Malam hari keduanya percutian Aqso dan Ira di Pulau Perhentian telah diisikan dengan aktiviti camp-fire. Malam yang sangat nyaman di mana mereka membuat unggun api di tepi pantai beramai-ramai sambil bernyanyi dan makan. Aqso melayan ibu bapanya. Angin bertiup dengan sepoi2 bahasanya membuatkan Ira kekadang memeluk tubuh genitnya kerana terasa kedinginan angin yang bertiup. Aqso yang perasan tindakan Ira, meminta kebenaran ibu bapanya untuk pergi ke arah Ira. Aqso melangkah merapati Ira yang sedang duduk di sebelah Wan.
Aqso: Ehemm..Wan.. boleh aku duduk dengan Ira sekejap?
Wan: Kenapa? Sibuk la. Tak ada tempat kosong pun. (Wan cuba elakkan dari Aqso mendekati Ira..)
Ira: Ishh..Wan.. Apalah kau ni.. Aqso, duduk la sini (sambil menunjukkan tempat yang kosong di sebelah kanannya)..
Wan: Arghhh… (lalu beredar meninggalkan Ira)
Ira: Aqso, duduk la. Abaikan ja Wan tu. Tak habis2 nak emo dia tu. Duduk la bha..
Aqso: Ok. Thanks. Sejuk??
Ira: Boleh la..Angin pun kuat malam ni..
Aqso: (membuka jaket putihnya lalu menyaluti badan Ira yang kecil itu)..Pakai la jaket saya. Kesian awak sejuk.
Ira: Nanti awak pula yang sejuk..
Aqso: Tak apa. Badan saya kan gagah..(sambil menunjukkan otot2 badannya yang tak la besar mana pun)..
Ira: Hahaha..(sambil memukul lengan Aqso)..Apalah awak ni. Ada2 saja. Thanks..
Aqso tersenyum melihat Ira ketawa. Malam yang indah itu diserikan dengan gelak tawa Aqso dan Ira serta yang lain. Semua kelihatan seronok dengan aktiviti pada malam itu. Camp-fire pada malam itu dihangatkan lagi apabila Aqso berdiri lalu..
Aqso: Minta perhatian semua..Assalamualaikum.. apa kata mlm ni kita menyanyi. Saya akan menyanyi sebuah lagu bertajuk JANGAN NAKAL daripada ALIF SATAR. Lagu ini saya tuju kan buat eheemm.. Tepuk dada tanya selera ya tuan punya badan. (mata nakal Aqso memandang Ira lalu tersenyum).
Semua tahu kamu cantik
Semua tahu kau menarik
Kau bidadari terhebat
Membuat cintaku makin kuat
Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Di saat itu kau ada di sini
Please please please
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar
Bukan untuk curang
Please please please
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang
Bawa yang kau pesan
Diriku untukmu
Semua bertepuk riang apabila Aqso selesai menyanyikan lagu itu. Semua mengetahui Aqso menyanyikan lagu itu buat Ira. Mana tidaknya, sepanjang menyanyikan lagu itu, Aqso tidak henti2 menjeling, memandang Ira dengan mata “nakal”nya itu.
Kemudian, Ira pula menyanyikan lagu KU PERCAYA ADA CINTA daripada SITI NURHALIZA.
Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala
Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
Setelah Ira selesai, Mauku, Nurul, Eza, Dausi pula bernyanyi secara bergilir. Tepat jam 11.30 malam, mereka semua masuk tidur kerana esok pagi ada aktiviti yang menanti mereka.
Pada hari ketiga pula, selepas bersarapan, mereka sudah bersiap2 untuk pergi melawat ke Kampung Pulau Perhentian. Jam 10 pagi, mereka sudah tiba di perkampungan itu. Semasa di sana, mereka mereka bermain bola sepak dan berbasikal di samping berbual2 serta bertanya tentang kehidupan di situ. Mereka juga sempat mencuba aksi terjun dari jeti di situ setelah berpusing satu kampung itu.
Semasa hendak terjun di jeti itu, ibu bapa Aqso, Safa dan Eza tidak berani untuk melakukannya. Aqso berdiri di sebelah Ira semasa hendak terjun dari jeti itu.
Aqso: Ira..Betul ni awak nak terjun sekali??
Ira: Betul..tapi awak janji kena jaga saya la..
Aqso: Ok2..saya terjun dulu ya. Kemudian, baru awak terjun.
