Thursday, February 3, 2011

BAB 11 mAta coklatku memanahmu


Akhirnya, Ira lulus dengan cemerlang dalam Diploma Seni Lakon di Universiti Malaya setelah hampir 3 tahun menuntut. Ira membuat keputusan untuk meneruskan pelajarannya ke peringkat Ijazah dalam Seni Lakon (pendidikan). Dia mahu menjadi seorang guru atau pensyarah dalam bidang tersebut. Tidak pula bagi rakan2nya yang terus menerja ke dunia pekerjaan. Wan sudah bergelar pelakon baru. Mauku pula sedang mencipta nama dalam rancangan realiti televisyen iaitu Pilih Kasih. Nurul dan Idah pula mula berjinak2 dalam lakonan drama serta pementasan teater. Jadi Ira meneruskan dunia pelajarnya bersendirian tanpa rakan2nya yang kini sedang sibuk mencari punca rezeki. Ira memang bercadang tidak mahu menjadi pelakon kerana baginya dunia seni sekarang terlalu kuat dugaannya. Ira takut jika dia tidak boleh membawa diri dalam dunia yang penuh dengan keglamoran kononnya. Namun begitu, Ira masih rapat dengan Nurul,Idah, Mauku dan Wan. Wan pula masih mencuba untuk menawan hati Ira.

Suatu pagi, Ira sedang berkejar2 untuk masuk ke dalam dewan kuliah. Deruman kereta Fairlady panduan oleh Aqso membuatkan Ira memberhentikan langkahnya. Ira ternampak kelibat seorang perempuan di dalam kereta Aqso. Jadi dia mahu melihat siapakah perempuan itu. Lalu Aqso keluar dari keretanya kemudian membuka pintu di tempat penumpang bahagian depan. Seorang gadis yang begitu menawan keluar apabila pintu dibuka. Senyuman yang manis tidak lekang dari wajah gadis itu.

Ira: (dalam keadaan cemburu).. Hah? Perempuan ni? Bukan ke perempuan ni yang aku jumpa dengan Aqso masa dekat Genting dan Sungei Wang tu?Memang sah perempuan ni. Tapi apa pula dia buat kat sini? Dia belajar kat sini ke? Ke dia lecturer juga sama macam Aqso? Ah! Lantak korang la..

Lalu Ira beredar menuju ke ruang dewan kuliahnya. Namun, sepanjang kuliahnya pada hari itu seolah2 seperti masuk telinga kanan,keluar telinga kiri bagi Ira. Otaknya melayang memikirkan tentang perempuan yang dia ketahui sebagai “awek” Aqso. Setelah tamat kuliah, Ira berniat untuk pergi ke perpustakaan namun niatnya terhalang apabila ada seorang pelajar memberitahunya bahawa Tuan Aqso mahu berjumpa denganya.

Ira: Apa pula si Tuan Aqso ni mahu daripada aku? Aik, dah bawa “awek” datang sini, masih lagi mahu jumpa aku. Alahai,.Ada2 ja manusia ni. (Ira berjalan pantas menuju ke ruang bilik Tuan Aqso)..

Pintu bilik Tuan Aqso diketuk..

Tuan Aqso: Masuk..

Ira pun menolak daun pintu bilik Tuan Aqso untuk masuk lalu dia terlihat Aqso sedang dengan “awek”nya di sofa.

Ira: (hatinya)..Lak.. Ada pula perempuan ni kat sini. Yang Tuan Aqso panggil aku depan awek dia kenapa? Waduh! Masak aku gitu!

Aqso: Uhmm, Ira. Jemput la duduk. Nak tunggu saya buat kad jemputan untuk awak duduk ke?

Ira menjeling ke arah Aqso lalu duduk di sebelah “awek” Aqso.

Ira: Tuan panggil saya, ada apa2 ke tuan?

Aqso: Macam ni Ira. Awak kan pelajar senior. Oh ya,lupa pula. Saya perkenalkan adik saya, Siti Safa. (sambil menunjukkan ke arah gadis yang sedang duduk di sebelah Ira)..

