Akhirnya, pada akhir tahun 2008 iaitu pada hari konvokesyen UM, Ira berjaya memperoleh segulung ijazah dalam bidangnya. Pada hari tersebut juga satu peristiwa yang penting terjadi dalam hidup Ira selain bergelar graduan iaitu perkenalan dua buah keluarga antara keluarganya dan keluarga Aqso. Aqso sudah menceritakan tentang Ira kepada keluarganya dan Ira juga sebegitu yang sudah berkongsi cerita mengenai Aqso. Namun mereka masih selesa dengan perhubungan “teman tapi mesra” seperti sebelum2 ini. Cinta sememangnya wujud di hati masing2 namun mereka memutuskan untuk menyimpan perasaan cinta itu dahulu.
Ira mendekati mamanya dan ahli keluarga yang lain..
Ira: (memeluk mamanya)..Mama! rindu mama! Mama, Ira dah berjaya. Nah, ijazah untuk mama..(mencium pipi mamanya)..
Mama: (mengambil segulung ijaqzah yang dihulurkan). Congrates Ira! Mama tahu Ira boleh berjaya.
Eza: Congrates dik! Aku bangga dengan kau! (sambil mengusap kepala adiknya itu)..
“Assalamualaikum”..suara daripada seorang jejaka..
Ira: Waalaikumsalam..(sambil menoleh)..Aqso..
Aqso: Hai..(sambil menghulurkan sejambak bunga serta teddybear yang sangat comel)..Nah, untuk awak.. Tahniah ya.
Ira: Ya Allah..Awak ni, susah2 saja gitu. Anyway, terima kasih Aqso..(sambil meleparkan senyuman kejayaan)..Hah..Ni saya kenalkan Mama saya. Yang ini pula akak saya, Eza. Kemudian, abang saya, Irfan. Ini pula pak cik dan mak cik saya.
Aqso bersalaman dengan abang dan pak cik Ira. Aqso mengajak mereka untuk makan di kafeteria kerana keluarganya menunggu di situ. Namun sebelum itu, sempat juga Aqso bergambar dengan keluarga Ira dan dengan Ira secara personal.
Di kafeteria.. Aqso melangkah ke arah meja yang terdapat ibu bapa serta adiknya, Safa.
Aqso: Umi, abah..Uhmm..Inilah Aifa Akira..
Ira: Assalamualaikum mak cik, pak cik..(lalu bersalam dan mencium tangan bakal mak mentuanya itu kemudian dia dan keluarganya duduk di situ)..
Puan Mahani: Ooo..Waalaikumsalam..Jadi, inilah Ira nya. Cantik orangnya..( sambil tersenyum melihat Ira yang kelihatan ayu berbaju kurung warna pink cair.)
Ira tersipu2 malu dipuji mak mentuanya. Hijau oren , hijau oren muka Ira dibuatnya. Safa pula tidak henti2 melihat reaksi wajah Ira dan Aqso yang masing2 seperti malu2 kucing Parsi. Sampai meroyan bahagia Safa melihat pergerakan mata Aqso dan Ira yang suka bertentangan secara “tak sengaja”.. Dua buah keluarga itu bersembang bercerita tentang pengalaman hidup.
Lagu My All daripada Mariah Carey mengamitkan suasana rancak yang sedang berlaku.. Lagu itu menandakan sebuah mesej sudah tiba di telefon bimbit Ira. Ira membacanya..
SALAM..IRA, JOM IKUT SAYA SEKEJAP. SAYA ADA PERKARA NAK BERITAHU AWAK. JANGAN RISAU, SAFA IKUT KITA SEKALI. –AQSO-
Aqso: (berdiri) Ehem..Mak Cik Zura,, boleh tak kalau saya mahu pinjam Ira dan bawa dia keluar sekejap. Ada hal yang mahu saya bincangkan. Boleh?
Puan Zura: Ala, Aqso ni. Sopan santun budaknya. Boleh Aqso,. Mak cik izinkan..
Aqso: Terima kasih mak cik..Ira,,Jom..(memandang wajah Ira yang masih duduk)..Safa, ikut abang sekali ya.
Safa: Ok..(sambil berdiri)..