Ira: Ok..(lalu tersenyum.)
Lalu Aqso pun terjun dari jeti itu. Memang suatu pengalaman yang amat menyeronokkan. Kemudian, selang beberapa saat selepas Aqso terjun, Ira pula mengikutinya. Alhamdulillah, tiada apa2 yang berlaku. Mereka berenang ke arah tangga untuk kembali ke atas jeti..
Semasa mereka berenang..
Ira: Thanks, jaga saya…
Aqso: Ok ja..(turut tersenyum melihat wajah Ira yang riang itu)..
Setelah hampir 2 jam mereka di kampung Pulau Perhentian itu, kemudian mereka menuju ke Coral View Island Resort di Pulau Perhentian Besar untuk menjamu makanan tengah hari.
Semasa di dalam bot ke Coral View Island Resort..
Eza: Aqso! Thanks ya jagakan adik aku tadi masa di jeti.
Ira: Ewah kau..(sambil memukul lengan akaknya itu..)
Eza: Tettttt .....
Aqso: Hihih..(tersipu2 malu)..Ok ja..
Mauku: Ceh2.. akak ipar dah bagi restu..
Ibu bapa Aqso hanya tersenyum apabila anak teruna mereka disakat. Merah padam dibuatnya muka Aqso itu. Itulah Aqso, seorang yang pemalu sebenarnya. Akhirnya, mereka tiba di Coral View Island Resort. Setelah menikmati juadah yang enak serta lazat untuk makan tengah hari itu, mereka berehat sebentar dan menunaikan solat apabila sudah masuk waktu solat. Tepat jam 2 petang pula, mereka sudah bersiap sedia untuk melakukan aktiviti snorkeling di kawasan Shark Point. Mereka begitu teruja dapat melihat kehidupan laut yang berwarna-warni. Pada waktu malamnya pula, mereka hanya berehat di dalam bilik kerana terlalu letih sepanjang hari melakukan aktiviti yang agak berat namun mereka masih berasa seronok.
Keesokkannya paginya, mereka sempat membeli cenderamata untuk dibawa pulang kerana hari itu adalah hari terakhir mereka berada di Pulau Perhentian. Aqso ada membelikan sesuatu untuk Ira dan juga sebaliknya. Pada pagi itu juga mereka mengambil kesempatan untuk berjalan di sepanjang pulau itu. Setelah Ira dan Eza membeli cenderamata , mereka berdua hanya duduk di tepi pantai dan memandang air di hadapan mereka yang sungguh menenangkan. Aqso menegur mereka..
Aqso: Assalamualaikum..
Ira dan Eza: Waalaikumsalam..
Aqso: Eza, kalau aku pinjam adik kau sebentar, boleh?
Eza: Laaa..Boleh Aqso. Sila. Kau jaga dia ok?
Aqso: Ok ja.. thanks Eza. Ira, jom ikut saya.
Ira: Ok..(lalu bangun)..
Dausi pula datang duduk di sebelah Eza. Aqso dan Ira berjalan di tepi pulau.
Aqso: Ehemm..Ni untuk awak..(sambil menghulurkan sebuah kotak kecil)..
Ira: Hah? Apa pula ni?
Aqso: Buka la..
Ira: Ok..(lalu membukanya)..Gelang? cantiknyaa..
Aqso: Sukaaaa?? Gelang itu ada nama saya.. So, simpan la baik2 buat kenangan..
Ira: Suuukaaaa.. Ooo..Ok..Oh ya..(menyeluk poket seluarnya lalu member sesuatu ke Aqso)..Ni untuk awak pula..
Aqso: Wah! Gelang juga..
Ira: Yaaa.. Gelang tu pula ada nama saya..Hihihih..
Aqso membelek gelang berwarna putih pemberian Ira itu. Girangya hati Aqso tak terkata. Ira juga membelek gelang yang berwarna hitam yang diberikan oleh Aqso itu. Hati masing2 berbunga bak kata orang dalam hati ada taman. Dalam mereka leka di dunia sendiri, tiba2..
Aqso: Allahuakhabar ! Aduh !
Ira: Aqso ?? kenapa??
Aqso: (melihat tapak kakinya)..Darah?
Ira: Aqso? Ya Allah. Kaki awak berdarah la Aqso. Sakit tak??
Aqso telah memijak kaca . Sisa kaca itu masih terpacak di tapak kaki kirinya..