Ira tergamam dan hampir terberhenti jantungnya apabila Aqso memperkenalkan Safa kepadanya.

Ira: Adik?? Ni adik tuan?

Tuan Aqso: Iyalah, adik saya. Dia pelajar baru di sini. Sebelum ni, dia buat matrikulasi. Sekarang dia ambil business study dekat sini. Saya mahu minta tolong awak. Tolong bantu adik saya. Bantulah dia tentang peraturan or apa2 la yang patut dia tahu tentang UM ni. Boleh?

Ira: (gelak besar apabila mendapat tahu perempuan itu adalah adik Aqso)..Hahahaha..Laa, adik tuan rupanya. Saya ingatkan girlfriend tuan..

Tuan Aqso: Melawak pula awak ni Ira. Sejak bila pula Safa ni girlfriend saya. Dia adik saya la. So, boleh tak Ira?

Ira: (masih tergelak)..boleh tuan. Saya minta maaf la tuan sebab tergelak tadi. Sebab Wan pernah beritahu saya yang ni girlfriend tuan (jarinya menunjukkan kea rah diri Safa)..

Tuan Aqso: Memandai ja si Wan tu. Safa, kalau Safa ada masalah or apa2 la beritahu la ya pada Kak Ira ni..

Safa: Ok bang.

Ira: Ok la tuan. Kalau tidak ada apa2 lagi, saya keluar dulu. Safa nak ikut akak ?

Safa: Ok juga. Bye abang.

Lalu Ira dan Safa keluar dari bilik Tuan Aqso.

Safa: (memulakan sesi perkenalan)..Uhmm,.jadi inilah kak Asfa Akira ya.

Ira: Aah,akak la orangnya. Aik, nama penuh akak pun tahu. Panggil Kak Ira saja ok.

Safa: Hihihi..Abang ada beritahu nama penuh akak. Ok kak Ira.

Ira kelihatan tersenyum2 sendirian apabila mengenangkan peristiwa apabila Aqso memberitahunya Safa itu adalah adik bukanlah teman wanita seperti yang difitnah oleh Wan dan juga dirinya.

Ira: (hatinya berbisik seperti ada sedikit kekesalan)..Kenapa aku tuduh Aqso macam2. Adik dia rupanya si Safa tu. Hei, Ira, Ira. Kesian si Aqso kena fitnah dengan aku selama ini. Patut la rapat semacam ja Safa dengan si Aqso tu, rupanya adik-beradik.

Safa: Kak Ira ni gembira semacam saja. (terlihat riak wajah yang ceria dari muka Ira)..Baru lepas jumpa pakwe ke?

Ira: Ish, Safa ni. Ada pula. Akak happy dapat kenal dengan Safa. Kawan2 akak semua dah kerja. Akak ja yang sambung buat ijazah. Bila dapat kenal Safa, ada la juga kawan nak lepak2, borak2..Hihihi..

Safa: Ooo.. (hatinya berkata2 nakal: Ala kak Ira..memang la suka dapat kenal dengan aku.. Aku kan bakal adik ipar dia. Memang comel dan cantik la Kak Ira bila tengok secara live. Patut lah abang aku syok gila dengan Kak Ira. Akan ku pastikan Kak Ira jadi hak milik Abang Aqso. Korang memang padan bagai pinang dibelah kapak..Hahahah)

Ira membawa Safa ke tempat2 yang selalu Ira berada supaya jika Safa memerlukannya, Safa tahu untuk mencarinya. Kemudian, Ira meminta diri kerana terpaksa menghadari kuliah. Safa turut ada kelas untuk dihadarinya.