Mereka keluar bertiga ke kawasan yang kurang daripada kesesakan orang ramai. Safa berdiri jauh sedikit daripada mereka berdua kerana tidak mahu menganggu abangnya berbincang bersama Ira..
Ira: Ehmm..Ada apanya Aqso?
Aqso: Tahniah ya sebab dah graduate. Lepas ni boleh la jadi lecturer kat sini..(sambil memandang langit yang kelihatan putih kebiru2an..Terasa berat hatinya untuk memberitahu Ira..)
Ira: Terima kasih. (tersenyum comel kepada Aqso)..Perkara apa yang mahu dibincangkan itu Aqso?
Aqso: Ehmmm.. sebenarnya macam ini Ira. Saya bercadang mahu menyambung pelajaran. Saya mahu buat master.
Ira: Laaa…ya ka? Tahniah..
Aqso: Tapi bukan itu masalahnya. Saya dapat tawaran untuk belajar di UK..saya pergi UK mungkin lagi beberapa bulan. Jadi, awak ok ke? Saya berat hati pula mahu tinggalkan awak..
Ira: Oooo.. macam inilah Aqso. Awak capailah cita2 awak. Ini peluang awak. Jangan sia-siakan demi saya. Saya dah besar, pandai2 la saya jaga diri saya. Apa2 pun berlaku, saya tunggu awak balik dari UK..berapa lama awak di sana?
Aqso: (terharu apabila Ira berkata untuk menunggunya..) terima kasih Ira. Saya di sana selama 3 tahun. Sekejap je kan sayang? Hihih..
Ira: Amboi! Sayang? (sambil memukul manja ke lengan Aqso)..Sekejap ja tu. Pejam celik, pejam celik nanti dah 3 tahun.
Aqso: Apalah awak ni. Memang la lepas pejam, kita celik. Habis tu, tak kan nak pejam je or nak celik je memanjang..Hahaha( tertawa besar Aqso sampai kepalanya ke belakang )
Ira: Alaaa.. Menyampah ja.. Jom masuk. Lapar la..
Aqso: Ala2, kesian tuan puteri kita ni lapar. Jom la..
Tiba-tiba.. tangan Ira ditarik seseorang. Pada mulanya Ira menyangka Aqso yang menariknya namun dia melihat bukan tangan Aqso di tangannya.Ira dan Aqso menoleh apabila seseorang memanggil nama Ira. Lalu..
Ira: Wan?
Wan: Iyalah, aku la.
Aqso kelihatan berang melihat Wan memegang tangan Ira ketika memanggil Ira.
Aqso: (hati kejantannya berbisik marah dan cemburu)..Perlu ke pegang2 tangan segala ni. Panggil cukup la. Memang mengambil kesempatan betul si Wan ni..Aku rasa cam nak bergusti ja dengan kau ni Wan. Kalau muka dah jambu, jambu jelah. Tak perlulah nak kacukan dengan epal pula. Muka epal dengan epal la. Waduh..
Aqso bersalaman dengan Wan. . . .
Wan: Eh, Aqso pun ada. (cemburu melihat Aqso bersama Ira)
Aqso: Aah Wan. Kenapa? saya nampak kecil ke sampai bertanya segala saya pula? (begitu sinis kata2 Aqso kerana melihat Wan)
Wan buat tidak peduli, . Lalu..
Wan: Nah bunga untuk kau. Tahniah la kau dah berjaya graduate.
Ira: Wah! ..terima kasih Wan.
Tiba-tiba telefon bimbit Wan berdering. Dia terpaksa pergi kerana ada shooting. Wan meminta diri dan memohon maaf kerana tidak dapat menemani Ira pada hari kejayaannya..
Wan: Ira, sorry ya. Tiba2 pula buat shooting ni.
Ira: Laa..tak apa la. Aku faham, kau kan kerja. Jangan risau la, Aqso ada teman aku..
Wan berlalu dengan marahnya apabila Ira menyatakan kehadiran Aqso sememangnya untuk menemaninya pada hari bersejarah bagi Ira. Wan juga ketahui bahawa Aqso juga yang sudah menyinggah di hati Ira selama ini. Aqso pula berbulu melihat bunga yang berada di tangan Ira itu. Mereka berjalan untuk masuk ke kafeteria. Tanpa Aqso sedari, Aqso terlanggar seketul batu kemudian..
