAAAANNNNNNNNNNNGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!

Tidak semena-mena setelah Aqso selesai menyanyikan lagu itu, pipi jantannya ditampar dengan kuat sekali.

Aqso: Allahuakhbar!! (menahan kesakitan sambil memegang pipinya yang sudah ditampar itu)..

Kemudian..

Ira: Ya Allah !! Waduh! Sakitnya punggung aku..

Rupa2nya, Ira terjatuh dari katilnya. Ira bermimpi Aqso ditampar oleh seorang gadis. Berpeluh juga Ira bermimpi pada malam itu. Sejurus saja dia bermimpi Aqso ditampar, lalu dia pula terjatuh katil.

Ira: Kenapa aku mimpi macam ni? Siapa perempuan tu? Aqso kenal ke?? Arghhh..Mimpi saja ni..InsyaAllah, Aqso baik ja.

Ira duduk atas lantai di tepi katilnya. Dia termenung mengingati kembali mimpi itu. Tiba2..

Krrriiiingggggggggggggggggggggggggg!!!!!!!!!!

Ira: Opocot mak kau!! (sambil memandang jam loceng yang berada di sebelahnya lalu mencapainya)..Hadooiii.. Buat aku terkejut ja jam ni..Alaa, baru mahu berangan owh..(kemudian mematikan bunyi jam itu)..

Jam menunjukkan pukul 6.00 pagi. Lalu Ira bangun menuju ke bilik air bagi membersihkan diri untuk menunaikan solat Subuh. Ira menjalani rutin kehidupannya seperti biasa iaitu sebagai pensyarah di UM. Diari merah jambunya itu sentiasa berada di sisinya sebagai tanda Aqso sentiasa di sisinya.




                                                                                      HANYA IMAGINASI SEMATA2

No comments:

Post a Comment