Aqso amat menyenangi apabila Safa rapat dengan Ira. Safa pula tidak ada adik beradik perempuan, dengan adanya Ira dapat la juga Safa merasai kasih sayang seorang akak. Safa sebenarnya tahu tentang hubungan “teman tapi mesra” yang kadang kala terasa kehangatannya dan kadang kala ada juga bahang kedinginan menjelma dalam persahabatan antara abangnya dengan Ira. Setelah setahun saja Aqso bersahabat dengan Ira, akhirnya dia mengalah untuk berkongsi cerita dengan adik kesayangannya, Safa. Safa sungguh tidak menyangka abangnya itu boleh kelihatan ceria sekali apabila bercerita tenyang Ira kepadanya. Safa yakin dan berharap Ira mampu menjadi hak abangnya kerana Safa tidak sanggup melihat abangnya dikecewakan oleh kaum hawa untuk beberapa kali. Safa yakin dengan kehadiran Ira dalam hidup abangnya mampu membuat abangnya menemui kebahagiaan dalam perpisahan dalam perhubungan sebelum ini kerana bekas teman wanita Aqso yang meminta perpisahan dalam hubungan yang dibina.

Seminggu kemudiannya..

Setelah hampir sejam lebih Ira dan Safa belajar di taman kampus, mereka berehat sebentar sambil berbual…

Ira: Safa, macam mana study dekat sini? Ok?

Safa: Ok la. Ala kak, nama pun belajar kan. Tak adanya yang senang. Tapi Alhamdulillah setakat Safa masih boleh bawa.
Kak Ira masih jurusan seni lakon kan? Akak nak jadi pelakon ke.?

Ira: Hahah..tak ada lah, Safa. Akak minat dalam lakonan. Cita2 akak nak jadi guru. Sebab itu akak sambung belajar ambil ijazah pendidikan dalam bidang seni lakon. Akak nak jadi macam abang Safa. Pensyarah. Hihihi..

Safa: Wah! Bagusnya. Safa ingat akak nak jadi pelakon dalam televisyen ke tadi..

Ira: Akak takut la Safa dengan dugaan hidup dunia artis. Badan akak dah la kecil, hangus akak kena bakar dalam dunia artis ni. Ada pak cik akak suruh akak ambil perubatan masa belajar sebab result akak memberangsangkan. Tapi akak tak berani la nak bedah2 ni. Ish!!..

Safa: Ooo..ye ke..sama la dengan Safa. Safa pun tak mahu ambil perubatan. Safa ni takut la bila tengok darah2 ni. Safa ambil business pun sebab Safa minat sangat berniaga2 ni. Bagus la akak ambil kos Seni Lakon..Kalau Kak Ira tak ambil, tak ada peluang la Abang Aqso nak kenal2 dengan akak..Hihihih..

Ira: Hah? Tak ada peluang? Maksud Safa? (blurr pula Ira dibuatnya..)

Safa: (cuba berdalih)..Uhmm,.tak ada apa2 la kak. Ehemm..Kak, kalau Safa mahu tanya sikit boleh?

Ira: (sambil minum air soya bean)..Boleh Safa..Apa dia?

Safa: Kak Ira suka tak dengan abang Aqso?

Ira tersedak mendengar getaran soalan Safa ..

Ira: Hah?? Ish,.Safa ni, kenapa tiba2 ja tanya soalan macam ni? Abang Aqso tu kan lecturer akak..

Safa: Kak,,Safa cuma tanya akak suka tak abang Aqso .. Itu ja. Bukannya Safa tanya akak cinta tak abang Aqso itu? Suka tak bermakna cinta atau apa2 la. Tak kesah suka sebagai lecturer ke or sebagai sahabat..

Ira: (hatinya berbisik)..Aah ek.. Safa tanya suka ke tak ja..Waduhhh..

Ira: Oooo..akak suka dengan cara abang Aqso. Dia baik sebagai lecturer yang sentiasa tolong pelajarnya..(Ira bagi jawapan yang “selamat” agar tidak terkantoi kepada Safa bahawa dia memang ada hati dengan Aqso)..

Safa: Ooo..bagus la. Safa cuma nak tahu abang itu lecturer yang macam mana..abang kalau kat rumah gila2 banyak. Hahaha..Kak Ira dah ada boyfriend?