Gedebbuukkkkk !!!
Aqso: Ya Allah..Waduh!
Ira: (terkejut lalu bergegas ke arah Aqso yang sudah jatuh tu)..Aqso, awak tak apa2?? Punya la luas tempat ni pun awak boleh terjatuh..berangan ea masa berjalan??
Aqso: Saya ok..(melihat tapak tangannya yang terluka sedikit)..Sikit saja ni. Saya tak perasan pula ada batu tu.
Ira mengambil tisu dari tas tangannya lalu mengesat darah pada tangan Aqso akibat terjatuh..Di bawah panas cahaya matahari yang sedang terik, mereka pula buat bahagian berkasih sayang..Aksi bertembung mata berlaku seperti yang mereka suka.
Lagu YANG SEMPURNAKAN KU daripada SIXTH SENSE berlegar2 di ruang minda Aqso..
Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku
Ira: Uhmm..awak ni..ada2 ja.. boleh bangun tak?? Mari saya bantu..
Lamunan Aqso terhenti…
Aqso: Eh2..tak mengapa..saya boleh bangun. Sikit ja ni. ( bangun lalu membersihkan pakaiannya dari kotoran pasir2)..
Ira: terima kasih Encik Aqso..( sambil tersenyum manja)..
Aqso: Oppss.. Maaf Cik Ira. Terlupa pula mahu berterima kasih..Hihihi.. Terima kasih Cik Aifa Akira..
Ira: Sama-sama kasih Encik Aqso.. lain kali jangan cemburu membabi buta. Kan dah jatuh..( Ira memerlinya)..
Setelah sehari suntuk Ira bergembira bersama keluarga dan keluarga Aqso, pada malamnya, Ira lebih memilih untuk duduk di rumah kerana terlalu letih. Pada malam itu, suasana rumah sewa Ira kelihatan sepi kerana semua keletihan lalu tidur pada jam seawal 9 malam.
Ira menghempaskan badannya di katil empuknya yang bercadar warna pink cair. Dia memeluk kemas bantal yang begitu lembut yang ada di atas katilnya. Otaknya terus mengingati wajah Aqso.
Ira: Aqso..Aqso..sekarang aku dah graduate. Lepas ni, aku bukan student kau lagi. Tapi kau tetap seorang pensyarah yang best yang pernah aku ada. Tapi, sebenarnya aku anggap kau lebih dari seorang pensyarah. Hihihi.. Tapi aku sendiri tak pasti. Sama ada sahabat sejati atau kekasih. Dulu, aku takut untuk terjatuh cinta dengan kau, Aqso sebab kau lecturer aku. Aku tak mahu orang menuduh kau tak adil dalam menjalankan tanggungjawab jika aku berjaya. Sekarang aku bakal menempuh alam pekerjaan. Adakah peluang untuk aku terjatuh cinta dengan kau akan muncul untuk kali kedua?
Telefon bimbit Ira lantang bordering. Ira tersedar dari lamunannya lalu mencapai telefon bimbitnya untuk membaca pesanan ringkas yang diterimanya..
SALAM TUAN PUTERIKU. SELAMAT MALAM TUAN PUTERA MU UCAPKAN. BACA DOA DULU YA SEBELUM TIDUR. JANGAN BUAT2 LUPA PULA MALAM NI MIMPI SAYA.. HIHIH..TAHNIAH YA DI ATAS KEJAYAANMU. TERUSKAN USAHA. SAYA SENTIASA MENYOKONG AWAK. SALAM SAYANG BUATMU..=) -AQSO-
Berbunga2 hati Ira membaca mesej kiriman Aqso itu. Ringkas tapi bermakna. Tak pernah pula sebelum ini Aqso menggunakan perkataan sayang kepadanya. Entah mengapa Ira terasa dirinya kini sedang terbang di dunia yang subur dengan cinta. Malam itu, Ira terasa bagaikan dirinya sedang dimanjakan dengan tiupan angin yang dikirimkan oleh puteranya itu yang seolah2 menyelinap masuk ke dalam kamarnya..Nyaman hatinya. Ira melelapkan mata dengan bayangan Aqso dan begitu juga sebaliknya berlaku pada Aqso yang dibayangi wajah Ira.
No comments:
Post a Comment