Ira: Ni ada kaca ni.. Saya keluarkan ya. Awak duduk dulu..
Aqso: (cuba kuatkan semangat kerana Aqso ni tak boleh tengok darah. Jika tengok darah, pasti pitam)..Sakit la Ira.
Ira: Memang la sakit. Awak tahan yaaa. Kalau tak keluarkan kaca tu, nanti lagi teruk. Awak tahan tau. Kejap ja ni. Bismillah..
Lalu Ira menarik kaca yang terbenam sedikit di tapak kaki Aqso dengan pantas..
Aqso: Aaaaaaaaaaaaa.!!!! Sakitnyaaaaaa !!!!! (hampir menitis juga air mata Aqso dek kesakitan apabila kaca itu dikeluarkan Ira..)
Ira: Awak boleh jalan tak?
Aqso: awak dukung la saya.
Ira: (memukul lengan Aqso)..Ish! ada pula. Mana larat saya nak dukung awak..Jom pergi dekat diaorang tu.
Aqso cuba bangun. Lalu Ira membantunya untuk berdiri dan Ira memapah Aqso yang berjalan sudah terhincut-hincut tu. Namun mereka tidak perasan yang darah masih mengalir dari luka di tapak kaki Aqso itu. Setibanya mereka di tempat kawan2 dan keluarga Aqso berkumpul, mereka semua mendapat Aqso apabila melihat Aqso dipapah oleh Ira.
Dausi: Aqso! Kenapa ni?
Ira: Dia terpijak kaca la.( lalu membantu Aqso duduk di sebuah kerusi dan Dausi cuba meminta ubat rawatan daripada orang lain apabila melihat darah banyak mengalir)..
Safa: Abang! Banyaknya darah..!!
Aqso: (masih tak perasan)..Mana ada..kak Ira dah keluarkan kaca tu.
Safa: Tu..(sambil menunjuk tapak kaki Aqso)..
Aqso pun melihatnya..
Aqso: Aaaaaaaaa !!! Darah !!!!! (lalu pengsan)..
Ira: Aqso.. Aqso...(sambil mengoyangkan tubuh Aqso)..
Safa: Kak.. Abang ni memang fobia tengok darah.
Ira: Ya Allah..Pucatnya muka dia..
Setelah luka Aqso dibalut, Aqso didukung ke bilik supaya dia berehat. Dua jam kemudian, dia tersedar. Keluarganya, Dausi dan Eza ada di situ. Wan dan Mauku sedang uruskan waktu untuk mereka check-out dari Shah-Rila Island Resort itu.
Aqso: Uhmm..(reaksi bila sudah tersedar..sakit masih terasa)..
Ibu bapa Aqso dan Dausi mendekatinya di katil..
Ummi: Aqso..
Aqso: Ummi..Ira mana??
Dausi: Ish kau ni! Sedar2 ja tanya Ira.
Eza tersenyum apabila nama adik tersayangnya disebut oleh Aqso setelah sedar..
Ummi: Ira ada kat luar. Dia tengah ambilkan ubat untuk kamu.
Pintu bilik Aqso dibuka..Wajah Ira muncul, Aqso pun tersenyum namun mukanya masih pucat.
Ira: Hah..Aqso.. Dah sedar yaa? (menghampiri Aqso yang terbaring).. bangun meh.. Makan ubat ni (sambil menghulurkannya kepada Aqso)..Ni ubat tahan sakit.
Aqso: (dia pun duduk sambil bersandar pada katil)..Suapkan la. Saya tak larat. (Aqso cuba mengada-ngada)..
Ibu bapa Aqso tersenyum melihat karenah anak lelaki mereka itu.
Ira: Kesian awak. Yalah. (duduk di sebelah Aqso lalu menyuapkan ubat itu ke mulut Aqso. Kemudian menghulurkan gelas berisi air untuk diminum oleh Aqso)..
Aqso: terima kasih..
Ira: Sama2..
Tepat jam 12.00 tengah hari, mereka pun “check-out” dari resort itu. Mauku memapah Aqso untuk berjalan ke jeti untuk menaiki bot yang menuju ke Kuala Besut. Kemudian mereka pulang ke Kuala Lumpur. Pada masa itu, Mauku dan Wan yang memandu manakala Aqso berehat di tempat belakang kerana masih berasa letih dan lemah akibat kehilangan banyak darah.
No comments:
Post a Comment