kredit pade c kreatif
Masa depan Ira memang terjamin. Setelah dia memperoleh segulung ijazah, rayuan Ira untuk menjadi seorang pensyarah diterima oleh pihak UM pada awal tahun 2009. Nampaknya Ira berjaya mencapai cita2nya untuk menjadi pensyarah dan Ira kelihatannya mengikuti jejak langkah jejaka kumbangnya iaitu Aqso. Aqso pula berhenti seketika sebagai pensyarah kerana sekarang dia sibuk menguruskan perjalanannya ke UK untuk membuat master. Kalau dulu, Aqso pensyarah, Ira pelajar. Kini, Aqso jadi pelajar dan Ira pula sebagai pensyarah. Mereka memang saling melengkapi.
Suatu hari, Aqso dan Ira di Tesco pada hujung minggu bersama Safa.
Aqso: Ada apa2 lagi tak yang nak beli? Kalau tak ada, kita pergi makan ea? Lapar la..(sambil tersenyum comel kepada Ira)..
Ira: Ehmm..tak ada rasanya. Baju, makanan, barang dapur ni dah beli.. ( sambil menunjukkan kan beg2 plastik yang dipegangnya dan Aqso itu)..Uhmmm..Safa, ada apa2 lagi tak? Alat tulis ke, reference book ke??
Safa: Ni..(menunjukkan beg plastik yang dipegangnya)..Rasanya semua dah ada. Jom la makan. Safa lapar la. (menarik tangan Aqso)..
Lalu mereka makan di MacDonald di atas permintaan Ira dan Safa yang mengidam untuk makan burger!
Aqso: Suka la korang, pengidaman tercapai. Mengidam konon. Ingat mengandung ke nak mengidam mengidam segala ni. Dua-dua pula tu. Hei, korang ni.
Safa: Eleh, abang ingat orang mengandung je boleh mengidam ea.. kitaorang lagi la selalu mengidam Cuma tak beritahu abang ja..(sambil senyum seperti kerang busuk kepada Aqso)..
Ira: (menyampuk). Betul tu Safa. Hihihi.. Awak, selagi bergelar perempuan, kami mendapat lesen untuk mengidam terutama bila dah mengandung nanti..( sambil buat peace kepada Aqso)
Aqso: Yelah cik Ira. Susah betul cakap dengan korang ni. Sekepala betul. . (lalu terus memakan burgernya)..
Safa: Memang kitaorang sekepala. Kak Ira kan bakal jadi ahli keluarga kita abang. Semuanya terletak pada hati abang..
Aqso dan Ira terus memandang Safa.. seolah2 minta penjelasan daripada statement Safa tadi..
Safa: Tetttttttttt.. siapa makan cili, dia terasa pedas.. lalalalala..
Mereka berdua terasa pula mereka makan cili yang disebutkan oleh Safa itu, lalu mereka terus sambung makan burger masing2..Pura2 tidak peduli dengan kata2 Safa tadi. Hati Safa pula tidak henti2 ketawa nakal apabila melihat riak wajah abang dan bakal akak iparnya itu..
Aqso dan Ira memang tak pernah keluar berdua2an, pasti akan bawa orang ketiga. Yang selalu jadi orang ketiga itu ialah Safa, Eza, Dausi dan pernah juga Aqso membawa Umminya apabila berkeluar dengan Ira.
Setelah selesai makan..
Aqso: Ehemm.. Ira, sebenarnya saya ada perkara nak beritahu awak..
Ira: Ooo, ye ke? Apa dia?
Safa yang duduk di sebelah Ira hanya mendengar perbualan mereka berdua ..perbualan orang sedang bercinta la kononnya..
Aqso: Ira..dalam dua minggu lagi, saya dah plan nak pergi ke Pulau Perhentian. Awak free?? Jom ikut saya sekali. Awak ajak la kak Eza sekali.
Ira: Pulau Perhentian?? Bestnya .. Nak pergi!! Hihih..Awak ni, sah2 la dua minggu lagi cuti raya cina. Saya cuti !! So, boleh la ikut..Siapa lagi yang pergi??
Aqso: Uhmm..saya bawa keluarga dan sorang kawan baik saya, Dausi..
Ira: Ooo..Safa pergi juga la? Dausi? Macam pernah dengar la nama tu??
Aqso: Safa pergi lah. Yup, Dausi. Alah member saya yang awak jumpa masa dekat Genting beberapa tahun lepas tu?
Ira: Ooo..aah, dausi.. Saya ingat.. Uhmm..Saya bawa kak Eza je kut. Hah! Kalau ajak Wan sekali, boleh tak??