Ira: (hatinya: waduh! Kenapa pula budak ni tanya soalan panas2 hari ni)…Hah? Boyfriend? Hahah..banyak, Safa. Melambak..

Safa: (muka terkejut)..Melambak?

Ira: Hihihi..akak memang ada banyak boyfriend tapi kalau yang special tu masih lagi menunggu..huhuhu..

Safa: (tarik nafas lega)..Ooo..Kiranya, kak Ira masih single la..

Ira: Yup..10 markah untuk Safa!..

Safa: Uhmmm..apa ciri2 lelaki idaman akak ek?

Ira: Huhu..susah juga nak jawab soalan tu.. Pertama, dia mesti lelaki sejati bukan celup2..Hahahah..

Safa: Hahaha..buat lawak pula kak Ira ni..Lagi?? (Safa cuba untuk mengorek rahsia tentang lelaki dalam hidup Ira untuk diberitahu kepada abangnya..)

Ira: Uhmm..Kedua, lelaki yang kuat imannya..iaitu kuat sembahyang..Ketiga,lelaki yang boleh terima diri akak macam mana..terima kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri akak. Keempat, lelaki yang boleh terima keluarga akak macam mana..yang terakhir, lelaki yang boleh membimbing akak ke arah kebaikan..iaitu yang tidak mengambil kesempatan atau mensia2kan akak..Itulah 5 ciri lelaki idaman akak..Hihihih..

Safa: Oooo..(seolah2 terpegun melihat Ira bercerita tentang lelaki idaman hatinya..)..Perempuan idaman abang Aqso pula kan yang pertama, perempuan yang memahami..Kedua, comel. Kemudian, boleh terima abang seadanya..Keempat, perempuan yang ada ciri2 ketimuran dan terakhir, perempuan yang pandai menghormati orang lain…Hihihi..

Safa memang sengaja memberitahu ciri2 perempuan idaman abangnya walaupun Ira tidak pula menanya kepadanya. Riak muka Ira pula kelihatan suka apabila mendapat tahu serba sedikit tentang Aqso secara tidak langsung. Tiba-tiba Safa memberitahu Ira..

Safa: Kak,...(tersekat2 suara Safa untuk bersuara)..Uhmmm.. Safa harap akak tak kecewakan abang ya. Tak kisah la sebagai sahabat atau apa2 pun. Safa rasa akak memang perempuan yang baik. Walau apa2 pun berlaku, jangan putus sahabat dengan Abang Aqso ya. Dulu abang pernah dikecewakan. Abang selalu murung . Tapi bila sejak beberapa tahun lepas, abang dah mula happy ja. Abang ada cerita tentang akak masa mula2 abang kenal dengan akak. Safa yakin akak yang dah buat dia happy. Safa tak paksa akak mahu anggap abang itu sebagai sahabat saja atau lebih dari itu, tapi jangan sesekali putuskan hubungan persahabatan dengan abang.

Ira terdiam mendengar kata2 Safa. Seolah2 dia terasa ada sesuatu yang teruk sudah berlaku dalam hidup Aqso. “ Pernah dikecewakan???” ..Ira mahu bertanya lebih lanjut tetapi..

Telefon Safa berdering..

Safa: Ish siapa pulak ni? (lalu menjawab panggilan itu).. helo,,weyh,Iman..kenapa? hah? Nak jumpa aku? Kau dekat mana? Ooo..hah,kau tunggu kat situ..lagi 10 minit aku sampai. Tunggu tau..

Lalu, Safa mematikan panggilan itu.

Safa: Kak Ira..Kawan Safa nak jumpa la. Boleh kan kalau Safa pergi dulu. Nanti kalau ada free2, kita borak2 lagi ya..
Ira: Ok2. Jalan baik-baik ya Safa..

Safa bersalam dan mencium tangan Ira. Wah! Macam ambil berkat daripada akak ipar pula. Lalu, Safa meninggalkan Ira sendirian di taman itu.

No comments:

Post a Comment