Aqso: Wan?? Uhmmm..suka ati awak la. saya ok ja. (namun hatinya tidak ok sebenarnya. perasaan cemburu singgah di hatinya apabila Ira menyatakan untuk mengajak Wan sekali. Tetapi, dia tidak mahu menolak kehendak Ira..)..
Ira: Oraite..nanti apa2 beritahu la awal2 ya.
Setelah selesai makan di MacDonald, Aqso mengajak 2 gadis tersebut untuk bermain boling. Tanpa diduga, Wan turut ada di situ. Wan menegur mereka bertiga. Aqso cuba menenangkan hatinya.
Wan: Eh, Ira..Aqso? (lalu bersalam dengan Aqso)..
Ira: Weyh..Kau ada juga dekat sini. Aah, aku pergi dengan Aqso la. Ni adik dia. Kau datang dengan siapa??
Wan: Aku dengan kawan2 aku. Kitaorang baru lepas habis shooting. Lepak dekat sini sekejap..Jom la join kitaorang main dekat hujung sana tu. (pelawa Wan)
Ira: (memandang Aqso untuk minta kebenaran)..Aqso?
Aqso: Ok ja. Ikut awak la.
Ira: (tersenyum kepada Aqso kerana mahu menyertai Wan dan rakan2nya)..Jom..
Safa yang kurang memahami konflik yang berlaku, hanya mengikuti belakang Aqso. Disebabkan kawan2 Wan turut pelakon yang Ira tidak kenali, Ira lebih memilih untuk duduk bersebelahan dengan Aqso. Aqso pun bersalam dengan rakan2 Wan tanda kemesraan. Apabila giliran Ira tiba, Wan pula menyelit2 untuk menyiapkan bola untuk Ira. Aqso kelihatan cemburu tapi Aqso cuba untuk mengawalnya kerana teringat Ira pernah berkata bahawa dia tidak suka lelaki yang kuat cemburu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Imbas kembali..
Ira pernah menceritakan mengenai Wan kepada Aqso tentang Wan ini taruh hati kepadanya. Ketika itu, tahun kedua Ira belajar di UM di mana dia mula rapat dengan Aqso sebagai sahabat.
Aqso dan Ira berada di pantai dan ditemani oleh dua sahabat karibnya iaitu Nurul serta Idah.
Aqso: Jadi, awak dengan Wan bukan couple la?
Ira: Tak ada maknanya. Kitaorang kawan ja. Wan tu ok lah sebagai kawan.
Aqso: Mauku ada cerita dengan saya yang Wan tu suka awak..betul?
Ira: Memang..Saya suka juga dekat dia..(Ira memandang riak wajah Aqso yang tampak terkejut)..Suka sebagai kawan ja. Suka tak bermakna sayang atau cinta. Saya selesa la kawan dengan Wan tu. Dia sekepala dengan saya. Namun, dari dulu saya hanya anggap dia kawan.
Aqso: Ooo..(Aqso kembali lega dengar penjelasan Ira)..Awak cinta dia?
Ira: Aqso,,Bukan itu masalahnya. Suka dan sayang saya pada Wan hanya sekadar kawan. Kadang2 saya rimas juga dengan Wan itu.
Aqso: Maksud awak?
Ira: Wan tu jenis kuat cemburu yang tak bertempat. Dah la saya ni cuma kawan saja dengan dia. Tapi bila saya berkawan atau rapat dengan lelaki lain, tiba2 nak marah. Mauku dulu pernah kena sembur dengan Wan. Mauku pernah beritahu Nurul yang dia suka saya. Nurul pula terlepas cakap pada Wan dan saya. Saya diam ja. Tiba2 suatu hari, Nurul beritahu saya Mauku kena marah dengan Wan. Bila Mauku couple dengan Nurul, barulah Wan senyap sikit. Mauku pun dah buat penjelasan yang dia hanya suka berkawan dengan saya. Saya tak suka la lelaki kuat cemburu..
Aqso: Ooo..ye ke?? Wah! Bersegi-segi betul cinta ini? Ramai juga yang minat awak ye?
Ira: Entah la Aqso. Entah berapa segi saya pun tak tahu la. Saya memang suka berkawan. Saya tak memilih bab2 berkawan ini. Kalau pasal cinta atau minat2 ni, saya tak boleh halang seseorang itu. Lagi kan marah. Itu hak mereka untuk suka siapa. Setakat ni, saya memang tak tertarik pun dengan siapa2..
Aqso: Ooo..Awak ni penebat kut..Itu yang tak tertarik langsung. Hihih..
Ira: Hahaha..banyak la awak punya penebat..
Aqso: Hihihih..gurau saja. Saya faham maksud awak. Cinta tak boleh dipaksa dan dihalang. Saya makan asam garam dulu dari awak..Fuhhh..(sambil mengesat dahinya)..Nasihat percuma saya untuk awak, belajar la dulu. Ilmu itu lagi penting. Saya yakin awak kan jumpa lelaki yang khas Allah turunkan untuk membimbing awak. Cinta jangan dikejar. Ia akan datang sendiri kepada awak. Percayalah..
Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menggamitkan lagi keadaan mereka yang sedang bercerita tentang CINTA. Ira melihat Aqso memang seorang lelaki yang matang. Walaupun Wan sekepala dengannya, namun jika bab2 perasaan, Ira lebih suka meluahkan kepada Aqso. Aqso memang suka memberi nasihat kepada Ira.
Dalam mereka menikmati suasana tenang di bawah pokok kelapa di tepi pantai,,tiba-tiba…
Ira: Opppocoootttt..!! ( bersandar pada badan Aqso)..
Aqso: Ya Allah..(mengusap2 dadanya kerana terkejut)..
Dua biji kelapa gugur dari pokok rupanya..terkejut Aqso dan Ira dibuatnya..Nurul dan Idah mendekati mereka..
Nurul: Amboi3 korang. Bermanja2 pula..Terkejut ke Ira?? Buah kelapa tu jeles la tu tgk kau dengan Aqso..Hahaha
Ira yang terperasan dia sudah bersandar pada badan Aqso, lalu dia membetulkan tubuhnya dengan menjarakkan sedikit badannya dari badan Aqso.
Ira: Hahaha..Banyak la kau punya jeles.
Nurul: Ehmm..Ira, Aqso..Kitaorang duduk sini boleh??
Aqso: Eh..duduk la Nurul, Idah. Saya tak larang pun. Duduk la..(sambil mengukirkan senyuman buat sahabat2 Ira)..
Idah: Ooo..bukan apa Aqso..kitaorang tak mahu pula kacau line orang yang tengah dating..
Ira: Ish, korang ni apa la. Duduk la. korang ni, datang tak bawa sekali air untuk aku..Haus gitu..
Aqso: Uhmm…Tak apa la,,Kejap, saya belikan. Korang tunggu la dekat sini.
Aqso membeli air kelapa untuk Ira. Cuaca pun panas, bagus minum air kelapa untuk hilangkan haus dan rasa panas. Mereka terus berbual tentang kehidupan di tepi pantai sambil menikmati tiupan angin yang begitu menenangkan hati serta minda mereka.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ira: Aqso…Aqso..Hey..(mencuit sedikit lengan Aqso)
Aqso tersedar dari lamunannya..
Aqso: Hah??
Ira: Berangan pula dia ni. Turn awak tu. Nah, ni bola awak..
Aqso: Oo..Laa,,ye ke?..Ok2..thanks Ira..(lalu mencapai bola itu lalu bersedia melepaskan untuk menjatuhkan pin2 di hadapannya..)
Safa tergelak kecil melihat abangnya berangan.
Safa: (hatinya berbisik)..Ala, abang aku ni..boleh pula kau berangan bang. Kak Ira dah ada depan mata pun nak berangan2 pula..Waduh..Korang berdua ni. Memang comel aku tengok..Kahwin jalah bang dengan Kak Ira tu. Kang aku kahwinkan baru korang tahu..Arghhh! Korang memang pasangan yang comel! Bang, adik terima jika Kak Ira jadi akak ipar adik…Hahahah..
Setelah selesai bermain boling, Aqso terus menghantar Ira pulang ke rumah hari sudah petang. Pelawaan Wan yang mengajak mereka untuk makan bersama, ditolaknya oleh Aqso disebabkan mereka sudah makan sebelum bermain boling.
Setibanya di rumah Ira..
Aqso: Silakan tuan puteri..(sambil membuka pintu di bahagian tempat duduk Ira semasa Ira hendak keluar)
Ira: Terima kasih..(tersenyum comel sambil menyengetkan kepalanya sedikit)
Aqso: Ala2. Comelnya isteri abang ni.
Ira: (memukul lengan Aqso)..Hyep ! Nakal ea. Tumbuk kang.. (sambil menunjukkan buku limanya yang kecik molek itu)..
Aqso: Hihihih! Ganas nya tuan puteri ni. Saya bergurau ja.
Ira: Ok la, saya masuk dulu. Bye. Assalamualaikum..
Aqso: Waalaikumusalam..
Lalu Aqso masuk kembali kedalam keretanya kemudian meluncur laju ke rumahnya. Ira tersenyum bahagia dapat meluangkan masa bersama Aqso. Kemudian, dia masuk ke rumah dengan hati yang berbunga2.
No comments:
Post a Comment